Makan
malam di rumah dihadiri oleh Tengku Izraf Akif dan Tengku Cempaka. Sudah
menjadi kebiasaan anak raja sebelah rumah itu makan di rumah ini. Begitu juga
dengan Tengku Cempaka. Wan Yusuf dan Wan Aisyah juga kerap keluar masuk ke
istana Zara Irdina saja jarang masuk ke istana sana. Tak suka katanya.
Selesai
makan malam, Zara Irdina terus masuk ke dalam biliknya sebaik saja Tengku
Cempaka dan suaminya itu pulang.
Baru sudah
tutup lampu, baru mahu pejamkan mata, apabila pinggangnya dipeluk orang. Siapa
pulak ni?
“Pergi lah
balik!” suruh Zara Irdina. Payah lah kalau macam ini.
“Kau
pilih, nak tidur sini atau aku angkut kau ke bilik aku!” ugut Tengku Izraf Akif
sudah mengongsi bantal Zara Irdina. Kepalanya dan kepalanya isterinya hanya
sebelah menyebelah saja.
“Dua bulan
saja kan? Sabar boleh tak?”
“Tak
boleh..,”
“Tidur
lah, tapi jangan sentuh aku, jangan buat apa-apa kat aku..,”
“Aku
tumpang tidur saja lah, tak buat lah benda-benda lain”
Hish,
kalau lah macam nie selalu, rasanya tak sempat tunggu dua bulan, memang sah dah
jadi benda lain dalam hidup aku.
Susah lah
kahwin rahsia ni. Tapi siapa suruh? Tengku Izraf Akif yang suruh! Habis yang
kau ikut tu kenapa?
“Balik lah
tidur kat rumah, kalau bonda cari macam mana?” kata Zara Irdina apabila tangan
suaminya sudah merangkul pinggangnya. Tengku Izraf Akif tidak kisah pun dengan
kata-kata itu.
“Zara,
berbual dengan siapa tu?” soal Wan Aisyah.
“Akif,
mama..,” senang hati boleh cakap macam tu. Geram!!! Tetapi Tengku Izraf Akif
menutup mulut Zara Irdina dengan tapak tangan kanannya.
“Bising
lah kau ni, nak tidur pun tak boleh, atau kau nak aku ulang malam pertama
kita?” gertak Tengku Izraf Akif.
“Tak nak!”
“Kalau tak
nak, diam!” kata Tengku Izraf Akif sambil menjeling tajam.
"Pergilah
balik, nanti kalau bonda cari mcm mana?" Ujar Zara Irdina. Tengku Akif buat tidak
dengar saja. Malah dia sengaja meletakkan pipinya di sebelah pipi isterinya
itu.
"Best lah boleh buat mcm-mcm kat kau lepas ni.. Boleh pegang pipi, mulut, tangan dan semuanya sekali dah jadi milik aku. Ingat hati, jiwa dan raga kau adalah kepunyaan aku sekarang," balas Tengku Akif. Tidak kisah pun dgn arahan isterinya.
"Best lah boleh buat mcm-mcm kat kau lepas ni.. Boleh pegang pipi, mulut, tangan dan semuanya sekali dah jadi milik aku. Ingat hati, jiwa dan raga kau adalah kepunyaan aku sekarang," balas Tengku Akif. Tidak kisah pun dgn arahan isterinya.
“Memang
lah itu yang tertulis di antara kita, tetapi kita nie kahwin rahsia lah.,” kata
Zara Irdina. Risau Zara Irdina semakin
menjadi-jadi dengan sikap Tengku Izraf Akif malam ini. Buatnya mama tolak pintu
bilik tu, macam mana?
“Kahwin tu
yang penting, rahsia tu belakang kira lah!” balas Tengku Izraf Akif sudah mula
mahu menganggu isterinya. Zara Irdina meronta menghentakkan kedua belah kakinya
di atas katil.
“Huwaaaa...
Akif jahat!” ucapnya kuat. Sudah terlupa keadaan sekeliling.
“Woiii..
tampar nak?” kata Tengku Izraf Akif.
“Zara,
kenapa?” tanya Wan Aisyah lagi. Zara
Irdina terdiam. Tengku Izraf Akif hanya menjeling.
“Padan
muka!”
“Zara,
kenapa nak?” panggil mama lagi. Terus Zara Irdina bangun menutup mengunci pintu
biliknya.
“Hah, tak
kunci??”
“Tak!”
“Buka lah,
biar mama tengok perangai anak daranya yang sebenar tu.. anak daranya yang
berkahwin lari dengan anak raja..,” ujarnya sambil ketawa saja. Zara Irdina
mengambil bunga di dalam pasu lalu menglontarkan ke arah suaminya. Geram.
“Sebab anak
raja yang aku kahwin dengan kau, tahu tak?”
“Yer?”
“Yup!”
Tengku
Izraf Akif bangun dan datang ke arah Zara Irdina dan terus menarik tangan kanan
Zara Irdina.
“Cakap
sekali lagi..,”
“Apa?”
“Sebab aku
anak raja????? Apa tadi??”
“He he he
he..,” ketawanya perlahan. Tengku Izraf Akif menarik Zara Irdina masuk ke dalam
pelukannya.
Pintu
ditolak dari luar. Tentu mama!
“Zara!”
“Ya,
mama!”
“Tak
pernah-pernah kunci pintu, kenapa kunci pintu pulak ni..,” soal mama membuatkan
Zara Irdina gelabah seorang diri. Tengku Izraf Akif tenang saja.
“Pergilah
sembunyi..,” arah Zara Irdina.
“Tak nak
lah aku..,”
“Pergi
arrr...,” bisik Zara Irdina lagi. Tengku Izraf Akif, buat selamba badak saja.
Biarkan.
Terus
dirangkulnya Zara Irdina dan diangkat ke atas katil.
“Jangan
lah!” tepis Zara Irdina.
“Zara
Irdina!” panggil mama lagi.
“Cium pipi
aku dulu, kalau nak selamat!” ugutnya. Spontan Zara Irdina mencium dahi
suaminya.
“Pipi? Bukan
Dahi lah!” arah Tengku Izraf Akif. Kali ini diciumnya pipi Tengku Izraf Akif.
Secepat itu Tengku Izraf Akif terus ke pintu. Membuka pintu untuk mama dan dia
bersembunyi di sebalik daun pintu.
“Mana
Akif” soal mama sambil mencari-cari anak raja itu di dalam bilik anak daranya.
“Mama ni,
Akif nak datang buat apa?” dalih Zara Irdina.
“Mama dengar
suara dia!” balas Wan Aisyah terus ke jendela yang sudah tertutup pintunya.
Jendela yang selalu terbuka kenapa malam ini tertutup awal pula. Dia melihat
bilik Tengku Izraf Akif di istana sebelah pagar rumahnya. Lampu bilik itu
sedang menyala.
“Mana ada..
mama ni...,” balas Zara Irdina.
“Hmmm...”
ditutup jendela lalu dikunci kemas. Dia terus keluar dan menarik daun pintu.
Tengku Izraf Akif pula menolaknya perlahan.
“Lain kali
tidur diam-diam, tak payah bising. Ini mulut mengalahkan murai tercabut ekor.,”
katanya sambil menuju ke jendela. Pintu jendela di buka semula. Puas sudah
menganggu isterinya dan dia mahu pulang ke istananya saja.
Zara
Irdina hanya tersenyum senang hati.
“Datang
sini sekejap!” panggil Tengku Izraf Akif sambil mengamit ke arah Zara Irdina.
Zara Irdina patuh. Datang ke arah Tengku Izraf Akif dan memegang kedua belah
tangan suaminya. Tengku Izraf Akif melepaskan pegangan tangannya tetapi kedua
tangannya memegang wajah isterinya. Sepantas itu dikucup dahi isterinya. Lama
sekali!
“Ini
tandanya aku sayangkan kau!”
“Hah?”
“Sayang
lah yang aku kahwin dengan kau. Kalau tak sayang buat apa aku kahwin dengan
kau!”
“Itu
saja??”
“Pergi
selesaikan masalah kau cepat-cepat sebab selepas ini kau kena beranak untuk
aku. Aku nak anak ramai untuk meneruskan keturunan Tengku Izraf Akif. Tau tak?”
katanya sambil memegang tangan isterinya lagi.
“Ha, ada
ke cakap macam tu kat aku!”
“Kahwin
sebab nak keturunan.. kalau tidak aku boleh memuja kau sampai seribu tahun lagi..,”
katanya terus melangkah dari jendela dan memanjat pokok yang menjadi jambatan
untuk mereka berhubung.
Zara
Irdina mengelengkan kepalanya. Itu lah Tengku Izraf Akif yang aku kenal sejak
dulu lagi. Sejak zaman sekolah, kami berkongsi suka duka bersama. Macam mana
lah kalau tak jatuh cinta, tak ada hati dan perasaan kerana kami sentiasa
bersama. Tipu lah kalau aku kata, aku tak cintakan dia. Sedangkan setiap detik
dia ada di sisi aku.
Zara
Irdina menuju ke katilnya semula. Merebahkan dirinya di atas katil dan terus
terlena. Tidak lagi memikirkan apa-apa. Dia cuma terjaga apabila azan subuh
berkumandang dan apabila matanya terbuka suaminya sudah berada di sebelahnya.
“Bangun,
solat subuh!” kata Tengku Izraf Akif yang baru datang semula ke bilik
isterinya.
“Tak balik
ke semalam?”soal Zara Irdina. Bila masa dia datang semula ke bilik aku ni?
“Abang
jawab nanti boleh tak, sekarang Dina pergi mandi, ambil air solat, kita solat
jemaah sekali!” katanya sambil mendukung Zara Irdina dan membawa isteri
kesayangannya ke bilik air.
Aku bakal
menjadi pemimpim nanti dan buat masa sekarang, insan yang mahu aku pimpin ada
lah isteriku dan zuriatku. Kepimpinan ku bakal bermula. Dan permulaannya ada
lah dari keluargaku sendiri.
Akif, akan
jalankan amanah yang ayahanda tinggalkan. Itu janji Akif kepada ayahanda dulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan