Isnin, 16 Mac 2015

MY LOVELY TENGKU (BAB 17)






“Tetapi mengapa Akif tipu Dina? Mengapa tak beritahu semua ini kepada Dina? Macam mana kita nak kongsi suka duka bersama kalau Akif tak nak berbincang dengan Dina sedangkan Dina patut tahu tentang ini,” suara Zara Irdina yang tadi marah yang amat sangat sekarang sudah kendur berkali-kali. Betul lah kata suaminya itu. Kita harus buktikan kita akan berjaya dan bahagia biarkan status kita berbeza.
“Memang nak cerita tapi tak sempat...,” luah Tengku Izraf Akif. Sudah lembut hati.
“Jadi ini sebabnya Akif ajak Dina kahwin lari sebab kaum kerabat dah tak restui hubungan kita kan?” sudah banyak kali dia menyoal tentang ini tetapi tak ada pun jawapan yang memuaskan hati.
“Dina, Akif nak tanya ni? Jawab dengan jujur?”
“Soalan Dina, Akif tak jawab pun!” perang dingin sudah berakhir rupanya. Lama mana lah nak merajuk, nak marah, kalau dengan Tengku Izraf Akif itu, Zara Irdina memang selalu tewas.
“Dina nak ke kita terlanjur? Dina nak ke Akif buat benda tak elok kat Dina? Nak??” soal Tengku Izraf Akif. Zara Irdina mengelengkan kepalanya.  Perempuan mungkin boleh menahan perasaan tetapi bukan lelaki seperti aku.
“Kau nie lah bengong..,”
“Cakap elok-elok sikit yer...,”
“Dah betul bengong? Aku rogol kau baru tahu, kau nak?” Muka Zara Irdina pucat lesi dengan pertanyaan itu.

Tak boleh berfikir dengan sikap dan tindakan Tengku Izraf Akif. Lama dia berfikir. Tengku Izraf Akif menguntum senyuman.
“Suka ke hidup tak ada lelaki yang jaga Dina? Harap rupa saja ada, tetapi suami tak ada? Nak hidup macam tu? Nak orang kutuk Dina, hina Dina sebab jadi anak dara tak laku?” sambung Tengku Izraf Akif lagi.
“Nie dah melampau nie, ingat orang tak laku ke?”
“Dah orang ambik jadi isteri pun suka fikir yang bukan-bukan, suka tanya soalan bodoh, soalan merepek? Patutnya bersyukur sebab dapat kahwin dengan lelaki macam aku ni?” kata Tengku Izraf Akif sambil memicit hidung isterinya dengan manja.

Zara Irdina tersenyum senang hati. Biarlah Tengku Izraf Akif tak cakap apa pun dia rela saja. He he he...
“Malam ini ikut aku tidur di bilik aku...,” ajak Tengku Izraf Akif. Lantak lah apa nak jadi pun
“buat apa?” soal Zara Irdina.
“Tanya pula nak buat apa?” kata Tengku Izraf Akif membuatkan Zara Irdina menjeling tajam. Sah lah, lepas ini memang aku bunting pelamin.
 Orang nak cari mak kandung orang dulu sebelum nak besarkan keluarga Zara Irdina dan Tengku Izraf Akif nih. Tak pasal-pasal nanti jumpa mak tengah mengandung pula.
“Mengandung macam mana?”
“Sebab nak bagi mengandung yang buat kerap ni,” Dina nih, kenapa lah sempit sangat fikiran tu, orang nak bawa balik tidur di istana pun tak mahu. Tak sudi!.
“Jadi apa-apa kau tanggung!”
“Nak jadi apa? Habis kuat kau tu mengandung saja!”

Atas permintaan Tengku Izraf Akif, dia turuti juga kemahuan suaminya untuk bermalam di istana. Kali pertama masuk ke bilik anak raja ini, buatkan hatinya berdebar saja. Bilik suaminya ini lebih besar dari rumahnya di tingkat atas itu. Terpegun dengan kecantikan bilik suaminya.

Sampaikan termimpi yang indah sangat.

“Boleh bangun ke tak nie?” kejut Tengku Izraf Akif apabila waktu subuh menjelma.
“Kenapa pula tak boleh bangun?” balasnya biasa saja. Dia bukan buat apa-apa pun pada aku.
“Mana lah tau... tolong jaga iskandar shah kat dalam tu..,” pesan Tengku Izraf Akif sambil mempimpin tangan isteri kesayangannya.
“Iskandar Shah?” Siapa?” tanya Zara Irdina. Ingin tahu.
“Anak sulong aku lah. Sempena nama pahlawan islam yang terkenal Iskandar Zulkarnain. Semuga Tengku Iskandar Shah jadi seorang abang yang berani dan bertanggungjawab kepada adik-adiknya nanti..,” tu dia, siap ada nama anak
 dah. Yakin sangat pun ada tu.

Selesai solat subuh, hari masih lagi gelap. Baru pukul 6.00 pagi.
“Jom, abang hantar sayang abang nie balik rumah!” katanya.
“Hantar saja??? Mana mau macam tu..,” terus didukungnya Zara Irdina dan di hantar sampai ke bilik Zara Irdina. Berjalan dengan perlahan-lahan supaya tidak ada orang yang sedar tentang kepulangan mereka berdua.
“Iskandar tinggal dengan mama yer, pukul 8.00 nanti papa datang jemput yer!” katanya sambil memegang perut Zara Irdina.
“Belum tentu adalah Iskandar tu?” tepis Zara Irdina. Anak itu pemberian dari ALLAH. Kadang mudah dapat anak, kadang tu bertahun-tahun berkahwin pun tak ada anak. Tapi tengok Tengku Izraf Akif yakin sangat kali ini.
“Tak ada aku buat lagi!” jawapan itu membuatkan Zara Irdina menumbuk bahu suaminya.
“Ha ha ha...,”
“Kau tumbuk aku yer”katanya sambil membalas tumbukan Zara Irdina.
“Sakit lah!”
“Tu perlahan saja tu, kalau kuat macam tumbukan kau tadi, entah-entah pelanting kat bawah tu!”

Pergi ke pejabat bersama-sama, balik pun bersama-sama sampaikan orang sudah mula syak sesuatu. Telinga Tengku Cempaka mula tebal dengan umpatan orang tentang anak terunanya. Sebelum mereka pulang, dia sengaja datang ke pejabat untuk menangkap anak dara dan anak teruna kesayangannya itu. Tak boleh nak biarkan perkara ini lama-lama. Semalam pun dia rasa Tengku Akif membawa Zara Irdina pulang ke rumahnya. Harap-harap semua itu hanya mimpi.
“Bonda nak cepatkan perkahwinan kau orang lah, telinga bonda nie dah rasa macam nak tanggal..,” kata Tengku Cempaka sambil memandang wajah zara Irdina. Kenapa ek nampak wajah Zara Irdina berbeza sangat. Dari firasat orang tua dia sudah dapat menangkap sesuatu. Apakah betul Zara Irdina sudah menyerahkan mahkotanya kepada Tengku Akif??? Resahnya semakin menjadi-jadi sekarang.
“Tunggu Dina balik dari Johor dulu, bonda!” jawab Tengku Izraf Akif. Aku sudah meniduri Zara Irdina dan kalau ada rezeki aku bakal menerima anak nanti. Dan perut Zara Irdina akan membesar. Takut juga akan hal ini. Aku akan umumkan pernikahan kami secepat yang mungkin. Dua bulan itu satu tempoh yang terlalu lama bagi ku sekarang.
“Nak pergi Johor buat apa?”
“Dina nak jumpa mak kandung Dina di sana..,” jawabnya. Penyiasat persendiriannya sudah memberi alamat penuh rumah Sharifah Marziah, adik kepada Sharifah Kamariah. Memang sudah ada rancangan ke arah itu tetapi terhalang kerana majlis perkahwinannya tempoh hari.
“Hmm...,” keluhnya perlahan. Anak-anak, aku bagi restu pun kau buat juga benda tak elok. Tak boleh ke bersabar?
“Nikah gantung dulu lah. Kita buat akad nikah esok, nak?” cadang Tengku Cempaka. Budak-budak ni dah terlanjur aku rasa. Apa aku nak jawab kepada masyarakat nanti? Yang paling penting apa aku nak jawab dengan ALLAH kerana membiarkan anak-anak ku melakukan zina.
“Bonda nie kalut lah!” tepis Tengku Izraf Akif. Buat apa aku nak akad nikah sampai dua kali. Sekali cukup.
“Akif, kau dah sentuh Zara kan?” tekan Tengku Cempaka. Tengku Izraf Akif tersenyum saja. Pandai lah bonda meneka.
“Mana bonda tahu benda macam ni..,” tanya Tengku Izraf Akif, tidak mahu mengaku.
“Bonda orang tua!” jawab Tengku Cempaka.
“Rasanya dia orang nie dah kahwin di tempat lain, bonda!” celah Tengku Mawar yang berada di samping mereka.
“Kalau kahwin tu bonda tak kisah, sebab rasanya kau dah minta hak Zara Irdina.. bonda nak kau bertanggungjawab, Akif!” sakit hati dengan anak teruna ini. Semakin hati hati melihat Tengku Izraf Akif tersenyum kepadanya.
“Tak payah bonda risau, saya tahu apa yang saya lakukan!” katanya bersahaja saja membiarkan hati Tengku Cempaka semakin keresahan.
“Kau tak takut Zara mengandung ke? Zara, sayang sangat dengan Akif sampaikan Akif minta kesucian kau pun kau beri?” marah Tengku Cempaka lagi.
“Takut kat ALLAH lah, bonda. Itu yang kena jaga...,” balas Tengku Izraf Akif lagi. Aku pun kenal dosa dan pahala lah. Ingat aku buta agama ke apa nie?
“Berapa lama di Johor?” soal Tengku Cempaka lagi. Budak panjang akal nie kalau lawan bahas, sampai bila-bila pun tak menang, desis hati Tengku Cempaka.
“Tak tahu lagi, mak engku!” jawab Zara Irdina. Dia tidak pasti berapa lagi di Johor.
“Akif ikut?” tanya Tengku Cempaka lagi.
“Tak, buat apa nak ikut minah senget nie pulak, bonda!” jawabnya lantang sekali. Tengku Izraf Akif tidak pergi kerana permintaan Zara Irdina. Wal hal dia memang mahu mengekori isterinya itu ke mana saja isterinya pergi.
“Bonda risau dengan kau orang berdua. Dosa tahu tak apa yang kalian lakukan nie. Berzina tu tak cium bau syurga nanti..,” kebimbangan datang semula.
“Kita orang pun tahu dosa dan pahala, bonda. Percaya lah, apa yang Akif lakukan ini tidak salah di sisi agama, bonda jangan lah risau!” yakin Tengku Izraf Akif.

Bonda pening lah dengan kau orang berdua  hari ini.
“Zara, belajar panggil bonda macam Akif, Zara tu jadi milik Akif dah pun,” pesan Tengku Cempaka sebelum melangkah pergi.  Mukanya masam mencuka, tidak lagi ceria. Mesti bonda dah syak tentang kami berdua. Atau pun bonda dah tahu aku bermalam di istananya semalam. Akif lah nie....
“Kita kena cakap kat bonda benda ni, kesian dia!” kata Zara Irdina sebaik saja bonda telah menghilang dari pandangan matanya.Perkahwinan ini perlu dihebohkan bukan lagi satu rahsia. Semua orang perlu tahu akan perkahwinan ini, sebab takut perkahwinan ini  makan diri sendiri pula nanti.
“He he he.. dah takut ke?” usik Tengku Izraf Akif sambil tersenggih saja.
“Aku tumbuk kau sekali lagi nak?” aju Zara Irdina pula.
“Ha ha ha..,”

Memang nak umum pun, tunggu masa yang sesuai saja.

Sabtu, 7 Februari 2015

MY LOVELY TENGKU (BAB 16)




 NOTA : UNTUK MAKLUMAN SEMUA, NOVEL INI SUDAH PUN BERADA DI PASARAN. SUDAH ADA DI KEDAI-KEDAI BUKU BERHAMPIRAN ANDA. UNTUK MENGETAHUI CERITA INI DENGAN LENGKAP BOLEH LAH DAPATKANNYA....

 Dia bukan datang sembahyang subuh berjemaah. Tetapi siap bawa baju untuk ke pejabat. Mandi pun mandi di bilik air rumah Zara Irdina. Kali pertama mandi di rumah isteri tercinta. Malah guna kain tuala Zara Irdina juga.
“Sikat rambut mana?” soal Tengku Izraf Akif setelah siap berpakaian.
“Nak turun kat bawah macam mana?” soal Zara Irdina kembali. Hari dah cerah, orang akan nampak kelibat anak raja ini nanti. Jam sudah menunjukkan angka 7.30 pagi. Selepas solat tadi, mereka bersarapan bersama. Anak raja ini membawa bekalan dari istana. Puding di raja bersama roti jala air tangan Tengku Cempaka. Malah siap berpesan kepada Zara Irdina supaya sediakan air masak siapisiap di dalam biliknya ini. Semakin menjadi-jadi apabila Zara Irdina sudah menjadi isterinya.
“Turun sekali lah, apa masalah??”
“Masalahnya..,”
“Aku nak mengaku lah, nak cakap dengan mama dan papa tentang kita berdua...,”
“Sebabnya? Tak takut kena marah ke? Mula-mula ajak kahwin lari, selepas tak sampai seminggu, nak cakap pula kita dah kahwin?” balas Zara Irdina. Dia nie lah, aku yang takut terlebih, dia tenang saja. Tak ada masalah langsung tentang hal kami.
“Kita buat benda baik lah..,”
“Aku rasa ada sebab kau buat macam nie, tak mungkin tertiba saja kau ajak aku kahwin?” sudah ada rasa curiga di dalam hati, sebab tindakan Tengku Akif mencurigakan hatinya. Kahwin dengan terburu-buru sedangkan dia kenal hati budi Tengku Izraf Akif selama ini.
“Tak ada apa lah!”tepis Tengku Izraf Akif.

Bila difikirkan tentu ada sebab kenapa dan mengapa Tengku Izraf Akif lalukan semua ini. Sedangkan pertunangan sudah dilangsungkan. Mama dan bonda sudah beri restu, habis apa yang tak kena. Papa pun suka juga dengan pertunangan ini. Lagipun tunggu dua lagi kan, nak buat majlis kahwin. Habis kenapa gertak dan ugut suruh aku kahwin secepat yang mungkin.

Papa dan mama sudah pun keluar rupanya. Ada Syazana dan Ayuni saja sedang bersarapan. Terkejut apabila melihat Tengku Izraf Akif turun bersama kakaknya. Apa dah jadi? Syazana memandang ke arah Ayuni dan mereka saling berpandangan.
“Abang buat apa di bilik kakak?” aju Syazana. Sah lah khabar angin yang hangat diperkatakan orang. Mereka berdua ini telah berkahwin tanpa pengetahuan keluarga masing-masing. Tetapi ramai sudah mula bercakap tentang perkara ini.
“Nak buat lah semalam tetapi akak kau nie yang tak bagi..,” kata Tengku izraf Akif. Syazana tersenyum saja. Asalkan dia orang berkahwin, buat lah apa pun, aku tak kisah. Tetapi jangan lah tak kahwin, berdosa tu.
“Huish..,” tepis Zara Irdina.
“Abang kahwin dulu dengan Kak Zara, baru boleh sentuh akak..,” ujar Ayuni yang masih belajar di UITM.
“He he he..,” ketawa Zara Irdina seakan memberi jawapan. Risaunya kat akak yer...
“Jangan lah risau, abang akan bertanggungjawab dengan apa yang berlaku nanti..,” lafaznya sambil memandang wajah isterinya.
“Nie yang kita suka kat abang nih!” balas Syazana terus tidak menyoal lagi.

Harap-harap tiada orang lain yang melihat kami bersama pagi ini. Kalau tidak mesti orang syak yang bukan-bukan, walaupun kami pergi kerja berasingan. Masuk ke pejabat pun, Zara Irdina yang masuk terlebih dahulu dari Tengku Izraf Akif.

Kelihatan kereta bonda di garaj utama. Apa lah mimpi bonda datang ke ofis hari ini, selalunya bonda jarang datang ke ofis di waktu pagi. Habis kuat pun sebelah petang, itu pun dua minggu sekali. Atau pun sebulan sekali saja. Pagi ini, bonda sudah berada di sini. Mungkinkah bonda sudah menghidu hubungan aku dengan anaknya?
“Puan Zara, Tengku Cempaka nak jumpa kat bilik sekarang!” beritahu Aida, Panya sebaik saja dia sampai di tempat duduknya.
“Okey.. terima kasih yer!” jawabnya. Dibukanya komputernya terlebih dahulu. Terus duduk di kerusi dan membawa al fatihah doa seribu dinar. Ini rutin yang dia lakukan setiap pagi. Setelah keadaan diri tenang, baru lah dia melangkah berjalan menuju ke bilik Tengku Cempaka.

Selangkah di depan pintu yang sedang terbuka, dia dapat menangkap suara Tengku Cempaka dan seorang lelaki. Suara itu bukan milik suaminya tetapi, entah lah.
“Bakar, kakak tak boleh tunaikan permintaan kau lah. Lagipun apa salah Zara Irdina kepada keluarga kita?” kata Tengku Cempaka.
“Dia anak luar nikah. Jangan bagi malu kaum kerabat kita lah, kakak. Lagipun banyak lagi perempuan yang sedarjat dengan kita yang sesuai dengan Tengku Akif tu. Saya tak kira, apa pun terjadi saya tak setuju, Tengku Akif bertunang dengan anak haram itu..,” tegas Tengku Bakar menghiris hati Zara Irdina yang sedang mendengar. Rupanya kaum kerabat tidak setuju dengan pertunangan kami berdua.
“Amboi.. amboi.. kau jangan hina dia, Bakar!” marah Tengku Cempaka. Tengku Bakar merupakan adik nombor dua kepada Tengku Cempaka.
“Kebenaran kakak, tak ada seorang pun keturunan kita yang sukakan pertunangan anak di raja ini. Tengku Akif, anak orang terhormat, jangan kerana cinta murahan ini, membuatkan Tengku Akif rabun mata untuk menilai cinta seorang perempuan. Suruh Tengku Akif cari perempuan lain yang layak dengan darah keturunannya, kakak!” suara Tengku Bakar semakin meninggi membuatkan Zara Irdina diluar sedikit ketakutan.
“Aku tak peduli, ini antara cinta dan kebahagiaan Tengku Akif, asalkan Tengku Akif bahagia, aku merestuinya. Itu keputusan aku!”
“Kakak kena ingat kakak itu ketua masyarakat di sini, masyakarat sudah mencela Tengku Akif sekarang akibat perbuatannya dahulu. Apa tah lagi dengan berita pertunangan ini. Kami akan menghalang hubungan Zara dan Tengku Akif. Perempuan tu patut sedar dia tidak layak berdamping dengan anak raja..,” sambung Tengku Bakar lagi.

Zara Irdina mengesot ke belakang. Melangkah longlai masuk ke dalam biliknya. Ini kah penyebabnya yang membuatkan Tengku Izraf Akif mengajak aku kahwin lari? Kerana hubungan kami tidak direstui oleh kaum kerabat yang lain rupanya. Patutlah dia mendesak aku supaya cepat-cepat berkahwin dengannya?

Akif, Akif apa yang telah kita lakukan ini adalah satu perbuatan yang salah. Zara Irdina menarik nafas panjang lalu menglepaskan perlahan-lahan. Dia mengawal sebak di dalam dada sambil mengucapnya di dalam hati.
“Puan Zara, Tengku Cempaka sedang menunggu!” jerit suara Aida setelah menerima panggilan telefon dari Tengku Cempaka yang menyuruh Zara Irdina berjumpa dengannya sekarang juga.
“Saya ada hal, kejap nanti saya pergi jumpa Mak Engku!” dalih Zara Irdina. Aku tidak ada kekuatan untuk berhadapan dengan Tengku Cempaka saat ini. Kalau berjumpa mesti aku menangis.

Kalau boleh lari, aku nak lari sampai ke hujung dunia sebab sedih sangat ketika ini. Orang tak suka aku tetapi aku yang terlebih-lebih nie. Apa cerita? Aduhai, kenapa terburu-buru ikut ajakan Tengku Izraf Akif. Sepatutnya aku sedar, siapa  aku di sisi dia? Tetapi aku lupa diri dengan kebaikan dan kasih sayangnya selama ini.

Siapa lah aku kan, Zara Irdina bukan puteri di raja. Anak luar nikah pulak tu. Itu yang patut aku pegang di dalam hatiku sewaktu dia mengajak aku berkahwin.

Dia tidak pergi berjumpa dengan Tengku Cempaka, tetapi dia membawa diri pulang ke rumah. Sedih ini tidak tahu untuk dikongsikan dengan sesiapa pun. Malah Tengku Izraf akif mengekorinya dari belakang. Sampai di rumah, semua orang sudah keluar pergi ke pejabat. Mama yang menjadi suri rumah sepenuh masa juga turut keluar entah ke mana.
“Hey, kau ni kenapa? Aku tengok pelik sangat nih?” soal Tengku Izraf Akif ketika turut masuk ke dalam rumahnya.
“Aku nak tanya kau, kenapa kau ajak aku kahwin tergesa-gesa, ada apa yang tak kena dengan hubungan kita?” soal Zara Irdina. Sakit hati dengan perbuatan Tengku Izraf Akif yang telah menipu dirinya.
“Kan aku dah cakap, aku tak sabar nak sahkan hubungan kita!” jawab Tengku Izraf Akif sambil mahu memegang tangan isterinya tetapi Zara Irdina menjauhkan dirinya. Pelik, apa pula yang tak kena nih?
“Kau tipu aku. Sebenarnya kerabat kau tak suka kan aku, sebab aku anak luar nikah, malah mereka nak putuskan hubungan pertunangan kita, kenapa tak cakap semua ini?” jelas Zara Irdina membuatkan Tengku Izraf Akif terkejut mendengarnya.
“Tahu mana?”
“Orang dengar sendiri tadi...,”
“Aku akan selesaikan perkara ini nanti, tak payah risau..,”
“Kau cakap apa ni? Kita tak boleh bersama lah. Aku ni tak setaraf dengan keturunan kau!” air mata sudah mahu mengalir ketika ini. Sakit dan pedih sudah sampai di kerongkong. Pedih sangat!
“Semua itu tak penting lah. Aku cinta kan kau, Dina!” yakin Tengku Izraf Akif.
“Itu kata kau, tapi penting bagi orang yang tak ada maruah macam aku!”
“Irdina!” Marah Tengku Izraf Akif dengan kata-kata itu.
“Aku tak nak jumpa kau lagi. Hubungan kita berakhir di sini saja..,” kata Zara Irdina sambil menolak tubuh suaminya keluar dari rumah. Terus ditutupnya pintu dengan kuat dan dikunci dengan rapat sekali.

Tengku Izraf Akif menolak pintu dengan kasar tetapi tidak berjaya. Diketuknya pintu sambil memangil-manggil nama Zara Irdina tetapi Zara Irdina buat tidak peduli saja.
“Kenapa ni Akif?” soal Papa yang baru balik dengan mama dari pasar. Rupanya papa tak pergi kerja hari ini.
“Tak ada apa, papa!”  jawab Tengku Izraf Akif.

Zara irdina mengesat air matanya yang sedang mengalir, kerana dia tidak mahu papa melihat air matanya. Terus dia melarikan diri ke dalam biliknya sendiri.

Dia pura-pura tidak ada apa yang berlaku antara mereka berdua. Apabila mama menyoal, dia hanya diam saja. Begitu juga dengan papa. Perang dingin ini berlarutan sehingga ke malam. Semua pintu tingkap sudah ditutup dengan kemas. Dikunci supaya Tengku Izraf Akif tidak dapat menyelinap masuk ke dalam biliknya malam ini seperti selalu.
“Dina buka pintu ni sekarang jugak!” jerit Tengku Izraf Akif setelah tidak berjaya menolak pintu itu dengan tangannya. Zara Irdina bungkam saja. Biarlah. Sakit hati dengan sikap terburu-buru Tengku Akif kali ini.
“Aku tak nak jumpa kau lagi... pergi balik. Jangan kacau aku lagi..,”
“Aku cakap bukak, faham tak?” marah Tengku Izraf Akif. Zara buat tidak kisah.
“Tak nakkkkk...,”

Terkejut mendengar tendangan yang kuat dari lelaki itu membuatkan Zara Irdina terkejut apabila melihat wajah suaminya sudah berada di hadapannya.
“Sengaja nak cari pasal ke apa ni?” kata Tengku Izraf Akif sambil memegang bahu Zara Irdina.
“Sapa yang cari pasal? Kau atau aku. Perkahwinan bukan benda main-main. Bukan kerana kasih sayang dan cinta saja, tetapi kerana keturunan. Aku bakal menglahirkan zuriat kau nanti. Kau nak orang cakap pasal keturunan kita?” marah Zara Irdina kembali.
“Habis apa masalah kau sebenarnya? Sebab kau anak luar nikah?” Kau ke yang minta kau jadi anak luar nikah? Otak kau memang senget aku rasa, benda mudah macam ini pun tak boleh nak fikir!” lenting Tengku Izraf Akif.
“Ahli keluarga kau tak suka aku..,”
“Bonda dah restu hubungan kita, yang lain jangan ambil peduli. Yang nak hidup bahagia atau tidak adalah kita berdua. Orang lain tu hanya pandai bercakap saja..,”

Zara Irdina hilang kata-kata.
“Orang yang nak berjaya dalam hidup, adalah orang yang tidak akan memandang kisah silamnya yang pahit. Aku nak kita bina kehidupan kita sendiri. Bina keluarga kita sendiri, dan kita buktikan, yang kita boleh berjaya dan bahagia,” ucap Tengku Izraf Akif sambil memandang tepat ke anak mata isterinya.

Selasa, 13 Januari 2015

MY LOVELY TENGKU (BAB 15)






Makan malam di rumah dihadiri oleh Tengku Izraf Akif dan Tengku Cempaka. Sudah menjadi kebiasaan anak raja sebelah rumah itu makan di rumah ini. Begitu juga dengan Tengku Cempaka. Wan Yusuf dan Wan Aisyah juga kerap keluar masuk ke istana Zara Irdina saja jarang masuk ke istana sana. Tak suka katanya.

Selesai makan malam, Zara Irdina terus masuk ke dalam biliknya sebaik saja Tengku Cempaka dan suaminya itu pulang.

Baru sudah tutup lampu, baru mahu pejamkan mata, apabila pinggangnya dipeluk orang. Siapa pulak ni?
“Pergi lah balik!” suruh Zara Irdina. Payah lah kalau macam ini.
“Kau pilih, nak tidur sini atau aku angkut kau ke bilik aku!” ugut Tengku Izraf Akif sudah mengongsi bantal Zara Irdina. Kepalanya dan kepalanya isterinya hanya sebelah menyebelah saja.
“Dua bulan saja kan? Sabar boleh tak?”
“Tak boleh..,”
“Tidur lah, tapi jangan sentuh aku, jangan buat apa-apa kat aku..,”
“Aku tumpang tidur saja lah, tak buat lah benda-benda lain”

Hish, kalau lah macam nie selalu, rasanya tak sempat tunggu dua bulan, memang sah dah jadi benda lain dalam hidup aku.

Susah lah kahwin rahsia ni. Tapi siapa suruh? Tengku Izraf Akif yang suruh! Habis yang kau ikut tu kenapa?
“Balik lah tidur kat rumah, kalau bonda cari macam mana?” kata Zara Irdina apabila tangan suaminya sudah merangkul pinggangnya. Tengku Izraf Akif tidak kisah pun dengan kata-kata itu.
“Zara, berbual dengan siapa tu?” soal Wan Aisyah.
“Akif, mama..,” senang hati boleh cakap macam tu. Geram!!! Tetapi Tengku Izraf Akif menutup mulut Zara Irdina dengan tapak tangan kanannya.
“Bising lah kau ni, nak tidur pun tak boleh, atau kau nak aku ulang malam pertama kita?” gertak Tengku Izraf Akif.
“Tak nak!”
“Kalau tak nak, diam!” kata Tengku Izraf Akif sambil menjeling tajam.
"Pergilah balik, nanti kalau bonda cari mcm mana?" Ujar Zara Irdina. Tengku Akif buat tidak dengar saja. Malah dia sengaja meletakkan pipinya di sebelah pipi isterinya itu.
"Best lah boleh buat mcm-mcm kat kau lepas ni.. Boleh pegang pipi, mulut, tangan dan semuanya sekali dah jadi milik aku. Ingat hati, jiwa dan raga kau adalah kepunyaan aku sekarang," balas Tengku Akif. Tidak kisah pun dgn arahan isterinya.
“Memang lah itu yang tertulis di antara kita, tetapi kita nie kahwin rahsia lah.,” kata Zara Irdina.  Risau Zara Irdina semakin menjadi-jadi dengan sikap Tengku Izraf Akif malam ini. Buatnya mama tolak pintu bilik tu, macam mana?
“Kahwin tu yang penting, rahsia tu belakang kira lah!” balas Tengku Izraf Akif sudah mula mahu menganggu isterinya. Zara Irdina meronta menghentakkan kedua belah kakinya di atas katil.
“Huwaaaa... Akif jahat!” ucapnya kuat. Sudah terlupa keadaan sekeliling.
“Woiii.. tampar nak?” kata Tengku Izraf Akif.
“Zara, kenapa?” tanya Wan Aisyah lagi.  Zara Irdina terdiam. Tengku Izraf Akif hanya menjeling.
“Padan muka!”
“Zara, kenapa nak?” panggil mama lagi. Terus Zara Irdina bangun menutup mengunci pintu biliknya.
“Hah, tak kunci??”
“Tak!”
“Buka lah, biar mama tengok perangai anak daranya yang sebenar tu.. anak daranya yang berkahwin lari dengan anak raja..,” ujarnya sambil ketawa saja. Zara Irdina mengambil bunga di dalam pasu lalu menglontarkan ke arah suaminya. Geram.
“Sebab anak raja yang aku kahwin dengan kau, tahu tak?”
“Yer?”
“Yup!”

Tengku Izraf Akif bangun dan datang ke arah Zara Irdina dan terus menarik tangan kanan Zara Irdina.
“Cakap sekali lagi..,”
“Apa?”
“Sebab aku anak raja????? Apa tadi??”
“He he he he..,” ketawanya perlahan. Tengku Izraf Akif menarik Zara Irdina masuk ke dalam pelukannya.

Pintu ditolak dari luar. Tentu mama!
“Zara!”
“Ya, mama!”
“Tak pernah-pernah kunci pintu, kenapa kunci pintu pulak ni..,” soal mama membuatkan Zara Irdina gelabah seorang diri. Tengku Izraf Akif tenang saja.
“Pergilah sembunyi..,” arah Zara Irdina.
“Tak nak lah aku..,”
“Pergi arrr...,” bisik Zara Irdina lagi. Tengku Izraf Akif, buat selamba badak saja. Biarkan.




Terus dirangkulnya Zara Irdina dan diangkat ke atas katil.
“Jangan lah!” tepis Zara Irdina.
“Zara Irdina!” panggil mama lagi.
“Cium pipi aku dulu, kalau nak selamat!” ugutnya. Spontan Zara Irdina mencium dahi suaminya.
“Pipi? Bukan Dahi lah!” arah Tengku Izraf Akif. Kali ini diciumnya pipi Tengku Izraf Akif. Secepat itu Tengku Izraf Akif terus ke pintu. Membuka pintu untuk mama dan dia bersembunyi di sebalik daun pintu.
“Mana Akif” soal mama sambil mencari-cari anak raja itu di dalam bilik anak daranya.
“Mama ni, Akif nak datang buat apa?” dalih Zara Irdina.
“Mama dengar suara dia!” balas Wan Aisyah terus ke jendela yang sudah tertutup pintunya. Jendela yang selalu terbuka kenapa malam ini tertutup awal pula. Dia melihat bilik Tengku Izraf Akif di istana sebelah pagar rumahnya. Lampu bilik itu sedang menyala.
“Mana ada.. mama ni...,” balas Zara Irdina.
“Hmmm...” ditutup jendela lalu dikunci kemas. Dia terus keluar dan menarik daun pintu. Tengku Izraf Akif pula menolaknya perlahan.
“Lain kali tidur diam-diam, tak payah bising. Ini mulut mengalahkan murai tercabut ekor.,” katanya sambil menuju ke jendela. Pintu jendela di buka semula. Puas sudah menganggu isterinya dan dia mahu pulang ke istananya saja.

Zara Irdina hanya tersenyum senang hati.
“Datang sini sekejap!” panggil Tengku Izraf Akif sambil mengamit ke arah Zara Irdina. Zara Irdina patuh. Datang ke arah Tengku Izraf Akif dan memegang kedua belah tangan suaminya. Tengku Izraf Akif melepaskan pegangan tangannya tetapi kedua tangannya memegang wajah isterinya. Sepantas itu dikucup dahi isterinya. Lama sekali!
“Ini tandanya aku sayangkan kau!”
“Hah?”
“Sayang lah yang aku kahwin dengan kau. Kalau tak sayang buat apa aku kahwin dengan kau!”
“Itu saja??”
“Pergi selesaikan masalah kau cepat-cepat sebab selepas ini kau kena beranak untuk aku. Aku nak anak ramai untuk meneruskan keturunan Tengku Izraf Akif. Tau tak?” katanya sambil memegang tangan isterinya lagi.
“Ha, ada ke cakap macam tu kat aku!”
“Kahwin sebab nak keturunan.. kalau tidak aku boleh memuja kau sampai seribu tahun lagi..,” katanya terus melangkah dari jendela dan memanjat pokok yang menjadi jambatan untuk mereka berhubung.

Zara Irdina mengelengkan kepalanya. Itu lah Tengku Izraf Akif yang aku kenal sejak dulu lagi. Sejak zaman sekolah, kami berkongsi suka duka bersama. Macam mana lah kalau tak jatuh cinta, tak ada hati dan perasaan kerana kami sentiasa bersama. Tipu lah kalau aku kata, aku tak cintakan dia. Sedangkan setiap detik dia ada di sisi aku.

Zara Irdina menuju ke katilnya semula. Merebahkan dirinya di atas katil dan terus terlena. Tidak lagi memikirkan apa-apa. Dia cuma terjaga apabila azan subuh berkumandang dan apabila matanya terbuka suaminya sudah berada di sebelahnya.
“Bangun, solat subuh!” kata Tengku Izraf Akif yang baru datang semula ke bilik isterinya.
“Tak balik ke semalam?”soal Zara Irdina. Bila masa dia datang semula ke bilik aku ni?
“Abang jawab nanti boleh tak, sekarang Dina pergi mandi, ambil air solat, kita solat jemaah sekali!” katanya sambil mendukung Zara Irdina dan membawa isteri kesayangannya ke bilik air.

Aku bakal menjadi pemimpim nanti dan buat masa sekarang, insan yang mahu aku pimpin ada lah isteriku dan zuriatku. Kepimpinan ku bakal bermula. Dan permulaannya ada lah dari keluargaku sendiri.

Akif, akan jalankan amanah yang ayahanda tinggalkan. Itu janji Akif kepada ayahanda dulu.