Selasa, 23 Disember 2014

MY LOVELY TENGKU (BAB 13)






“Tolong tukar panggilan tu sebelum aku sentuh kau malam nie. Aku suami kau sekarang bukan lagi kawan sekolah kau tu,”
Silap aku juga, sepatutnya aku terus lari balik ke rumah, atau pergi ke mana-mana sebelum adegan aku tak suka ini berlaku malam ini.
“Takut arr..,”
“Takut apa?”
“Takut mengandung nanti macam mana? Aku nie perempuan, orang boleh tahu. Lain lah lelaki macam kau!”lebih baik cakap terus terang. Macam mana aku nak berhadapan dengan mama nanti kalau aku mengandung dalam masa dua bulan ini.
“Memang nak buat macam itu pun!” perlahan saja kata-kata dari Tengku Izraf Akif dan tidak didengari oleh Zara Irdina.
“Aku tak akan lari dari kau, sebab aku dah jadi isteri kau. Kau tak usah bimbang lagi,” kata Zara Irdina. Agak-agak saja ni, dia ikat aku sebab takut aku lari kut.
“Tak nak dengar semua alasan tu,” tolak Tengku Izraf Akif.
“Lagipun banyak benda lagi lah nak kena urus, aku nak cari mak aku dalam masa terdekat ini,” alasan Zara Irdina.
“Zara Irdina, izinkan abang untuk menyentuh Dina malam ini,” pinta Tengku Izraf Akif. Tidak kisah pun dengan alasan yang Zara Irdina berikan.  Macam hendak menangis saja dengan sikap Tengku Izraf Akif. Selagi tidak dapat memiliki apa yang dia inginkan, selagi itu lah dia terus berusaha.
“Tak best betul dapat suami macam ini, tak romantik langsung!” serah saja lah nak buat macam mana lagi. Nak lari satu hotel ini? Atau pun nak berjerit kuat-kuat, buat malu saja.

Nama pun sudah jadi suami isteri, dan isteri ini mana boleh tolak keinginan suami. Hendak dosa atau pahala? Layan suami dapat pahala.
“Akif, kau memang nak ke malam ini?” soal Zara Irdina. Tidak pernah menyangka jodohnya dengan anak raja ini. Anak raja yang sering bergaduh dengannya setiap hari.
“Nak tu lama dah, tapi malam ni nak sungguh-sungguh!” jawab Tengku Izraf Akif sambil tersenyum.

Malam itu tetap menjadi kepunyaan Tengku Izraf Akif walaupun Zara Irdina berat hati.
“Terpaksa saja tu!”ucap Zara Irdina selepas solat subuh bersama Tengku Izraf Akif.
“Terpaksa ke, rela ke, abang dah dapat apa yang abang nak semalam,” ujar Tengku Izraf Akif sambil tersenyum senang hati. Boleh senyum dengan bahagia pagi ini yer, aku saja yang tidak boleh menerimanya.
“Merampas namanya tu, abang sepatutnya mengambil dengan cara yang elok dari Dina, bukan seperti semalam,” dia paksa suruh panggil abang sehinggakan mencubit pipi Zara Irdina apabila Zara Irdina enggan memanggilnya begitu.
“Abang minta izin apa..,”
“Minta izin kononnya, tetapi orang cakap tak nak, paksa pula!”
“Tetapi Dina terima abang kan?”

Zara Irdina tidak menjawab. Lelaki pertama yang berada di dalam hatinya ialah suaminya yang berada di hadapan mata, tetapi dia cuba mengelak kerana mengenangkan suaminya ini bukan sembarangan orang. Anak raja katakan.
“Nak kahwin pun susah, bukan abang tak tahu Dina tu ada hati pada abang. Tetapi sengaja nak mengelak dari abang.” Sambung Tengku Izraf Akif. Sudah sah menjadi suami isteri, jadi boleh lah peluk Zara Irdina ini sepuas hatinya.
“Hmmm...,” Zara Irdina tertunduk malu. Tuduhan yang tepat terkena di hidungnya sendiri. Hendak menafikan pun sudah tidak ada gunanya lagi.
“Mana ada!” tepis Zara Irdina tidak mahu mengaku kalah dengan Tengku Izraf Akif.
“Ooo... ingatkan cinta pada abang? Sayang pada abang? Rupanya tak pun!” dalih Tengku Izraf Akif. Zara Irdina tersenyum.
“Jom kita balik hari ini nak? Dina ada banyak kerja nak buat kat rumah!” ajak Zara Irdina. Rasa bersalah sebenarnya sebab kahwin tanpa pengetahuan mama dan papa.
“Abang ada hal dengan kawan-kawan minggu ini. Dina balik dulu dengan kereta abang!”
“Ha, balik sekali nak?”
“Malas nak berkepit dengan Dina, lagipun abang dah dapat apa yang abang nak, sekarang masa untuk menunggu hasilnya saja!”
“Hasil apa?”
“Anak!
“Apaaaa?” jerit Zara Irdina. Geramnya. Dia memang nak anak lah sekarang. Aku tak bersedia lagi.
“Tak malu ke jerit kuat-kuat macam tu? Orang di hotel ini semua tahu kita baru berkahwin dan sedang berbulan madu, tapi jangan tunjuk sangat berbulan madu Dina tu,” tegur Tengku Izraf Akif. Zara Irdina memegang perutnya. Kalau betul-betul berlaku macam mana? Tarikh perkahwinan dua bulan lagi, orang akan perasan nanti.
“Hu hu hu...,” macam hendak menangis sekarang. Harap-harap jangan sampai termengandung di saat-saat seperti ini. Biar selesai majlis kahwin baru mengandung. Takut!
“He he he..,” ketawa Tengku Izraf Akif, lucu melihat gelagat isterinya.
“Akif!” panggil Zara Irdina.
“Kunci kereta atas meja. Tolong ambil baju-baju abang, dan bawa balik cuci yer, nanti bila abang free, abang datang ambil!” suruh Tengku Izraf Akif. Ada aku kisah kau bersedih ke apa ke? Yang penting aku sudah dapat apa yang aku nak.
“Hantar dobi boleh, basuh sendiri nanti apa pula kata mama..” balas Zara Irdina sambil mengutip pakaian suaminya.
“Basuh sendiri. Itu sudah menjadi tanggungjawab Dina,” jawab Tengku Izraf Akif terus pergi dari situ. Zara Irdina menjeling marah.

Pergi sekali tetapi pulang berasingan. Suaminya ada perlawanan futsal bersama kawan-kawannya di Johor Bahru jadi dia pulang sendirian. Tentulah orang sekeliling syak sesuatu kerana dia membawa pulang kereta suaminya ke rumah. Tiga hari menghilang, tiba-tiba pulang ke rumah dengan menggunakan kereta Tengku Izraf Akif pula.

Wan Aisyah memandangnya dari atas sampai ke bawah dengan satu renungan yang tajam.
“Mawar kata Akif pun tak ada sepanjang kamu bercuti, Zara!” beritahu mama sebaik saja Zara Irdina mengambil air di dalam peti sejuk.
“Dia ada futsal di JB, mama!” beritahu Zara Irdina. Ada juga alasan nak beritahu mama.
“Betul? Atau kamu berdua pergi kahwin di tempat lain?” soal mama membuat Zara Irdina tersedak air yang diminumnya.
“Mana ada!” tepis Zara Irdina cepat-cepat naik ke atas. Takut terperangkap dengan soalan dari mama.  Semua ini Akif punya pasal.

Sebelah petang papa pula bertanyakan soalan yang sama kepadanya, tetapi papa lebih bersikap terbuka.
“Tak lah papa!” nafi Zara Irdina.
“Elok juga kalau kamu berdua berkahwin sekarang, elak dari maksiat dan terlanjur. Sebab papa tengok Akif tu macam dah tak sabar,” kata Wan Yusuff sambil tersenyum.
“Akif memang ajak Zara kahwin sekarang papa,” beritahu Zara Irdina.
“Kahwin saja, Zara. Jadi apa-apa pun kamu sudah menjadi isteri dia!”
“Tengok macam mana nanti,” ujar Zara Irdina.

Baru bercadang untuk memberitahu papa tentang hasratnya, tetapi telefon bimbitnya berbunyi, terus diangkat apabila terpandang nama suaminya.
“Jemput abang malam di lapangan terbang,” beritahu Tengku Izraf Akif di telefon.
“Aik, dah habis perlawanan ke?”
“Batal, banyak kumpulan tak dapat datang!” dengar suara kecewa Tengku Izraf Akif.
“Okey, nanti aku jemput kau!” balas Zara Irdina.
“Siapa?” soal Wan Yusuff sebaik saja perbualan Zara Irdina selesai.
“Akif, papa. Suruh Dina jemput dia di air port, sebab game dia orang dibatalkan,” beritahu Zara Irdina.
“Jumpa dia nanti, Zara bagi tau, Zara setuju nak kahwin sekarang!” usik Wan Yusuff terus keluar dari bilik anak sulongnya.

Zara Irdina mengelengkan kepalanya. Kami dah kahwin, papa!

Tiada ulasan: