Rabu, 27 Jun 2012

PENGANTIN EKSPRES (6)

ALEEYA hanya memakai t-shirt lengan panjang dan seluar jeans saja. Malah siap bertudung lagi. Hehehe.. alang-alang mana tahu, Rayyan melihatnya dan membatalkan hasrat untuk membawa Aleeya ke kelab malam. Akal, akal itu sajakah yang mampu dia lakukan untuk menolak keinginan Rayyan membawanya ke kelab malam.
“Jom lah, mereka sudah lama menunggu kita kat sana!” kata Rayyan sambil menarik tangan Aleeya masuk ke dalam kereta. Liya, kau kahwin dengan dia tanpa cinta dan tanpa mengenali hati nuraninya. Kau tak kenal pun siapa dia yang sebenarnya. Kau hanya kenal dia secara luaran saja, dan luarannya memang ini lah kehidupan dirinya yang sebenar. Sekarang sudah terbukti di depan mata siapa dia, suami kau tu. Ini baru seminggu perkahwinan kau, masih lagi baru, tak kan sudah mahu mengalah dan tarik diri? Soal hati Aleeya sendiri.
“Kenapa diam? Tak Suka?” soal Rayyan sambil memegang tangan Aleeya. Aleeya hanya mampu tersenyum, kalau aku jawab tak suka, belum tentu kau akan hantar aku pulang ke rumah. Jadi, suka tak suka, jawabnya kena suka juga.
“Abang suka tempat macam ni?” soal Aleeya kembali sewaktu sampai di muka pintu kelab malam. Nama pun kelab malam, jadi suasana memang kelam, hanya disinari dengan cahaya lampu neon yang berwarna warni.  Rasa kekok untuk masuk ke dalam tetapi pegangan tangan suaminya yang semakin kemas itu membuatkan Aleeya terpaksa melangkah masuk. Rayyan memang sengaja! Jerit Aleeya di dalam hati.
“Inilah tempat abang sejak dulu lagi, tempat abang enjoy lah sayang!” bisik Rayyan di cuping telinga Aleeya kerana bising dengan suara muzik yang semakin rancak. Kelihatan lelaki dan perempuan sedang rancak menari dan berpelukan.
“Tak ada tempat lain ke?”
“Mana ada. Best lah kat sini. Liya tak pernah datang kelab malam?” tanya Rayyan. Aleeya hanya mengelengkan kepalanya. Rayyan tersenyum senang.
“Ini kali pertama..,” jawab Aleeya perlahan.
“Rayyan!” panggil suara seorang perempuan.
“Hai, mama. Mana papa?” soal Rayyan kembali. Ler, mak mentua aku pun ke sini juga.
“Ada tu!” ucap sambil menunjuk ke arah papa yang sedang menari dengan seorang perempuan muda sebaya Aleeya saja. Sedang menari seperti pasangan kekasih saja yang hairanya mama tak marah dan cemburu pun. Inikah cara kehidupan mereka sekeluarga. Teringat abah dan mak di kampung, hati Aleeya terasa sayu.
“Julia mana?” soal Rayyan lagi mencari adik perempuannya.
“Entah, tadi ada dengan Johan!” jawab mama sambil memandang ke arah Aleeya yang memakai pakaian yang berbeza sekali dengan mereka yang berada di sini. Apa lah menantu aku ini, ada ke pakaian macam ni ke sini? Teruk sungguh gaya penampilannya.
“Mama..,”
“Itulah kahwin lagi dengan orang kampung,  memalukan saja!” balas mama sambil berlalu pergi. Kecil hati Aleeya mendengar. Rayyan memandang wajah Aleeya seperti dia tahu perasaan Aleeya ketika ini.

Satu persatu Aleeya diperkenalkan kepada rakan-rakan Rayyan. Semuanya sekepala dengan Rayyan, dia seorang saja yang berbeza. Hmm, macam manalah kami mahu kekal hidup bersama kalau lah begini caranya. Tidak sampai pun setengah jam, Aleeya merasakan matanya sudah berpinar dan berpusing.
“Liya!”
“Abang, Liya pening lah!” jawab Aleeya sambil menarik tangan Rayyan ke arah satu kerusi. Dia mahu duduk saja.  Benar-benar berpusing, jalan pun seperti mahu rebah saja. Terhoyang-hayang. Aleeya segera duduk takut terjatuh terjelempuk ke lantai. Lagilah malu.
“Pertama kali memang lah macam tu, nanti makin lama, akan menjadi satu kebiasaan!” pujuk Rayyan sambil turut duduk di sebelah isterinya. Muka Aleeya mula berubah. Sudah menjadi pucat dan lesu. Pitam!
“Tak boleh, Liya rasa macam Liya nak pengsan sekarang!” jawab Aleeya seperti mahu menangis. Liya nak balikkkk.
“Liya..,” panggil Rayyan. Terdengar suara itu sayup-sayup saja.
“Liya... Liya..,” kejut Rayyan lagi sambil memeluk erat isterinya supaya tidak jatuh ke lantai. Dikendungnya Aleeya lalu dia segera keluar dari kelab malam menuju ke kereta.

“Maafkan abang, sayang!”

Bersambung...,

2 ulasan:

Unknown berkata...

wah..advance betul satu family hehe..payah juga kan bila terpaksa lalui semua tu..terpaksalah liya bersabar klu.lecture sikit rayyan tu.hehe..

~gurangak aja~

Unknown berkata...

yup.. satu family macam tu.. apa nak buat sudah nasib badan...