Sebenarnya
Aleeya pura-pura pengsan sajalah. Memang dia rasa pening berada di dalam kelab
malam itu, sebab itu lah idea jahat ini datang tiba-tiba saja. Tidak sangka
pula suaminya itu akan mengendongnya lalu membawa ke kereta. Malah di dalam
kereta pun Aleeya berpura-pura pejamkan mata. Sampai ke rumah, dibiarkan Rayyan
mendukungnya sekali lagi untuk masuk ke dalam rumah dan di bawa terus ke katil
di dalam bilik. Ingat sekali, terasa lucu dan mahu ketawa saja. Hehehe..,
“Liya tipu
abang!” ucap Rayyan sambil memicit hidungnya. Aleeya tidak menjawab. Dia tahu
rupanya aku tipu dia. Akal banyak sungguh suami aku ini?
“Tak payah
pura-pura lagi, abang tahu Liya tipu abang!” sambung Rayyan perlahan. Lelaki
itu turut ketawa perlahan.
“Mana ada, Liya
pening nih!” jawabnya kerana tidak sampai hati membiarkan suaminya
tertanya-tanya. Awak ni Liya, lembut hati sungguh lah.
“Pening ke tak
suka?”
“Dua-dua sekali!”
“Hahahaha...,”
ketawa Rayyan sambil berlalu keluar.
“Abang nak ke
mana?” soal Aleeya bila melihat jam baru pukul 10. 00 malam. Masih awal lagi.
“Tak ke mana
sayang. Abang nak tengok tv kat luar nih. Kenapa takut abang tinggalkan Liya
ke?” balas Rayyan. Mana lah tahu, kau hendak pergi ke kelab malam lagi. Kau tu
bukannya boleh sangat.
“Nak tengok tv
jugak lah!”
“Tak usah, awak
tu kan pening dan nak pengsan, nanti satu kerja pula saya nak dukung awak.
Sudah lah berat. Awak kena diet lah, yang!”
“Abang nih, tak
suka lah Liya!”
“Kita kahwin
atas dasar suka sama suka ke, sayang?” soal Rayyan. Cis, ada saja dia hari ini.
Baik aku tidur saja dari bergaduh dengan dia sepanjang malam.
“Liya!” jerit
Rayyan dari ruang tamu apabila tidak mendengar suara Aleeya membalas kata-kata
yang muncul dari bibirnya.
“Kenapa?” jerit
Aleeya.
Bersambung...
4 ulasan:
Harap2nya rayyan berubahla..
ahaks... insya allah
haih..payah juga kan hehe..
harap2 rayyan berubah.liya kena pnjang akal dan bnyak2 bersabar ni hehe..klu tak,mmg payah nak bertahan lama..
~gurangak aja~
memang payah pun.. sudah lah tak kenal hati dan budi..
Catat Ulasan