Sabtu, 24 November 2012

RAYYAN & ALEEYA



DOAKAN SAYA, SEMUGA RAYYAN & ALEEYA DAPAT DITERBITKAN DAN MENARIK PERHATIAN SEMUA ORANG.. AMIN...

Ahad, 22 Julai 2012

PENGANTIN EKSPRES (20)






“Liya, datang ofis Rayyan sekejap, boleh tak?” suara PA Rayyan di telefon. Kenapa pulak?
“Apa hal?”
“Datang lah, mustahak ni!” cemas saja suara Aida.  Ofis kami hanya bersebelahan. Bukan jauh pun, tetapi inilah kali pertama dia menjejakan kaki ke ofis suaminya.
“Liya masuk terus ke bilik Encik Rayyan yer!”  suruh Aida sebaik saja melihat wajah Aleeya yang sedikit kehairanan.

Pintu ditolak. Kelihatan suaminya yang sedang menyandarkan badannya di kerusi. Muka sedikit pucat. Semalam selepas waktu berbuka, suaminya muntah kerana tak biasa menahan lapar sepanjang hari. Hari ini kenapa lah pulak jadinya?
“Abang!” panggil Aleeya sambil menghampiri suaminya yang terbaring lesu.
“Liya, jom balik. Rasa macam nak demam lah!” perlahan saja suara Rayyan. Dahi tak panas pun.
“Kejap. Liya ambil barang!”  ucap Aleeya. Ah, baru masuk kerja hari ini, dah kena cuti lagi. Mesti Datuk Hamid melenting, sebab kerap sangat bercuti. Apa nak buat sebab hari ini suami tersayang jatuh sakit pula.
“Cepat sikit, sayang!” gesa Rayyan.

Terpaksa dia  yang memandu kereta kepunyaan suaminya hari ini untuk pulang ke rumah. Baru pukul 10.00, Rayyan sudah tidak mampu untuk berpuasa hari ini.
“Bukalah, Liya tengok teruk dah abang hari ni..,”
“Liya ajar abang buat benda salah hari ini yer? Puasa apa macam tu? Abang paling tak suka isteri abang ajar abang buat benda tak elok,” tegur Rayyan. Tidak kelihatan pun kata tak sihat.  Aleeya menoleh ke sebelah melihat Rayyan sedang menjeling ke arahnya. Aik, pura-pura ke tadi.
“Tapi abang kan..,”
“Nak balik tidur kat rumah lah, tak kan nak tidur kat ofis. Nanti apa pula kata staf abang. Liya lain lah pegawai biasa saja abang ni majikan lah!”  jelas Rayyan membuatkan Aleeya menjadi bengang.  Pandainya berlakon. Patutlah rasa dahi tak panas pun.
“Kalau gitu Liya hantar abang balik rumah, Liya nak balik kat ofis. Bos Liya dah bising tadi..,” balas Aleeya. Malas lah nak layan perangai abang hari ni, Liya ada banyak kerja di ofis setelah seminggu tak masuk ke ofis.
“Liya, siapa lebih penting? Bos Liya atau suami Liya?”  soal Rayyan berang. Tak sukanya Aleeya lawan cakap  aku hari ini.  Mood puasa sebelah pagi, hendak tunggu petang terasa lambat teramat. Dia rasa seperti mahu marah semua orang saja sebab letih berpuasa.
“Kalau macam ni, Liya kena cuti sebulan lah yer, sebab nak jaga abang kat rumah. Liya hantar abang balik ofis lah, senang sikit..,”
“Kenapa? Nak lepas tanggungjawab seorang isteri ke? Liya balik buka puasa lah hari ini, sebab Liya sudah berdosa kepada abang. Lawan cakap suami, dosa besar Liya tahu tak?” tegur Rayyan. Muka Aleeya sudah mula masam dengan teguran itu.
“Tarik muka masam dengan suami lagilah berdosa..,” tambah Rayyan. Aleeya mengalih ke arah lain sambil beristirafarg di dalam hati. Habis lah cuti aku kalau sebulan tak pergi kerja. Macam mana nak cuti raya nanti? Cuti yang tinggal tak sampai sepuluh hari lagi.
“Cuti Liya dah tak banyak yang tinggal tau tak? Nanti nak kena ikut abang pergi luar negara lagi. Nak cuti balik kampung sebelum raya..,”  beritahu Aleeya apa yang berlegar di dalam kepalanya.
“Ambil saja cuti tanpa gaji, apa masalah..,”
“Kalau gitu Liya berhenti lah, lagi senang!”
“Kerja lah. Abang lagi tak suka liya tinggal di rumah. Pergi kerja dan kejar cita-cita dan impian Liya. Nak duduk rumah buat apa? Nak jaga abang pun Liya dah banyak merungut hari ini,” leter Rayyan semakin menjadi-jadi. Subhanallah, penangan berpuasa dua hari agaknya, itu yang perangai semakin mengada-ngada. Hendak kerja, dia suruh aku cuti. Hendak berhenti, dia suruh aku kerja lah pula.
“Kenapa abang tak suka Liya berhenti. Duit gaji abang boleh sara hidup kita lah!” ujar Aleeya sambil tersenyum.  Manis senyuman Aleeya kali ini.  Hendak masak apa petang nanti untuk juadah berbuka. Teringin nak makan nasi kerabu macam mak buat di kampung.
“Abang tak suka isteri abang jadi suri rumah tangga sepenuh masa, abang suka isteri abang ada kerjaya dan berjaya. Macam Liya..,”
“Abang ni memang pelik!” ujar Aleeya dan berhenti kereta dengan tiba-tiba.
“Liya..,” panggil Rayyan tertanya-tanya akan tindakan Aleeya yang berhenti kereta secara mengejut.
“Abang drive kereta abang, apa kes isteri bawa kereta, mana best!” beritahu Liya sambil menolak pintu kereta. Rayyan mengelengkan kepalanya.
“Abang tak kisah pun!” kata Rayyan terpaksa turun dari kereta untuk menukar tempat duduk dengan isterinya sudah berada di sebelah.
“Tapi Liya kisah lah!” ujar Aleeya. Perjalanan mula diteruskan sehinggalah sampai di persimpangan jalan.
“Nak singgah pasar lah, beli apa yang patut untuk masak petang nanti. Abang ikut Liya boleh?”  kata Aleeya apabila sampai di pasar berhampiran dengan jalan masuk ke taman tempat mereka berdua menetap.
“Okey, tak ada masalah!” memang nak singgah pun sebab teringin nak makan macam-macam hari ini.

Banyaknya Rayyan membeli hari ini. Ketam mahu masak lemak cili padi. Ada ayam dan kepah. Itu pun untuk makan waktu berbuka juga. Ikan keli lagi. Hish, abang ni biar berbetul.
“Nak masak semua ni?” aju Aleeya melihat barang-barang yang dibeli oleh Rayyan.
“Kalau Liya tak masak, abang tak mahu teman Liya berpuasa dah lepas ni!”
“Abang puasa untuk makan ke atau apa ni?”
“Nak melantak lah sayang. Boleh? Puas hati?” Puasa kelmarin belum mengajar apa-apa pada Rayyan barangkali. Bukan makin insaf tetapi makin menjadi.
“Liya nak masak nasi kerabu petang ni!”
“Tak best. Abang nak Liya masak untuk abang petang nanti. Nasi kerabu tu bila-bila pun boleh makan!”

Liya nak pura-pura sakit lah petang nanti, biar abang yang masak sendiri. Geram! Orang makan ala kadar saja, kerana tujuan berpuasa bukan untuk makan pun. Ini sudah lari dari rentak lah cik abang sayang.

Bersambung...

Jumaat, 20 Julai 2012

PENGANTIN EKSPRES (19)


Kecewa. Malah air matanya turut mengalir juga di belakang suaminya. Hampa bila suaminya menceritakan kisah duka itu. Kenapalah mama buat tindakan terburu-buru. Kasihan Fawwaz, dia kehilangan kasih sayang dari keluarganya sendiri. Patutlah Rayyan kesedihan kerana selama ini, dia yang rapat dengan Rayyan.
“Liya, abang nak rehat. Tak nak terima call apa-apa pun termasuk dari mama dan papa. Ini handset abang, Liya tolong ambil pesanan yer..,” pesan Rayyan sambil terus masuk ke bilik. Rasanya dia mahu bersendiri dan Aleeya mengerti perasaan Rayyan itu.

Maka terbakar juga lah telinganya kerana makan sumpah dan seranah mama dan papa akibat menjadi setiausaha suaminya petang ini. Banyak call yang masuk yang datang dari ofis suaminya, begitu juga dari teman-teman rapat suaminya yang mengajak suaminya keluar malam ini. Malam awal ramadhan nak keluar pergi mana lagi agaknya?

Lepas makan malam, suaminya terus keluar. Mahu ke rumah mama dan papa.
“Nak tegur juga mama tu, pandai-pandai saja tampar isteri abang,” beritahu Rayyan ketika Aleeya menghantarnya di muka pintu.
“Abang ni macam tu pun nak gaduh. Biarlah kat mama..,” jawab Aleeya perlahan.
“Mana boleh. Liya isteri abang lah. Lain lah kalau abang yang tampar Liya sebab Liya tu hak abang...,”
“Ek. Abang ingat abang boleh buat sesuka hati kat Liya ke?”
“Ai, kata pandai agama, cuba pergi semak kat buku agama,  betul tak apa yang abang cakap tadi..,” ucap Rayyan sambil tersenyum. Aleeya tersipu malu.

Malam pertama awal ramadhan. Sembahyang sunat tarawih seorang diri. Tanpa abah dan mak di kampung. Begitu juga dengan adik beradik yang lain. Selalunya setiap tahun dia mengambil cuti untuk sambut ramadhan dengan ahli keluarganya tetapi berbeza kali ini. Kalau di kampung mesti sudah ramai-ramai sembahyang sunat ini di masjid yang berdekatan dengan rumahnya. Tetapi malam ini dia buat sendirian saja di rumah, kalaulah Rayyan seperti dirinya, bolehlah pergi ke masjid berdekatan dengan kawasan taman mereka.

Selesai solat sunat, dia bertadarus al quran seorang diri. Saat ini lagilah teringat kat abah, abah yang akan menjadi ketua untuk bertadarus al quran. Air mata Aleeya menitis juga kerana terbayangkan saat-saat indah itu dengan keluarganya.
“Selamat datang ramadhan.Semuga ramadhan ini adalah yang terbaik dari ramadhan-ramadhan yang sebelumnya. Tuhan, berikanlah suamiku hidayahMU, berkat ramadhan ini. Amin!” doa Aleeya.

Pukul empat pagi, dia bangun masak untuk sahur.  Masakan yang terlalu ringkas. Goreng kacang panjang dengan daging dan telur masin. Siap dihidang dia terus kejutkan Rayyan.
“Abang, bangunlah!”
“Awal lagilah nak masuk ofis!”
“Bangunlah, bersahur!” ujar Aleeya sambil menepuk bahu Rayyan.
“Liya pergilah makan, abang tak mampu nak puasa!” terang Rayyan tanpa silu.
“Tak kira, abang nak puasa atau tak, abang kena temankan Liya bersahur juga,”  tekan Aleeya sambil menarik tangan Rayyan agar bangun.
“Hahaha..,”
‘Cepat lah, tak payah dok gelak lagi. Nanti habis pula waktu sahur!”
“Okey sayang, kejap abang basuh muka dan berus gigi dulu ek!”
“Ok, Liya tunggu kat meja makan!”

Pertama kali kena bangun sahur demi Aleeya, isteri kesayangannya itu.  Tak kan nak biarkan Liya bersahur seorang diri pula. Sudahlah tadi muka tu asyik monyok saja kerana terkenangkan kampung halamannya. Macam lah aku tak tahu. Liya sudah berkorban untuk aku, aku pun kena berkorban untuk Aleeya juga. Baru adilkan?
“Abang niat puasa sama lah, temankan Liya berpuasa!” ucap Aleeya sambil mencedok nasi ke dalam pinggan milik suaminya.
“Tapi abang tak pernah puasa lah sayang, takut abang pengsan nanti!”
“Cuba lah dulu, nanti kalau betul abang pengsan, abang bukalah puasa tu!”  Betul lah kan, bila sudah pengsan, maka puasa pun terbatal, boleh lah berbuka dan makan.
“Liya memang banyak songgeh!”
“Hehehe..,” Abang sudah mengucap dua kalimah syahadah, rukun pertama sudah tertunai. Tetapi solat, rukun kedua tertinggal pula. Tak mengapa lah kita langkau, buat rukun ketiga dulu, iaitu berpuasa di bulan ramadhan. Semuga dengan itu akan tergerak hati abang untuk bersolat pula selepas ini. Siapa tahukan, kerana hidayah itu milik ALLAH saja, ALLAH yang berhak memberi hidayah kepada insan-insan yang terpilih saja.  Selebihnya biarlah aku yang berusaha demi rumah tangga kami berdua.

Tetapi bagi orang yang tidak pernah berpuasa tentu rasa terlalu sukar dan tidak tertanggung. Lainlah seperti kita yang sudah diajar berpuasa sejak dari kecil lagi. Jadi kita sudah biasa berpuasa, sudah menjadi satu kebiasaan kepada kita, berbeza dengan Rayyan, yang pertama kali berpuasa hari ini.
‘Abang okey ke tak ni?” soal Aleeya sambil duduk di sebelah suaminya yang terbaring di atas sofa. Tadi dalam pukul 11 pagi, tengok Rayyan ok lagi tetapi sekarang sudah terlantar di atas sofa. Baru pukul 2.00 petang.
“Pening kepala lah, Liya!” beritahu Rayyan. Sahih angin sudah masuk perut dan singgah di kepala kerana perut kosong. Aleeya memegang dahi suaminya lalu dipicit perlahan.
“Kalau tak mampu, abang bukalah!” ujar Aleeya. Kasihan dan tidak sampai hati.
“Pukul berapa dah sekarang?”
“Pukul dua!”
“Sayang pula nak berbuka!” jawab Rayyan membuatkan Aleeya tersenyum kecil. Tahu pun sayang!

“Pergilah mandi, nanti kuat lah badan abang!” cadang Aleeya.
“Okey. Tolong papah abang, abang dah tak larat nak berjalan nih!” ujar Rayyan menghulurkan tangannya kepada Aleeya. Terpaksalah Aleeya memapahnya masuk ke bilik air.
“Abang ni manjalah!”
“Manja dengan tak larat, sama ke sayang?” usik Rayyan. Dalam tak larat boleh pula kau bergurau dengan aku yer?  Aleeya mengelengkan kepalanya sambil tersenyum.
“Pergilah mandi, Liya ambilkan tuala untuk abang!”
“Okey!”

Kasih sayang itu membawa Rayyan erti berpuasa hari ini. Dapat juga sehari walaupun asyik terbaring saja di sofa.
“Waw, Liya masak macam-macam hari ini untuk abang ke?” soal Rayyan sambil menarik kerusi.  Ada hidangan yang best-best belaka termasuk dengan pencuci mulut lagi.
“Memang untuk abang pun!”
“Kenapa?”
“Nikmat orang yang berpuasa adalah ketika berbuka, tak percaya, abang tengoklah nanti!”
“Abang belajar banyak perkara dari Liya hari ini. Thank sebab sudi jadi isteri abang yang jahil ini..,”
“Liya adalah tulang rusuk abang, jadi abang adalah jodoh liya yang ALLAH berikan untuk Liya. Jadi, abang adalah yang terbaik untuk Liya!”

Memang pun nikmat orang yang berpuasa adalah ketika berbuka kerana itu adalah hadiah yang ALLAH berikan kepada semua hambanya yang menjalani ibadah berpuasa dengan sabar dan redha.

BERSAMBUNG..,

PENGANTIN EKSPRES (18)


Sampai saja di rumah hari ini masing-masing dengan haluan masing-masing. Rayyan bergegas ke rumah asuhan untuk mengambil Fawwaz pulang dan tinggal bersamanya. Dia dan Aleeya sudah sepakat untuk menjaga Fawwaz  seperti anak sendiri. Dia sanggup menghadapi setiap kemungkinan bersama Aleeya kali ini. Biar lah mama mengamuk, biar lah papa melenting, dia sudah tidak kisah. Fawwaz biar pun anak luar nikah tetapi Fawwaz tetap darah daging keluarga mereka, keturunan papa dan mama. Itu yang tidak boleh dinafikan.

Aleeya pula sibuk ke pasaraya untuk membeli barang-barang keperluan Fawwaz. Hendak membeli kelengkapan Fawwaz termasuk baju, susu, tilam dan sebagainya lagi. Beria benar Aleeya. Malah dia sudah memberitahu abah dan mak di kampung akan hal ini . Abah menyokongnya dan tidak sabar untuk melihat Fawwaz, cucu barunya itu. Abah menerima kehadiran Fawwaz seperti anak kandung Aleeya juga. Liya memang mendapat sokongan dari abah seratus peratus pun. Memang Aleeya anak kesayangan abah. Hehehe..

Balik dari pasaraya, dia sibuk mengemas bilik yang bersebelahan dengan bilik tidur mereka berdua. Atau pun biarkan Fawwaz tidur bersama mereka berdua. Entahlah, rasa tidak sabar untuk mendukung Fawwaz nanti. Bila lah nak balik ni, lama juga Rayyan pergi tetapi tidak balik pun lagi.

Esok dah nak puasa. Bolehkah aku menguruskan semua ini. Dengan anak, dengan suami, nak pergi kerja lagi. Tetapi pengasuh Fawwaz sudah pun dicari, jiran sebelah rumah saja yang akan mengasuh Fawwaz nanti sementara dia pergi kerja. Tentang itu tidak perlu dirisaukan lagi.
“Aleeya!” jerit seorang perempuan dari luar rumah. Pintu dibuka sendiri. Aleeya yang berada di tingkat atas berlari keluar dari bilik dan terkejut dengan kehadiran mama dan Julia. Muka mama merah tanda marah. Begitu juga dengan Julia. Kenapa?
“Aleeya!” jerit mama lantang. Aleeya segera menuruni anak tangga mendapatkan mama dan Julia. Belum sempat memberi salam kepada mama, tangan mama terlebih dahulu naik ke muka Aleeya.
“Panggg!” kuat dan kasar sehingga muka Aleeya teralih ke arah lain.  Aleeya menahan rasa sakit yang teramat sangat. Apa salah aku?
“Aku tak suka kau perempuan. Sudah lah kau ikat hati Rayyan, sekarang kau pandai-pandai nak masuk campur urusan keluarga kami pula? kau ingat kau apa hah?” tengking mama sambil menolak Aleeya. Aleeya mengukuhkan kedudukan kakinya supaya tidak terlentang.
“Apa maksud Puan? Saya tak faham lah!”
“Sekali lagi aku nak ingat kau, kau jangan masuk campur keluarga kami. Lantak aku lah, aku nak buat apa tentang hal keluarga kami. Kau tu siapa hah? Pandai-pandai saja kau suruh Rayyan ambil budak haram tu apa hal?” ugut mama. Oo.. kerana hal ini yang buat mama marah sangat. Ingat kan apa tadi.  Siapa beritahu mama tentang hal ini? Rayyan ke? Tapi kami dah janji hendak rahsiakan hal ini dari mama dan papa.
“Akak ni kenapa hah? Mama pun tak kisah hal ini, akak pula lebih-lebih. Mentang-mentang abang dengar cakap akak, akak ingat akak boleh buat apa yang akak suka. Ju memang tak nak budak haram tu, kalau Ju nak, Ju tak buang dia lah. Mama dan papa sokong Ju, yang akak nak tunjuk baik tu kenapa??” sambung Julia pula. Mama dan Julia memang melampau. Ini yang buat hati Aleeya tidak tahan.  Pergilah balik sebelum Liya naik hantu juga nanti, bisik hati Aleeya.
“Ju, jom balik. Perempuan ni memang melampau. Ingat, sekali lagi kau buat kecoh, siap kau!”  ajak mama seolah mengerti perasaan Aleeya. Nasib baik!
“Malam nanti saya nak jumpa kakak dan abang. Biar abang tegur sikit perangai akak nih!” jerit Julia sebelum melangkah keluar dari rumah Aleeya. Datang macam ribut, balik pun macam angin saja.

Aleeya terduduk di atas sofa sambil memegang pipinya. Sakit sebab makan penampar hari ini. Tidak sangka kena penampar dengan emak mentua sebagai hadiah perkahwinan barangkali. Garang juga yer mama suami aku nih? Aleeya segera ke dapur, mahu minum air untuk menghilangkan dahaga. Hendak menangis pun, rasanya tidak patut lah pulak kerana dia tidak bersalah dalam hal ini. Menangis kerana sedih itu wajarlah juga, tetapi sejak Rayyan ada di sisi, dia seperti sudah hilang rasa sedih.

Sambil menunggu kepulangan suami tercinta, dia menyediakan kek dan ais krim buatan sendiri dengan berpandukan buku resepi yang turut dibelinya tadi. Pipinya sudah naik merah akibat kena penampar tadi.
“Gamm!’ bunyi pintu ditutup. Siapa pula? Dia meninjau dari dapur. Ternampak suaminya. Wajah tidak ceria, muka pula kelat dan payau. Ini apa hal pula? Kena penampar dengan mama atau papa ke?
“Semua ni Liya punya pasal..,” tuduh Rayyan yang bengang dengan kejadian hari ini. Rasa kecewa dan marah. Malah tidak puas hati.
“Apa pula?” soal Aleeya, ingin tahu.
“Nak anak, beranak lah sendiri. Kita boleh dapat anak sendiri lah, bukan dengan ambil anak orang lain pun. Ingat Liya mandul ke?” leter Rayyan membuatkan mulut Aleeya ternganga. Lari topik nampak. Pergi tadi dengan rasa bahagia, pulang dengan rasa amat derita.
“Liya pun nak anak sendiri lah. Ingat Liya apa hah?” balas Aleeya bengang. Ada ke kata aku mandul? Aku pun sakit hati juga lah.
“Habis tu, kena susah-susah hati nak ambil Fawwaz? “
“Abang pun nak kan?”
“Liya yang setuju!”
“Abang ni kenapa?” Tak faham aku. Dia yang nak jaga Fawwaz, kenapa salahkan aku. Pening lah kalau macam ini.
“Idea Liya kan? Liya yang gatal mulut hendak jaga Fawwaz... bila jadi macam ini, abang frust tau tak?”
“Abang tak boleh cakap elok-elok dengan Liya ke? Yang balik marah Liya ni kenapa?” mahu saja dia menyoal begitu tetapi dia tahu suaminya sedang marah. Lebih baik diam saja. Tengok muka Rayyan pun sudah tahu lelaki ini amat marah kerana muka yang putih melepak sudah terbakar kemerahan. Tentu ada sesuatu sudah berlaku. Tengoklah, dia pulang tanpa membawa pulang Fawwaz ke rumah.

Aleeya menarik tangan suaminya dengan manja, lalu di ajak duduk di hadapannya. Di ambilnya ais krim perisa vanila coklat dan kek yang dibuatnya tadi.
“Abang nak rasa ais krim tak? Liya buat sendiri!” pujuk Aleeya.
“Tak nak. Abang tak makan ais krim!” bantah Rayyan sambil menolak tangan Aleeya yang mahu membawa sudu ke dalam mulutnya.
“Cuba lah dulu!” katanya sambil memegang tangan kanan Rayyan yang menepis tangannya tadi. Rayyan membuka mulutnya dan Aleeya menyuapkan ais krim ke dalam mulut suaminya dengan penuh kasih sayang.
“Sedap!!” puji Rayyan. Ais krim yang dingin telah menyejukan hatinya yang sedang marah. Pandai Aleeya memujuk hati suami dengan ais krim buatan sendiri.
“Beli di kedai atau buat sendiri ni? Rasa macam beli kat kedai saja!” seloroh Rayyan sambil tersenyum.
“Liya buat lah!” balas Aleeya dan membiarkan Rayyan mengosok kepalanya dengan manja.  Satu sudu lagi dimasukkan ke dalam mulut Rayyan. Rayyan mencapai sudu yang satu lagi, diceduknya ais krim lalu di suapkan ke mulut Aleeya.
“Maafkan abang kerana telah kecewakan hati Liya!” lafaz Rayyan perlahan. Sampainya hati mama, buang keturunan sendiri. Kata Puan Rahimah, mama telah memberi Fawwaz kepada orang yang tidak dikenali. Malah orang itu entah di mana tempat tinggalnya. Hendak cari di mana selepas ini kerana tiada sesiapa pun yang tahu di mana Fawwaz telah di bawa pergi.  Dia sendiri tidak dapat mengesan Fawwaz kali ini.
“Maafkan Liya juga sebab kerana Liya abang jadi begini..,” walaupun naku tidak tahu apa yang telah berlaku tetapi dapat aku rasakan semua ini tentu ada kaitan dengan mama dan Julia tadi.
“Liya tak salah, yang salah adalah abang!” ucap Rayyan sambil merangkul bahu Aleeya. Lalu diciumnya pipi Aleeya dan tersentak melihat pipi isterinya kemerahan seperti ditampar.
“Mama datang buat kacau di sini tadi?” soalnya berang. Apa lagilah mama ini suka cari pasal.
“Tak lah!” dalih Aleeya. Tidak mahu sengketa ini berpanjangan.
“Habis, penampar tu datang sendiri singgah kat pipi Liya ke?” sindir Rayyan sambil memegang pipi Aleeya.

BERSAMBUNG..,