Ahad, 30 November 2014

MY LOVELY TENGKU (BAB 7)



Sekarang sudah ramai yang menyuruhnya berkahwin dengan Tengku Izraf Akif. Di  pejabat, kawan-kawannya. Balik di rumah papa, mama dan adik-adik pula menyuruh dia berkahwin dengan Tengku Izraf Akif. Kenapa perlu kahwin dengan dia pulak? Hendak tutup malu?? Malu apanya?

Aku tahu aku bersalah kerana melakukan sebuah dosa dengan melanggar hukum halal haram antara seorang lelaki dan perempuan. Aku tahu aku berdosa kerana membiarkan Tengku Izraf Akif memelukku dan menciumku sedangkan kami bukannya suami isteri pun. Aku tidak halal kepadanya. Tetapi aku terpaksa kerana mahu Akmal marah dan terus menceraikan aku. Memang niat aku jahat kerana mahu memutuskan ikatan perkahwinan yang baru dibina tetapi aku benar-benar terpaksa.

Saat itu tiada jalan lain lagi. Tidak mungkin kerana keterlanjuran itu aku perlu berkahwin dengan Tengku Izraf Akif. Lain ler kalau kami saling jatuh cinta, boleh juga berkahwin dengan dia. Betul tak? Ini??

Benarkah kau tiada apa-apa perasaan terhadap Tengku Izraf Akif, Zara Irdina? Bukankah dia adalah malam bagi kau di kala siang? Bukankah dia adalah peneman kau di kala sepi. Bukankah tanpa dia, kau akan rasa sunyi dan sepi?

Dia itu siapa? Kita pula siapa? Dia anak raja. Kita ini mak ayah pun tidak tahu dan tidak kenal. Bukankah apabila kami bersama, akan nampak kepincangannya nanti.  Akan nampak perbezaan yang ketara antara kami kelak.

Andainya dulu pun aku tidak berani untuk jatuh cinta dengannya, apa tah lagi sekarang setelah aku tahu status aku ini. Lagilah ketara benar perbezaan antara kami berdua.
“Beri 10 sebab kenapa kau tak nak kahwin dengan aku?” tengah hari tadi serbu aku, sekarang datang bertanya soalan yang menyampah ini pula. Aku nak balik, Tengku Akif. Sudah pukul enam petang sekarang. DI pejabat pun hanya tinggal dua tiga orang saja lagi, yang lain semuanya sudah balik ke rumah masing-masing.
“Kalau aku beri 10 sebab nie, kau kena lepaskan aku, mahu?” pinta Zara Irdina sambil mengambil mug berisi air milo kepunyaannya.
“Biar munasabah, aku terima. Kalau kau merapu meraban, aku tolak!” kata Tengku Izraf Akif.

Sepuluh sebab kenapa aku tidak mahu berkahwin dengan dia? Kenapa yer? Puas dia mencari jawapan dan membiarkan Tengku Izraf Akif menunggu jawapan darinya.
“Aku tak cinta kat kau!”
“Satu, dua?
“Tak sayang dekat kau!”
“Okey, tiga pulak?”
“Benci dekat kau, menyampah dekat kau, tak suka dekat kau. Lima dah kan?”
“Ha, ah. Lagi?” kata Tengku Izraf Akif sambil tersenyum. Baru lima, lima lagi aku nak jawab apa?

Hendak beri pukulan maut rasanya. Biar Tengku izraf Akif tahu langit itu tinggi atau rendah.
“Kita tidak setaraf, Akif. Kau tu bukan sembarangan orang. Bukan seperti aku ini. Darjat kita tidak sama dan perbezaan antara kita terlalu berbeza. Kau kena ingat perkara ini,” jawab Zara Irdina. Harap-harap dia mengerti dan memahami maksud aku ini.
“Baru enam, lagi empat sebab!”
“Akif, kau cari orang lain, boleh tak? Dan kalau boleh kita berkawan saja, jangan ganggu aku dengan persoalan kahwin ini. Kau pun tahu kan, aku ini siapa sekarang dan status aku bagaimana sekarang. Aku sayang dekat kau sebab kau adalah kawan ketika aku susah dan senang,” terang Zara Irdina. Andai dia tidak boleh menerimanya, semakin lewat lagi aku balik ke rumah petang ini.
“Lagi empat sebab, kalau kau gagal beri empat sebab ini, aku akan paksa kau kahwin dengan aku,” kata Tengku Izraf Akif. Hish, melampau betul anak raja ini.
“Kahwin kerana terpaksa, mana mungkin kita akan bahagia, Akif!” lembut saja kata-kata yang muncul dari mulut Zara Irdina.
“Kalau ini yang kau nak, aku akan paksa kau berkahwin dengan aku,” tegas Tengku Izraf Akif.
“Okey, sekarang beri 10 sebab kenapa kau nak berkahwin dengan aku?” kali ini Zara Irdina pula yang bertanya soalan yang sama seperti Tengku Izraf Akif tadi.

Tengku Izraf Akif tersenyum saja. Kenapa lah soalan bodoh itu yang kau tanyakan kepada ku.
“Dina, kau kenal aku selama 20 tahu. Bukan sehari pun kau kenal aku. Dan sepanjang kau kenal aku, kau tahu kan perasaan aku ke atas diri kau,” jelas Tengku Izraf Akif.

Yup, aku memang tahu perasaan dia ke atas diri ku, Cuma aku sengaja menafikan semua ini.
“Aku tidak layak untuk kau, Akif. Kita tidak boleh berkahwin!” pintas Zara Irdina.
“Kenapa tidak boleh berkahwin, kau bukannya isteri Akmal pun,” balas Tengku Izraf Akif sambil mengambil mug di tangan Zara Irdina, diminumnya air milo separuh lalu di berikan kepada Zara Irdina.
“”Kau nie kata saja anak raja, tetapi bukannya faham maksud aku!” berontak Zara Irdina membuatkan Tengku Izraf Akif ketawa kecil. Andainya berontak macam ini, maknanya angin sudah naik sampai ke kepala. Nanti angin taufan akan datang. Baik tukar topik.
“Datang dengan siapa pagi tadi?” ubah Tengku Izraf Akif. Hujan mula turun dengan lebatnya di luar sana.
“Dengan papa!” balas Zara Irdina. Kereta kepunyaan masih berada di bengkel kerana dirosakkan kembali oleh anak-anak jiran yang membencinya kerana dia anak luar nikah.  Ini sudah kali ketiga keretanya dirosak orang, tetapi kali ini dipecahkan cermin dan disembur dengan cat berwarna hitam dengan menulis perkataan anak haram. Mujurlah masih kuat iman, kalau tidak mesti sudah rebah di pertengahan jalan-jalan kehidupan. Teruk sangat ke kerana dilahirkan sebagai anak luar nikah?
“Jom, aku hantar. Lagipun hujan di luar!” ajak Tengku Izraf Akif.
“Papa aku datang ambil sekejap nanti,”
“Masalahnya papa kau suruh kau balik dengan aku!”

Sepanjang jalan ke kereta, Tengku Izraf Akif memayungi Zara Irdina dari terkena hujan. Tetapi dia selalu melindungi Zara Irdina pun.
“Beri aku peluang untuk menjadi suami kau, Irdina!” bisik Tengku Izraf Akif ketika berada di dalam kereta.
“Tiada jodoh antara kita, Tengku Izraf Akif!” bisik Zara Irdina kembali.

Tengku Izraf Akif mengeluh berat. Susah hati!

Tiada ulasan: