Ditolaknya
Tengku Izraf Akif sehingga jatuh ke katil. Terdengar suara Tengku Izraf Akif
mengaduh kesakitan.
“Gila ke
apa ni? Kau memang tempah bala!” jerit Zara Irdina ke arah Tengku Izraf Akif.
Macam mana aku boleh ada di bilik aku sendiri? Dan dia? Tak kan lah dia hantar
aku dan terus tidur di sini? Mana mama? Mana papa? Hu hu hu..,
“Jangan
bising lah, tau mama dan papa nanti macam mana?”
“Oo.. kau
ceroboh masuk bilik aku kan?” marah Zara Irdina. Hilang demam panas tadi. Tadi
suhu badannya terlalu panas. Ketika Tengku Izraf Akif menghantarnya pulang, dia
pengsan. Mama benarkan Tengku Akif menghantarnya sampai ke bilik dan Tengku
Izraf Akif terus balik ke rumahnya tetapi dia datang semula setelah malam ini,
dia datang melalui jendela antara bilik mereka berdua. Susah hati memikirkan
keadaan diri Zara irdina, membuatkan dia mengambil keputusan untuk menunggu di
bilik Zara Irdina. Dia yang menjaga Zara Irdina tadi sehingga terlena di sisi
Zara Irdina.
Tak
sengaja lah, tertidur kat sebelah kau.
“Ceroboh
apanya, cakap elok sikit-sikit yer..,”
“Habis nie
apa?”
“Nasib
baik aku tidur saja sebelah kau, kalau aku buat lebih dari itu pun, kau
bukannya sedar!” balas Tengku Izraf Akif.
Lama Zara Irdina terfikir sendiri. Akmal pun tak pernah tengok keadaan
aku seperti saat ini. Tanpa tudung di kepala dan hanya memakai baju tidur yang
nipis saja. Hu hu hu. Macam hendak mengelumpur dan menangis saja.
Tetapi
antara aku dan Akif sekarang, Akif sudah melihat aku dalam keadaan begini.
“Kau nak
apa sebenarnya ni?” marah Zara Irdina semakin menjadi-jadi apabila Tengku Izraf
Akif melihat tubuhnya dari atas sampai ke bawah. Zara Irdina menarik kain
selimut dan menutupkan badannya sampai ke tengkuk.
“Ha.. ha..
ha..,” ketawa Tengku Izraf Akif sambil menghampiri Zara Irdina Ditariknya
tangan Zara Irdina dekat denganya. Sengaja dipeluknya Zara Irdina erat-erat.
“Lepas
lah!” ronta Zara Irdina, tetapi tak berdaya.
“Aku dah
cakap kan, kalau cara baik aku tak boleh, aku buat cara kasar lah. Selagi kau
tak kahwin dengan aku, aku sanggup buat apa saja, untuk dapatkan kau!” gertak
Tengku Izraf Akif sambil cuba mengucup leher Zara Irdina tetapi Zara Irdina
menepisnya.
“Jangan
lah Akif..,” rayu Zara Irdina hiba. Tengku Izraf Akif mengenggam kedua belah
tangan Zara Irdina dengan erat. Zara Irdina cuba melawan tetapi tidak berdaya.
“Kau
pilih, sama ada kita lakukan zina atau halal kan hubungan kita?” ugut Tengku
Izraf Akif. Terpaksa, sebab Zara Irdina asyik menolak cintanya, dan dia tidak
ada cara lain untuk mendapatkan Zara Irdina lagi. Dua puluh tahun dia cuba
menawan hati Zara Irdina, tetapi Zara Irdina asyik mencari alasan saja untuk
menolak dirinya, dan ini lah taktik yang terakhir. Dia tahu dia berdosa kerana melakukan semua
ini, tetapi dia memang sudah habis fikir. Ini saja yang ada.
“Aku tak
nak, dah lah aku anak haram, nanti tak pasal-pasal mengandung anak haram kau
pula,” ucap Zara Irdina menagih simpati. Tengku Izraf Akif tersenyum nakal.
Boleh pun kau fikir yer.
“Nak anak
haram ke halal? Nak cara sah atau tak? Aku hanya selangkah saja lagi, semuanya
jadi milik aku malam ini, Zara Irdina!” bengis jawapan itu. Zara Irdina hilang
akal, buatnya Tengku Izraf Akif betul-betul merampas kehormatannya bagaimana?
Tetapi betul ke Akif tergamak melakukan semua ini kepadanya?
Tak
mungkin Tengku Izraf Akif seberani ini.
“Aku tak
nak jadi isteri kau lah, Akif!” ujar Zara Irdina. Tengku Izraf Akif menarik
butang baju Zara Irdina. Hah, ini bukan Akif yang aku kenali rupanya. Akif ini
sudah dirasuk barangkali, dan ternyata Akif sanggup melakukan apa saja malam
ini untuk menghancurkan masa depan aku. Takut.
“Kau ingat
aku apa Zara? Aku dah cakap kan...,” tangan Tengku Izraf Akif mengenggam erat
kedua belah tangan Zara Irdina.
“Aku
menjerit, Akif!” ugut Zara Irdina. Tengku Izraf Akif terus memekup mulut Zara
Irdina. Zara Irdina dengan sekuat hatinya menendang badan Tengku Izraf Akif
dengan kuat. Malah Tengku Izraf Akif terpaksa melepaskan Zara Irdina. Zara
Irdina segera bangun.
“Kau
keluar sekarang juga,” jerit Zara Irdina. Tetapi Tengku Izraf datang semula ke
arah Zara Irdina dan dia menarik Zara Irdina ke dalam pelukannya semula.
“Sebab kau
tengah period, aku lepaskan kau, Zara Irdina!” kata Tengku Izraf Akif. Terus
pergi. Tidak peduli dengan kesakitan yang Zara Irdina alami. Aku sendiri
terlalu takut dengan Tengku Izraf Akif sehinggakan aku terlupa aku period hari
ini. Alhamdulillah, terselamat hari ini.
Air mata
Zara Irdina mengalir membasahi pipinya. Takut dan gementar masih ada dalam
hatinya. Takut yang amat sangat. Tidak sangka, kawan yang dipercayainya selama
ini tergamak melakukan perkara terkutuk ini terhadap dirinya.
Zara
Irdina menangis sendirian mengenangkan perbuatan Tengku Izraf Akif sebentar
tadi.
Sampainya
hati buat aku macam nih? Tiba-tiba datang perasaan marah, perasaan benci kepada
Tengku Izraf Akif. Marah teramat sangat kepada kawan rapatnya sejak dari kecil
lagi. Sanggup nak rampas kesucian aku hanya kerana aku menolak cintanya. Kerana
nafsu dia sanggup buat benda yang tidak baik kepada kawannya sendiri.
Dia tidak
tidur sampai ke subuh hari, selepas solat subuh barulah matanya mahu terlena.
Pagi ini hendak pergi ke pejabat pun malas. Malas untuk berhadapan dengan
Tengku Izraf Akif yang telah menyakitinya semalam.
Tiba-tiba
mama yang masuk bersama dengan jambangan bunga mawar. Haruman bunga mawar masuk ke dalam lubang
hidung.
“Dah
mandi?” soal Wan Aisyah sambil menghulurkan jambangan bunga di atas
ribaannya. Zara Irdina terus
menyandarkan badannya di tepi katil. Siapa pula yang beri bunga pagi-pagi nih?
“Yup,
kenapa mama?” memang dah mandi pun selepas subuh tadi. Malah pakaian pun sudah
bertukar.
“Zara!”
panggil Tengku Cempaka yang masuk ke dalam biliknya. Terkejut Zara Irdina
melihat wajah Tengku Cempaka. Tengku Cempaka duduk di sebelah Zara Irdina. Apa
dah jadi nih?
Tengku
Cempaka menarik tangan kanan Zara Irdina, dan memegang jari manis Zara Irdina.
Disarungkan cincin ke jari manis Zara Irdina lalu dikucupnya dahi Zara Irdina
dengan sepenuh kasih sayang. Zara Irdina masih terpinga-pinga dengan apa yang
berlaku pagi ini.
“Bonda,
suruh minah tu pakai tudung, pakai elok-elok sikit, saya nak masuk lah!” jerit
Tengku Izraf Akif dari luar bilik. Dia pun ada juga. Marah dan benci masih ada
lagi dalam hati ini bila mendengar suara itu.
“Tak sabar
lah, kau ni Akif!” balas bonda. Wan Aisyah mencari tudung lalu diberikan kepada
Zara Irdina. Semalam dah tengok segalanya, hari ni nak pakai tudung pulak.
Menyampah sungguh lah!
Wan Aisyah
ke arah pintu, lalu menarik tembol pintu dan membiarkan Tengku Izraf Akif
bersama kakaknya Tengku Mawar masuk ke dalam bilik. Bonda bangun dari sebelah
Zara Irdina dan memberi laluan kepada Tengku Izraf Akif untuk duduk di sebelah
tunangnya. Memandang wajah bersih Tengku Izraf Akif hatinya marah dan benci
hilang tiba-tiba. Semudah itu? Peliknya perasaan.
Majlis
secara beradat akan dilakukan secepat mungkin. Tengku Izraf Akif memegang
tangan kanan Zara Irdina. Cincin perkahwinan milik ibunya tersarung indah di
jari Zara Irdina. Cantik sangat!
“Kau ingat
lagi aku pernah buat apa kat jari manis kau nih?” soal Tengku Izraf Akif kepada
Zara Irdina. Zara Irdina mengangguk. Kesan lembamnya telah lama hilang tetapi
masih terasa gigitan itu. Tengku Izraf
Akif pernah mengigit jari manisnya ketika dia berusia 17 tahun, sebagai tanda
cincin pertunangan katanya.
“Kau nak
apa ni?” bisik Zara Irdina perlahan. Hanya dia dan Tengku Izraf Akif yang
terdengar. Aku nak dengar perkataan maaf dari bibir kau lah, Akif.
“Saat itu
kau dah jadi milik aku tau,” kata Tengku Izraf Akif perlahan. Zara Irdina
hilang arah kerana ramai mata memandang ke arahnya. Terharu ada, tergaman ada.
“Kau ingat
dengan peristiwa semalam aku boleh jadi hak kau? Jangan harap,” bisik Zara
Irdina. Tak pernah di buat orang, dilamar macam ini. Aku tak akan berkahwin
dengan kau, Akif.
“Jangan
cabar aku!” tegas Tengku Izraf Akif.
“Aku benci
kauu,” sambung Zara Irdina lagi. Terkejut Mama yang dapat mendengar ayat itu.
Apa tak kena ini? Tengku Izraf Akif
tidak peduli pun.
Benci
sangat sampai tak mahu kahwin. Zara ini memang nak kena rasanya. Buat keputusan
tidak pernah fikirkan orang lain.
“Esok kita
buat majlis pertunangan ini secara rasmi,” ujar Tengku Cempaka yang tidak
mendengar ucapan Zara Irdina.
“Zara tak
nak,” mahu saja dia mengungkapkan begitu tetapi jelingan tajam mama membuatkan
hatinya takut.
“Apa?”
soal Tengku Izraf Akif apabila mata Zara Irdina asyik merenung ke arahnya.
“Tak usah
nak tunjuk baik, Akif. Kau jahat!” bisik Zara Irdina lagi. Kali ini hanya Tengku
Izraf Akif saja yang mendengar.
“Aku nak
buat secara elok kau tak nak. Atau kau memang nak aku buat macam semalam pada
kau?” bisik Tengku Izraf Akif pula. Zara Irdina menarik muka, masam mencuka.
“Elok juga
tu, Mak Engku!” balas Wan Aisyah sambil tersenyum.
“Kita
orang balik dulu, ini tanda kita datang merisik lah yer,” pinta Tengku Cempaka
lagi.
Merisik
apa macam ini? Tak menarik pun buat kejutan macam ini. Aku tak suka! Jerit Zara
Irdina di dalam hatinya.
Wan Aisyah
menunggu kepulangan Tengku Izraf Akif dan keluarganya. Tidak sabar untuk menegur sikap anak daranya
yang sulong ini. Melampau benar sekarang.
“Sebab
mama hanya ibu angkat Zara, jadi Zara suka buat keputusan ikut hati Zara saja
yer,” suara Wan Aisyah. Dia sudah mendengar macam-macam tentang Zara Irdina
sejak akhir-akhir ini.
“Apa mama
cakap ni?” ujar Zara Irdina tidak mengerti.
“Zara buat
keputusan untuk bercerai dengan Akmal mama diamkan. Tetapi kali ini mama nak
Zara ikut cakap mama,” kata Wan Aisyah membuatkan mata Zara Irdina kembali berair.
Mama jarang marah, kalau marah tentu ada sebab yang penting. Mustahak!
“Mama...,”
sebak sebab kena marah dengan mama.
“Orang dah
cakap macam-macam tentang Zara, mama nie malu tau tak?” sambung Wan Aisyah. Aku
selama ini hanya fikirkan tentang hati dan perasaan aku saja, tidak pernah pun
berfikir tentang hati dan perasaan orang tua. Mama malu ke, apa ke, aku tidak
peduli pun.
“Zara
minta maaf, mama!”ucap Zara Irdina. Air mata mula menitis.
“Zara tak
pernah fikir tentang perasaan Mak Engku. Dia lagi malu, sebab Akif adalah anak
dia, anak kesayangan pula tu. Akif nak bertanggungjawab, Zara asyik menolak
saja, suka sangat buat benda berdosa. Macam mana kalau Zara dan Akif
benar-benar terlanjur? Tak takut ke hukuman dari ALLAH nanti,” sambung Mama
lagi.
“Tapi
mama..,” kata-kata Zara Irdina tersekat di situ. Teringat peristiwa semalam,
bagaimana andainya peristiwa semalam berulang lagi? Tak takut ke? Orang lelaki
ini dia boleh buat apa saja, tengok lah Tengku Akif yang selama ini kau percaya
pun sanggup buat perkara terkutuk itu pada kau, Zara!
“Sekejap
lagi, ikut Akif pergi beli baju nak bertunang besok. Jangan lawan cakap mama
lagi,” tegas mama sebelum keluar dari bilik Zara Irdina. Mama sudah guna kuasa
veto mama hari ini.
“Mama nie
main-main paksa, paksa pula. Zara tak suka!” jerit Zara Irdina.
“Mama dah
tak kisah hal itu, mama nak Zara kahwin dengan Akif!” jerit mama kembali.
Aku tak
boleh nak tengok muka dia sekarang, jadi untuk mengelak keluar dengan dia, aku
keluar dengan Zana saja untuk melihat baju hendak bertunang esok. Terpaksa!
Pilih baju pun sekejap saja, sebab memang kita tak suka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan