Rabu, 4 Julai 2012

PENGANTIN EKSPRES (9)







“ABANG, Liya nak jumpa kawan-kawan petang nanti, boleh tak?”  pinta Aleeya. Seharian berada di rumah hari ini kerana tersilap mengambil cuti.  Sudah naik boring dibuatnya. Asyik menonton tv saja. Kebetulan Akma dan Puteri Shima mengajaknya berjumpa petang ini, ada hal penting kata mereka.
“Hendak ke mana? Tengok wayang?”soal Rayyan di hujung talian. Rayyan tak pulang makan tengah hari. Kata Rayyan makan tengah hari di rumah tiada dalam kamus hidupnya. Jadi, tidak perlu menyusahkan diri untuk menyediakan makanan. Cukuplah masak untuk diri sendiri. Senang sungguh jadi isteri Rayyan.
“Nak tengok wayang pun mana ada cerita best lah!” jawab Aleeya. Vanila Coklat pun masih dalam perbikinan, lambat lagilah nak keluar kat pawagan. Mungkin tahun depan baru boleh tengok Aiman Mentor dan Izara Aishah tu. Kenapalah hubungan aku dengan Rayyan tidak seperti Amir dan Zara seperti dalam drama yang top kat tv tu. Kan best! Hehehe, berangan lah tu.
“Habis nak ke mana sayang?”
“Karaoke kut!” jawab Aleeya menguji hati Rayyan.
“Kelab malam lagi best!”balas Rayyan sengaja menduga hati Aleeya. Sudah tahu Aleeya membenci kelab malam dan dia sengaja berkata seperti itu. Nanti akan mendengar suara Aleeya menjerit memarahinya. Suka buat Aleeya marah!
“Tak ada tempat lain ke selain tempat macam tu?” jerit Aleeya geram. Hahaha. Dah agak pun!
“Pergi lah abang izinkan. Tapi jangan balik lewat sangat!” pujuk Rayyan manja. Aleeya tersenyum senang.
“Terima kasih yer!”
“Sama-sama sayang!”

Lepas Asar dia terus ke rumah Puteri Shima, kerana mereka berjanji untuk berjumpa di rumah Puteri Shima saja. Bukan hendak ke mana-mana pun. Dan kalau berjumpa di rumah tentunya ini adalah perkara yang terlalu sulit dan rahsia kerana hanya diperbincangkan di rumah saja. Apa lagi agaknya. Mereka berdua lah yang tidak setuju dia memilih Rayyan menjadi suaminya. Pembangkang nombor satu. Malah kenduri kahwin Aleeya mereka berdua tidak hadir kerana tidak sanggup melihat Rayyan menjadi suami Aleeya. Marah sungguh. Tetapi Aleeya tidak kecil hati pun dengan sikap mereka berdua. 

Hidangan petang sudah pun hampir selesai. Hanya berborak kosong saja sedangkan sejak dari tadi dia kerap melihat Akma dan Puteri Shima bermain mata saja. Ada hal lah tu tetapi tidak berani untuk memberitahu kepadanya.
“Cakap lah, aku boleh menerimanya!” gesa Aleeya. Sudah hampir pukul enam petang, dan dia mahu pulang sebelum pukul tujuh.
“Nah, kau lihat sendiri!” kata Akma sambil mengeluarkan sampul surat berwarna koko kepada Aleeya. Aleeya menyambutnya dan sedikit gambar telah keluar dari sampul tersebut. Di keluarkan perlahan-lahan lalu terpampang lah  gambar-gambar Rayyan sedang berpelukan dengan beberapa orang perempuan di sebuah kelab malam. Perempuan yang cantik, seksi dan mengoda. Subhanallah.
“Ini gambar lama kan?” soal Aleeya menyejukkan hati sendiri walaupun Aleeya tahu mukanya sudah pun berubah.
“Gambar selepas kau kahwin lah. Tengoklah tarikh. Kau ni kenapa? Rayyan tak diciptakan untuk kau lah. Andainya Azlan tidak baik, Rayyan lagilah tidak baik untuk kau. Sekarang masih tidak terlambat untuk kau menarik diri, jangan sampai ada anak pinak baru kau menyesal nanti!” marah Akma sudah naik berang dengan sikap Aleeya.  Berkeping-keping gambar dan perempuan-perempuan di dalam gambar pun bersilih ganti. Bukan seorang tetapi berorang-orang. Aku akan itu. Rayyan tidak pernah berjanji kepada aku untuk berubah malah memberi amaran jangan mencampuri urusan peribadinya.
“Kawan perniagaan dia lah!” perlahan saja Aleeya membela. Kawan perniagaan apa kalau macam ini? Tak sanggupnya untuk terus melihat. Aleeya menyusun kembali kepingan gambar lalu dihulurkan kepada Puteri Shima. Puteri Shima tidak pula menyambutnya dibiarkan saja di atas meja bulat.
“Liya kenapa susah sangat kau hendak sedar nih? Hairan lah dengan sikap kau? Kau ada berhutang apa-apa ke dengan Rayyan si buaya darat tu?” pintas Puteri Shima pula. Muka Puteri Shima kelat seperti buah pria saja.
“Kau perempuan baik, dan perempuan-perempuan baik selalunya akan mendapat lelaki yang baik. Masih belum terlambat untuk kau putuskan hubungan kau dengan dia lah!” sambung Akma menyokong kata-kata Puteri Shima. Kali ini Aleeya tersenyum pula. Kau ingat kahwin ini perkara main-main ke?  Aku perlu takut kepada ALLAH dan kedua aku perlu jaga maruah dan harga diri abah dan mak di kampung. Aku berkahwin dengan Rayyan bukan untuk bercerai setelah tahu segala macam tentang dirinya.
“Terima kasih kerana bagi tahu aku tentang hal ini. Rayyan perlu masa untuk berubah!” ucap Aleeya memujuk hatinya lagi. Perlukah aku menangis sekarang? Atau pun aku naik angin dan mengamuk-gamuk seperti isteri-isteri yang lain? Tidak cemburukah aku? Aleeya simpan lah dalam hati. Ingat pesan abah dan mak di kampung. Banyak-banyak bersabar.
“Kalau Rayyan tak berubah juga macam mana, Liya? Kau mahu teruskan perkahwinan yang tidak bahagia ini? Kau ni, macam tak ada lelaki lain lah untuk kau jadikan suami? Frust sangat ke tak dapat kahwin dengan Azlan tu?” berang Akma semakin menjadi-jadi apatah lagi apabila melihat perangai Aleeya begitu. Sabar tidak kena pada tempatnya.
“Rayyan tu jodoh aku...,” jawab Aleeya dengan penuh yakin.
“Kau ni sudah terkena kut dengan ubat guna-guna Rayyan ataupun kau gilakan kemewahan si Rayyan tu?”
“Aik, sudah lain bunyinya. Aku balik dulu lah, nanti tak pasal kerana suami aku tu kita bertiga pula bergaduh!” balas Aleeya segera bangun. Tidak mahu lagi mendengar kata-kata teman rapatnya yang menyakitkan hati. Aku bukan perempuan yang pentingkan kemewahan.

Air mata mahu mengalir. Tiba-tiba terasa pedih di mata. Entah lah, bila berfikir untuk apa dia menangis hari ini? Sedih kerana apa? Kerana terluka atau kerana apa? Sakit hati? Cemburu dengan Rayyan yang dikelilingi oleh ramai perempuan-perempuan cantik? Habis kalau sudah ramai perempuan begitu kenapa tidak berkahwin dengan dia orang saja? Kenapa ajak aku kahwin.
“Sayang, abang balik lewat malam ni, ada hal!” beritahu Rayyan ketika dia sudah masuk ke garaj rumah Rayyan.
“Tak balik pun tak mengapa lah!” jawab Aleeya bengang.
“Liya, kenapa ni? Abang buat salah apa lagi hari ni?”
“Abang peluk dengan ramai perempuan, ingat Liya tak cemburu ke? “
“Hahaha.. peluk saja lah, bukan tidur sekali pun. Liya saja yang tidur dengan abang. Perempuan lain tak pernah lah. Lagipun tak rosak lah badan abang nih setakat kena peluk dengan perempuan-perempuan tu,” balas Rayyan sambil ketawa mengekek. Sakitnya Aleeya mendengar.
“Ooo.. kalau Liya buat macam tu?
“Buat lah kalau nak makan penampar abang!” talian sudah dimatikan.

Tahu pun marah.

bersambung...., 

2 ulasan:

Unknown berkata...

haih rayyan..tahu pula melenting klu aleeya yg ckp mcm tu..cuba lrtakkan diri dlm situasi aleeya..
kawan2 dia cuma nak kan yg terbaik untk alerya.tapi btl kata aleeya..khwin ni bukan unyuk bercerai..
klu cara nasihat aleeya tak jln.cuba bg mata rayyan tu pula buka luas2 hehe..harap alerya cari jln untuk mengugat hati rayyan pula..best kak..

~gurangak aja~.

Unknown berkata...

hehehe.. lelaki memang macam tu.. ego dan dia nak yang terbaik saja yang menjadi isterinya.. sedangkan dia tak jaga pun diri dia sendiri.. memang rayyan kena ajar sikit nanti...