“Bos Liya kata Liya cuti seminggu, nak ke mana?” soal Rayyan. Aleeya turun
dari katil dan menghampiri suaminya di ruang tamu yang sedang menonton tv. Dia
duduk di sebelah Rayyan.
“Cuti lah, hari tu kita kahwin tak dapat pun bercuti panjang. Abang jadi
tak cuti?” Kahwin hari itu hanya cuti
tiga hari saja. Habis kenduri di rumah Rayyan terus masuk kerja kerana tidak
dapat bercuti. Si Rayyan lagilah teruk,asyik kerja memanjang.
“Abang mana boleh cuti, sibuk lah. Banyak projek yang
harus abang selesaikan!”
“Tapi abang dah janji dengan Liya nak bercuti..,” ucap
Liya perlahan.
“Liya nak ke mana? Bulan madu? Abang dah cakap hari tu selepas
selesai semua kerja abang, kita pergi lah!”
“Abang tak bawa Liya ke rumah mama dan papa pun!” ucap
Liya. Aku hidup tidak seperti menantu orang lain. Sebaik saja nikah, terus
tinggal di rumah sendiri. Tidak bermalam di rumah mentua seperti menantu-menantu
yang lain. Hendak kenal dan bermesra dengan mentua pun tidak sempat. Di rumah abah di kampung pun, tidak pernah
lagi pulang selepas aku bergelar suami orang.
“Nanti-nantilah. Lagi pun mama dan papa tu sibuklah.
Bukannya selalu ada di rumah!” alasan Rayyan. Mama dan papa kurang menyenangi
kehadiran Aleeya, bukan kerana Aleeya orang kampung dan tidak setaraf dengan
mereka tetapi kerana cara kehidupan Aleeya yang berbeza. Mama kalau boleh
hendak menantunya seperti dirinya. Pandai bergaya dan berfesyen dan berfikiran
moden. Aleeya bukan tidak pandai berfesyen, tetapi Aleeya pakai tudung. Mama
nampak Aleeya seperti kolot sedangkan kalau boleh mama mahu Aleeya buka tudung
dan hidup seperti mama. Kalau Aleeya boleh hidup seperti mama yang suka pergi
ke kelab malam dan pergaulan bebas seperti mama dan papa tentu mama senang hati
dan menerima kehadiran Aleeya dengan tangan yang terbuka. Silap hari bulan
boleh jadi menantu kesayangan mama pun.
“Mama dan papa abang tak suka kan Liya ke?” pancing
Aleeya. Aku tahulah. Keluarga kau memang tak suka kan aku.
“Liya...,”
“Memang kita ada perjanjian sebelum kita kahwin tapi
abang yang batalkan perjanjian kita kecuali satu saja perjanjian yang masih
kekal iaitu Liya tak boleh masuk campur urusan peribadi abang. Maksudnya Liya
tak boleh menegur abang, tak boleh halang pergaulan dan hak kebebasan abang.
Tetapi abang juga nak kita hidup seperti suami isteri yang lain. Liya memang
tak faham dengan abang..,,” ujar Aleeya segera bangun. Dia berjalan
meninggalkan Rayyan seorang diri. Cuti untuk apa kalau tidak pergi ke
mana-mana. Tak kan aku nak lepak seorang diri di rumah dan dia pula sibuk
bekerja. Itu yang membuatkan Aleeya sakit hati dan menjadi bengang tiba-tiba. Kalau
pergi kerja tentu orang sibuk bertanya kenapa datang bekerja pula. Hendak balik
kampung seorang diri, lagilah abah dan mak rasa pelik sebagai orang baru pulang
seorang diri. Mulut orang kampung lagilah bisa dari mulut rakan sekerja.
Habis?? Rayyan mengelengkan kepalanya. Tak sukanya mendengar omelan orang
perempuan. Buat semak telinga.
“Liya, abang tak suka isteri abang suka berleter macam
ini. Nampaknya abang kena letakkan satu lagi syarat iaitu isteri tidak boleh
berleter macam Liya buat sekarang!”
“Letak lah sepuluh syarat pun, Liya tak kisah!” ucap
Aleeya sambil menutup pintu dengan kuat tanda protes dengan tindakan Rayyan.
Pagi ini dia tidak bersuara. Selepas sembahyang subuh dan
membaca al quran dan terus mengemaskan rumah. Basuh baju dan menyiapkan sarapan
pagi untuk suaminya. Rayyan tahu Aleeya kecil hati dengan sikapnya semalam.
“Kalau Liya nak balik kampung, abang benarkan. Pergilah
jumpa mak dan abah!” suara Rayyan seakan memujuk. Aleeya tidak bercakap.
“Liya!” panggil Rayyan. Dia tidak boleh pergi kerja kalau
tidak mendengar suara Aleeya pagi ini. Rasa seperti hendak demam kalau bergaduh
kecil dengan Aleeya.
“Abang kan tak suka Liya bercakap..,” ungkit Aleeya.
“Bercakap dengan berleter tidak samalah, sayang!” balas
Rayyan sambil mengucup pipi Aleeya selepas itu barulah mengucup dahi Aleeya
pula seperti kebiasaan setiap pagi dia lakukan kepada Aleeya.
“Liya hanya bercakap lah semalam bukan berleter pun. Liya
pun tak suka berleter lah Encik Rayyan sayang!”
“Hahaha.. pergilah bercuti ke mana-mana. Seminggu tak kan
nak duduk kat rumah saja!”
“Abang benarkan Liya pergi bercuti seorang diri ke?”
“Yup. Pergilah!
Huwaaa.. Rayyan ini memang lah manusia pelik.
bersambung....
2 ulasan:
haiss!Rayyan ni nak cakap kayu,tak juga.Tapi tak prihatin betul dgn isteri sendri.hehe..
aduhai..takkan nak pergi bercuti sorang2..klu sibuk pun,takpayah la suruh aleeya pergi sorang2..
~gurangak aja~
hahahaha.. ramai dah yang marahkan si rayyan ni.. kat fb pun ramai dah yang tak puas hati dengan rayyan...
Catat Ulasan