Selasa, 26 Jun 2012

PENGANTIN EKSPRES (4)


“Kenapa Abah?”
“Liya kena banyak bersabar. Tanggungjawab seorang isteri ini berat, Liya!” pesan abah membuatkan Aleeya resah . Terbayang wajah segak Rayyan di ruang matanya. Lagi berat kalau jadi isteri lelaki segak  seperti Rayyan. Aku perlu tempuh banyak cabaran tetapi Rayyan sudah berjanji, aku bebas melakukan apa saja, dia tidak akan menghalang kehidupan peribadiku, dan aku juga tidak berhak untuk mencampuri urusan peribadinya. Itu perjanjian antara kami berdua. Habis untuk apa berkahwin? Berkahwin hanya untuk menutup malu saja barangkali.
“Liya akan cuba menjadi isteri yang baik, abah!” ucap Aleeya perlahan. Takutnya, ini  semua tinggal omongan kosong saja nanti. Aku ke mana, Rayyan ke mana.
“Bukan senang hendak menjadi isteri yang baik, Liya. Mak takut Liya tak sanggup nanti,” celah mak dari arah belakang. Tentu mak sudah mengintai perbualan antara Aleeya dan abah. Aleeya memandang wajah mak sepenuh hati. Mak tak suka ke dengan Rayyan tu?
“Kenapa mak?”
“Rayyan jauh berbeza dengan Azlan!” jawab mak membuatkan hati Aleeya pedih.
“Tetapi Azlan bukan jodoh Liya,” jawab Aleeya lembut. Walaupun perbuatan Azlan amat menyakitkan hati. Kami bercinta dan bertunang. Malah saling mengenali. Bukan setahun dua kamu menjalinkan perhubungan, tetapi hampir lima tahun kami bersama. Akhirnya? Azlan memilih Mirla tetapi bukan berkahwin dengan aku.
“Aleeya..,” panggil mak sayu. Anak oh anak. Rayyan itu amat jauh berbeza dengan kamu lah, Aleeya. Tengak gaya Rayyan pun mak sudah tahu bagaimana cara kehidupan Rayyan. Mak takut Rayyan mengecewakan hati mu, nak!
“Mak setuju tak dengan pilihan Liya kali nih?”
“Kalau mak tak setuju, Liya turut cakap mak tak?” balas mak kembali. Tiba-tiba Aleeya seperti mahu menangis mendengar pertanyaan itu. Kenapa perlu menangis Liya? Awak dengan Rayyan bukannya ada apa-apa hubungan pun.  Belum jatuh cinta kan?
“Perangai kamu masih tak berubah rupanya, Liya” kata mak perlahan. Mak menghampiri Aleeya yang sedang berdiri di sisi abah. Ditariknya Aleeya ke dalam pelukannya. Diciumnya dahi Aleeya dengan penuh kasih sayang.
“Mak akan doakan kebahagiaan Liya doa dan akhirat. Kalau Rayyan lah sudah jodoh kamu, mak akan doakan semuga kalian berdua bahagia, sayang!” sambung mak membuatkan Aleeya terharu. Alhamdulilah, kedua orang tua Aleeya merestu hubungan yang bakal di bina nanti. Aleeya sudah tidak perlu bimbang dan takut lagi tentang hal perkahwinan ini

Jodoh Aleeya dengan Rayyan memang cukup kuat walaupun ada ramai pihak yang menghalangnya. Apa nak buat, memang jodoh Aleeya dengan Rayyan pun.

bersambung...

Tiada ulasan: