Isnin, 15 Disember 2014

MY LOVELY TENGKU (BAB 11)






Bertunang dalam keadaan terpaksa. Semuanya kerana nama baik keluarga saja. Selebihnya Zara Irdina memang takut Tengku Izraf Akif buat perkara yang pelik ke atas dirinya. Selepas selesai majlis bertunang, dia tidak nampak muka Tengku Izraf Akif selama seminggu lebih, di ofis pun, Tengku Izraf Akif tidak datang. Tetapi petang ini ketika dia mahu balik ke rumah, tunangnya itu muncul di hadapan mata.
“Hendak ke mana ni?” soal Zara Irdina apabila Tengku Izraf Akif membawanya ke jalan yang bertentangan dari jalan masuk ke rumah mereka berdua.
“Dah lepas period kan?” soal Tengku Izraf Akif kembali. Apa kaitan dengan period pula ni?” Zara Irdina mengangguk saja.  Dia nak buat apa lagi sekarang?
“Bagus, kita kahwin besok!” ucap Tengku Izraf Akif sebelum sempat Zara Irdina bertanya apa-apa kepadanya.
“Kahwin??” soal Zara Irdina. Kahwin macam mana? Bukan kita memang nak kahwin ke?
“Kahwin di tempat lain tanpa pengetahuan keluarga kita!”
“Kenapa? Tunggu dua bulan lagi majlis kahwin kita tu, kenapa nak kahwin lari pula?” Dia ini macam-macam, mula-mula bertunang, ini sudah sah bertunang nak kahwin lari pula.
“Masalahnya aku nak kahwin besok, bukan dua bulan lagi,” jawabnya.
“Kau ingat perkara kahwin ini, main-main ke? Aku tak faham lah dengan kau, mula-mula paksa aku bertunang dengan kau, sekarang paksa aku kahwin lari pula,” marah Zara Irdina.
“Aku bukan nak bertunang tetapi nak berkahwin dengan kau!” jawab Tengku Izraf Akif perlahan.
“Boleh tak fikir tentang keluarga kita dalam hal ini. Kahwin lari ini nak cari penyakit aku rasa. Keluarga kita tentu mengamuk nanti,” balas Zara Irdina. Aku macam tak kenal dia sekarang ini. Sudah tidak nampak yang baik-baik tentang diri dia lagi. Nampak jahat belaka.
“Aku dah tak sabar, dah tak boleh tahan nafsu aku kat kau!” jawapan itu membuatkan Zara Irdina meremang bulu roma saja. Dia nie nak kahwin dengan aku kerana nafsu ke apa? Tak nampak pun cinta dia tu di mata dia. Nampak cinta nafsu dia ada ler. Benci aku!
“Kau jangan mengada-gada, aku sekeh kepala kau baru kau tahu!” ucap Zara Irdina.
“Kita kahwin esok, aku dah urus semuanya,” putus Tengku Izraf Akif.
“Kalau aku tak nak?” soal Zara Irdina. Perlukah berkahwin lari seperti kehendak dia? Keluarga kami macam mana? Papa, mama dan Tengku Cempaka tentu kecewa dengan keputusan kami. Lagi pun aku tengah merancang nak cari ibu kandung aku untuk menghadiri majlis perkahwinan kami nanti. Sekurang-kurangnya beri lah peluang untuk aku mencari ibu aku terlebih dahulu.
“Aku paksa kau!” tegas Tengku Izraf Akif.
“Kau nie, aku nak cari ibu kandung aku dulu. Kau sabar lah kejap. Nanti bila semua okey kita kahwin. Dua bulan tu bukannya lama pun,” pujuk Zara Irdina. Dia ini bukannya boleh melawan, kalau melawan semakin menjadi-jadi.
“Kahwin dulu, selepas itu kau pergi lah cari mak kau tu,” balas Tengku Izraf Akif. Zara Irdina menjeling tajam. Apa lagi alasan aku sekarang?
“Bonda macam mana? Mama, papa macam mana? Boleh tak kita buat majlis dengan kehadiran dia orang? Aku tak nak mereka kecewa dengan keputusan kau ni,” alasan Zara Irdina. Rasanya alasan ini yang paling kukuh.
“Tak boleh, kita kena kahwin juga besok!”
“Arggg.. kenapalah aku datang orang macam kau. Teruk sangat perangai kau sekarang. Semua nak paksa, semua nak ugut aku!” jerit Zara Irdina dengan kuat sekali.
“Tak usah nak berjerit macam tu, nanti orang tuduh aku culik kau pulak. Sekarang balik beritahu keluarga kau, kau nak pergi makan angin seminggu. Aku nak balik beritahu bonda, kata ada kerja di luar selama seminggu juga!” arah Tengku Izraf Akif.
“Kenapa tak beritahu keluarga saja kita nak kahwin esok, lagi senang kan?” marah Zara Irdina.
“Dina, kau jangan lawan cakap aku, boleh tak? Kenapa kau suka biarkan syaitan tengok kita bergelumang dengan dosa, bergelumang dengan noda. Aku nak halalkan hubungan kita pun, kau banyak soal?” tengking Tengku Izraf Akif. Hish, aku macam nak cekik tengkuk dia sekarang ini. Bukan dia tak tahu dosa dan pahala pun.
“Ooo, tahu dosa pahala, habis kenapa nak buat juga?”
“Aku takut aku terlanjur dengan kau saja. Aku cakap terus terang kau memang tak mampu nak lawan aku kalau aku buat benda terkutuk tu dengan kau. Kau nak berzina dengan aku? Nak buat maksiat dengan aku?” terus terang Tengku Izraf Akif.
“Aku macam nak tenyeh kau lumat-lumat, Akif!” geram sangat sampai ke langit sekarang. Kemarahan aku terlalu tinggi saat ini.
“Ikut arahan aku habis cerita!”

Mujurlah papa dan mama tidak banyak soal, apabila Zara Irdina beritahu dia terpaksa pergi kursus selama seminggu. Kalau beritahu pergi bercuti nampak sangat seperti aku menipu mereka berdua. Kerana tunang sewel itu aku terpaksa tipu kedua orang tua ku hari ini, sedangkan selama ini aku tidak pernah pun menipu mereka berdua.
“Sudah lah bertunang pun macam apa tah hari tu, sekarang kena kahwin lari pulak. Kau ni ada simpan isteri seorang lagi kut!” rungut Zara Irdina di dalam kereta.  Dia menunggu Tengku Izraf Akif di stesen bas.
“Tunang apa sampai dua bulan? Lama tu? Kalau kahwin pun dah boleh buat anak!” jawab Tengku Izraf Akif.
“Kahwin saja, yang tidur-tidur tu selepas kenduri kahwin kita. Aku tak nak mengandung sewaktu bersanding atas pelamin nanti,” balas Zara Irdina. Tengku Izraf Akif diam saja.

Diam ini maknanya apa? Dia mesti ada rancangan lain.  Aku sudah syak tentang itu.

Teringat perbualan dengan papa beberapa jam sebelum bertunang. Kata papa, Tengku Izraf Akif sudah lama menyimpan perasaannya kepada ku. Sejak dari zaman kanak-kanak lagi dia sudah ada hati kepada ku. Aku tahu tentang itu, sebab dia pernah ajak aku kahwin banyak kali. Tetapi sebab dia anak raja, anak golongan bangsawan, sebab itu aku menolak cintanya.

Selepas tamat belajar, aku jumpa Akmal da bercinta dengan Akmal tetapi tak sangka pula jodoh aku tiada dengan Akmal. Aku tahu dia kecewa apabila aku bertunang dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Akmal, dan dia pula kerana mahu menyakiti hati ku, terpaksa bertunang dengan Tengku Azlin. Aku sudah tahu tentang itu. Tetapi aku tetap jual mahal sebab aku sedar siapa diriku.

Selepas peristiwa hari itu, nampak sangat dia semakin gelong. Perangai gila-gila itu semakin menjadi-jadi sampaikan aku naik rimas. Naik benci semua ada. Nampak sangat dia terlebih mengikut perasaan sehingga sanggup nak ragut kesucian aku.  Itu orang panggil cinta ke?
“Zara Irdina, sudi kah kau menjadi pemaisuri hatiku,” lafaz Tengku Izraf Akif tiba-tiba sewaktu Zara Irdina sedang hanyut di alam khayalannya.
“Ekk..,”berapa kali nak melamar pulak ni?
“Sudikah kau hidup bersama-sama ku nanti?” soal Tengku Izraf Akif lagi. Zara Irdina menunjukkan cincin tunangnya di jari manisnya. 

Tiada ulasan: