Ahad, 30 November 2014

MY LOVELY TENGKU (BAB 7)



Sekarang sudah ramai yang menyuruhnya berkahwin dengan Tengku Izraf Akif. Di  pejabat, kawan-kawannya. Balik di rumah papa, mama dan adik-adik pula menyuruh dia berkahwin dengan Tengku Izraf Akif. Kenapa perlu kahwin dengan dia pulak? Hendak tutup malu?? Malu apanya?

Aku tahu aku bersalah kerana melakukan sebuah dosa dengan melanggar hukum halal haram antara seorang lelaki dan perempuan. Aku tahu aku berdosa kerana membiarkan Tengku Izraf Akif memelukku dan menciumku sedangkan kami bukannya suami isteri pun. Aku tidak halal kepadanya. Tetapi aku terpaksa kerana mahu Akmal marah dan terus menceraikan aku. Memang niat aku jahat kerana mahu memutuskan ikatan perkahwinan yang baru dibina tetapi aku benar-benar terpaksa.

Saat itu tiada jalan lain lagi. Tidak mungkin kerana keterlanjuran itu aku perlu berkahwin dengan Tengku Izraf Akif. Lain ler kalau kami saling jatuh cinta, boleh juga berkahwin dengan dia. Betul tak? Ini??

Benarkah kau tiada apa-apa perasaan terhadap Tengku Izraf Akif, Zara Irdina? Bukankah dia adalah malam bagi kau di kala siang? Bukankah dia adalah peneman kau di kala sepi. Bukankah tanpa dia, kau akan rasa sunyi dan sepi?

Dia itu siapa? Kita pula siapa? Dia anak raja. Kita ini mak ayah pun tidak tahu dan tidak kenal. Bukankah apabila kami bersama, akan nampak kepincangannya nanti.  Akan nampak perbezaan yang ketara antara kami kelak.

Andainya dulu pun aku tidak berani untuk jatuh cinta dengannya, apa tah lagi sekarang setelah aku tahu status aku ini. Lagilah ketara benar perbezaan antara kami berdua.
“Beri 10 sebab kenapa kau tak nak kahwin dengan aku?” tengah hari tadi serbu aku, sekarang datang bertanya soalan yang menyampah ini pula. Aku nak balik, Tengku Akif. Sudah pukul enam petang sekarang. DI pejabat pun hanya tinggal dua tiga orang saja lagi, yang lain semuanya sudah balik ke rumah masing-masing.
“Kalau aku beri 10 sebab nie, kau kena lepaskan aku, mahu?” pinta Zara Irdina sambil mengambil mug berisi air milo kepunyaannya.
“Biar munasabah, aku terima. Kalau kau merapu meraban, aku tolak!” kata Tengku Izraf Akif.

Sepuluh sebab kenapa aku tidak mahu berkahwin dengan dia? Kenapa yer? Puas dia mencari jawapan dan membiarkan Tengku Izraf Akif menunggu jawapan darinya.
“Aku tak cinta kat kau!”
“Satu, dua?
“Tak sayang dekat kau!”
“Okey, tiga pulak?”
“Benci dekat kau, menyampah dekat kau, tak suka dekat kau. Lima dah kan?”
“Ha, ah. Lagi?” kata Tengku Izraf Akif sambil tersenyum. Baru lima, lima lagi aku nak jawab apa?

Hendak beri pukulan maut rasanya. Biar Tengku izraf Akif tahu langit itu tinggi atau rendah.
“Kita tidak setaraf, Akif. Kau tu bukan sembarangan orang. Bukan seperti aku ini. Darjat kita tidak sama dan perbezaan antara kita terlalu berbeza. Kau kena ingat perkara ini,” jawab Zara Irdina. Harap-harap dia mengerti dan memahami maksud aku ini.
“Baru enam, lagi empat sebab!”
“Akif, kau cari orang lain, boleh tak? Dan kalau boleh kita berkawan saja, jangan ganggu aku dengan persoalan kahwin ini. Kau pun tahu kan, aku ini siapa sekarang dan status aku bagaimana sekarang. Aku sayang dekat kau sebab kau adalah kawan ketika aku susah dan senang,” terang Zara Irdina. Andai dia tidak boleh menerimanya, semakin lewat lagi aku balik ke rumah petang ini.
“Lagi empat sebab, kalau kau gagal beri empat sebab ini, aku akan paksa kau kahwin dengan aku,” kata Tengku Izraf Akif. Hish, melampau betul anak raja ini.
“Kahwin kerana terpaksa, mana mungkin kita akan bahagia, Akif!” lembut saja kata-kata yang muncul dari mulut Zara Irdina.
“Kalau ini yang kau nak, aku akan paksa kau berkahwin dengan aku,” tegas Tengku Izraf Akif.
“Okey, sekarang beri 10 sebab kenapa kau nak berkahwin dengan aku?” kali ini Zara Irdina pula yang bertanya soalan yang sama seperti Tengku Izraf Akif tadi.

Tengku Izraf Akif tersenyum saja. Kenapa lah soalan bodoh itu yang kau tanyakan kepada ku.
“Dina, kau kenal aku selama 20 tahu. Bukan sehari pun kau kenal aku. Dan sepanjang kau kenal aku, kau tahu kan perasaan aku ke atas diri kau,” jelas Tengku Izraf Akif.

Yup, aku memang tahu perasaan dia ke atas diri ku, Cuma aku sengaja menafikan semua ini.
“Aku tidak layak untuk kau, Akif. Kita tidak boleh berkahwin!” pintas Zara Irdina.
“Kenapa tidak boleh berkahwin, kau bukannya isteri Akmal pun,” balas Tengku Izraf Akif sambil mengambil mug di tangan Zara Irdina, diminumnya air milo separuh lalu di berikan kepada Zara Irdina.
“”Kau nie kata saja anak raja, tetapi bukannya faham maksud aku!” berontak Zara Irdina membuatkan Tengku Izraf Akif ketawa kecil. Andainya berontak macam ini, maknanya angin sudah naik sampai ke kepala. Nanti angin taufan akan datang. Baik tukar topik.
“Datang dengan siapa pagi tadi?” ubah Tengku Izraf Akif. Hujan mula turun dengan lebatnya di luar sana.
“Dengan papa!” balas Zara Irdina. Kereta kepunyaan masih berada di bengkel kerana dirosakkan kembali oleh anak-anak jiran yang membencinya kerana dia anak luar nikah.  Ini sudah kali ketiga keretanya dirosak orang, tetapi kali ini dipecahkan cermin dan disembur dengan cat berwarna hitam dengan menulis perkataan anak haram. Mujurlah masih kuat iman, kalau tidak mesti sudah rebah di pertengahan jalan-jalan kehidupan. Teruk sangat ke kerana dilahirkan sebagai anak luar nikah?
“Jom, aku hantar. Lagipun hujan di luar!” ajak Tengku Izraf Akif.
“Papa aku datang ambil sekejap nanti,”
“Masalahnya papa kau suruh kau balik dengan aku!”

Sepanjang jalan ke kereta, Tengku Izraf Akif memayungi Zara Irdina dari terkena hujan. Tetapi dia selalu melindungi Zara Irdina pun.
“Beri aku peluang untuk menjadi suami kau, Irdina!” bisik Tengku Izraf Akif ketika berada di dalam kereta.
“Tiada jodoh antara kita, Tengku Izraf Akif!” bisik Zara Irdina kembali.

Tengku Izraf Akif mengeluh berat. Susah hati!

Rabu, 26 November 2014

MY LOVELY TENGKU (BAB 6)






Waktu mana agaknya dia ambil kad pengenalan dan passport antarabangsa aku? Tengok-tengok sudah tak ada di dalam tas tangannya hari ini. Kad bank pun tak ada, nak ambil duit macam mana sekarang.
“Papa, tahu tak siapa ambil kad bank Zara?”
“Akif. Dia ambil semua barang penting kamu semalam!”
“Siapa yang beri pada Akif?”
“Papa. Kenapa?”
“Papa ni, dia tu siapa yang papa berikan barang-barang Zara pada dia? Zara nak keluarkan duit pun tak boleh, papa!”
“Dia pesan apa-apa hal telefon dia!”
“Papa nie pun satu yang beri pada Akif tu kenapa, Akif tu bukannya boleh harap pun,” marah Zara Irdina.
“Ooo, yang kamu nak lari dari kami tu tak mengapa pulak. Ingat masalah boleh selesai dengan melarikan diri ke?” marah papa kembali.
“Siapa cakap? Akif ke?”
“Bukan Akif, tetapi mama dan adik-adik kamu,” ooo, jadi semua orang dalam rumah nie sudah tahu lah aku nak lari dari rumah.
“Mana ada,” nafi Zara Irdina.
“Kalau macam ini caranya, baik juga kamu kahwin dengan Akif tu, supaya Akif boleh kawal hidup kamu. Papa tak ajar anak papa melarikan diri dari masalah,” tegas suara Wan Yusuff. Nampak marah sangat dengan tindakan Zara Irdina.
“Papa, Zara nak keluarkan semua duit, nak bayar balik duit Akif semalam,” beritahu Zara Irdina. Dia tiada apa-apa ikatan dengan Tengku Akif. Lima puluh ribu tu banyak jumlahnya tetapi sekarang kad semua ada kepada Tengku Izraf Akif. Macam mana ni?
“Papa dan mama dah masukkan duit dalam akaun Zara sebanyak 30 ribu, elok keluarkan semua duit itu dan bayar kepada Akif,” beritahu Wan Yusuff.
“Terima kasih papa, sayang papa!” kata Zara Irdina sambil tersenyum.
“Cek ini dari saya dan Shahir,” celah Syazana pula yang baru muncul di ruang tamu. Cek sebanyak 10 ribu dilihatnya, Terharu pula dengan sikap adiknya yan seorang ini.
“Ambil balik cek ni, Zana dengan Shahir kan nak guna untuk majlis kahwin nanti,” kata Zara Irdina menghulurkan kembali cek tersebut kepada Syazana.
“Tak apa, kita orang ada duit lagi untuk kahwin nanti,” tolak Syazana.
“Akak ada duit, Zana ambil balik duit ni, nanti kalau akak nak, akak minta yer,”  kata Zara Irdina sambil menepuk bahu adiknya.

Perlu selesaikan terlebih dahulu bab duit ini dengan Tengku Izraf Akif tetapi tahu saja lah, sudah banyak kali dia menghubungi Tengku Izraf Akif, satu pun tidak dijawab oleh Tengku Izraf Akif. Keluar dari rumah, tengok kereta anak raja itu tersadai di hadapan istana. Mesti ada sebab kereta kesayangannya ada disitu.  Zara Irdina menyandarkan badannya di kereta kepunyaannya sambil menelefon telefon bimbit Tengku Cempaka.
“Mak Engku, Akif ada tak?”
“Ada!”
“Zara nak bercakap dengan Akif, mak engku!”
“Kejap yer!” terpaksa menelefon Tengku Cempaka gara-gara mahu berbual dengannya. Teruk lah perangai.
“Apa?”
“Cik abang sayang, cik adik sedang tunggu di kereta yer, boleh tak keluar sekarang..”
“Ooo, kau sayang jugak kat aku!”
“Cepat sikit!”jerkah Zara Irdina.

Sepuluh minit tak datang pun. Lambatnya anak raja ini. Lama Zara Irdina berdiri di keretanya menunggu kedatangan Tengku Izraf Akif. Dekat 15 minit baru muncul.
“Buat apa?”
“Mandi, bersiap lagi, itu yang lambat!”
“Hmmm...,”
“Kereta kau nie kena hantar ke bengkel ni, kena baiki mana yang perlu!” ujar Tengku Izraf Akif sambil membelek kereta Zara Irdina
“Mana kad bank aku, kad pengenalan aku mana?” kata Zara Irdina sambil menghulurkan tangannya kepada Tengku Izraf Akif.
“Kahwin dengan aku baru boleh kad tu,”
“Aku nak guna duit, nak bayar duit kereta, nak bayar dekat kau lagi,”
“Bayar kat aku? Kau hutang duit aku ke?”
“Aku nak bayar balik duit 50 ribu tu,”
“Jadi kau ingat aku tolong kau sebab duit? Aku tak sangka kau anggap nilai cinta aku serendah itu, Dina!”  marah Tengku Izraf Akif sambil pergi dari situ.
“Akif!”
“Sudah Dina, cukup sampai di sini, nie kau ambil balik kad bank kau tu,” kata Tengku Izraf Akif sambil melemparkan kad bank Zara Irdina ke dalam longkang di tepi rumah Zara Irdina.
“Perangai macam hantuuu,” jerit Zara Irdina. Mujurlah air cetek dan jernih saja. Ini memudahkan Zara Irdina untuk mengambil kad banknya.

Kad pengenalan tak beri pun. Susah betul anak raja ini. Dia pentingkan diri sendiri, tidak pernah hendak fikir tentang perasaan orang lain. Asyik fikir dia saja.  Tetapi rasa lega juga sekurang-kurang Akif tidak menganggu aku lagi selepas ini.

Zara Irdina masuk semula ke dalam rumahnya. Hasrat mahu pergi ke bank dan perbaiki keretanya yang rosak itu terbantut tengah hari ini. Malas pula nak pergi.
“Bergaduh lagi dengan Akif?”
“Mana mama tahu?”
“Kamu kalau bergaduh dengan Akif riuh satu taman. Tak malu ke?”
“Akif yang cari pasal!”
“Kamu pun sama!”

Mama dan papa pun satu, suka sangat dengan anak raja gondang itu. Tengok lah apa yang mama dan papa buat pada Zara hari ini. Zara nak buat apa pun susah.

Akif ini bijak rupanya, semua akaun bank kepunyaan Akif sudah ditamatkan. Jadi tidak boleh lah Zara Irdina membayar wang tersebut secara online. Sebenarnya Tengku Izraf Akif telah membuka akaun bersama dengan Zara Irdina tanpa pengetahuan Zara Irdina.  Biar kan dia, malas aku hendak layan.

Tetapi kalau tidak berjumpa dengan Tengku Izraf Akif, kalau tidak bergaduh dengan dia, rasa lemah semua badan. Rasa seperti mahu demam saja. Pula???

Petang ini rasa teruk sangat. Badan pun sudah mula panas. Kering tekak semuanya ada. Eh, pagi tadi okey saja. Sekarang siap dengan sakit kepala bagai. Atau kerana terlalu stress dengan segala masalah yang menimpanya. Mulut sudah mula pahit dan rasa meloya.

Kena banyak berehat, baru normal semula. Atau pun jangan banyak berfikir tentang segala masalah. Itu yang sepatutnya dia lakukan. Selepas telan panadol dan berehat, keadaan Zara Irdina kembali stabil. Syukur alhamdulillah.

Cuti panjang di rumah dan asyik makan dan tidur saja membuatkan badan Zara Irdina berisi. Orang satu taman asyik bercakap dia sudah mengandung kerana badannya itu. Mengandung apanya, tidur sekali pun tidak. Orang suka bercakap perkara yang mereka lihat dan dengar saja, wal hal perkara itu tidak betul pun.
“Dah tiga minggu kut, kalau tengok badan tu!” itu cakap jiran-jiran sebelah rumah dan istana. Pedih telinga Wan Aisyah dan Tengku Cempaka mendengarnya.
“Kahwin pun tak. Ikut perangai Sharifah Kamariah juga rupanya!” sambung yang lain pula.

Zara Irdina turut tahu perkara itu. Tengku Izraf Akif pula sudah lama tahu. Tetapi mereka berdua kan bergaduh, sudah banyak minggu tidak bertegur sapa, masing-masing tidak bertanya khabar. Musim yang lama mereka bergaduh sejak 20 tahun berkawan dan saling mengenali. Selalunya paling lama bermasam muka sehari dua saja. Tetapi kali ini marah sungguh anak raja tersebut kepada Zara Irdina.

Hari ini Zara Irdina masuk kerja kembali setelah tiga minggu bercuti. Kawan-kawan ramai yang terkejut melihat perubahan diri Zara Irdina yang sedikit berisi.
“Kau ni biar berbetul.” Tegur Mastura rakan sekerjanya.
“Kenapa?”
“Orang cakap kau mengandung betul ke?Tengok badan berisi, perut pun lain sangat!”
“Gila ke, aku kahwin hari tu, cerai hari tu juga ler. Tak sempat nak buat anak pun!”
“Tapi.. dengan Tengku Akif tu macam mana?”  tanya Mastura, baru sebut nama, terus Tengku Izraf Akif muncul. Masing-masing memandang ke arah lain.
“Tak ada apa-apa pun,” tepis Zara Irdina terus masuk ke biliknya yang bertentangan dengan bilik Tengku Izraf Akif.

Aku tak kisah pun dengan cakap-cakap orang ini, sebab yang penting aku boleh lepaskan diri dari Akmal. Jadi, biarlah orang hendak kata apa pun, aku sudah tidak peduli.
“Zara, kau patut kahwin dengan Akif demi anak ini,” kata Mastura yang muncul semula di hadapan biliknya.
“Tak ada sebab aku nak berkahwin dengan anak raja tu,” balas Zara Irdina pula.
“Tak ada sebab apanya, tu dalam perut tu siapa nak jawab,” ujar Mastura.
“Aku tak mengandung pun, badan aku saja berisi,” kena turun kan berat badan nie, ramai yang menegur aku sekarang. Nampak perut buncit sangat ke?

Inilah padahnya, sebab asyik makan tidur saja di rumah selama tiga minggu. Badan pula cepat naik.
“Zara, kau buka fb kau, nanti kau tahu jawapannya,”
“Aku dah lama tak online. Malas!” ramai sangat asyik kutuk dan buat pelbagai andaian dalam FB dia sekarang ini.
“Buka sekarang!” Baru duduk di atas kerusi. Suis komputer pun tak buka lagi. Oleh kerana mahu menunjukkan sesuatu, Mastura datang membuka suis komputer di tempat Zara Irdina. Digesanya Zara Irdina membuka FB, bila dibuka, terkejutnya Zara Irdina apabila melihat gambar scan pembentukan bayi dalam wall FB kepunyaan. Siap tulis anak Zara Irdina lagi.
“Siapa punya kerja ni?” soal Zara Irdina. Hendak tergelak pun ada. Siapa punya angkara. Sudah tidak ada kerja lain ke?
“Kau baca sendiri, bukan tertulis nama Tengku Azlin dengan Akmal ke, siap tulis anak kau dengan Tengku Akif, tapi Encik Abang kau, mengaku pula!” suruh Mastura sambil menunjukkan ke arah nama Tengku Izraf Akif yang turut memberi komen.
“Semua ini fitnah, Mastura!”
“Siapa nak percaya cakap kau? Orang lebih percaya dengan apa yang mereka lihat di majlis kenduri kau dengan Akmal tempoh hari dari penafian kau, Zara,”
“Ehm, biar lah, malas nak fikir!”

Orang tak nak percaya, jadi biarkan saja.

Kerja-kerja yang ditinggalkan di atas meja diuruskan satu persatu. Cadang hendak keluar makan dengan Mastura tengah hari nanti, tetapi Tengku Mawar dan Tengku Cempaka pula yang muncul di dalam biliknya. Ini syarikat kepunyaan Tengku Cempaka yang diuruskan oleh Tengku Mawar dan Tengku Izraf Akif.  Dia ditawarkan kerja di sini selepas habis tamat belajar.
“Betul ke Zara mengandung?” soal Tengku Cempaka. Bimbang, anak terunanya terlanjur dengan anak dara jiran sebelah.
“Tak ada lah Mak Engku. Hendak mengandung macam mana, kita mana ada tidur sekali pun!” nafi Zara Irdina.
“Akif, masuk bilik Zara sekejap, bonda ada benda nak cakap!” kata Tengku Mawar di telefonnya.

Tidak sampai seminit, Tengku Izraf Akif muncul di dalam bilik Zara Irdina sambil tersenyum saja. Tersenyum memanjang dia,
“Akif, Zara cakap dia tak mengandung pun!” kata Tengku Cempaka.
“Nak mengandung apanya, kita orang tak buat benda jahat tu,” yakin Tengku Izraf Akif.
“Tak kan dengan bercium, berpeluk macam tu boleh mengandung, mak engku,” yakin Zara Irdina pula.
“Bonda pening dengan kau orang berdua. Suruh kahwin tak nak. Kalau kahwin kan senang hati bonda,” terus Tengku Cempaka keluar ditemani oleh Zara Irdina dan Tengku Izraf Akif.

Teruknya dia orang ini, suka bercakap perkara yang tidak sepatutnya tentang aku dan Tengku Izraf Akif. Sebut nama Tengku Akif itu di dalam hati saja, tetapi sekarang sudah muncul orangnya di hadapan Zara Irdina. Hampir tiga minggu tidak berjumpa tetapi hari ini, dia mendekati Zara Irdina semula.
“Aku nak kau kahwin dengan aku dalam masa terdekat ini,”
“Kau nie tak faham ke, aku tak nak!”
“Baik, kalau kau tak nak, kau jangan menyesal nanti,” ugut Tengku Izraf Akif sebelum keluar dari bilik Zara Irdina.

Hishh, kepala mereng ini hendak buat apa lagi kat aku hah?

Isnin, 24 November 2014

MY LOVELY TENGKU (BAB 5)



Kecohnya hal kahwin cerai dan keterlanjurannya dengan Tengku Izraf Akif. Heboh satu taman. Heboh juga di Facebook, twitter dan alat komunikasi yang lain.  Itu semua kerja Tengku Azlin yang tidak puas hati dengan keputusan Tengku Izraf Akif untuk memutuskan pertunangannya. Lagi satu masalah. Aku semalam tidak boleh tidur, makan pun tak berapa lalu. Dan kalau berterusan macam ni, nanti boleh sakit kepala sebab terlampau stress.  Ini pun rasa macam tak berapa nak sihat. Rasa macam nak demam. Tekanan kuat sangat ni, rasa macam nak lari saja dari sini. Lari jauh-jauh.

Lari dari Tengku Izraf Akif dan semua orang di sini. Tidak tertanggung rasanya sekarang sebab banyak sangat masalah. Aduhai, pening kepala sekarang ini. Sekarang Tengku Izraf Akif belum pulang lagi, tetapi penyampai berita tidak sahih ini pula yang muncul di hadapannya.

Tengku Azlin datang ditemani oleh ahli keluarganya dan juga Tengku Cempaka.
“Kerana perempuan kotor ini lah, Akif tinggalkan saya bonda, mesti perempuan nie ada buat sesuatu pada Akif...” serang Tengku Azlin membuatkan Zara Irdina terus memandang wajah Tengku Cempaka.
“Salah faham saja nie..,” ujar Zara Irdina. Gara-gara Tengku Izraf Akif putuskan pertunangannya jadi aku lah sasarannya sekarang.
“Akif cakap kau mengandung anak dia, dia nak bertanggungjawab. Kalau macam nie lah kau gunakan cara untuk mendapatkan Akif, aku pun boleh buat lah, Zara!” tambah Tengku Azlin lagi membuatkan hati Zara Irdina seperti disimbah cuka saja. Hendak mengandung macam mana, kami bukan buat apa-apa pun.
“Dia tipu kau pun kau percaya ke? Cinta apa namanya kalau ada perasaan curiga. Akif nie mana berani lah nak buat macam tu kat aku?” pertahankan Zara Irdina. Kena pertahankan Tengku Akif dulu, sebab dia dari golongan bangsawan dan orang yang baik-baik.  Bukan seperti aku. Tambahan lagi bonda turut ada bersama kami.
“Aku tak percaya..,” tekan Tengku Azlin.
“Aku ambil sungguh baru kau tahu. Sudah lah tu, pergilah selesai masalah kau orang baik-baik, aku tak nak masuk campur!” pinta Zara Irdina. Muncul pula Tengku Izraf Akif ketika sedang berbincang. Dia datang nanti lagi serabut. Aku kalau nampak muka dia, rasa serabut sangat. Rasa macam nak pengsan pun ada.
“Azlin, jodoh kita dah tak ada lah. Aku tak boleh tinggalkan Irdina dan anak aku kerana cinta kau. Maaf sangat-sangat!” jelas Tengku Akif. Bersungguh! Mata Zara Irdina menculang melihat sikap Tengku Akif.  
“Jangan percaya dia, Tengku Azlin!” pertahankan Zara Irdina.
“Sikit lagi perut tu dan bonyot ke depan, tak boleh lagi nak simpan rahsia kita, Dina!” ucap Tengku Izraf Akif membuatkan Tengku Azlin dan semakin terkejut.
“Lelaki seperti ini tak layak jadi suami Lin, Kalau sebelum kahwin pun sudah buat perangai, sudah berani berlaku curang, kahwin esok lagi teruk kelakunya.” balas Tengku Badariah. Bengang bercampur dengan sakit hati. Tidak sangka Tengku Izraf Akif bersikap buruk seperti ini. Ingatkan dia orang baik-baik sebab keturunannya dari orang yang baik-baik.
“Betul tu, bonda. Saya tak layak untuk puteri bonda!” yakin Tengku Izraf Akif. Aku nak kahwin dengan Zara Irdina. Bukan dengan perempuan lain lagi. Zara Irdina memang diciptakan untukku.
“Jom kita balik, ramai lagi yang layak jadi menantu papa,” ajak Tengku Adnan sambil menarik tangan puteri dan isterinya.
“Yang mana satu betul nih, Akif, Dina?” persoal Tengku Cempaka.
“Dia merapu saja!” balas Zara Irdina sambil berlalu pergi. Tengku Akif hanya tersenyum tanda dia berjaya untuk menyakinkan Tengku Azlin, bahawa dia ada hubungan sulit dengan Zara Irdina sehingga mengandung.

Aku tak pernah ada hati pun kat Tengku Azlin. Apabila Zara Irdina memilih Akmal untuk dijadikan suami, aku sengaja memilih Tengku Azlin untuk menjadi tunangku. Apabila takdir tidak menyebelahi Akmal, jawapannya Zara Irdina adalah hak aku. Jadi buat apa lah diteruskan pertunangan dengan Tengku Azlin lagi sedangkan dalam hati ku sejak dari aku kecil lagi, memang sudah tertulis nama Zara Irdina.

Selepas menunaikan solat isyak, Zara irdina mengemaskan beg pakaiannya. Dia akan pergi dari sini buat sementara waktu. Itu saja jalan yang terbaik dalam hidupnya. Dia perlu kumpulkan kekuatan dirinya untuk menghadapi segala ujian kehidupan.

Sekarang ini banyak perkara yang berlaku.
1.      Baru jadi janda.
2.      Akif tu tengah buat onar yang bukan-bukan (jadi kena larikan diri dari Akif terlebih dahulu)
3.      Perlukan kekuatan diri dan mencari ketenangan apabila sudah kuat barulah pulang semula ke sini.

Angin dari jendela menyapa rambutnya. Hairan, bukankah jendela itu sudah tertutup kemas. Dia menuju ke sana, dan terkejut melihat tubuh sasa itu sudah berdiri di hadapannya.
“Weiii...,” pertama kali anak raja ini buat perangai yang tidak disangka-sangkakan. Rumah aku dan istana hanya terpisah dengan pagar saja tetapi ada pohon yang rendang yang menghubung antara rumah aku dan istana indah di sebelah sana. Kalau panjat pokok tu memang boleh sampai ke jendela rumah aku. Dan mesti anak raja ini buat macam tu malam ini.
“Beri aku masuk, kalau tidak satu istana tahu aku datang ke sini!” bisik Tengku Akif.
“kau nak buat apa lagi?” kata Zara Irdina sambil menarik zip beg pakaiannya.
“Kau nak pergi mana? Nak lari? Jangan buat kerja bodoh. Kalau kau lari sampai ke hujung dunia pun masalah kau tak akan selesai,” Marah Tengku Akif apabila melihat beg pakaian Zara Irdina di atas katil.
“Oo, kau buat kerja bodoh tak apa pulak. Aku nie janda, yang kau buat cerita macam-macam tentang aku tu kenapa?” marah Zara Irdina kembali. Geram sangat!
“Padan muka Akmal!”
“Hah?”
“Tak payah buat terkejut macam tu, sepatutnya kau ucap terima kasih kat aku sebab dah tolong hasrat kau nak bercerai dengan Akmal tu..,”
“Tak nak dengar lagi nama jantan tu,” ucap Zara Irdina.
“Ha ha ha..,” kes nie yang aku suka kau, Zara Irdina.
“Dah, aku nak cari ketenangan, aku rasa rimas sangat dengan semua masalah...,”
“Ketenangan tu ada dalam hati. Bukan cara begini cari ketenangan. Ingat ALLAH, istifarg banyak-banyak, zikir. Itu caranya orang cari ketenangan!” kata Tengku Akif.

Zara Irdina terduduk di atas katilnya, matanya merenung wajah Tengku Izraf Akif. Banyak kenangan antara kami, dia juga selalu ada ketika aku berduka sejak dari aku masih remaja lagi.  Tetapi jurang antara kami terlalu ketara. Dia langit, aku ini bumi. Dia air laut, aku ini air sungai saja. Terlalu jauh perbezaan antara kami. Andai ada perasaan pun, aku kena buang perasaan itu jauh-jauh. Tambahan dengan status aku sekarang, andai diteruskan hubungan kami, lagi lah tercemar nama dia. Aku kena jaga nama dia, bukannya buat sikap pentingkan diri sendiri.
“Akuuuu...,” kata-kata Zara Irdina terhenti di situ. Tuhan, berikan aku kekuatan untuk menghadapi dia, untuk menghadapi mama dan papa, untuk menghadapi Tengku Cempaka dan juga masyarakat sekeliling esok hari dan hari-hari mendatang doa Zara Irdina di dalam hati. Aku perlukan kekuatan yang tinggi. Aku tidak boleh lemah lagi.
“Kita hadapi semua ini bersama-sama, janji kau tak lari dari aku!” ucap Tengku Izraf Akif membuatkan hati Zara Irdina di buai rasa sayu. Dia memang ikut kepala dia saja tetapi dia sebenarnya baik dan memahami.
“Hmm...,” tak tahu nak cakap apa lagi.
“Aku luku kepala baru tau..,”
“Aku tak nak kahwin dengan kau..”
“Aku ajak ke kau kahwin dengan aku sekarang? Aku cakap kita hadapi semua nie bersama, ada aku sebut perkataan kahwin!” tapi aku akan buat sampai kau kahwin juga dengan aku lah. Itu janji aku dalam hati aku nih, Dina!
“Stress aku ada kawan macam kau..,”
“he he he..,”
“Kak Zara, bercakap dengan siapa tu?” soal Syazana di bilik sebelah. Dengar ke suara kami nih? Alamak pintu bilik tak tutup dengan rapat, patut boleh dengar suara kami berdua.

Tengku Akif menuju ke pintu dan terus menutup dan mengunci pintu bilik. Sekarang kami berdua terkurung di dalam bilik ini. Lagi gawat. Orang tahu macam mana?
“Kau balik, nanti tak pasal kena tangkap khalwat pula!” gesa Zara Irdina. Bilik terkunci macam nie, kalau Tengku Izraf Akif buat perangai macam mana? Hu hu hu... jantung macam dah jatuh atas tangga.
“Aku akan balik, tapi selagi kau tak jadi isteri aku, aku akan datang ke sini mulai hari ini..,” ucapnya sambil berlalu keluar. Zara Irdina terus menutup pintu yang mengadap ke arah istana lalu dikuncinya dengan rapat.
“Dina, buat solat taubat, jangan lupa kita pernah terlanjur. Walaupun niat baik, tapi tetap berdosa!” pesan Tengku Akif. Betul lah tu. Aku dengan dia sudah berdosa atas kelakuan kami.

Aku datang sebab nak sampaikan yang ini saja lah, Zara Irdina. Dan untuk lepaskan perasaan rindu aku dekat kau, yang aku puja sejak dari dulu lagi.

Selamat malam sayang, mimpi kan abang yer malam ni....

Kah.. kah.. kah...