Rabu, 31 Disember 2014

MY LOVELY TENGKU (BAB 14)





Dua puluh tahun memendam perasaan untuk memiliki cinta hatinya ini. Mujur lah ada taktik gila itu, kalau tidak sampai bila pun dia tidak akan dapat memiliki Zara Irdina. Terpaksa sangat. Zara Irdina ditimpa masalah besar kali ini, kalau dia yang tidak membantu, dia tidak ada di sisi Zara Irdina, siapa lagi yang Zara Irdina harapkan selain dia?
“Kau memang ada perasaan kat aku pun selama ini tetapi sengaja gatal nak tunjuk ego kau tu,” tempelaknya ketika masuk ke dalam keretanyanya. Agaknya dia fikir apa yer sepanjang berada di kapal terbang tadi, sebab sebaik saja jumpa terus serang hendap. Tidak berpuas hati lagi agaknya ini.
“Mana ada!” nafi Zara Irdina. Ditariknya pintu kereta lalu dia masuk duduk di sebelah Tengku Izraf Akif. Boleh kah kami berahsia? Kalau macam ini lah sikap Tengku Izraf Akif, malam ini dia nak tidur di rumah mama.
“Ooo, nie terpaksa lah kahwin dengan aku?”
“Kau nak buat benda tak senonoh, aku tak nak dapat anak haram kalau termegandung nanti. Kau tu memang tak boleh harap pun..,”
“Aku akan jaga kau lah, tak akan aku persiakan hidup kau tu,”
“Kenapa tiba-tiba ungkit perkara ini? Kita dah kahwin, tidur sekali pun dah, apa lagi yang tak kena?”
“Sebab kau tak nak mengaku perasaan kau kat aku!”
“Itu punca kau bengang kat aku? Kalau ikut sakit hati aku, tak nak aku kahwin dengan kau. Kau nak rogol aku malam tu, ingat kan nak datang minta maaf, tapi paksa aku kahwin pula,”
“Padan muka kau. Lain kali jangan cabar ego aku!”balas Tengku Izraf Akif. Aku macam nak hempuk muka dia, macam nak tumbuk-tumbuk muka dia, tapi takut masuk surat khabar pula esok hari.

Zara Irdina memandang ke arah wajah suaminya di sebelah. Bergaduh-bergaduh pun sudah jadi suami isteri kami nih. Dia suka cari pasal, aku pula bukan jenis perempuan melayu terakhir yang boleh duduk diam dan bersabar saja. Mesti arr aku lawan balik.

Bila fikirkan kata-kata kesat Akmal dan Tengku Azlin dalam Fb, dalam twitter tentang dirinya, dan semua orang di taman asyik kutuk tentang dirinya dengan Tengku Izraf Akif, jalan selamat lebih baik berkahwin saja dengan Tengku Izraf Akif. Habis cerita, betul tak?

Buat tak buat sama saja. Lebih baik buat saja. Sebab itu dia tidak teragak-agak untuk menerima lamaran Tengku Izraf Akif. Lagipun anak raja ini sudah melihat auratnya, sudah melihat dirinya sebab asyik menyelinap masuk ke dalam biliknya.

Surat khabar Sinar Harian dicapainya. Muka depan surat khabar ada gambarnya bersama Tengku Izraf Akif. Aik, masuk paper muka depan kami berdua hari ini. Ada orang bocor rahsia ke tentang perkahwinan kami?
“Zara Irdina mengandungkan anak luar nikah kerabat diraja..,” bacanya kuat kerana mahu suaminya mendengar kenyataan akhbar hari ini.
“Tengku Azlin akan menyaman Tengku Izraf Akif kerana membatalkan pertunangan mereka!” sambung Zara Irdina lagi.
“Hah?” jerit Tengku Izraf Akif sambil memberhentikan keretanya di tepi jalan. Apa dah jadi ni? Dia mengambil sinar harian di tangan isterinya, lalu membacanya satu persatu. Selesai membacanya dia memberikan kembali kepada Zara Irdina.
“Bakal mengandung anak diraja!” jawabnya sambil tersenyum saja.

Zara Irdina melihat wajah suaminya yang tenang saja. Tidak kalut pun. Marah pun tidak. Mengamuk pun tidak.
“Macam mana, nie semua kau punya pasal lah kan? Buat lagi cerita mengarut tu?”
“Jodoh lah, bukan sebab rampas ke apa ke? Jodoh kau dengan aku. Itu yang sebenarnya.Kalau tak ada jodoh, tak ada makna lah!”
“Senang lah cakap!”
“Dah dapat kahwin dengan kau dah, yang lain tu buat-buat lah pekak badak, buat-buat lah tak nampak. Lagi pun nie kau punya pasal, kalau dari awal kau terima aku, kahwin dengan aku, dah tak ada cerita Tengku Azlin dan Akmal tu..,”  ujarnya sambil tersenyum. Aku berlakon saja bercinta dengan Tengku Azlin tu sebab nak sakitkan hati Zara Irdina. Bukan nak sungguh pun dengan Tengku Azlin yang mengada-ngada itu.
“Aku pula??”
“Ha lah..,”

Sama-sama tersenyum sebab dalam hal ini sama-sama salah pun. Tahu hati masing-masing tetapi sanggup mainkan cinta sendiri. ALLAH, ampunkan dosa-dosa kami selama ini. Amin.

Telefon Zara Irdina berbunyi pula. Nama Badri terpancar di skrin telefon.
“Macam mana, dah jumpa Sharifah Kamariah?” soal Zara Irdina sempat melihat anak mata suaminya.
“Belum lagi lah, dia orang dah berpindah tempat tinggal. Tetapi saya akan cuba dapatkan alamat Sharifah Marziah, adik kepada Sharifah Kamariah..,” jawab Badri membuatkan Zara Irdina tidak sabar untuk berjumpa dengan ibu kandungnya. Sejak tahu dia anak Sharifah Kamariah, hatinya teringin benar untuk berjumpa dengan ibu kandungnya itu. Sekarang, dia sudah tidak mahu bersabar lagi, dia mahu segera berjumpa dengan ibu kandungnya itu.
“Syukur alhamdulillah..,”
“Tetapi dari apa yang dimaklumi oleh jiran-jiran di situ, dia orang cakap Sharifah Kamariah gila, Zara!” beritahu Badri.
“Apa??” terkejut Zara Irdina mendengarnya. Janganlah ibu gila pula. Zara nak ibu sihat lah. Kelopak mata terasa panas. Kalau sebut tentang ibu kandungnya, hatinya cepat sensitif, cepat terasa dan mudah tersentuh. Bagaimana keadaan ibu? Betul kah keadaan ibu seperti apa yang orang cakapkan selama ini tetapi apa pun keadaan, dia tetap ibu yang menglahirkan aku. Walaupun dia tak menjaga dan membesarkan aku, tetapi syurga ku tetap di bawah kakinya. Apa pun yang berlaku antara kami tetap ada hubungan darah.
“Sabar lah, Zara!” pujuk Badri.
“Dapatkan alamat Sharifah Marziah, saya nak berjumpa dengannya nanti!” ucapnya sebak.  Hati semakin tidak sabar untuk berjumpa dengan ibu kandungnya itu
“Insha ALLAH, nanti saya beritahu awak yer!” balas Badri.
“Terima kasih, Badri!” balas Zara Irdina.

Huwaa, hilang mood happy tadi. Sekarang rasa sedih sangat bila fikirkan tentang ibu kandungnya itu yang entah berada di mana gerangannya.Tambahan lagi apabila Badri beritahu mak kandungnya itu gila, lagi lah serabut fikiran Zara Irdina dibuatnya.
“Laa.. kenapa pula?” soal Tengku Izraf Akif apabila melihat wajah Zara Irdina berubah. Daripada gembira menjadi murung tiba-tiba.
“Sedih...,” beritahu Zara Irdina.
“Sedih menangis lah, nie bahu nie ada untuk tuangkan kesedihan kau tu!” kata Tengku Izraf Akif sambil menepuk bahunya sendiri. Spontan itu Zara Irdina meletakkan mukanya di bahu suaminya itu. Memang sedih pun. Siapa pun aku, walaupun aku dibuang oleh ibu kandung sendiri tetapi aku tetap sayangkan ibu ku itu. Tidak ada sekelumit perasaan pun untuk membenci dia.
“Hu hu hu...,”
“Sebab itu lah aku ajak kahwin, sebab tak nak buat benda haram macam nie selalu. Kalau kita tak kahwin, aku berdosa sentuh kau, pegang kau. Aku memang cintakan kau sejak aku kenal apa itu erti cinta lagi dan sebab itu aku minta hak aku untuk jadi suami kau..,” jelas Tengku Izraf Akif  membuatkan Zara Irdina tidak jadi menangis.
“Orang sedih boleh pula cakap benda-benda macam ni..,” air mata di pipinya di kesatnya perlahan. Tak romantik langsung Tengku Izraf Akif ni.
“Sensitif apa pun tak tau lah. Tak faham aku dengan orang perempuan nih,” kata Tengku Izraf Akif lagi. Anak raja gondang ini memang tak ada hati dan perasaan langsung.
“Yer lah tu!” geramnya.
Tengku Izraf Akif mencubit pipi isterinya dengan manja. Tak boleh tengok kau menangis, Dina. Hati aku pun terasa jugak, sebab itu aku tak nak kau menangis.
“Jangan arr...,” tepis Zara Irdina.  Sebab aku sudah  sah menjadi hak kau, jadi kau buat macam-macam kat aku yer..,

Tengku Izraf Akif ingin bermalam di rumah Zara Irdina tetapi Zara Irdina menghalangnya. Sengaja hendak mencari penyakit barangkali kalau tidur di rumah Zara Irdina Terpaksa lah mereka berpisah buat sementara waktu. Sedangkan Tengku Izraf Akif kalau boleh ingin berada di sisi isterinya setiap waktu.

Masuk saja di dalam rumah, Wan Aisyah sedang berbual dengan Tengku Cempaka. Asyik benar mereka berbual sehingga tidak sedar kepulangan Zara Irdina.
“Ini, bonda dah siap tempah kad kahwin kamu dengan Akif. Esok dah boleh edar!” beritahu Tengku Cempaka sambil tersenyum. Kad dihulurkan kepada Zara Irdina dan Zara Irdina mengambilnya perlahan-lahan. Hati rasa serba salah melihat kad kahwinnya ini.

Terdengar enjin kereta papa masuk ke halaman rumah. Menyusul kereta Syazana dari belakang. Papa keluar juga ke? Pergi mengintip aku ke?
“Long, pergi cuti ke pergi bulan madu???” soal Syazana sebaik saja Zara Irdina membuka daun pintu. Soalan pertama yang muncul dari bibirnya itu.
“Bulan madu dengan siapa pula ni?”
“Abang Akif lah!” jawab Syazana. Cinta anak raja untuk kakaknya ini sudah makan berpuluh tahun, syukurlah akhirnya mereka bersatu juga. Walaupun dia tahu, kakak angkatnya ini menolak cinta tersebut kerana perbezaan darjat. Dia lebih suka Tengku Izraf Akif menjadi abang iparnya dari lelaki lain. Itu sebabnya apabila Akmal menceraikan Zara Irdina, dia menjerit keriangan, rasa waktu itu bahagia yang amat sangat.
“Baru bertunang, bukannya berkahwin pun!” jawab Zara Irdina. Jangan lah tanya yang bukan-bukan, takut along terlepas cakaplah. Lagipun ada Tengku Cempaka di rumah kita.
“Nampak muka along lain sangat lah hari nie, berseri-seri seperti orang lepas kahwin saja lah!” tuduh Syazana lagi sambil memeluk erat bahu Zara Irdina. Walaupun dia hanya anak angkat mama, tapi kami semua tetap sayangkan dia!
“Tak lah!” kata Zara Irdina cuba menafikan.
“Kahwin pun tak salah lah, dari Zara buat kerja yang tak elok. Papa percayakan Zara tetapi terus terang papa tak yakin dengan Akif tu..,” sokong Wan Yusuf sambil tersenyum.
“Papa ni..,”
“Kahwin lah Zara, Akif tu dah lama sangat tunggu kamu. Papa merestui perkahwinan Zara dengan Akif..,” Telinga ini sudah tebal dengan umpatan orang tentang Zara Irdina dan Tengku Izraf Akif. Sekarang, masalah lain pula timbul, kaum kerabat tidak merestui pertunangan ini, malah menyuruh pertunangan ini diputuskan secepatnya mungkin. Zara Irdina tidak layak untuk Tengku Izraf Akif.

Wan Yusuff tidak sedar ada Tengku Cempaka yang sedang mendengar perbualan antara mereka bertiga.
“Tunggu dua bulan lagi, lepas tu kahwin. Bukan sekarang. Bonda dah jemput kaum kerabat kita yang lain!” tegas Tengku Cempaka.
“Dua bulan bukannya lama, Zara!” sampuk Wan Aisyah pula. Zara Irdina diam saja.
“Bonda dah rancang macam-macam Zara jangan rosakkan rancangan Bonda pula!” peringat Tengku Cempaka sebelum kedatangan anak terunanya. Cepatnya mandi sebab muka tu nampak berseri-seri sekarang.

Gusar ada. Bimbang pun ada. Ketakutan datang bersarang di dalam hati. Takut sebab dia dan Tengku Izraf Akif telah pun bersama. Lainlah kalau setakat akad nikahnya saja.



Tiada ulasan: