Selasa, 26 Jun 2012

PENGANTIN EKSPRES (2)


Abah sedikit terkejut apabila melihat Rayyan Akmal di hadapannya. Pakaian lelaki ini kemas tetapi sewaktu menunduk untuk bersalaman dengan tangan abah, rantai lehernya juga turut terjuntai sama. Tetapi abah bijak mengawal perasaan, pura-pura dan berlagak tenang. Mak pula telah memaling muka ke arah lain. Mak sudah naik marah melihat bakal menantunya yang berbeza dengan menantu-menantunya yang lain. Hmm.. sah-sah memang Rayyan Akmal tak layak jadi menantu abah dan mak.
“Dah lama kenal Aleeya?” soal abah. Macam mana lah boleh Aleeya boleh jatuh hati kepada anak muda ini. Jauh benar dengan citarasa Aleeya. Apakah kerana hati Aleeya benar-benar terluka lalu Aleeya menenerima sesiapa saja menjadi suaminya? Aleeya, jangan terburu-buru nak. Hidup Aleeya masih panjang, jangan salah langkah dan salah membuat pilihan. Abah ada bersama-sama mu untuk menghadapi setiap rintangan., jadi jangan mudah mengalah dengan dugaan kehidupan.
“Baru dua minggu, tapi sebelum ini kami kerap bertemu cuma tak bertegur sapa saja,” jawab Rayyan Akmal jujur. Betul lah tu, kami kan kerap berjumpa di ofis, ofis kami kan hanya bersebelahan saja.
“Baru kenal dua minggu dah nak kahwin?” ujar abah. Terkejut sambil anak mata memandang wajah Aleeya dengan tidak berkelip. Sah lah, Aleeya terpaksa.
“Ya, pak cik. Saya mahu menyunting anak pak cik menjadi isteri saya yang sah!” jawab Rayyan tekad. Aleeya sedikit tersenggih saja. Rahsia yang lain hanya kami berdua saja yang tahu. Aku terpaksa kerana hanya dia saja yang hadir di saat-saat ini. Tiada orang lain yang sudi datang ketika ditimpa kesusahan. Tetapi, dia, lelaki yang penuh dengan warna-warni kehidupan yang sudi menghulurkan tangan memberikan bantuan.
“Kenapa memilih Aleeya?”uji abah lagi.  Awak ada pakej lengkap, serba sempurna, tentu ramai gadis yang tergila-gilakan kau,  kenapa pula memilih Aleeya untuk dijadikan isteri?
“Aleeya terlalu istimewa kepada saya..,” jawapan Rayyan membuatkan Aleeya tersedak. Air teh diletakkan perlahan-lahan sambil memandang ke arah abah sama ada abah percaya ataupun tidak kata-kata bakal suaminya ini.. Abah seperti setuju saja. Malah senyuman abah membuatkan Aleeya kehairanan. Apakah abah seperti aku, terpaksa menerima Rayyan dalam keadaan terpaksa. Si Rayyan pun satu, dah tak ada jawapan lain ke nak bagi kat abah, marah Aleeya di dalam hati.
“Sebagai seorang ayah, pak cik hanya mahu melihat anak pak cik bahagia. Itu sudah cukup bagi pak cik. Bolehkah Rayyan bahagiakan Aleeya sehingga ke akhir hayat?” soal abah serius. Abah takut hati anak abah terluka lagi. Cukuplah dengan perbuatan Azlan meninggalkan Aleeya di saat-saat mereka berdua mahu disatukan.  Tinggal dua minggu saja lagi tarikh perkahwinan Aleeya dengan Azlan, tiba-tiba saja mereka mendapat khabar Azlan berkahwin dengan orang lain. Malah Azlan dengan beraninya datang untuk meneruskan hasratnya dengan meneruskan perkahwinan dia dan Aleeya. Azlan mahukan Aleeya menjadi isteri keduanya. Tetapi Aleeya telah membantah sekeras-kerasnya. Hidup bermadu bukannya indah.
“Saya berjanji, saya akan bahagiakan Liya sepanjang hayat saya!” ikrar Rayyan. Aik, hari itu tak ada pun dialog seperti ini. Rayyan ini mimpi ke apa nih?
“Okey lah..,”
“Pak cik setuju?”
Abah hanya mengangguk saja tanda setuju. Rayyan memandang wajah Aleeya sambil mengenyitkan matanya. Biar berbetul abah? Kalau abah tak setuju, Liya boleh terima lah. Betul ke Liya? Liya boleh menerimanya kalau abah menolak? Bukan Liya akan berkeras ke?

Mereka berjalan seiringan mengatur langkah di atas batas bendang yang kecil. Rayyan menghulurkan tangan kanannya, mahu berpimpin tangan si bakal tunang. Tetapi Aleeya menolak perlahan. Kami bukan muhrim. Dia bukannya suamiku hanya bakal suamiku. Ada jurang antara kami. Aku kena ingat tentang itu.
“Liya, sana nak tidur sini, boleh juga saya berkenalan dengan abah dan mak awak!” suara Rayyan. Permintaan yang ketiga kalinya.
“Tidur hotel yer. Kita dah janji sebelum datang ke sini hari tu!”
“Liya ni teruk lah. Saya nak kenal dengan bapa mentua pun tak boleh!”
“Encik Rayyan tidur kat hotel, jangan mengada-ngada. Saya tak nak orang cakap yang bukan-bukan tentang kita berdua!”
“Kita dah nak jadi suami isteri lah, hanya seminggu lagi kita nak kahwin!”

Bersambung....

Tiada ulasan: