Selasa, 26 Jun 2012

PENGANTIN EKSPRES (3)


ALEEYA berjalan perlahan menghampiri abah yang sedang memberi anak-anak itiknya makan petang. Berebut-rebut makanan yang abah masukkan ke dalam bekas khas yang diperbuat dari tempurung kelapa. Pohon-pohon keladi di sebelah kolam itik melambai perlahan. Mata Aleeya mencari-cari wajah mak, selalunya mak akan turut serta bersama abah memberi anak-anak itik ini makan di sebelah petang. Tetapi mak tidak ada di situ.
“Abang Rayyan dah balik ke?” gurau abah membuatkan Aleeya tersenyum. Tahukah abah apa yang terdetik di hatiku sekarang?
“Apa lah abah ni..,” ujar Aleeya tersipu malu. Hendak panggil abang dekat Encik Rayyan, mesti mamat tu ketawa sampai terguling-guling nanti.
“Itu panggilan seorang isteri untuk lelaki yang bergelar suaminya!” kata abah sambil tersenyum. Wajah Aleeya sudah naik merah. Aku bertuah kerana mendapat seorang abah yang memahami. Saat aku dicaci dan dihina oleh orang kampung kerana dipermainkan oleh Azlan, abah lah yang berdiri di sisiku memberi kata-kata semangat dan sokongan yang jitu. Kata Abah, bukan jodoh Aleeya dengan Azlan, jadi usahlah gundah gulana dan mengamuk memarahi Azlan, relakan perpisahan itu dan biarlah Azlan bahagia dengan Mirla yang telah menjadi isterinya. Tetapi orang kampung tetap menyalahkan aku dan menuduh yang bukan-bukan. Malah maruah keluarga kami sudah tercemar kerana perbuatan Azlan, yang pedih dan sakit hati apabila melihat mak menitiskan air mata apabila melihat perkahwinanku hancur di tengah jalan. Itu yang tidak sampai hati Aleeya melihat. Tangisan seorang ibu yang mengluluhkan seluruh jiwa dan raga.
“Anak dara kau jadi anak dara tak lakulah selepas ini Dejah. Anak kau tu bawa sial, sebab itu kahwin tak jadi!” kata tok ngah, emak saudara sebelah abah.
“Liya tak salah lah, mak ngah. Dah tak ada jodoh antara Liya dan Azlan,” bela abah.
“Itu kata kau, bukan kata orang kat kampung kita nih..,” tempelak tok ngah sebelum melangkah pulang. Kenduri kahwin Aleeya bertukar menjadi kenduri kesyukuran saja. Abah sengaja teruskan majlis kenduri tersebut kerana tidak sempat membatalkan tempahan makan dan yang lain-lainnya.

Kata-kata ini lah yang memberi cabaran kepada Aleeya untuk menerima Rayyan sebagai calon suaminya. Bila Rayyan tahu Aleeya kahwin tak jadi, Rayyan terus merisik Aleeya melalui bos Aleeya sendiri, iaitu Datuk Harun, risikan yang membuatkan Aleeya hampir pengsan dua minggu sudah. Rayyan itu mimpi ke kenapa sampuk? Tiba-tiba merisik Aleeya dan mahu berkahwin dengan Aleeya secepat yang mungkin. Minggu depan keluarga Rayyan akan datang meminang, dan selang seminggu kami akan berkahwin. Hanya tinggal dua minggu dari sekarang. Cepatnya.
“Abah restu pilihan Liya?” soal Aleeya masih tidak berpuas hati. Mana tahu abah menyimpan perasaannya di dalam hati.
“Liya dah buat solat istikharah dan solat hajat?” soal abah tanpa jawapan. Aleeya mengangguk.
“Dah abah!”
“Tentu dia yang menjadi jawapannya kan?” soal abah lagi. Aleeya hanya mengangguk. Tiga malam turut-turut dia mendapat jawapan yang sama sebab itulah dia memberanikan diri membawa Rayyan berjumpa dengan abah.
“Abah akan merestui sesiapa saja yang menjadi pilihan anak-anak abah termasuk dengan Liya sendiri. Abah nak lihat anak-anak abah bahagia dengan pilihan mereka,” ucap abah sambil tersenyum.
“Terima kasih abah,”
“Tetapi ingat...,”

Bersambung.

Tiada ulasan: