![]() |
“ABANG, Liya nak
jumpa kawan-kawan petang nanti, boleh tak?”
pinta Aleeya. Seharian berada di rumah hari ini kerana tersilap
mengambil cuti. Sudah naik boring
dibuatnya. Asyik menonton tv saja. Kebetulan Akma dan Puteri Shima mengajaknya
berjumpa petang ini, ada hal penting kata mereka.
“Hendak ke mana?
Tengok wayang?”soal Rayyan di hujung talian. Rayyan tak pulang makan tengah
hari. Kata Rayyan makan tengah hari di rumah tiada dalam kamus hidupnya. Jadi,
tidak perlu menyusahkan diri untuk menyediakan makanan. Cukuplah masak untuk
diri sendiri. Senang sungguh jadi isteri Rayyan.
“Nak tengok
wayang pun mana ada cerita best lah!” jawab Aleeya. Vanila Coklat pun masih
dalam perbikinan, lambat lagilah nak keluar kat pawagan. Mungkin tahun depan
baru boleh tengok Aiman Mentor dan Izara Aishah tu. Kenapalah hubungan aku
dengan Rayyan tidak seperti Amir dan Zara seperti dalam drama yang top kat tv
tu. Kan best! Hehehe, berangan lah tu.
“Habis nak ke
mana sayang?”
“Karaoke kut!”
jawab Aleeya menguji hati Rayyan.
“Kelab malam
lagi best!”balas Rayyan sengaja menduga hati Aleeya. Sudah tahu Aleeya membenci
kelab malam dan dia sengaja berkata seperti itu. Nanti akan mendengar suara
Aleeya menjerit memarahinya. Suka buat Aleeya marah!
“Tak ada tempat
lain ke selain tempat macam tu?” jerit Aleeya geram. Hahaha. Dah agak pun!
“Pergi lah abang
izinkan. Tapi jangan balik lewat sangat!” pujuk Rayyan manja. Aleeya tersenyum
senang.
“Terima kasih
yer!”
“Sama-sama
sayang!”
Lepas Asar dia
terus ke rumah Puteri Shima, kerana mereka berjanji untuk berjumpa di rumah
Puteri Shima saja. Bukan hendak ke mana-mana pun. Dan kalau berjumpa di rumah
tentunya ini adalah perkara yang terlalu sulit dan rahsia kerana hanya
diperbincangkan di rumah saja. Apa lagi agaknya. Mereka berdua lah yang tidak
setuju dia memilih Rayyan menjadi suaminya. Pembangkang nombor satu. Malah
kenduri kahwin Aleeya mereka berdua tidak hadir kerana tidak sanggup melihat
Rayyan menjadi suami Aleeya. Marah sungguh. Tetapi Aleeya tidak kecil hati pun
dengan sikap mereka berdua.
Hidangan petang
sudah pun hampir selesai. Hanya berborak kosong saja sedangkan sejak dari tadi
dia kerap melihat Akma dan Puteri Shima bermain mata saja. Ada hal lah tu tetapi
tidak berani untuk memberitahu kepadanya.
“Cakap lah, aku
boleh menerimanya!” gesa Aleeya. Sudah hampir pukul enam petang, dan dia mahu
pulang sebelum pukul tujuh.
“Nah, kau lihat
sendiri!” kata Akma sambil mengeluarkan sampul surat berwarna koko kepada
Aleeya. Aleeya menyambutnya dan sedikit gambar telah keluar dari sampul
tersebut. Di keluarkan perlahan-lahan lalu terpampang lah gambar-gambar Rayyan sedang berpelukan dengan
beberapa orang perempuan di sebuah kelab malam. Perempuan yang cantik, seksi
dan mengoda. Subhanallah.
“Ini gambar lama
kan?” soal Aleeya menyejukkan hati sendiri walaupun Aleeya tahu mukanya sudah
pun berubah.
“Gambar selepas
kau kahwin lah. Tengoklah tarikh. Kau ni kenapa? Rayyan tak diciptakan untuk
kau lah. Andainya Azlan tidak baik, Rayyan lagilah tidak baik untuk kau.
Sekarang masih tidak terlambat untuk kau menarik diri, jangan sampai ada anak
pinak baru kau menyesal nanti!” marah Akma sudah naik berang dengan sikap
Aleeya. Berkeping-keping gambar dan
perempuan-perempuan di dalam gambar pun bersilih ganti. Bukan seorang tetapi berorang-orang.
Aku akan itu. Rayyan tidak pernah berjanji kepada aku untuk berubah malah
memberi amaran jangan mencampuri urusan peribadinya.
“Kawan
perniagaan dia lah!” perlahan saja Aleeya membela. Kawan perniagaan apa kalau
macam ini? Tak sanggupnya untuk terus melihat. Aleeya menyusun kembali kepingan
gambar lalu dihulurkan kepada Puteri Shima. Puteri Shima tidak pula
menyambutnya dibiarkan saja di atas meja bulat.
“Liya kenapa
susah sangat kau hendak sedar nih? Hairan lah dengan sikap kau? Kau ada
berhutang apa-apa ke dengan Rayyan si buaya darat tu?” pintas Puteri Shima
pula. Muka Puteri Shima kelat seperti buah pria saja.
“Kau perempuan
baik, dan perempuan-perempuan baik selalunya akan mendapat lelaki yang baik.
Masih belum terlambat untuk kau putuskan hubungan kau dengan dia lah!” sambung
Akma menyokong kata-kata Puteri Shima. Kali ini Aleeya tersenyum pula. Kau
ingat kahwin ini perkara main-main ke?
Aku perlu takut kepada ALLAH dan kedua aku perlu jaga maruah dan harga
diri abah dan mak di kampung. Aku berkahwin dengan Rayyan bukan untuk bercerai
setelah tahu segala macam tentang dirinya.
“Terima kasih
kerana bagi tahu aku tentang hal ini. Rayyan perlu masa untuk berubah!” ucap
Aleeya memujuk hatinya lagi. Perlukah aku menangis sekarang? Atau pun aku naik
angin dan mengamuk-gamuk seperti isteri-isteri yang lain? Tidak cemburukah aku?
Aleeya simpan lah dalam hati. Ingat pesan abah dan mak di kampung.
Banyak-banyak bersabar.
“Kalau Rayyan
tak berubah juga macam mana, Liya? Kau mahu teruskan perkahwinan yang tidak
bahagia ini? Kau ni, macam tak ada lelaki lain lah untuk kau jadikan suami?
Frust sangat ke tak dapat kahwin dengan Azlan tu?” berang Akma semakin
menjadi-jadi apatah lagi apabila melihat perangai Aleeya begitu. Sabar tidak
kena pada tempatnya.
“Rayyan tu jodoh
aku...,” jawab Aleeya dengan penuh yakin.
“Kau ni sudah
terkena kut dengan ubat guna-guna Rayyan ataupun kau gilakan kemewahan si
Rayyan tu?”
“Aik, sudah lain
bunyinya. Aku balik dulu lah, nanti tak pasal kerana suami aku tu kita bertiga
pula bergaduh!” balas Aleeya segera bangun. Tidak mahu lagi mendengar kata-kata
teman rapatnya yang menyakitkan hati. Aku bukan perempuan yang pentingkan
kemewahan.
Air mata mahu
mengalir. Tiba-tiba terasa pedih di mata. Entah lah, bila berfikir untuk apa
dia menangis hari ini? Sedih kerana apa? Kerana terluka atau kerana apa? Sakit
hati? Cemburu dengan Rayyan yang dikelilingi oleh ramai perempuan-perempuan
cantik? Habis kalau sudah ramai perempuan begitu kenapa tidak berkahwin dengan
dia orang saja? Kenapa ajak aku kahwin.
“Sayang, abang
balik lewat malam ni, ada hal!” beritahu Rayyan ketika dia sudah masuk ke garaj
rumah Rayyan.
“Tak balik pun
tak mengapa lah!” jawab Aleeya bengang.
“Liya, kenapa
ni? Abang buat salah apa lagi hari ni?”
“Abang peluk
dengan ramai perempuan, ingat Liya tak cemburu ke? “
“Hahaha.. peluk
saja lah, bukan tidur sekali pun. Liya saja yang tidur dengan abang. Perempuan
lain tak pernah lah. Lagipun tak rosak lah badan abang nih setakat kena peluk
dengan perempuan-perempuan tu,” balas Rayyan sambil ketawa mengekek. Sakitnya
Aleeya mendengar.
“Ooo.. kalau
Liya buat macam tu?
“Buat lah kalau
nak makan penampar abang!” talian sudah dimatikan.
Tahu pun marah.
bersambung....,
2 ulasan:
haih rayyan..tahu pula melenting klu aleeya yg ckp mcm tu..cuba lrtakkan diri dlm situasi aleeya..
kawan2 dia cuma nak kan yg terbaik untk alerya.tapi btl kata aleeya..khwin ni bukan unyuk bercerai..
klu cara nasihat aleeya tak jln.cuba bg mata rayyan tu pula buka luas2 hehe..harap alerya cari jln untuk mengugat hati rayyan pula..best kak..
~gurangak aja~.
hehehe.. lelaki memang macam tu.. ego dan dia nak yang terbaik saja yang menjadi isterinya.. sedangkan dia tak jaga pun diri dia sendiri.. memang rayyan kena ajar sikit nanti...
Catat Ulasan