Selasa, 16 Disember 2014

MY LOVELY TENGKU (BAB 12)






Tak sempat pun nak merasa alam pertunangan kerana arahan Tengku Izraf Akif. Tidak mahu ikut dia siap ugut hendak melakukan perkara perkara yang sama ke atas diriku, jadi terpaksa aku mengikutnya.
“Tahniah!” ucap Cikgu Latifah, guru kelas kami semasa tingkatan lima. Rupanya majlis ini sudah dirancang oleh Tengku Izraf Akif. Aku saja yang tidak tahu. Ingat kena kahwin lari di Sempadan Thailand rupanya majlis kami ini dilakukan dengan baik sekali. Aku kan anak luar nikah, jadi memang tak berwali.  Dia lelaki, tidak perlu ada wali. Jadi majlis ini berjalan dengan lancar.
“Saya dah cup awal-awal lah cikgu, jadi hari ni saya tunaikan impian saya!” ucap Tengku Izraf Akif. Kami buat majlis perkahwinan kami di Pulau Pangkor, semua kawan sekolah yang rapat dengan kami, dijemput hadir, termasuk guru kelas yang berkenan sangat dengan aku untuk dijadikan calon menantunya. Sampai berebut dengan Tengku Izraf Akif. Kes ini lah yang Tengku Izraf Akif gigit jari aku depan kawan-kawan sekolah, untuk membuktikan aku adalah milik dia. Sekarang gigit jari sajalah, cikgu, saya sudah sah menjadi isteri dia hari ini. Dia memang sudah merancang semua ini.
“Melepaslah cikgu, kerana Zara dah menjadi milik awak. Apa pun tahniah dari kami sekeluarga, semuga hubungan ini berkekalan sampai akhir hayat!”ucap Cikgu Latifah.
“Amin!” lafaz Tengku Izraf Akif.
“Tahniah, Zara. Semuga cepat dapat baby!” ucap Hasmidar pula sambil datang ke arah mereka. Barulah sesuai dan sepadan mereka berdua nih dari Tengku Izraf Akif memilih Tengku Azlin yang berlagak dan sombong itu.
“Tahniah, Akif. Selamat bulan madu malam ni,” ujar Shahrizal pula sambil berjabat tangan dengan Tengku Izraf Akif.
“Memang lah, sebab nak sambut bulan madu itu lah yang aku perangkap Zara suruh kahwin cepat ni, Zara nie lembap sangat!” balasnya. Lempab ke dia yang memaksa aku sampai ke tahap ini.
“Tah, kita orang dah ada anak pun, kau orang saja asyik tarik tali. Main aci sembunyi ke apa? Yang Zara nie siap nak kahwin dengan Akmal tu apa kes? Wal hal, Akif sudah cakap terang-terang, kau tu jodoh dia lah!” hasut Fizly ketua kelas tingkatan lima sekolah menengah dulu. Zara Irdina buat tidak peduli saja. Mereka ini kan satu geng dengan dia, jadi mereka semua menyokong dia seribu peratus dengan rancangan dia ini.
“Memang, tu yang aku geram sangat tu!” balas Tengku Izraf Akif.
“Tahniah, Zara. Kau memang diciptakan untuk Akif. Kami bahagia dengan perkahwinan kau orang lah!” kata Zaima yang datang bersama Mahayun. Zara Irdina tersenyum saja sambil mengangguk.

Majlis berjalan lancar dan secara rahsia. Tiada akan ada sesiapa pun yang akan beritahu perkahwinan kepada keluarga masing-masing. Itu yang dipinta oeh Tengku Izraf Akif kepada para tetamu yang hadir. Perkahwinan ini terpaksa dirahsiakan buat sementara waktu. Kenapa perlu dirahsiakan? Atau Tengku Izraf Akif takut ahli keluarga kami mengamuk nanti? Aku suka kalau papa, mama dan bonda Tengku Cempaka mengamuk nanti, biar padan muka dia.
“Kau memang suka kan dia kan?” cungkil Anum ketika itu, Tengku Izraf bersama dengan kawan-kawan kelas kami sedang makan di meja panjang di hadapan sana. Dia pula meminta diri untuk ke bilik air. Kebetulan Anum mengikutnya dari belakang.
“Aku memang ada hati kat dia sejak dulu lagi, tapi bila fikir dia anak raja, aku nie rakyat biasa saja, aku tolak lah perasaan itu, tetapi siapa sangka, jodoh aku memang dengan dia!” jelas Zara Irdina. Dia orang pertama yang mengajar aku erti kasih dan sayang kepada seorang lelaki yang bergelar kekasih.
“Dari sinar mata kau, aku dah tahu kau cintakan anak raja yang nakal ini, cuma kau sembunyikan perasaan itu dari pengetahuannya!”
“He he he..,” Zara Irdina tersenyum saja. Hakikatnya kami sudah kahwin pun hari ini, tak ada makna kalau aku hendak lari sekarang. Ini selepas kahwin, tak tahu lagi apa yang dia nak dari aku.

Ya, memang aku ada hati kepadanya seperti dia juga mempunyai perasaan kepadaku. Cuma, bila difikirkan dia golongan bangsawan, dan aku hanya ank angkat Wan Yusuf, terpaksalah aku ketepikan perasaan ini. Aku simpan cinta ku di dalam hati dan cuba melarikan diri darinya jauh-jauh dengan menerima cinta Akmal. Rupanya aku hanya merancang dan perancangan yang ALLAH tentukan lagi hebat dari apa yang aku aturkan.

Kalau dia menyintaiku secara terang-terangan, aku pula terpaksa menyimpan di dalam hati kerana aku sedar siapa diri ku, tetapi sekarang aku terpaksa mengaku juga, sebenarnya aku memang cintakan dia. Sebab itu aku tak boleh benci kan, aku tak boleh nak marah kan dia, kerana rasa sayangku telah menutup mata hati ku untuk membenci dia.
“Cepat lah, tangkap gambar tanda kenangan. Esok-esok kalau perut tu dah ada isi pun tak takut dah, kita dah kahwin pun hari ni!” kata Tengku Izraf Akif yang berlari mendapatkannya. Ayat dia cakap macam tak kena saja lah.
“Kau nie..,”
“Aku nak anak ramai dengan kau, macam tak sabar nak buat anak malam ni..,”
“Tak malu ke cakap macam ni depan kawan-kawan kita..”
“Malu apa, kita buat benda baik lah!”

Sanggup dia membelakangkan bonda kerana nak sangat meneruskan perkahwinan ini sedangkan bonda merestui perkahwinan ini. Kena tanya lah kenapa dia tidak sabar hendak berkahwin dengan aku??? Wal hal bukan ada masalah pun. Keluarga aku merestui hubungan kami berdua. Keluarga dia pun sama juga. Jadi, untuk apa kahwin lari.

Majlis sampai ke malam baru lah habis. Selepas itu masing-masing masuk bilik, kerana Tengku Izraf Akif sudah menempah bilik kepada pasangan yang berkeluarga termasuk dengan guru-guru kelas yang dijemputnya.
“Dah boleh bulan madu malam ni.. tak sabar lah!” kata Tengku Izraf Akif sengaja mengusik Zara Irdina.
“Huwaa.. macam mimpi lah pulak. Baru cerai dengan Akmal, hari ni dah kahwin dengan kau pulak,” kata Zara Irdina sambil membuka tudungnya. 
“Kau mana perlu pakai iddah segala, Akmal tu tak sempat sentuh kau pun. Jadi aku nak sentuh siap-siap malam ni, kalau tidak rugii..,” Perempuan yang berkahwin tetapi belum sempat disentuh oleh suaminya, andainya bercerai, dia tidak perlu menunggu iddah sekiranya mahu berkahwin dengan lelaki lain. Dia boleh kahwin hari itu juga kalau mahu.
“Jangan lah, tunggu dua bulan boleh tak? Aku nak cari mak aku dulu. Lagipun takut lekat nanti, kita kan kahwin rahsia!” pinta Zara Irdina. Dia sudah mula mencari ibu kandungnya. Sudah upah pengawai penyiasat pun untuk mencari Sharifah Kamariah, ibu kandungnya itu sejak beberapa hari yang lepas.
“Carilah, tak halang pun!”
“Sebab nak jemput mak di majlis perkahwinan kita nanti,”
“Boleh ke jumpa dalam masa terdekat ni? Rasa macam mustahil nak jumpa!” Dah boleh agak lah yang ini, Zara Irdina mesti mencari ibu kandungnya setelah dia tahu dia hanya anak angkat dan dia adalah anak Sharifah Kamariah. Cari lah, aku tak menghalang pun.
“Insha ALLAH, kalau diusahakan dengan bersungguh-sungguh,” selama ini dia yang banyak menolong soal kehidupan aku lah. Sejak dari kecil lagi, dia memang tempat aku mengadu dan bercerita kisah suka dan duka. Sampai sekarang, biar pun kami kerap bergaduh.

Tengku Izraf Akif menghampiri Zara Irdina. Dipeluknya Zara Irdina dengan erat. Alhamdulillah, ini yang ALLAH redhai.
“Pergilah cari, tak halang pun, tetapi malam ini kau tetap jadi hak aku,” tegas Tengku Izraf Akif.
“Hmm, tunggu selepas dua bulan, bukannya lama pun!” ulang Zara Irdina lagi.
“Aku kahwin dengan kau bukan sebab nak tunggu dua bulan baru boleh sentuh kau, faham tak?”
“Kau nak apa sebenarnya ni?”

 Bonda dah ahli keluarga memang tak ada masalah. Masalahnya segala protokol dan peraturan perlu dipatuhi. Itu boleh lagi diselesaikan. Tetapi sebaik dia mendengar keturunan bonda tidak merestui hubungannya dengan Zara Irdina, itu yang membuatkan dia melarikan Zara Irdina dan berkahwin tanpa pengetahuan semua orang.

Golongan bangsawan tidak merestuinya kerana Zara Irdina bukan golongan bangsawan dan anak tidak sah taraf. Semua kaum kerabat tidak mahu menerima Zara Irdina kecuali bonda dan ahli keluarganya saja yang boleh menerima Zara Irdina.

Tengku Izraf Akif tidak mahu Zara Irdina mencari alasan untuk menolak cintanya lagi.  Andai Zara Irdina tahu tentang ini, mungkin mereka tidak akan berkahwin sampai bila-bila, sampai ke akhir hayat. Maka, dia bertindak terlebih awal dengan berkahwin terlebih dahulu dengan Zara Irdina dengan harapan, Zara Irdina boleh mengandung dalam masa terdekat ini.  Bila Zara Irdina sudah mengandung, andainya Zara Irdina tahu tentang hal ini, tentu Zara Irdina tidak boleh lari lagi darinya sebab anak yang Zara Irdina kandung itu. Banyak masalah yang akan timbul nanti tetapi yang aku pentingkan sekarang adalah Zara Irdina, yang lain aku akan selesaikan selepas ini.
“Belajar panggil abang kat aku!” bisik Tengku Izraf Akif.
“hmm,” keluh Zara Irdina. Ajar orang berbagai. Terus diciumnya pipi kanan Zara Irdina. Zara Irdina menyapu pipinya bekas ciuman suaminya itu.
“Cepat!”
“Abang Akif ooo Abang Akif,” sindir Zara Irdina sambil menumbuk dada suaminya. Terus Tengku Izraf Akif melepaskan Zara Irdina. Gatal sangat!

Kami bukan selesai masalah rasanya, tetapi timbulkan masalah. Macam mana nak berhadapan dengan bonda, dengan mama dan papa? Dengan masyarakat lagi lah.  Dengan Tengku Azlin tu macam mana? Dengar kata Tengku Azlin masuk hospital kerana terlalu kecewa putus cinta. Kahwin dan mengandung dalam masa terdekat ini akan menjadi isu yang lebih besar nanti.
 “Nie, jadi apa-apa siapa nak tanggung? Bonda, mama macam mana? Papa lagi lah. Sepatutnya kita ikut saja rancangan bonda. Bukan lama pun dah bertunang tu, lagi dua bulan kan?” ujar Zara irdina. Dia mahu menyalin baju dan mengambil air solat dan bersolat saja. Isyak tak solat lagi. Asyik bergaduh memanjang.
“Boleh nak ikut rancangan bonda tu, tapi kau nak ke aku buat kau macam malam tu? Aku cakap terus terang lah, dah tak boleh nak kawal nafsu aku ni bila tengok kat depan mata..,” jawab Tengku Izraf Akif turut mahu ke bilik air juga. Dia pun tak solat lagi.
“Boleh beri jawapan yang bernas tak selain dari jawapan ni?” katanya sambil masuk ke bilik air sebelum Tengku Izraf Akif masuk terlebih dahulu. Berebut!
“Terlebih bernas dah sayang ooi.. cepat lah ambik air solat tu, kita sembahyang jemaah sekali..,” jerit Tengku Izraf Akif. Sebenarnya ini kali kedua kami akan berjemaah bersama, tadi selepas akad nikah, kami telah lakukan solat sunat bersama-sama.

Tengah pakai kain telekung ketika telefon suaminya berbunyi. Dia biarkan saja. Bunyi kali kedua. Dia buat tidak peduli saja.
“Dina, angkat telefon abang!” suruh Tengku Izraf Akif. Dia terus mengambilnya. Terdengar suara Ehsan di sana.
“Kacau lah kau orang ni..,” marah Zara Irdina.
“Apa?” soal Tengku Izraf Akif.
“Dia orang nak kau jadi imam kat surau sekarang. Semuanya tengah menanti kau termasuk Cikgu Latifah sekali!” beritahu Zara Irdina sambil menghulurkan telefon kepada Tengku Izraf Akif.
“He he he.. macam-macam lah dia orang nih!” ujar Tengku Izraf Akif.


Rupanya ramai yang sudah menunggu untuk solat jemaah sekali malam ini. Pakat tak sembahyang isyak lagi. Hu hu hu.. melengahkan waktu solat nie tak baik lah.
“Kau kan bakal pemimpin, jadi kau kena pimpin rakyat kau juga, bukan setakat Zara isteri kau tu,” usik Fizly.
“Solat... solat.. nanti tak sampai doa ke langit..,” balasnya sambil tersenyum.

Panjang doanya, panjang juga harapannya. Dia memang sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab ini.

Tiada ulasan: