Ahad, 15 Julai 2012

PENGANTIN EKSPRES (12)


TUDUNG DI KEPALA di buka dan diletakkan di atas meja saja. Selalu dia membuka tudung di dalam bilik, bukan seperti ini. Tetapi angin china selatan sudah menguasai diri. Hilang rasa sabar di hati.
“Liya cemburu ke? Liya bukan tak tahu perangai abang macam mana kan?” lembut saja suara untuk mendayu sepeti tidak bersalah pun kepada isteri sendiri.
“Mana ada cemburu?” nafi Aleeya. Aku bukan sudah terlalu cemburu tetapi sakit hati kerana kata-kata sindiran yang datang dari Akma dan Puteri Shima tadi. Kau tu senang lenang berkepit dengan perempuan lain, depan mama dan papa pulak tu.
“Habis yang naik angin bengang kat abang tu kenapa? Kalau tak cemburu itu tandanya apa sayang?” soal Rayyan sambil ketawa. Dipeluknya Aleeya dari belakang. Dia peluk perempuan tadi macam ini juga ke? Rasa seperti mahu menangis pula. Kenapa ek? Dahulu aku bercinta dengan Azlan, tak pernah rasa seperti ini? Sekarang dengan Rayyan, apa saja yang Rayyan buat mesti menguji hati aku? Aku sudah banyak kali menangis kerana Rayyan, dengan Azlan tak menangis pun. Malah Azlan tinggalkan aku, aku boleh terima semua itu dengan senang hati.
“Tak main lah cemburu-cemburu tu.. abang ingat Liya apa?” balas Aleeya merungkaikan pelukan. Terus dia ke dapur, membuka peti ais untuk mencari apa yang perlu untuk dimasak malam ini. Sebenarnya tak ada semangat pun nak masak kerana kejadian petang tadi. Baju raya pun tak jadi beli apa lagi hendak memasak. Arg....
“Tak payah tipu abang lah, sayang!” balas Rayyan mengekori langkah Aleeya dari belakang. Rayyan tersenyum memanjang.
“Dia pilihan mama dan papa ke?” soal Aleeya. Itu yang dia bimbang sebenarnya kerana dia bukan menantu pilihan. Mama dan papa memang tak sukakan Aleeya. Itu Aleeya kenal pasti. Kalau lah itu pilihan mama, habis lah dia. Sebenarnya susah jadi anak lelaki kerana terpaksa mendengar cakap seorang ibu. Kalau tak ikut nanti jadi anak derhaka pula.
“Kalau betul, kenapa?” balas Rayyan sambil duduk di belakang Aleeya. Tangan Aleeya yang sedang menghiris bawang merah terhenti sebentar.
“Abang suka lah yer, sebab boleh berkahwin lagi satu!” luahnya tanpa kawalan. Tidak membendung langsung perasaan terluka di dalam hati. Rayyan ketawa memanjang. Senang hati dengan jawapan dari Aleeya. Aku mahu Liya lupakan semuanya tentang Azlan. Biar Azlan hilang terus dari lubuk hati Aleeya. Aleeya hanya milik aku seorang saja.
“Liya macam budak-budak... hahahaha,” ucap Rayyan. Aleeya menjeling tajam. Boleh pula dia cakap aku seperti budak-budak kerana bertanya seperti ini. Rayyan ingat aku ini apalah agaknya?
“Tak nak masak lah hari ini. Liya tak ada mood nak memasak untuk abang. Abang boleh makan di kelab malam atau di rumah mama abang. Tak pun boleh makan dengan perempuan tadi,” balas Aleeya menyimpan semula bawang dan udang basah ke dalam peti ais. Cadang tadi nak buatkan nasi goreng untuk suaminya sudah terbantut.
“Ini yang abang nak marah ni, semenjak kita kahwin abang lebih suka makan di rumah dengan Liya walaupun abang sibuk sekali pun. Liya kena masak juga. Nasi goreng pun jadilah!” suara Rayyan sudah meninggi. Banyak cantik, tadi kau buat aku naik angin tak mengapa lah pula. Sekarang kau nak marahkan aku apa kes?
“Pergi lah makan di rumah buah hati abang!” balas Aleeya sambil membasuh tangannya.
“Liya, perempuan itu bukan siapa-siapa lah. Kalau dia pilihan mama sekali pun tak akan ada maknanya buat abang. Lagipun kalau abang nak kahwin dengan dia, abang dah kahwin lah dari dulu lagi. Liya seorang saja isteri abang,” tekan Rayyan sambil membuka peti ais dan mengeluarkan barang-barang yang Aleeya simpan tadi. Diletakkan di depan Aleeya supaya Aleeya memasaknya semula.
“Tapi....,”
“Abang dah bahagia dengan Liya seorang cukuplah tu. Liya kena percaya dengan abang lah dari dengar cakap orang. Apa gunanya kita menjadi suami isteri andainya tiada kepercayaan? Abang pilih Aleeya jadi isteri abang sebab Aleeya tu ...,”
“Sebab Aleeya apa?”
“Tak payah lah cakap, buat habis air liur saja. Liya bukan sayang abang pun!” balas Rayyan sengaja mahu mainkan perasaan Aleeya pula.  Rayyan meninggalkan Aleeya di dapur dan terus menghilang. Aleeya buntu, mahu mengekori atau pun biarkan saja. Tetapi kalau dibiarkan semakin menjadi-jadilah perangai si Rayyan itu?

Lama tidak mendengar suara Rayyan yang entah ke mana tetapi masih berada di dalam rumah.  Mungkin berada di ruang tamu saja ataupun mengadap laptopnya di dalam bilik. Entahlah tetapi yang pasti Rayyan masih berada di dalam rumah kerana keretanya masih berada di garaj.

Nasi goreng sudah siap, malah dia sudah menghidangkan di atas meja. Air Sirap di tuangkan ke dalam gelas.
“Abang!” panggil Aleeya nyaring. Rasa marah sudah pun hilang. Dan sekarang dia mahu menatap wajah suaminya itu. Rasa rindu pula.
“Kenapa?” jerit Rayyan juga.
“Temankan Liya makan!” ucap Aleeya separuh merajuk. Merajuk kerana mahu Rayyan memujuknya.
“Ok!” balas Rayyan, tak sampai lima minit lelaki itu sudah berada di sebelahnya.
“Sorry tentang hal tadi!” pinta Aleeya perlahan sambil menghulurkan sudu kepada Rayyan.
“Makanlah.. malam nanti abang temankan Liya beli baju raya..,” pujuk Rayyan sambil tersenyum ke arah isterinya.
“Mana abang tahu Liya tak beli pun baju raya?”
“Abang tahu lah..., “

Bersambung...

2 ulasan:

Unknown berkata...

Cis!Geram betul..
Kak..Kenapa Rayyan ni dah jadi sweet pulak?hahahaha..
Gaduh2 manja gitu hehe,comel betul.
Benar,bila hati dah sayang,semuanya kita telan saja walau pahit macam mana sekalipun.
Kdg2 yang manis tu tak semestinya madu,menjadu ubat.Sebab,kdg2..Itulah racun yang paling berbisa.
Kira ok lagi la bila Rayyan berperangai macam tu,Aleeya dah tahu awal2.Walaupun makan hati,ada orang laki dia punyalah baik.Duduk rumah,balik awal,tahu2 dah pasang lain hehe..
eCECEH..kak,tiba2 saya dah memihak dgn si Rayyan ni apa kes?
hehehehe...best.Suka sangat..

~Gurangak aja~

Unknown berkata...

hahahaha.. aleeya memang dari awal sudah tahu perangai rayyan.. jadi apa masalah? aleeya bukan tak kenal rayyan yang kaki perempuan, kaki botol.. aleeya sudah arif tentang itu, cuma aleeya kalau boleh nak ubah perangai rayyan.. mampu ke? itu persoalannya...