Angin Kundasang menyapa perlahan. Dingin!.
Mereka berdua berjalan berpegangan tangan merasa keindahan Gunung Kundasang
yang cukup indah. Kata penduduk di sini, suhu di Gunung Kundasang sudah
meningkat dan berubah. Sepuluh tahun yang lalu, Gunung Kundasang pernah
mencapai tahap beku. Maksudnya lagi sejuk dari keadaan sekarang. Sekarang pun
sudah sejuk, macam mana lah agaknya sepuluh tahun yang lalu? Dan bagaimana pula
10 tahun yang akan datang. Masih kekal beginikah atau sudah hilang rasa
sejuknya.
“Abang pernah ada anak tak?” soal Aleeya
berani. Biarlah apa nak jadi pun. Aku sanggup menanggungnya. Rayyan memandang
tepat ke anak mata Aleeya. Mahu berlaku jujur atau simpan saja rahsia ini
sepanjang hayatnya.
“Maksud Liya, Liya mengandung ke?” seloroh
Rayyan menyembunyi debaran di hati.
"Abang jangan ubah topik boleh tak? Liya
tanya abang, abang pernah ada anak sebelum kita kahwin?” ulang Aleeya sekali
lagi. Aku mahu percaya kepada suami sendiri bukan dari orang lain terutamanya
Puan Rahimah itu. Mungkin dia juga salah sangka!
“Kalau ada anak, itu adalah anak abang dengan
Liya!” jawap Rayyan dengan penuh yakin. Rayyan tidak tipu, itu kebenarannya.
Selama ini kalau ke kelab malam sekali pun Rayyan bercakap benar, berada dengan
perempuan lain pun Rayyan masih sanggup bercakap benar. Rayyan tak akan menipu
aku biar apa pun yang terjadi.
“Abang pernah kahwin dengan perempuan lain
sebelum abang kahwin dengan Liya?”soal Aleeya lagi. Rayyan mencuit hidung
Aleeya. Bahagia dengan soalan itu. Cemburu itu tandanya sayang kan? Jadi, Liya
ini terlebih sayang lah kat aku yer? Sanggup datang semata-mata kerana cemburu?
“Mana ada. Liya seorang saja isteri abang!”
“Abang pernah tidur dengan perempuan lain
sebelum kita kahwin?”
“Abang memang jahat, kaki mabuk, kaki
perempuan, tapi abang tak pernah bawa masuk perempuan yang bukan isteri abang
masuk ke bilik untuk tidur sekali, faham tak? “ jelas Rayyan sambil merangkul
bahu isterinya. Habis tu? Macam mana nih? Hendak kata Rayyan penipu, hati aku
masih percaya kepada kejujurannya. Aku tidak boleh untuk menafikan kata-kata
Rayyan kerana aku percaya akan dirinya.
“Abang tak tipu Liya?”
“Liya datang cari abang semata-mata persoalan
ini ke? Bukan sebab Liya rindukan abang?” soal Rayyan kembali. Papa sudah
pulang hari ini, meninggalkan dia untuk menguruskan hal syarikat. Kalau sambung
berminggu-minggu pun tak ada masalah, asalkan Liya ada bersamanya. Tetapi Liya
hanya ada cuti tiga hari lagi selepas itu kena masuk bekerja semula.
“Memang Liya datang kerana rindukan abang
tetapi selepas Liya dengar cerita ini.. Liya jadi..,”
“Jadi apa sayang? Benci kat abang?” tuduh
Rayyan membuatkan wajah Aleeya berubah. Benci?? Subhanallah, aku tidak akan
membenci suami sendiri selagi dia menjadi suamiku. Aku tidak mahu menjadi
isteri yang berdosa!
Mereka meneruskan perjalanan sehingga sampai
ke gerai-gerai yang sedang menjual bunga-bunga dan buah-buahan yang segar.
Perbualan mereka terhenti walaupun ada banyak perkara yang perlu
dibincangkan. Sedikit buah strawberry
yang baru dipetik dibeli oleh Aleeya dan Rayyan tidak membeli apa-apa. Hanya
suka melihat isterinya yang begitu leka dengan sayur-sayur segar di sini.
Seperti kanak-kanak saja lagaknya. Asyik benar!
“Sepanjang abang tak ada di rumah, Liya buat
apa?” soal Rayyan. Tiga hari berpisah sudah jadi macam-macam sedangkan
perjalanan hidup kami masih berliku. Antara aku dan Aleeya memang jauh berbeza
cara kehidupan kami. Aku memang insan yang jahil tidak seperti Aleeya yang
putih dan suci dari noda dan segala maksiat. Aku lelaki yang bertuah kerana
mendapat seorang perempuan seperti Aleeya.
“Tak buat apa pun!” jawab Aleeya sambil cuba
tersenyum. Rayyan hanya mampu tersenggih. Kelmarin aku mengamuk kerana Liya ke
rumah mama. Hari Aleeya pula mengamuk kerana cerita itu. Adil lah kan? Tetapi mengamuk Aleeya jenis
cool saja, tidak melenting dan mengamuk atau menjerit-jerit seperti perempuan
lain. Aleeya tenang! Itu yang membuatkan aku semakin suka kan Aleeya.
“Siapa datang jumpa Liya tadi?”
“Puan Rahimah..,”
“Ooh..,”
“Abang kenal dia?”
“Kenal!”
“jadi..,”
“Tutup lah buku. Abang tak nak Liya fikirkan
hal ini lagi. Hal ini tak ada kaitan dengan Liya!”
“Tapi abang suami Liya kan?”
“Liya, lelaki kalau sudah berkahwin memang
orang gelar suami pun, tak kan lelaki orang panggil isteri pula!” usik Rayyan
sambil duduk di atas bangku gerai makan. Berehatlah. Penat sudah berjalan kaki.
“Abang jahat!”
“Bila pula abang cakap abang baik?”
“Aduhai Encik Rayyan, janganlah menguji hati
hamba ini dengan persoalan yang tidak ada jawapan..., “
“Hahaha.. bersastera nampak!”
Hmmm... ingatkan boleh tutup rahsia ini
sampai bila-bila. Kalau boleh sampai ke akhir hayat tetapi siapa sangka ini
yang berlaku. Takdir aku barangkali. Dapat jodoh dengan anak pak imam. Siap
pakai tudung, ada pegangan agama yang teguh dan tetap pendirian. Malah berani dan degil. Itu yang menakutkan.
Bukan seperti aku yang tiada pegangan, malah bab-bab agama kosong
langsung. Tetapi siapa pun aku, dia
tetap isteri yang sabar, tidak pernah sekali pun bantah ataupun melawan cakap.
Walaupun kadang kala dia naik angin dan marah.
Sepatutnya Puan Rahimah datang mencari aku,
bukan jumpa Aleeya dan menyusahkan hati dan perasaan Aleeya pun. Aleeya tak tahu apa-apa dalam hal ini. Ini tidak, pergi jumpa Aleeya dan menyusahkan
hati dan perasaan Aleeya saja. Kasihan Aleeya.
Mujurlah abah call memberitahu kepadanya hal
ini dan dia terus menghubungi Puan Rahimah. Puan Rahimah sendiri tidak tahu bahawa
bayi yang dihantarnya 2 tahun yang lalu bukanlah zuriatnya tetapi adalah zuriat
Julia adiknya. Zuriat yang lahir tanpa ikatan yang sah antara Julia dan teman
lelakinya. Anak Julia yang dibenci oleh
Julia sendiri. Malah mama dan papa juga turut membenci keturunan mereka itu. Mama
hanya memberi dua pilihan, bunuh ataupun beri saja kepada rumah anak-anak
yatim. Setelah dia memujuk mama, barulah
mereka mengambil keputusan untuk menyerahkan bayi itu ke rumah asuhan.
Ini adalah kehendak mama dan papa yang
menyuruh Rayyan menghantar bayi tersebut ke rumah asuhan kepunyaan Puan Rahimah
dan dia dengan rela hati memikul tanggungjawab itu. Sejak dia menghantar anak
itu, dia membiayai sepenuhnya perbelanjaan rumah asuhan tersebut.
Sekarang Liya sudah tahu akan rahsia ini.
Perlukah aku ceritakan semuanya kepadanya ataupun aku menanggungnya seorang
diri?
BERSAMBUNG...,
5 ulasan:
Wuaahh...
Sayang kak Pit..
Sayang Rayyan!Sayang sanagt-sangat hehe..
Persoalan sudah terjawap.Nasib baik bukan anak Rayyan..Rupanya anak Julia.
Tu la klu tak ada pegangan.Senangnya nak bunuh nyawa?Padahal sendiri juga yg buat!
Memang ada segelintir,bh kan dah selalu kita dgr kes pembuangan bayi ni.Gerun bila kes mcm ni kita dgr.
Rayyan kenalah berterus-terang juga kalau tak nak Aleeya salah faam lagi.
Suka n3 ni hehe..Bisa tidur lena huhu..
~Gurangak aja~
memang la.. jadi tak payah susah hati dengan rayyan lagi.. sebab tu bukan anak rayyan.. boleh lah awak bersenang lenang untuk dua hari ini.. rasanya tak ada entry terkini...
suka cerita kak pitt x meleret-leret macam cerita indon!! nak lagi,,lagi...
nak enjoy dan santai sebenarnya.. jadi cerita tu seringkas mungkin..
betul2..suka cerita yg x meleret... kalau konflik pun cepat2 la settlekan...
Catat Ulasan