Selasa, 18 November 2014

MY LOVELY TENGKU (BAB 1)



MY LOVELY TENGKU(BAB 1)
“Kau penipu rupanya, Zara. Sanggup kau mainkan cinta aku selama ini. Kenapa kau tak cakap kau sebenarnya anak luar nikah, anak haram, perempuan yang menglahirkan kau tu sebenarnya pelacur..,” tuduh Akmal yang masih berpakaian pengantin. Selesai majlis akad nikah, kami berdua terus masuk ke dalam bilik persalinan, setelah di luar masih kecoh dengan status Zara Irdina yang baru dibongkarkan sebentar tadi oleh nenek angkatnya.
“Akmal, kalau kau tak sanggup meneruskan perkahwinan ini, kita berpisah saja,” putus Zara Irdina yang masih lagi terkejut dengan statusnya.  Buat apa lah diteruskan perkahwinan ini setelah dia dimaki dan dicaci oleh keluarga Akmal sebentar tadi. Sekarang, Akmal pula sedang menghinanya. Aku tak mengharapkan cerita seperti dalam drama atau pun dalam novel cinta sekarang. Kalau tak suka, kalau dah benci, lebih baik kita bercerai saja. Apa gunanya aku teruskan perkahwinan dengan lelaki yang tidak menghormati ibu yang menglahirkan aku dan tidak menghargai aku lagi. Memang aku bukan anak sah taraf, tapi aku masih ada harga diri, Akmal.
“Jangan mimpi, aku akan buat kau menjadi boneka, Zara Irdina. Biar hidup kau terseksa kerana penipuan kau ini. Kau memang tak layak jadi isteri aku, tak layak jadi jadi pendamping aku lah. Kau siapa? Jijik aku dengan kau, perempuan pelacur..,” sambung Akmal yang sudah hilang waras. Hah, sampai macam tu sekali aku dikaitkan dengan ibuku? Akmal ni nak penampar ke apa nie? Yang hina aku sampai macam tu sekali.
“Hey, Akmal..,” jerit Zara Irdina sambil menarik lengan baju Akmal, tetapi Akmal menepis dengan kasar, sehingga Zara Irdina jatuh tersungkur. Akmal terus keluar dari bilik persalinan tersebut meninggalkan Zara Irdina sendirian.

Di luar masih kecoh dengan pergaduhan dari Haji Osman bapa pengantin lelaki dan Wan Yusuf dari pihak Zara Irdina. Suara itu jelas kedengaran kerana pintu biliknya tidak tertutup. Terbuka dengan luas.  Dia dapat menangkap butir-butir bicara mereka dengan jelas sekali.
“Yusuf, Yusuf, perempuan hina macam tu memang tak layak jadi menantu kami lah. Sepatutnya kau cakap perkara sebenar dari dulu lagi, bukan tunggu majlis akad nikah dia orang. Nampak sangat kau dan ahli keluarga kau nak perangkap kami. Nak malu kan kami rupanya. Aku teruskan pernikahan ini, sebab majlis ini tak boleh dibatalkan serta merta lah. DI mana aku nak letak muka aku, maruah aku dan keluarga aku?” tingkah Haji Osman lantang bersuara di luar bilik. Ya, itu lah sebabnya mengapa mereka meneruskan pernikahan tadi. Kerana hari ini ada lah majlis akad nikah dan hari ini juga adalah majlis perkahwinannya yang berlangsung di dewan besar. Cuma majlis akad nikah sebelah pagi dan hanya saudara mara dan kenalan yang terdekat saja yang hadir, tetapi tengah hari nanti adalah majlis perkahwinan dan tetamu akan datang. Andai dibatalkan tentu lagi malu jadinya, tetapi sekarang pun dia sudah dimalukan dengan teruk sekali. Puas dipejam mata berkali-kali, peristiwa tadi tetap datang silih berganti. Semuanya segar dalam ingatannya.
“Zara Irdina tak bersalah lah, dia masih suci...,” pertahankan Wan Yusuf. Siapa cakap ibu Zara pelacur,  dia bukan pelacur lah, tetapi kita sebenarnya tidak tahu apa yang telah berlaku terhadap diri Sharifah Kamariah. Kita hanya bercakap saja.
“Zara Irdina tu hanya layak hidup tepi longkang saja lah, kau tu yang sanggup kutip darah haram tu tinggal di rumah mewah kau, kau ingat darah kotor tu akan bertukar kalau tinggal di rumah kau, pergi jahanam lah..,” sambung Haji Osman lagi membuatkan Wan Yusuf terpampang terkedu. Pak Haji ini apa lah bicaranya, di mana iman? Di mana ilmu sehingga begini sekali tutur katanya. Sudah hilangkah kewarasan diri sehingga mencaci orang seperti ini.  Sabar Wan Yusuf, kalau tak sabar memang aku penumbuk muka Haji Osman hari ini.
“Osman, apa kau cakap ni? Ingat ALLAH, Osman!” sabar Wan Yusuf. Mereka bersahabat lama, tidak sangka sahabat hari ini sudah menjadi lawan, sudah menjadi musuh tradisi. Malah sudah tidak boleh memandang muka antara satu sama lain. Sudah ada perasaan benci yang terlampau di dalam hati.
“Pergi mati lah, Yusuf.  Orang yang berhati busuk macam kau tak kan senang hidup dunia dan akhirat. Anak haram kau tu perangkap anak aku dengan dunia cinta dia sebab tak akan ada orang yang akan ambil anak haram tu untuk dijadikan isteri, dan kau pula permainkan persahabatan kita,” sambung Haji Osman dan meludah ke lantai.
“Cukup Osman. Kalau tak sanggup terima Zara, suruh anak kau ceraikan anak aku. Aku sanggup menjaga dia,” tutur Wan Yusuf turut sakit hati dengan kata-kata Haji Osman.
“Cerai???? Kenapa? Sebab kau nak guna anak haram kau tu?” hina Haji Osman lagi.

Zara Irdina menutup daun pintu dengan rapat. Tidak sanggup dia mendengar kata-kata yang menyakitkan itu. Tergamak Haji Yusuf menuduh papanya sehingga begitu sekali. Aku kenal siapa papaku itu. Dia seorang lelaki yang baik. Amat baik tidak seperti Haji Osman yang sedang gelabah ketika ini.

Luluhnya hati Zara Irdina yang mendengarnya. Salah kah aku kerana dilahirkan begini? Kerana status anak haram kah aku dihina sampai macam ni sekali? Sedihnya hati hanya ALLAH saja yang tahu. Kalau boleh, dia mahu melarikan diri, membawa diri dari segala permasalahan ini. Dia mahu pergi saja dari mereka yang sedang menghina dan mencacinya. Tetapi apa yang dia perlu lakukan ketika ini?

Apa yang aku perlu buat sekarang untuk meleraikan tali perkahwinan yang sudah tidak suci lagi? Tidak mungkin aku mahu hidup sengsara dengan Akmal? Ya, ALLAH, berikan aku jalan keluar. Beri kan aku petunjuk untuk menyelesaikan masalah ini. Aku tidak mahu menjadi isterinya kerana aku tidak akan bahagia bersamanya dia dan ahli keluarganya lagi. Beri aku jalan keluar, Ya ALLAH. Doanya di dalam hati.

Zara Irdina membuka tudung kepalanya, membuka segala perhiasan yang dia pakai sejak dari tadi. Dia mahu menukar baju dan keluar saja dari dewan ini tanpa pengetahuan sesiapa pun. Dia tidak sanggup berada di sini lagi. Baru mahu membuka baju apabila pintu biliknya ditolak orang. Dan dia tidak mengalih melihat siapakan gerangan orang itu. Akmal kah? Andainya Akmal tentu rancangannya sudah tidak berjaya nanti. Kecut perut dan hati terasa berdebar saja. Jangan lah Akmal.

Zara Irdina buat-buat tidak peduli saja, sambil berpura-pura melihat cermin di hadapannya. Perasaan takut bertandang di dalam hati.

Sejak dari tadi Tengku Izraf Akif menyaksikan semua yang berlaku. Bukan dari awal cerita kerana dia terlewat sampai ke majlis ini. Ketika dia sampai, sudah selesai majlis akad nikah antara Akmal dan Zara Irdina. Tetapi dia tetap meneruskan rancangannya. Apa pun terjadi dia tetap akan merampas Zara Irdina dari tangan Akmal dan hatinya semakin nekad apabila melihat babak-babak sedih yang berlaku ke atas Zara Irdina. Tidak sangka rancangannya semakin mudah pula.  

He he he, hikmah yang paling besar untuk dirinya.

Ketika ini Zara Irdina sedang  membuka butang baju yang dua di atas. Kerana dia menyangkakan lelaki yang masuk ke dalam bilik ini adalah Akmal. Akmal yang menjadi suaminya hari ini tetapi dalam masa yang menghina ikatan perkahwinan yang baru diucapkan. Lelaki seperti ini kah yang mahu dijadikan suami? Lelaki seperti ini kah yang mahu dijadikan ayah kepada anak-anaknya? Fikir Zara Irdina. Fikir dengan mata hati dan akal fikiran. Jangan pula menyesal dikemudian hari.
“Dina!” panggil suara itu. Dan suara itu bukannya suara Akmal. Hatinya pasti sekali.
“Ha, woii..,” segera berpaling dan terpandang wajah Tengku Izraf Akif, anak jiran di sebelah rumah. Kadang-kadang menjadi temannya, ada kala menjadi musuh untuk dirinya tetapi teman ini tetap setia berada di sisinya setiap waktu. Buat apa Tengku Akif di dalam bilik ku sekarang?
“Kau nak hidup lagi dengan lelaki macam Akmal tu..,” kata Tengku Izraf Akif yang telah berada dekat dengan Zara Irdina. Berdebar jantung Zara Irdina dibuatnya. Selalu tak pernah merasa debaran dan getaran seperti hari ini. Kenapa yer?

Akif ni, kalau lah orang tahu, mampus lah aku. Dia dan aku tinggal berdua saja di dalam bilik ini??? Macam mana ini.
“Dia dah jadi suami aku lah!” jawab Zara Irdina. Kami dah sah kahwin, dan aku sendiri tidak tahu macam mana nak selesaikan masalah ini sekarang.
“Suami macam tu? Kau nak tidur, nak serahkan masa depan kau kat lelaki tak cukup inci macam tu?” soal Tengku Izraf Akif. Jangan jadi bodoh lah Zara Irdina.
“Yer lah, nama pun dia suami aku, jadi kena tidur dengan dia, kena layan dia,” jawab Zara Irdina. Datang ke sini hendak bergaduh saja, kalau sekadar nak bergaduh tak datang pun tak mengapa lah, Akif.
“Dari kau tidur dengan Akmal, baik kau tidur dengan aku. Lagi baik!” kata Tengku Izraf Akif sudah dekat dengan Zara Irdina sehingga Zara Irdina tidak boleh bernafas. Dia ini agak-agak lah, tak takut ke orang serbu masuk ke dalam bilik ini nanti?
“Tawaran lah ni? Kahwin dengan orang lain tetapi tidur dengan kau. Banyak cantik muka kau yer,” kata Zara Irdina cuba merenggangkan kedudukan tetapi Tengku Izraf Akif tetap dengan kedudukannnya.
“Aku apa peduli kau tetap akan jadi hak aku malam ini..,” kata Tengku Izraf Akif. Apa anak raja ni nak buat kat aku? Akif nie sudah lah terlebih berani. Sudah macam-macam perkara pelik yang Akif lakukan terhadap aku dulu. Jangan lah, dia buat perangai lama lagi. Semakin kecoh nanti.
“Apa kau cakap nie? Kau jangan cari pasal lah dengan aku!” ucap Zara Irdina. Sudah naik takut. Suaranya sudah mula lantang berbunyi.
“Ha ha ha.. sudah terlambat Dina. Aku tak nak kau jadi hak Akmal malam nie, dia tu hanya akan sakitkan hati kau saja” balas Tengku Akif.
“Kau ni, aku tumbuk muka kau baru tahu!” ucap Zara Irdina apabila Tengku Akif semakin mendekatinya.

Tanpa diduga Tengku Izraf Akif memeluk Zara Irdina dengan kemas, dan ketika itu pintu terbuka dengan luas. Di hadapan semua orang, Tengku Akif sengaja mengucup dahi Zara Irdina dan Zara Irdina tidak sempat mengelaknya. Zara Irdina terkedu dengan tindakan Tengku Izraf Akif yang mengucup dahinya. Malah memeluk tubuhnya dengan erat sekali.
“Akif.....” jerit Tengku Cempaka terkejut dengan tindakan anak lelaki bongsunya.
“Zara Irdina!” jerit Akmal pula. Lagi terkejut melihat isterinya di dalam pelukan lelaki lain. Tengku Akif mengambil selendang panjang yang tergantung di sebelahnya lalu di diletakkan di atas kepala Zara Irdina menutup rambut dan badan Zara Irdina. Amboi, tau pula nak lindung aku di hadapan mata orang, bisik hati Zara Irdina. 

Mendengar suara Akmal, Zara Irdina membiarkan saja Tengku Izraf Akif memeluk dirinya.  Tentu Akmal marah dan sakit hati dengan kelakuannya yang tidak senonoh ini. Biarkan saja!
“Untuk pengetahuan kau, Akmal. Kau hanya melihat sedikit saja, sebenarnya mahkota perempuan Zara Irdina sudah menjadi milik ku sebentar tadi. Malah kemungkinan besar benih ku juga sudah berada di dalam rahimnya sekarang ini,” kata Tengku Izraf Akif dengan berani sekali. Malah dia memegang perut Zara Irdina. Hish, melampau betul, marah Zara Irdina di dalam hati. Tetapi dia mahu meneruskan drama ini kerana dia mahu Akmal menceraikan dia hari ini juga. Kalau kau saman aku pun, biarlah anak raja di hadapan mata aku ini yang membayar duit saman nanti.
“Betul tu Akmal. Kau kena ceraikan aku sebab aku sudah menjadi milik Tengku Akif sebentar tadi..,” bohong Zara Irdina. Ini saja jalan yang ada. Aku tak rela menjadi isteri Akmal lagi. Tak rela terikat dengan Akmal dan tak rela menjadi hamba kepada lelaki yang telah menghina keturunan aku.
“Apa?” jerit Haji Osman pula.
“Semua orang sudah lihat dengan mata kepala sendiri kan, Irdina sudah menjadi kepunyaan saya...,” aku Tengku Akif pula sambil memandang nakal ke arah Zara Irdina. Terpaksa!
“Ha, ah.  Benih Tengku Akif sudah ada dalam rahim ku sekarang, Akmal!” jawab Zara Irdina dengan berani sekali. Tengku Izraf Akif tersenyum mendengar kata-kata Zara Irdina.
“Kau memang perempuan murahan Zara Irdina, di hadapan semua orang, aku ceraikan kau dengan talak tiga..,” kata Akmal dalam keadaan marah sekali. Zara Irdina dan Tengku Akif saling berpandangan. Lapang hati mendengar kata-kata Akmal. Aku buat semua ini sebab hendak menyuruh kau menceraikan aku, Akmal.
“Zara Irdina, kau memang tak layak jadi ahli keluarga kami. Keluar kau dari sini. Ajak keturunan kau berambus dari sini..,” jerit Haji Osman lagi.
“Jom Dina, aku akan bertanggungjawab ke atas kau!” kata Tengku Izraf Akif sambil melepaskan pelukannya. Tengku Akif menarik Zara Irdina keluar dari situ. Semua ahli keluarga Zara Irdina dan Tengku Akif turut keluar dari dewan tersebut. Tidak kisah dengan pandangan mata tetamu yang ada di dalam dewan yang sedang menikmati hidangan di atas meja.
“Akif, lepas arr, orang tengok kita tu,” ucap Zara Irdina perlahan.
“Depan orang malu pulak, tadi tak malu pun!”
“Aku terpaksa,”
“Terpaksa ke, suka ke, lepas ni kahwin dengan aku, semua orang dah tahu apa yang berlaku antara kita berdua tadi,”
“Mana ada apa-apa berlaku pun!”
“Siap mengaku mengandung anak aku tu kau boleh anggap tak ada apa-apa?”
“Kau tak faham ke aku cakap terpaksa,” kata Zara Irdina mahu masuk ke dalam kereta Tengku Izraf Akif kerana dia datang bersama papa tadi ke sini. Jadi, terpaksa Zara Irdina menumpang kereta Tengku Izraf Akif untuk pulang ke rumahnya hari ini.
“Akif, Dina, jumpa bonda di istana..,” jerit Tengku Cempaka yang sedang marah dengan tindakan Tengku Akif dan Zara Irdina. Buat malu aku saja budak berdua ini. Apa mereka berdua buat sehingga tak fikir dosa pahala dan halal haram lagi. Ingat dia orang tu mat saleh ke? Macam aku nak tampar muka Zara dan Akif sekarang ini.
 “Apa Zara buat ni?” tegur Wan Yusuf di belakang Zara Irdina pula. Tiba-tiba ada hero pula dalam bilik Zara Irdina. Seperti bermimpi pula dengan lakonan Zara Irdina dan Tengku Izraf Akif sebentar tadi. Betulkah mereka berdua sudah terlanjur tadi atau pun hanya sandiwara saja?
“Nanti Zara jelaskan, papa!”balas Zara Irdina.
“Akif akan bertanggungjawab, papa!” jelas Tengku Izraf Akif pula.
“Kau orang nie macam-macam lah. Akif pun satu, kalau berkenan dekat Zara Irdina, beritahu saja, tak payah buat benda macam tu,” leter Wan Yusuf lagi. Berdosa Akif. Dulu kau kecil tak mengapa lah, sewaktu kau kucup pipi Zara Irdina ketika berusia lima tahun tu, sekarang kau sudah tahu bezakan yang mana dosa, dan yang mana pahala. Mana boleh buat macam tadi.
“Dah terlanjur lah papa, nak buat apa lagi. Benda dah jadi!!” jelas Tengku Akif yang sejak dari dulu memanggil Wan Yusuf dengan gelaran papa kerana hubungan mereka memang rapat sejak dari dia masih kecil lagi. Zara Irdina menjeling marah.
“Biar betul Akif?” tanya papa tidak puas hati. Cukup Zara Irdina jadi anak tidak sah taraf, jangan ada pewaris seperti itu lagi.
“Tipu lah papa, jangan percaya cakap Akif bengong nie!” pintas Zara Irdina.
“Aku akan bertanggungjawab. Lepas nie kita kahwin!” kata Tengku Akif.
“Tak nak aku!” balas Zara Irdina.
“Sudah, pergi mengadap bonda dulu, selepas nie selesaikan masalah nih!” cadang Wan Yusuf. Mesti Tengku Cempaka mengamuk dengan sikap anak bongsunya sebentar tadi. Aku pun tak boleh nak fikir sekarang.

Alhamdulillah, rancangan pertama berjalan dengan lancarnya dan berjaya ditahap yang amat memberangsangkan. Rancangan kedua pula selepas ini. Aku akan ikat kau Zara Irdina, dengan cerita ini. Lagipun kau mana boleh lari lagi setelah kau sendiri mengaku hubungan antara kita sebentar tadi.  Tengku Izraf Akif melihat Zara Irdina tidak berkelip.
“Apa tengok-tengok?” tanya Zara Irdina. Aku macam nak menangis sekarang. Kenapa hah? Tadi okey saja, sekarang rasa sebak pula di dalam dada. Panas mata dah ni.
“Tengok anak aku dalam perut kau tu,” jawab Tengku Izraf Akif membuatkan hati Zara Irdina bengkak  mendengarnya. Buat dah perangai lama dia tu.
“Akif, kau jangan cakap macam tu, aku tengah sedih nih,” ucapnya Zara Irdina sebak sangat.
“Aku hantar kau balik ke rumah, kau menangis lah sepuas hati kau kat rumah nanti, jangan menangis dalam kereta aku, nanti air mata kau tu banjir pula dalam kereta aku,” ucap Tengku Izraf Akif.
“Kedekut, mengira semua ada kat kau,” ucap Zara Irdina sambil menangis. Sudah tidak mampu untuk menahan air matanya dari mengalir keluar.  Rasa sedih itu datang bertubi-tubi dalam hati.
“Nak peluk kau, tak jadi isteri aku lagi, boleh tak kau tahan air mata kau sekejap, nanti bila aku sudah jadi suami kau, baru kau menangis. Boleh aku peluk kau waktu tu,” pujuk Tengku Izraf Akif.
“Tak usah buat lawak dengan aku, Akif!” ucap Zara Irdina dalam tangisannya.

Usah menangis pemaisuri hati ku, kerana aku tidak kuat untuk melihat titisan air mata mu mengalir membasahi bumi kala ini.

Tiada ulasan: