Andainya Siti Aisyah boleh bersabar dengan Raja Firaun
yang kejam dan zalim itu, awak pun kena bersabar juga lah Liya. Lagi pun kalau
hendak dibandingkan Raja Firaun dengan Rayyan, Rayyan jauh lebih baik dari Raja
Firaun. Jadi, banyakkan sabar. Satu lagi Raja Firaun selalunya lembut hati
dengan Siti Aisyah yang pandai menuturkan kata-kata kepada suaminya itu. Aleeya tersenyum lagi.
“Abang!” kejut Aleeya sambil mengerakkan tubuh Rayyan
sekali lagi.
“Kenapa?” soal Rayyan sambil membuka matanya
perlahan-lahan. Wajah Aleeya di renung lama. Kasih sayang untuk Aleeya sudah
lama mekar di dalam hati, malah ketika Aleeya menjadi tunangan orang lagi.
Sewaktu dia mengetahui Aleeya milik Azlan, dia begitu kecewa dan hampa. Tetapi
dia hanya pendamkan semua itu di dalam hati sehinggalah suatu hari dia
mengetahui Azlan berkahwin dengan orang lain dan Aleeya mahu dijadikan isteri
kedua. Mujurlah Aleeya menolak permintaan Azlan...,
‘Abang tak kerja ke hari ini?” soal Aleeya. Pukul 8.30
pun tak bangun lagi. Tadi sewaktu dikejutkan untuk bangun solat subuh pun,
tidak berganjak juga.
“Tak tahu lagi, rasa malas pula nak masuk ofis hari ini.,”
“Jangan beri alasan, papa abang dah banyak kali call
suruh abang pergi kerja hari ini..,”
“Liya pun batal lah cuti Liya tu, pergi kerja macam
biasa, tak lah abang risau sangat tinggalkan Liya seorang diri kat rumah”
“Liya dah janji dengan Puteri Shima hari ini, nak pergi
shoping baju raya!” Seminggu lagi nak masuk bulan ramadhan, macam mana lah
dengan suami aku agaknya. Sembahyang pun tak pernah, apatah lagi mahu berpuasa.
“Lambat lagilah nak raya, esok nak raya, hari ini baru
beli baju raya. Abang tak pernah raya pun, best ke raya tu?” balas Rayyan
kembali. Mata Aleeya terbeliak mendengar kata-kata dari Rayyan. Tak pernah
meraikan hari yang penuh bermakna untuk umat islam yang diberikan oleh ALLAH atas
kesabaran sebulan berpuasa di bulan ramadhan.
“Selalunya kalau time raya, abang pergi mana?”
“Tahun lepas kami satu family pergi Australia, pergi
bercuti di sini. Tahun ini Julia ajak makan angin Itali. Abang dah tempah tiket
untuk kita berdua, boleh lah kita pergi bulan madu nanti,” Tudia... tak pernah
raya rupanya tetapi pergi makan angin di negara orang puteh. Hish.. hish..
ruginya. Nikmat hari raya ini lebih bermakna dan berharga dari pergi makan
angin di negara orang lah.
“Boleh tetapi selepas kita balik beraya di kampung, Liya
nak beraya dengan family Liya dulu..,”
“Tak. Kita pergi seminggu sebelum raya. Abang dah siapkan
semuanya, Liya jangan beri alasan yang bukan-bukan pula!” suara Rayyan tegas
sekali kedengaran. Siap dengan menjeling lagi. Aleeya sendiri mula rasa tawar
hati dengan keputusan Rayyan. Raya kali
ini nak beraya di negeri orang putih? Yang jauh sekali untuk mendengar betapa
indah dan syahdunya suara takbir berkumandang. Apatah lagi dengan masakan-masakan
mak yang sedap itu. Suasana hari raya di kampung dengan luar negara tentu jauh
berbeza. Tentu tidak sama. Sudahlah hari raya saja dapat berkumpul dengan adik
beradik yang lain. Huwaa.. Liya sudah menangis di dalam hati.
“Liya kena dengar cakap suami dari cakap mak. Syurga Liya
bukan di bawah tapak kaki mak tetapi di bawah tapak kaki Rayyan.” Pesan mak
membuatkan Aleeya rindu kepada mak dan abah di kampung.
“Abang tak bincang dengan Liya dulu? Abang buat keputusan
tanpa pengetahuan Liya pun,” ujar Aleeya sambil memegang tangan kanan Rayyan.
Dicium tangan Rayyan setulus hati. Rayyan tersenyum penuh makna. Nak pujuk aku
lah tu.
“Kenapa?”
“Sekurang-kurangnya Liya boleh ambil cuti sebulan,
berpuasa di kampung dan sambut raya siap-siap dengan mak dan abah. Selepas tu
boleh lah kita pergi bercuti di Itali..,” jawab Aleeya turut tersenyum penuh
makna kepada suaminya. Senangkan. Tinggal terus di kampung bulan ramadhan ini.
Ambil cuti tanpa gaji.
“Abang macam mana? Liya nak tinggalkan abang ke?” Nak
balik kampung dan tinggal dengan pak mentua yang rajin bersembahyang dan kuat
agama itu? Tak mahulah. Bagi aku berpuluh juta pun aku tak mahu. Tinggal dengan
ayah Liya tentu hidup aku merana dan tidak bebas. Papa dan mama mana pernah
kongkong hidup aku selama ini? Kami bebas untuk menentukan arah kehidupan kami
selama ini.
“Abang ikut lah sekali, Liya tak akan tinggalkan abang
lah!”
“Abang nak pergi kerja lah, malas nak berbincang dengan
Aleeya!”
“Ikut suka hati abang lah!”
Semangat untuk membeli baju raya hari ini sudah terbang
entah ke mana. Puteri Shima dan Akma
saja yang banyak membeli, dia apa pun tidak dibelinya. Kata-kata Rayyan
menganggu fikirannya. Rasa seperti tidak seronok saja untuk sambung bulan puasa
tahun ini. Kalau beraya di rumah mak mentua boleh terima lagi, ini hendak pergi
beraya di Itali, buat apa? Ataupun paling tidak sambung raya di kota mekah,
kalau dia ajak aku pergi umrah di bulan puasa dan sambut aidil fitri di sana,
sekarang juga aku pergi.
“Liya!” panggil Puteri Shima tiba-tiba mengejutkan
Aleeya.
“Kenapa?” soal Aleeya.
“Cek abang kau!” jawab Puteri Shima. Terpandang Rayyan
sedang berjalan dengan perempuan lain. Malah mama dan papa turut ada sekali.
Mesra dan bahagia. Siapa perempuan itu? Calon pilihan hati mama dan papa ke?
“Tengok lah Liya, kau ada mata kau tengok sendiri. Kami
cakap kau tak nak dengar!” tempelak Akma menambah sakit di hati.
“Sepupu dia lah. Apa lah kau orang berdua nih. Jom kita
pergi makan, aku lapar lah!” kata Aleeya sambil menarik tangan Akma dan Puteri
Shima, malah dia sengaja berjalan berhampiran Rayyan, terlalu hampir sehingga
terlanggar bahu Rayyan yang memandangnya dengan rasa begitu terkejut. Aleeya
meneruskan langkah tidak mempedulikan renungan mata suaminya.
“Hendak sabar lagi ke? Sampai bila? Kami takut kesakitan
di hati kau terikat dengan zuriat dia nanti. Waktu itu kau nak berpisah pun tak
boleh sebab ada anak dengan dia!”
sambung Akma ketika jalan masuk ke dalam kereta.
“Kau berdoa aku berpisah dengan dia ke? Kau suka rumah tangga
aku musnah ke?” balas Aleeya kembali. Aku perlukan kekuatan dan sokongan,
jangan lah serabutkan lagi kepala otak aku hari ini. Pagi tadi dengan kisah
hari raya, petang ini dia berkepit pula dengan perempuan lain. Liya itu kan
perangai semula jadi Rayyan lah. Rayyan kan kaki perempuan, kaki mabuk, jadi
apa yang hendak kau hairankan lagi? Tak usah rasa janggal lah Liya. Rayyan tak
akan tinggalkan hobinya itu kerana kau.
“Kami nak lihat kau bahagia lah!”
“Kalau begitu, tolong doakan aku. Boleh tak?”
“Tapi Liya..,”
“Doa-doa kalian akan memayungi aku, percayalah!”
Rayyan yang pulang awal dari Aleeya. Ketika Aleeya sampai
Rayyan sudah berada di dalam rumah. Malah sudah bertukar pakaian dan sedang
menonton tv. Jam baru enam setengah petang, awalnya balik. Selalunya tengah
malam baru nak balik.
“Awal abang balik hari ini..,” tegur Aleeya. Aku kena
sedar, dia berkahwin dengan aku bukan atas dasar cinta pun, kalau lah aku masih
merasa betapa sakitnya dilukai oleh Azlan tentu dia pun merasa begitu payah
untuk meninggalkan hobi dan tabiatnya. Tangan Rayyan dikucupnya dan seperti
selalu Rayyan akan mengucup dahi Aleeya.
“Liya..,”
“Liya tak nak dengar apa-apa tentang tadi. Itu hak abang!”
“Tapi Liya...,”
“Liya tahu abang tak cintakan Liya. Abang kahwin dengan
Liya sebab mahu menyelamatkan maruah keluarga Liya saja...,”
“Liya cakap apa ni? Liya isteri abang lah..,”
Bersambung....
2 ulasan:
waduh2..saat paling menyakitkan bila perkataan ''bersambung'' pula yang muncul hehe..
Rasa tak puas baca..Nak cakap ''nak lagi'',tapi saya tahu,kak Pitt pun dah bagi radi cukup.
Thanks untuk n3..Best..(^_^)
Aleeya kena banyk2 bersabar.Lagi2 dengan Rayyan n family Rayyan sendiri.Sedang yang baik pun,adakalanya 'tersasar' sikit.Inikan pula yang memang dah awal2 lagi dan tersasar jauh.Hehe..
Dengan Rayyan tak boleh tunjuk taring,dia lagilah tunjung gaya singa nanti,kan?
Betul tindakan Aleeya tu.Dia kena sabar banyak2..Kena jaga tutur kata supaya Rayyan tak jauh hati,Supaya Rayyan 'cerna' setiap kata-kata Aleeya dengan hati.
Bukan senang nak bawa/sedarkan orang yang dah terbiasa dengan cara hidup yang macam ni.Mak bapa dia sendiri pun macam tu.
Dugaan Aleeya sangat besar.
Tapi Rayyan,nak ego pun kena juga fikirkan perasaan Aleeya.Tak boleh ke dia buat perlahan-lahan.Bukan Aleeya Paksa dia berubah secara mendadak pun.
Setakat bagi hint sikit2 pun kira oklah.Takkan Rayyan pun nak Aleeya ikut cara hidup diorang pula?
Rayyan kenalah juga bertolak-ansur.
Aduhai..Time rayalah orang nak berkumpul bersama keluarga.Tapi keluarga Rayyan?
Mestilah diorang tak sambut raya.Dah hari-hari beraya kat disko/kelab malam bagai hehe..
Dah tu,sibuk pula melancing negara orang lain.
Macam mana nak rasa semua tu?
Nampaknya Aleeya kena cari jalan pula.Macam mana nak pujuk Rayyan dan merasai sendiri nikmat berhari-raya tu hehehe..
*Sorry kak..Panjang sangat dah ni hehe..*
~Gurangak Aja~
hahahaha.. memang lah Rayyan sebenarnya nak suruh aleeya ikut cara hidup dia kerana itu yang mama rayyan nak...
Catat Ulasan