Jumaat, 20 Julai 2012

PENGANTIN EKSPRES (18)


Sampai saja di rumah hari ini masing-masing dengan haluan masing-masing. Rayyan bergegas ke rumah asuhan untuk mengambil Fawwaz pulang dan tinggal bersamanya. Dia dan Aleeya sudah sepakat untuk menjaga Fawwaz  seperti anak sendiri. Dia sanggup menghadapi setiap kemungkinan bersama Aleeya kali ini. Biar lah mama mengamuk, biar lah papa melenting, dia sudah tidak kisah. Fawwaz biar pun anak luar nikah tetapi Fawwaz tetap darah daging keluarga mereka, keturunan papa dan mama. Itu yang tidak boleh dinafikan.

Aleeya pula sibuk ke pasaraya untuk membeli barang-barang keperluan Fawwaz. Hendak membeli kelengkapan Fawwaz termasuk baju, susu, tilam dan sebagainya lagi. Beria benar Aleeya. Malah dia sudah memberitahu abah dan mak di kampung akan hal ini . Abah menyokongnya dan tidak sabar untuk melihat Fawwaz, cucu barunya itu. Abah menerima kehadiran Fawwaz seperti anak kandung Aleeya juga. Liya memang mendapat sokongan dari abah seratus peratus pun. Memang Aleeya anak kesayangan abah. Hehehe..

Balik dari pasaraya, dia sibuk mengemas bilik yang bersebelahan dengan bilik tidur mereka berdua. Atau pun biarkan Fawwaz tidur bersama mereka berdua. Entahlah, rasa tidak sabar untuk mendukung Fawwaz nanti. Bila lah nak balik ni, lama juga Rayyan pergi tetapi tidak balik pun lagi.

Esok dah nak puasa. Bolehkah aku menguruskan semua ini. Dengan anak, dengan suami, nak pergi kerja lagi. Tetapi pengasuh Fawwaz sudah pun dicari, jiran sebelah rumah saja yang akan mengasuh Fawwaz nanti sementara dia pergi kerja. Tentang itu tidak perlu dirisaukan lagi.
“Aleeya!” jerit seorang perempuan dari luar rumah. Pintu dibuka sendiri. Aleeya yang berada di tingkat atas berlari keluar dari bilik dan terkejut dengan kehadiran mama dan Julia. Muka mama merah tanda marah. Begitu juga dengan Julia. Kenapa?
“Aleeya!” jerit mama lantang. Aleeya segera menuruni anak tangga mendapatkan mama dan Julia. Belum sempat memberi salam kepada mama, tangan mama terlebih dahulu naik ke muka Aleeya.
“Panggg!” kuat dan kasar sehingga muka Aleeya teralih ke arah lain.  Aleeya menahan rasa sakit yang teramat sangat. Apa salah aku?
“Aku tak suka kau perempuan. Sudah lah kau ikat hati Rayyan, sekarang kau pandai-pandai nak masuk campur urusan keluarga kami pula? kau ingat kau apa hah?” tengking mama sambil menolak Aleeya. Aleeya mengukuhkan kedudukan kakinya supaya tidak terlentang.
“Apa maksud Puan? Saya tak faham lah!”
“Sekali lagi aku nak ingat kau, kau jangan masuk campur keluarga kami. Lantak aku lah, aku nak buat apa tentang hal keluarga kami. Kau tu siapa hah? Pandai-pandai saja kau suruh Rayyan ambil budak haram tu apa hal?” ugut mama. Oo.. kerana hal ini yang buat mama marah sangat. Ingat kan apa tadi.  Siapa beritahu mama tentang hal ini? Rayyan ke? Tapi kami dah janji hendak rahsiakan hal ini dari mama dan papa.
“Akak ni kenapa hah? Mama pun tak kisah hal ini, akak pula lebih-lebih. Mentang-mentang abang dengar cakap akak, akak ingat akak boleh buat apa yang akak suka. Ju memang tak nak budak haram tu, kalau Ju nak, Ju tak buang dia lah. Mama dan papa sokong Ju, yang akak nak tunjuk baik tu kenapa??” sambung Julia pula. Mama dan Julia memang melampau. Ini yang buat hati Aleeya tidak tahan.  Pergilah balik sebelum Liya naik hantu juga nanti, bisik hati Aleeya.
“Ju, jom balik. Perempuan ni memang melampau. Ingat, sekali lagi kau buat kecoh, siap kau!”  ajak mama seolah mengerti perasaan Aleeya. Nasib baik!
“Malam nanti saya nak jumpa kakak dan abang. Biar abang tegur sikit perangai akak nih!” jerit Julia sebelum melangkah keluar dari rumah Aleeya. Datang macam ribut, balik pun macam angin saja.

Aleeya terduduk di atas sofa sambil memegang pipinya. Sakit sebab makan penampar hari ini. Tidak sangka kena penampar dengan emak mentua sebagai hadiah perkahwinan barangkali. Garang juga yer mama suami aku nih? Aleeya segera ke dapur, mahu minum air untuk menghilangkan dahaga. Hendak menangis pun, rasanya tidak patut lah pulak kerana dia tidak bersalah dalam hal ini. Menangis kerana sedih itu wajarlah juga, tetapi sejak Rayyan ada di sisi, dia seperti sudah hilang rasa sedih.

Sambil menunggu kepulangan suami tercinta, dia menyediakan kek dan ais krim buatan sendiri dengan berpandukan buku resepi yang turut dibelinya tadi. Pipinya sudah naik merah akibat kena penampar tadi.
“Gamm!’ bunyi pintu ditutup. Siapa pula? Dia meninjau dari dapur. Ternampak suaminya. Wajah tidak ceria, muka pula kelat dan payau. Ini apa hal pula? Kena penampar dengan mama atau papa ke?
“Semua ni Liya punya pasal..,” tuduh Rayyan yang bengang dengan kejadian hari ini. Rasa kecewa dan marah. Malah tidak puas hati.
“Apa pula?” soal Aleeya, ingin tahu.
“Nak anak, beranak lah sendiri. Kita boleh dapat anak sendiri lah, bukan dengan ambil anak orang lain pun. Ingat Liya mandul ke?” leter Rayyan membuatkan mulut Aleeya ternganga. Lari topik nampak. Pergi tadi dengan rasa bahagia, pulang dengan rasa amat derita.
“Liya pun nak anak sendiri lah. Ingat Liya apa hah?” balas Aleeya bengang. Ada ke kata aku mandul? Aku pun sakit hati juga lah.
“Habis tu, kena susah-susah hati nak ambil Fawwaz? “
“Abang pun nak kan?”
“Liya yang setuju!”
“Abang ni kenapa?” Tak faham aku. Dia yang nak jaga Fawwaz, kenapa salahkan aku. Pening lah kalau macam ini.
“Idea Liya kan? Liya yang gatal mulut hendak jaga Fawwaz... bila jadi macam ini, abang frust tau tak?”
“Abang tak boleh cakap elok-elok dengan Liya ke? Yang balik marah Liya ni kenapa?” mahu saja dia menyoal begitu tetapi dia tahu suaminya sedang marah. Lebih baik diam saja. Tengok muka Rayyan pun sudah tahu lelaki ini amat marah kerana muka yang putih melepak sudah terbakar kemerahan. Tentu ada sesuatu sudah berlaku. Tengoklah, dia pulang tanpa membawa pulang Fawwaz ke rumah.

Aleeya menarik tangan suaminya dengan manja, lalu di ajak duduk di hadapannya. Di ambilnya ais krim perisa vanila coklat dan kek yang dibuatnya tadi.
“Abang nak rasa ais krim tak? Liya buat sendiri!” pujuk Aleeya.
“Tak nak. Abang tak makan ais krim!” bantah Rayyan sambil menolak tangan Aleeya yang mahu membawa sudu ke dalam mulutnya.
“Cuba lah dulu!” katanya sambil memegang tangan kanan Rayyan yang menepis tangannya tadi. Rayyan membuka mulutnya dan Aleeya menyuapkan ais krim ke dalam mulut suaminya dengan penuh kasih sayang.
“Sedap!!” puji Rayyan. Ais krim yang dingin telah menyejukan hatinya yang sedang marah. Pandai Aleeya memujuk hati suami dengan ais krim buatan sendiri.
“Beli di kedai atau buat sendiri ni? Rasa macam beli kat kedai saja!” seloroh Rayyan sambil tersenyum.
“Liya buat lah!” balas Aleeya dan membiarkan Rayyan mengosok kepalanya dengan manja.  Satu sudu lagi dimasukkan ke dalam mulut Rayyan. Rayyan mencapai sudu yang satu lagi, diceduknya ais krim lalu di suapkan ke mulut Aleeya.
“Maafkan abang kerana telah kecewakan hati Liya!” lafaz Rayyan perlahan. Sampainya hati mama, buang keturunan sendiri. Kata Puan Rahimah, mama telah memberi Fawwaz kepada orang yang tidak dikenali. Malah orang itu entah di mana tempat tinggalnya. Hendak cari di mana selepas ini kerana tiada sesiapa pun yang tahu di mana Fawwaz telah di bawa pergi.  Dia sendiri tidak dapat mengesan Fawwaz kali ini.
“Maafkan Liya juga sebab kerana Liya abang jadi begini..,” walaupun naku tidak tahu apa yang telah berlaku tetapi dapat aku rasakan semua ini tentu ada kaitan dengan mama dan Julia tadi.
“Liya tak salah, yang salah adalah abang!” ucap Rayyan sambil merangkul bahu Aleeya. Lalu diciumnya pipi Aleeya dan tersentak melihat pipi isterinya kemerahan seperti ditampar.
“Mama datang buat kacau di sini tadi?” soalnya berang. Apa lagilah mama ini suka cari pasal.
“Tak lah!” dalih Aleeya. Tidak mahu sengketa ini berpanjangan.
“Habis, penampar tu datang sendiri singgah kat pipi Liya ke?” sindir Rayyan sambil memegang pipi Aleeya.

BERSAMBUNG..,

Tiada ulasan: