Jumaat, 29 Jun 2012

PENGANTIN EKSPRES (8)


“Bos Liya kata Liya cuti seminggu, nak ke mana?” soal Rayyan. Aleeya turun dari katil dan menghampiri suaminya di ruang tamu yang sedang menonton tv. Dia duduk di sebelah Rayyan.
“Cuti lah, hari tu kita kahwin tak dapat pun bercuti panjang. Abang jadi tak cuti?”  Kahwin hari itu hanya cuti tiga hari saja. Habis kenduri di rumah Rayyan terus masuk kerja kerana tidak dapat bercuti. Si Rayyan lagilah teruk,asyik kerja memanjang.
“Abang mana boleh cuti, sibuk lah. Banyak projek yang harus abang selesaikan!”
“Tapi abang dah janji dengan Liya nak bercuti..,” ucap Liya perlahan.
“Liya nak ke mana? Bulan madu? Abang dah cakap hari tu selepas selesai semua kerja abang, kita pergi lah!”
“Abang tak bawa Liya ke rumah mama dan papa pun!” ucap Liya. Aku hidup tidak seperti menantu orang lain. Sebaik saja nikah, terus tinggal di rumah sendiri. Tidak bermalam di rumah mentua seperti menantu-menantu yang lain. Hendak kenal dan bermesra dengan mentua pun tidak sempat.  Di rumah abah di kampung pun, tidak pernah lagi pulang selepas aku bergelar suami orang.
“Nanti-nantilah. Lagi pun mama dan papa tu sibuklah. Bukannya selalu ada di rumah!” alasan Rayyan. Mama dan papa kurang menyenangi kehadiran Aleeya, bukan kerana Aleeya orang kampung dan tidak setaraf dengan mereka tetapi kerana cara kehidupan Aleeya yang berbeza. Mama kalau boleh hendak menantunya seperti dirinya. Pandai bergaya dan berfesyen dan berfikiran moden. Aleeya bukan tidak pandai berfesyen, tetapi Aleeya pakai tudung. Mama nampak Aleeya seperti kolot sedangkan kalau boleh mama mahu Aleeya buka tudung dan hidup seperti mama. Kalau Aleeya boleh hidup seperti mama yang suka pergi ke kelab malam dan pergaulan bebas seperti mama dan papa tentu mama senang hati dan menerima kehadiran Aleeya dengan tangan yang terbuka. Silap hari bulan boleh jadi menantu kesayangan mama pun.
“Mama dan papa abang tak suka kan Liya ke?” pancing Aleeya. Aku tahulah. Keluarga kau memang tak suka kan aku.
“Liya...,”
“Memang kita ada perjanjian sebelum kita kahwin tapi abang yang batalkan perjanjian kita kecuali satu saja perjanjian yang masih kekal iaitu Liya tak boleh masuk campur urusan peribadi abang. Maksudnya Liya tak boleh menegur abang, tak boleh halang pergaulan dan hak kebebasan abang. Tetapi abang juga nak kita hidup seperti suami isteri yang lain. Liya memang tak faham dengan abang..,,” ujar Aleeya segera bangun. Dia berjalan meninggalkan Rayyan seorang diri. Cuti untuk apa kalau tidak pergi ke mana-mana. Tak kan aku nak lepak seorang diri di rumah dan dia pula sibuk bekerja. Itu yang membuatkan Aleeya sakit hati dan menjadi bengang tiba-tiba. Kalau pergi kerja tentu orang sibuk bertanya kenapa datang bekerja pula. Hendak balik kampung seorang diri, lagilah abah dan mak rasa pelik sebagai orang baru pulang seorang diri. Mulut orang kampung lagilah bisa dari mulut rakan sekerja. Habis?? Rayyan mengelengkan kepalanya. Tak sukanya mendengar omelan orang perempuan. Buat semak telinga.
“Liya, abang tak suka isteri abang suka berleter macam ini. Nampaknya abang kena letakkan satu lagi syarat iaitu isteri tidak boleh berleter macam Liya buat sekarang!”
“Letak lah sepuluh syarat pun, Liya tak kisah!” ucap Aleeya sambil menutup pintu dengan kuat tanda protes dengan tindakan Rayyan.

Pagi ini dia tidak bersuara. Selepas sembahyang subuh dan membaca al quran dan terus mengemaskan rumah. Basuh baju dan menyiapkan sarapan pagi untuk suaminya. Rayyan tahu Aleeya kecil hati dengan sikapnya semalam.
“Kalau Liya nak balik kampung, abang benarkan. Pergilah jumpa mak dan abah!” suara Rayyan seakan memujuk. Aleeya tidak bercakap.
“Liya!” panggil Rayyan. Dia tidak boleh pergi kerja kalau tidak mendengar suara Aleeya pagi ini. Rasa seperti hendak demam kalau bergaduh kecil dengan Aleeya.
“Abang kan tak suka Liya bercakap..,” ungkit Aleeya.
“Bercakap dengan berleter tidak samalah, sayang!” balas Rayyan sambil mengucup pipi Aleeya selepas itu barulah mengucup dahi Aleeya pula seperti kebiasaan setiap pagi dia lakukan kepada Aleeya.
“Liya hanya bercakap lah semalam bukan berleter pun. Liya pun tak suka berleter lah Encik Rayyan sayang!”
“Hahaha.. pergilah bercuti ke mana-mana. Seminggu tak kan nak duduk kat rumah saja!”
“Abang benarkan Liya pergi bercuti seorang diri ke?”
“Yup. Pergilah!

Huwaaa.. Rayyan ini memang lah manusia pelik. 


bersambung....

2 ulasan:

Unknown berkata...

haiss!Rayyan ni nak cakap kayu,tak juga.Tapi tak prihatin betul dgn isteri sendri.hehe..
aduhai..takkan nak pergi bercuti sorang2..klu sibuk pun,takpayah la suruh aleeya pergi sorang2..

~gurangak aja~

Unknown berkata...

hahahaha.. ramai dah yang marahkan si rayyan ni.. kat fb pun ramai dah yang tak puas hati dengan rayyan...