Selasa, 26 Jun 2012

PENGANTIN EKSPRES (1)


"Macam mana? Setuju tak?" soal Ryan. Nama sebenar Rayyan, tetapi lebih suka orang panggil Ryan saja. Rayyan itu sudah sedap di dengar tetapi mengapa perlu di ubah. Tak sukalah. Aleeya memandang wajah bakal suaminya. Baru kenal tak sampai dua minggu sudah mahu berkahwin. Nampak sangat terdesak. Memang terdesak pun kerana Azlan yang telah menjadi tunangnya sudah lari entah ke mana seminggu sebelum tarikh perkahwinan mereka. Kasihan mak dan abah yang terpaksa menanggung malu di kampung.
"Encik Rayyan kena jumpa mak dan abah saya di kampung dulu. Kalau dia orang setuju, kita kahwin!" jawab Aleeya cukup mudah. Tengok Rayyan pun sudah tahu mesti abah menolak. Huhuhu. Bakal menantu abah pakai rantai emas di tengkuknya. Bab ini paling abah tak suka. Abah sudahlah org kuat masjid, alih-alih bakal menantu abah pakai rantai emas pula. Lelaki memakai perhiasan emas hukumnya haram, Aleeya.
“Boleh, bila nak pergi?” soal Rayyan beria benar.  Aleeya memandang ke arah lain. Betul ke tindakan aku nih? Nak kahwin dengan Rayyan semata-mata hendak menutup malu keluarga?  Perasaan aku bagaimana? Itu satu hal. Hal kedua Rayyan ni sudah lah jenis perempuan keliling pinggang. Macam aku sengaja cari penyakit pulak. Siapa yang tak kenal Rayyan? Kaki perempuan, kaki minum lagi. Sebelum ini dia memang pernah terserempak Rayyan bersama kawan-kawan perempuannya beberapa kali tetapi tidak sangka pula Rayyan memilihnya untuk dijadikan teman hati. Nanti lah, dia cerita bagaimana pertemuannya dengan Rayyan yang boleh membawa kepada keadaan sekarang.
“Jumaat ni..,” jawab Aleeya. Jumaat kan hari cuti di Kedah. Lagi pun abah tak sibuk kalau hari jumaat.
“Beres. Jumaat ni saya datang jemput awak!”
“Okey!”

Hari ini baru selasa kan, boleh lah aku berfikir, atau paling tidak boleh lah buat solat istikharah, mohon petunjuk dari ALLAH yang satu. Bagaimana kalau dia memang ditakdirkan menjadi jodohku? Aduhai, apakah aku redha untuk menerima dia yang serba kemewahan tetapi kekurangan cahaya iman. Aleeya, bukan senang hendak mendidik seorang lelaki ke arahan kehidupan islamiah. Rayyan Akmal awak tu bukannya calang-calang orang lah. Dia belajar di luar negara. Ayahnya kacukan melayu-inggeris. Emaknya pula memang anak melayu tetapi ada kacukan cina pula. Jadi, pegangan agama keluarga mereka dari awal lagi memang longgar. Dan awak tu???

Abah awak memang lah tidak memilih dalam hal begini tetapi cara kehidupan awak dengan Rayyan terlalu jauh berbeza?

1 ulasan:

hk berkata...

intro yg menarikss..:)