Selasa, 2 Disember 2014

MY LOVELY TENGKU (BAB 9)





Tengku Izraf Akif membawa Zara Irdina masuk ke dalam restoran di sebelah klinik Doktor Balqis.
“Kau duduk sini, aku pergi ambil nasi dan lauk untuk kau!” arah Tengku Izraf Akif.
“Tak payah aku boleh ambil sendiri lah!” tolak Zara Irdina ingin bangun dari kerusi yang didudukinya tetapi Tengku Izraf Akif menolak tubuhnya untuk kembali duduk di situ.
“Aku kata duduk, tak faham ke?” marah Tengku Izraf Akif.
“Okey, okey, nasi putih dengan tomyam campur, boleh?” pinta Zara Irdina mengalah. Rasa macam nak makan nasi putih bersama tomyam campur saja.
“Mana boleh makan macam tu, perut tu dah lama kosong kan? Tak payah makan tomyam lagi..,” balas Tengku Izraf Akif.
“Ha lah..,”

Tengku Izraf Akif datang semula bersama nasi putih berlaukan ayam masak kicap saja. Sayur campur dan milo panas untuk Zara Irdina. Tengku Izraf Akif memesan bihun sup untuk dirinya.
“Zara, Akif!” panggil Tengku Cempaka yang datang ke arah mereka berdua. Tengku Mawar yang memberitahu kepadanya tentang keadaan Zara Irdina tadi. Terus dia datang mencari mereka berdua, mujur jumpa.
“Bonda!” balas Tengku Izraf Akif.
“Dah okey ke tak ni?” soal Tengku Cempaka cemas. Dahi Zara Irdina dirasainya.
“Dah okey, mak engku!” balas Zara Irdina.
“Panas dahi ni..,” ujar Tengku Cempaka.
“Hmm.. kau sakit orang akan salahkan aku. Nanti orang cakap suami kau tak pandai jaga kau..,” balas Tengku Izraf Akif. Depan mak engku pun berani cakap macam ni? Mana ada orang sanggup cakap macam tu.
“Lepas makan nanti hantar Zara balik yer. Panas sangat nih. Zara kena banyak berehat lah..,” risau Tengku Cempaka membuatkan hati Zara Irdina terharu. Sejak dari dulu Tengku Cempaka memang sayangkan Zara Irdina walaupun dia tahu Zara Irdina hanya anak angkat kepada Wan Yusuf dan Wan Aisyah.
“Baik bonda, bonda tak perlu risau, nanti Akif hantar Zara balik!”
“Jangan lama-lama di sini, lepas makan terus balik!” pesan Tengku Cempaka lagi sebelum beredar tinggal mereka berdua saja.

Zara Irdina mengunyah nasi perlahan-lahan. Takut termuntah pula.
 “Fikir banyak sangat, macam semua masalah tu kau boleh selesaikan sendiri..,” tegur Tengku Akif apabila melihat Zara Irdina menghirup minumannya.
“Kau tu puncanya. Asyik ganggu aku saja,” balas Zara Irdina. Betul dia yang menjadi punca sehingga aku tak boleh tidur lena semalam.
“Ajak kahwin pun jadi macam ini, kau memang cari pasal aku rasa. Kes kau muntah hari ini, orang akan cakap kau mengandung anak aku pula,” kata Tengku Izraf Akif.
“Kita tak setaraf lah Akif. Aku ni anak haram lah. Kau kena jaga darjat dan maruah kau dan keluarga kau..,” ucap Zara Irdina. Dulu aku tolak dia kerana, dia anak raja, sekarang aku memang perlu tolak dia, kerana aku anak haram.
“Kenapa kau hina diri kau sendiri, Zara Irdina? Kau ke yang minta semua ini? Kalau bukan kehendak kau, tentu bukan kehendak aku juga kan? Aku pun tak pernah meminta agar aku dilahirkan sebagai anak orang berdarjat, siapa pun aku, di sisi ALLAH, aku hanya insan biasa..,” jelas Tengku Izraf Akif. Jangan jadikan taraf dan kedudukan kita sebagai alasan untuk menolak cintaku, Zara Irdina.
“Kita tetap berbeza lah, Akif. Aku tak layak untuk kau,” dah banyak kali jelas perkara ini kepada Tengku Akif tetapi dia tidak pernah memahaminya. Degilnya mengalahkan Gunung Kinabalu.
“Apa pun terjadi kau tetap ada dalam hati aku, dan sekarang aku tak nak main tarik tali dengan kau, buat tak kisah dengan kau, atau turut saja kemahuan kau tu, aku...”
“Apa?”
“Kau tetap jadi isteri aku dalam masa terdekat nih, itu janji aku!”
“Hah??”
“makan lah cepat sikit, dari kau berbual kosong dengan aku, baik kau makan!” kata Tengku Izraf Akif sambil menarik telinga Zara Irdina biar pun Zara Irdina memakai tudung. Hmm...,

Bual kosong?? Semua yang aku cakap tadi hanya perbualan kosong bagi dirinya?
“Susah lah cakap dengan kau, kalau aku berlembut, kau semakin mengada-ngada, kalau aku berkasar, kau gertak aku!”
“Ha ha ha.., “
“Makan lah, lepas tu makan ubat, yang lain-lain tu kita selesaikan bersama nanti,”
“Hmm..,”
“Kita kahwin, beri hak kepada aku dan aku akan jalankan tanggungjawab aku ke atas kau. Kalau macam nie, orang asyik kata dekat kita berdua saja!”

Senang sangat dia bercakap. Serah hak aku kepada dia? Aku ni sudah lah ditimpa dengan macam-macam masalah.  Ingat nak nikah kahwin ni senang ke? Mudah sangat ke? Malas lah nak fikir tentang nikah kahwin nih.
“Orang akan hina kita nanti..,”
“Hish tak habis lagi ke? Fikir orang hina kau lah, apa lah. Biar kan saja kita bukan buat kerja yang ALLAH tak redha pun. Kau ingat aku suka ke sentuh kau macam nie, pegang kau tak tentu pasal? Yang aku buat nie lagi lah ALLAH marah, itu pun tak boleh nak fikir ke?” 
Jeng.. jeng.. jeng, kata-kata Tengku Izraf Akif ini buat Zara Irdina rasa tercekik saja. Mujurlah sempat hirup air tadi, kalau tidak mesti dah terlekat nasi.
“Siapa suruh kau ambil berat tentang aku?”
“Amboi, menjawab yer kau sekarang. Kalau aku buat tak peduli, kau tu dah tersungkur hari ni...,” ucapnya. Marah sangat sebab Zara Irdina sekali lagi menolak cintanya secara terang-terangan. Hampanya mendengar tetapi keyakinan di dalam hati tidak pernah sedikit pun terpadam.

Kena dengar leteran Tengku Izraf Akif sepanjang jalan, malah dia terlena di dalam kereta Tengku Akif, bila sedar dia sudah berada di atas katil di dalam biliknya. Tetapi yang buat dia terkejut beruk sangat tu, sebab Tengku Izraf Akif sedang tidur di sebelahnya.

Hah????

Tiada ulasan: