Zara
Irdina nie rasanya perlu diajar cukup-cukup, sebab jual mahal sangat. Bukan dia
tidak tahu aku menyimpan perasaannya terhadapnya. Sejak dari zaman sekolah
rendah lagi aku sudah jatuh hati kepadanya. Dan semuanya telah aku buktikan
kepadanya. Ucapan dan kata-kata cinta tetapi Zara Irdina menolaknya atas alasan
kerana aku anak raja, dia rakyat jelata. Itu sebabnya Zara Irdina menolak
cintaku, menolak kasih sayangku, kerana semua itu terhalang dek darjat. Rasanya
isu darjat ini yang paling utama dan persoalan yang cukup besar dalam diri Zara
Irdina.
Wal hal
keluarga kami tidak pernah meletakkan darjat sebab perbezaan dalam kehidupan.
Anak raja, anak rakyat ke kita ini hanya manusia biasa, punya kelemahan dan
kekurangan. Kalau hendak dibandingkan di sisi ALLAH, kita sebenarnya sama,
kecuali iman, perbuatan dan ketakwaan kita kepada maha pencipta kita. ALLAH
tidak menilai kita kerana darjat, kerana kemewahan atau kemiskinan, tetapi
ALLAH melihat keimanan kita kepadaNYA.
Zara
Irdina, aku tak akan lepaskan kau buat kali kedua. Cukuplah kau mendera hati
aku dengan bercinta dengan Akmal tak sedar diri itu, malah pandai-pandai pula
pergi bertunang dengan Akmal, sedangkan Akmal memang tidak layak untuk kau lah,
tengok Akmal buat apa kat kau, dia hina kau lah, Zara Irdina. Bukan kah dengan
melukakan hati kau, Akmal juga telah menglukakan hati aku.
Tetapi
sebelum aku nak ajar Akmal, aku nak ajar kau dulu, Zara Irdina. Geram sangat
aku dengan kau.
Tengku
Izraf Akif menyandarkan badannya di sofa panjang. Sebaik menghantar Zara Irdina
pulang dia terus masuk ke dalam bilik. Bilik mereka sebenarnya terpisah dengan
pagar dawai ini saja. Sebenarnya di setiap hari dia melihat Zara Irdina dari
sini, cuma Zara Irdina saja yang tidak sedar, ataupun buat-buat tidak sedar.
“Akif!”
tegur Tengku Cempaka yang datang bersama kakaknya, Tengku Mawar.
“Apa ni
bonda, masuk bilik orang tak beri salam!” tegur Tengku Izraf Akif kembali.
Tengku Mawar menampar bahu adiknya kerana membalas kata-kata bonda sebentar
tadi.
“Asyik
berangan saja kerjanya sekarang..,” balas Tengku Cempaka. Tahu anak lelakinya
ini mesti teringatkan buah hati di sebelah. Kena cepat-cepat kahwinkan Akif dan
Zara ni, nanti jadi yang tak sepatutnya, siapa nak tanggung? Sekarang pun orang
asyik cakap anak terunanya sudah terlanjur dengan Zara Irdina.
“Mana ada
lah, bonda!”
“Kalau dah
tak tahan sangat, melamar saja lah. Buat ikut adat,” beritahu Tengku
Mawar. Pertunangan dengan Tengku Azlin
telah diputuskan secara rasmi oleh Tengku Cempaka tiga minggu yang lepas. Jelas
di hadapan matanya cinta Tengku Izraf Akif hanya untuk Zara Irdina saja jadi
buat apa diteruskan pertunangan yang tanpa ikatan cinta itu. Tengku Cempaka
tahu Tengku Azlin pun ada perasaan juga, tetapi soal jodoh dan cinta ini siapa
lah kita untuk memaksa dan masuk campur dalam hal anak muda. Soal rumah tangga
ini diserahkan kepada anak-anak saja. Dia akan menerima sesiapa saja yang
menjadi pilihan anak-anaknya termasuk Zara Irdina yang dilahirkan sebagai anak
luar nikah itu.
“Susah nak
pujuk hati Dina yang keras itu, kak. Macam-macam saya dah buat tetapi semuanya
tak menjadi,” jelas Tengku Izraf Akif.
“Orang
lelaki mana boleh cepat mengalah, betul tak bonda?” ujar Tengku Mawar.
“Bonda
beri masa sampai bulan ni saja, kalau tak kahwin juga, siap Akif. Orang asyik
bercakap Zara tu mengandung anak Akif saja. Sakit hati bonda, tahu tak” ujar
Tengku Cempaka. Orang suka sangat bercakap
Zara Irdina mengandung anak Tengku Akif, sampai satu daerah tahu, Tengku Akif
buat jahat. Orang sudah bercakap di
mana-mana saja, Akmal putuskan perkahwinan kerana Zara Irdina anak haram, itu
tak sakit hati lagi, tetapi pedihnya jiwa, bila orang bercakap Zara Irdina dan
Tengku Akif terlanjur dan Zara Irdina sedang mengandungkan anak Tengku Izraf
Akif.. Cepat sangat berita macam ini sampai ke mulut orang.
“Aih,
bonda ni ugut saya ke,”
“Cekap kau
yer, belum sempat Akmal buat apa-apa kat Zara, kau dah tempah dulu..,”usik
Tengku Mawar. Di pejabat pun orang cakap mereka ini sudah terlanjur. Sudah lah
bekerja satu ofis. Asyik berjumpa muka antara satu sama lain saja. Tetapi Zara
Irdina tenang saja, tidak ambil kisah pun hal-hal ini.
“Ha ha
ha.. jangan cakap kuat-kuat, tahu dek Zara Irdina buah hati hamba tu, mengamuk
mengalahkan garuda nanti..,” balas Tengku Akif. Zara Irdina masih suci lah.
Orang suka cakap apa yang mata nampak, pada hal mata sudah pun menipu kita. Aku
hanya mencium dahi Zara Irdina tetapi sudah boleh mengandung si Zara tu? Kah..
Kah.. Kah.. tak lojik langsung.
“Tahu pun
takut dengan Zara yer!” balas Tengku Cempaka pula. Sukanya kalau Zara Irdina
jadi menantu aku. Cepat lah kahwin, Akif, bonda tak sabar nak sambut cucu nih.
“Bonda,
restu tak saya dengan Zara??” soalnya Tengku Akif. Tahu bonda suka Zara Irdina,
tetapi sanggupkah terima Zara Irdina, anak luar nikah itu?
“Kahwin
lah, bonda tak sabar nak sambut cucu lah!”
“Hah??”
“Bonda
terima sesiapa saja yang Akif sayang, yang Akif cintai, itu yang bakal menglahirkan pewaris keluarga kita,”
ucap Tengku Cempaka sambil tersenyum.
“Terima
kasih, bonda!” jawab Tengku Akif, senang hati.
“Zara
Irdina tu baik lah, Akif. Dia tak bersalah!” bela Tengku Cempaka.
“Yang
bonda marah hari tu kenapa? Kasihan dengan Zara sebab bonda marah dan berkasar
dengan dia?” ungkit Tengku Izraf akif.
“Kau peluk
cium dia depan orang ramai, pastu buat cerita tak senonoh, tak kan lah mama nak
peluk cium dia depan orang pulak???” suara Tengku Cempaka sedikit keras. Aku pun sakit hati dan geram juga, boleh
Tengku Izraf buat benda macam ini depan orang? Tak malu ke? Kalau tak malu
dengan masyarakat, sekurang-kurangnya malu lah dengan ALLAH.
Jadi, ahli
keluarga aku termasuk dengan bonda, memang tak ada masalah, semua sudah restu
hubungan aku dengan Zara Irdina, cuma Zara Irdina saja yang bermasalah
sekarang. Tambahan lagi dalam keadaan sekarang ini, lagilah susah kalau nak
ajak kahwin. Zara Irdina rasa rendah
diri dengan status dirinya sebagai anak haram. Harap Zara Irdina sekuat
matahari, dan setabah bulan di malam hari. Itu harapan aku untuk melihat dia
bangkit semula.
Tetapi
yang itu tak menjadi masalah sangat, yang menjadi masalah, dia masih berkeras
untuk menolak cinta ku kepadanya. Apa yang aku patut buat sekarang? Ada cara
lain tak? Pening lah kepala macam ini.
Tengku
Cempaka dan Tengku Mawar telah lama keluar dari biliknya. Segera dia bangun
untuk meninjau ke bilik Zara Irdina yang masih memasang lampu di biliknya.
Tidak tidur lagi rupanya. Teringat kata-kata Zara Irdina petang tadi,
membuatkan dia tidak senang duduk.
Rasanya
aku sudah tidak boleh bersabar lagi kali ini. Sampai bila hendak bersabar dan
membiarkan aku bercinta di dalam angan-angan saja. Sampai bila nak hidup
seperti ini. Cukuplah aku memendam perasaan kepadanya? Aku sudah tidak mahu
bersembunyi lagi. Jerit Tengku Izraf Akif di dalam hati.
Tidak tahu
pukul berapa dia tertidur semalam, tetapi seawal pagi dia sudah pergi ke
pejabat. Zara Irdina pula dihantar oleh Syazana dan tunangnya.
“Hoi!”
sergahnya dari belakang Zara Irdina. Terkejut Zara Irdina dibuatnya. Waktu itu
Zara Irdina sedang berjalan mahu masuk ke dalam biliknya.
“Salam
mana?” tanya Zara Irdina. Ingat kan dah tak ganggu aku lagi. Tetapi tidak
berubah pun.
“Salam
apanya?” soal Tengku Izraf Akif kembali. Buat-buat tidak tahu saja dengan
amaran dari Zara Irdina semalam. Tengku Izraf Akif mengekori Zara Irdina
sehingga masuk ke dalam biliknya.
“Beri lah
salam, nie kau terus masuk bilik aku buat hal, nak bagi kecoh keadaan lagi ke? Sudah lah orang asyik kutuk aku dengan kau!”
kata Zara Irdina sambil berdiri saja.
“Biar
lah.. kau nie kenapa?” soal Tengku Akif apabila melihat wajah Zara Irdina
menahan kesakitan. Tangan kanan Zara Irdina sejak dari tadi memegang perutnya
sendiri. Sakit perut, demam dan sakit kepala. Hari pertama period, macam ini
lah selalunya.
“Kenapa
dengan aku?” soal Zara Irdina kembali. Pergi lah keluar, orang nak buat kerja
pun tak boleh.
“Tengok
muka kau lain macam saja!” teka Tengku Izraf Akif.
“Mana ada,
aku okey saja!” dia ni, pergi buat kerja boleh tak? Aku nak termuntah sekarang.
Angin dari perut sudah naik ke kepala. Rasa meloya sangat.
“Masalahnya
aku tengok macam tak okey!”
“Uweekk..,”
terus Zara Irdina berlari masuk ke bilik air di sebelah. Sudah tidak tahan dia
menahan rasa meloya itu. Tengku Izraf Akif turut mengekorinya ke dalam tandas
wanita. Tidak peduli dengan staf yang turut ada di situ. Dia mengurut belakang
badan Zara Irdina.
“Period??”
soal Tengku Izraf Akif apa bila hanya tinggal mereka berdua saja. Zara Irdina
mengangguk. Tengku Izraf Akif tersenyum.
Sakit macam ini, esok lusa baru lega. Tidak perlu dibimbangkan sangat.
“Perkara
biasa untuk perempuan, ingatkan kenapa tadi?” sambung Tengku Izraf Akif terus
menuju ke biliknya. Di tinggalkan Zara Irdina begitu saja.
Orang
sudah heboh tentang apa yang berlaku. Sana-sini orang asyik cakap perkara yang
sama. Ada yang sekadar bergurau senda saja, tidak kurang juga yang mencela dan
mengata. Tetapi tengok Zara Irdina
tenang saja, mungkinkah Zara Irdina sudah dapat menerima semua ini dengan
tenang hati, ataupun redha saja dengan apa yang berlaku. Apa yang berlaku hari
ini semakin menguatkan lagi kenyataan kawan-kawan di ofis. Zara Irdina asyik
muntah saja. Sah, Zara Irdina mengandung!
Tinggal
sendirian dengan rasa sakit macam ini teringat kisah lama antara kami berdua. Kisah
apa Zara? Kejap nak ingat semula. Pagi itu di kelas, Cikgu Latipah menyuruh
zara Irdina menulis jawapan sejarah di papan hitam/papan hijau. Tanpa buang
masa Zara Irdina bangun untuk menulis, tidak sedar baju sekolahnya terlekat
tompokan merah. Kebetulan Tengku Izraf Akif duduk di hadapan sekali terlebih
dahulu melihatnya dari kawan-kawan yang lain, jadi dia yang sedar terlebih dahulu
dari orang lain. Terus Tengku Izraf Akif bangun dan melindungi badan Zara
Irdina. Semua orang pelik termasuk dengan Zara Irdina.
“Tengku
Akif, kami tak nampak lah. Tau lah tunang kau pun, tapi jangan lah sampai
lindung badan dia!” marah Ehsan yang sedang menyalin jawapan yang Zara Irdina
sedang menulis. Di sekolah, Tengku Izraf Akif memberitahu bahawa Zara Irdina
adalah tunangnya, gara-gara Cikgu Latipah yang turut berkenan kepada Zara
Irdina dan bercadang mahu menjadikan Zara Irdina menantunya.
“Ha, ah.
Kau ni apa hal?” sampuk Hasmidar pula.
“Tengku
Akif, boleh tepi sikit tak, kawan-kawan nak tengok jawapan lah!” tegur Cikgu
Latipah menyokong pelajar-pelajarnya yang lain.
“Dina...,”
nak beritahu ke tak? Kalau tak beritahu, kasihan kat Zara Irdina.
“Kau ni
kenapa?” soal Zara Irdina tetapi masih menulis.
Tengku Izraf Akif membuka jaket yang dipakainya. Kebetulan hari ini
hujan dan dia datang dengan menaiki motosikal saja. Jaket itu dipakaikan ke pinggang Zara Irdina.
Terkejut Zara Irdina seketika.
“Baju
sekolah kau lekat darah lah!” bisiknya perlahan. Muka Zara Irdina terus menjadi
pucat. Betul ke?
“Hah??”
“banyak
pula tu. Minta buku latihan kau, aku tolong tulis jawapan. Kau pergi toilet
dulu!” arah Tengku Izraf Akif. Terus diberikan buku latihan, dan dia meminta
kebenaran dari cikgu kelas.
“Woi, apa
bisik-bisik?” suara nakal Shahrizal sudah berbunyi dari arah belakang.
“Jangan
masuk campur hal suami isteri boleh tak?” jawapan Tengku Izraf Akif terus
menulis kat papan hitam.
“hari tu
tunang, sekarang dah jadi suami isteri? Tak jemput kami pun!” usik Mei Ling.
“Lepas
tunang kena kahwin lah!” jawab Tengku Izraf Akif lagi. Tapi dia tetap menulis.
“Cukup
kelas. Jangan ganggu Tengku Akif menulis..,” marah Cikgu Latipah. Dia sudah
tahu keadaan Zara Irdina kerana Zara Irdina sudah bercerita kepadanya sebelum
ke toilet tadi.
Rupanya
Tengku Izraf Akif ambil berat tentang hal ini. Patutlah dia dapat tangkap
keadaan aku tadi.
“Bos!”
panggil Aida mengejutkan Zara irdina ke alam nyata, Aida adalah setiausaha kepada
Zara Irdina. Muka pucat dan rasa seperti hendak pitam saja. Semalaman dia tidak
boleh tidur.
“Yup, kenapa?”
“Kahwin
lah, tunggu apa lagi...,”
“Kahwin
dengan siapa?
“Dengan
Tengku Akif, tak kan nak kahwin balik dengan jantan tak berguna tu!”
“Tak mahu!”
“Kenapa?”
“Sebab tak
ada cinta!” jawab Zara Irdina. Aida tersenyum saja. Tak nak mengaku sebenarnya.
Kenapa
asyik hendak muntah saja hari ini? Ubat pula lupa nak bawa ke sini. Pening!
Satu ofis kecoh sebab asyik muntah saja. Lihat lah, sekarang Tengku Mawar dan
Rohaya, PAnya pula yang datang melihat keadaannya. Tengku Izraf Akif turut
datang ke biliknya. Asyik muntah saja hari ini. Apa hal?
“Orang mengandung memang lah macam tu..,”
sindir Rohaya, Zara Irdina menjeling tajam. Tengku Akif menghampiri Zara Irdina
lalu dipegangnya tangan kanan Zara Irdina.
“Kita ke
klinik, nak?” ajak Tengku Akif. Zara Irdina mengelengkan kepalanya.
“Nak check
apa lagi? Ini penyakit orang mengandung lah. Kahwin lah. Tak kan nak biarkan
baby tu tak ada ayah kut. Buat berani, nak tanggung tak berani lah pulak..,”
celah Rohaya lagi. His, aku tampar mulut tu baru tau.
“Saya
mengandung pun tak ada kaitan dengan awak..,” balas Zara Irdina. Ini Tengku
Akif punya pasal lah. Aku sakit kepala dari semalam ,datang ofis lagi sakit
kepala sebab dengar cerita mengarut ini. Kerana dia, aku jadi begini.
“Tapi ada
kaitan dengan maruah syarikat kita lah. Susah sangat ke nak kahwin itu, Tengku
Akif tak masalah pun, awak saja yang tak sudi. Jual mahal tak bertempat!” balas
Rohaya lagi dan terus keluar pergi. Pulak??
“Aku
hantar kau balik yer, boleh berehat di rumah!” ajak Tengku Izraf Akif. Dia mahu bangun dari kerusinya apabila
matanya tiba-tiba menjadi hitam dan kelam.
Terus terjatuh di pangkuan Tengku Izraf Akif.
Mujurlah klinik
dekat saja dengan syarikat, jadi Tengku Izraf Akif mendukung Zara Irdina sampai
ke klinik. Sampai klinik terus masuk berjumpa dengan doktor. Kebetulan tidak
ramai pesakit tengah hari ini. Tetapi masa doktor sedang membuat pemeriksaan
Zara Irdina tersedar. Terpandang wajah Tengku Izraf Akif di hadapannya bersama
seorang doktor wanita.
“Zara
balik rehat kat rumah yer. minum air banyak sikit, badan awak tu kekurangan air
lah!” ujar Doktor Balqis.
“Baik,
doktor!” balas Zara Irdina. Macam mana aku boleh sampai kat sini? Mana Aida?
Tak ada pun. Tak kan dia bawa aku ke sini kut. Tengku Izraf Akif memandang ke
arah Zara Irdina yang melihat ke arahnya.
Ya ALLAH,
budak ni tak pakai kasut lah pulak. Sahih dia buang kasut semasa diofisnya
tadi. Aku pula tak perasan waktu mengangkatnya ke sini. Hmmm, macam mana nak
balik, tak kan aku nak angkat dia sekali lagi. Kalau dukung kali ni, sahih aku
kena kungfu. Sebab Zara Irdina sudah
sedar di alam nyata.
Mana kasut
aku? Tak kan aku nak balik jalan kaki ayam pula. Aku tadi datang dengan apa?
Huwaa.. jangan lah dia buat perangai lama lagi. Suka sangat mengambil
kesempatan. Huh???
Tengku
Izraf Akif, seakan mengerti, di bukanya kasut yang dipakainya. Hah, tinggal stoking
saja. Lalu diletakkan kasut kepunyaannya di hadapan Zara Irdina.
“Nah,
pakai kasut ni,” suruh Tengku Izraf Akif. Sekarang degupan jantung pun berdegup
kencang. Kenapa yer? Tapi Zara Irdina tetap menyarungkan kasut tersebut kerana
Doktor Balqis sedang memandang ke arah mereka berdua. Zara Irdina tahu, dia
perlu keluar segera kerana ada lagi pesakit yang sedang menunggu di luar. Terus
Zara Irdina bangun, dan mahu berjalan.
“Boleh
jalan ke tak ni?” tanya Tengku Izraf Akif lagi dan datang menghampiri Zara
Irdina. Kau pegang aku, siaplah kau. Zara Irdina menjauhkan dirinya.
“Amboi,
sombong pula. Kalau aku tak angkat kau tadi, kau pengsan sorang-sorang kat
dalam bilik,” sambung Tengku Izraf Akif. Hah??? Dia angkat aku tadi? Malunya.
Zara
Irdina terus berjalan keluar, begitu juga dengan Tengku Izraf Akif. Tetapi
mereka berjalan menjarakkan langkah. Tengku Izraf Akif berjalan dua langkah
dari belakang Zara Irdina. Tapi seronok juga, sebab semua orang asyik memandang
ke arah Tengku Izraf Akif yang sedang berjalan dengan memakai stoking saja.
Padan muka!
“Zara,
sewaktu aku dukung kau tadi, hidung aku terkena pipi kau, sorry yer!” bisik
Tengku Izraf Akif yang tiba-tiba datang membisikkan kata-kata tersebut di
telinga Zara Irdina. Terus berhenti dan tidak jadi melangkah. Terpaku di situ.
Diambilnya kasut Tengku Izraf Akif yang dipakainya terus dibuangnya ke dalam
longkang. Tanda protes dan geram sekali. Suka ambil kesempatan.
“woii,
kasut aku mahal, tau tak! “ jerit Tengku Izraf Akif sambil berlari mendapatkan
kasutnya. Kalau aku tahu kau nak buang kasut aku tadi, aku biarkan kau berjalan
kaki ayam saja. Menyesalnya beri kasut tu kat kau. Air longkang hitam pekat dan
berbau, tidak sanggup hendak mengambilnya di dalam longkang. Dibiarkan saja dan
terus mengekori Zara Irdina. Marah sangat hari ini yer. Orang tolong pun dah
cukup baik, Zara Irdina.
Huwaaa..
Tengku Izraf Akif pernah buat mcm tu ketika kita berumur lima tahun. Masuk kali
ini sudah tiga kali dia mencium aku. Ingat lagi sewaktu aku sambut hari jadi,
tengah aku sedang memotong kek, dia datang dan terus mencium pipi aku di
hadapan orang ramai. Ini buat lagi. Buat rosak pipi saja. Huh.
“Zara Irdina, sekejap!” panggil Tengku Izraf
Akif sambil memandang ke arah Zara Irdina. Apa? Nak marah aku sebab buang kasut
tadi? Tak takut pun!
Tengku
Izraf Akif membuka Stoking yang dipakainya, lalu ditariknya tangan Zara Irdina.
“Duduk!”
kata Tengku Izraf Akif sambil menarik Zara Irdina duduk di atas bangku di tepi
jalan. Kebetulan ada bangku di situ. Hah, dia nak buat apa nih? Sebaik saja
Zara Irdina duduk, terus dipakaikan stoking ke punyaannya ke kaki kanan Zara
Irdina. Lerrr, dia ni, apa pula kata orang nanti.
“Awak tu
tak sihat, demam, tak baik jalan tak pakai kasut!” leternya sambil menyarung
stoking di sebelah kaki kiri pula. Terharunya dengan kebaikan yang dia buat
hari ini.
“Tak usah
buat baik, aku tetap dengan keputusan aku. Aku tak akan berkahwin dengan kau!”
kata Zara Irdina.
“Tak kisah
pun, tapi apa yang aku takutkan, kau rugi nanti sebab tak kahwin dengan aku!”
balas Tengku Izraf Akif. Dipimpinnya tangan Zara Irdina.
“Akif,
lepas tangan aku!” tolak Zara Irdina sambil menepis tangan Tengku Izraf Akif.
“Jatuh
longkang ke, pengsan ke, aku juga nak kena angkat kau. Kau tu sudah lah berat,”
kata Tengku Izraf Akif.
Mulut kau
memang tiada insuran, Akif.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan