Waktu mana
agaknya dia ambil kad pengenalan dan passport antarabangsa aku? Tengok-tengok
sudah tak ada di dalam tas tangannya hari ini. Kad bank pun tak ada, nak ambil
duit macam mana sekarang.
“Papa,
tahu tak siapa ambil kad bank Zara?”
“Akif. Dia
ambil semua barang penting kamu semalam!”
“Siapa
yang beri pada Akif?”
“Papa.
Kenapa?”
“Papa ni,
dia tu siapa yang papa berikan barang-barang Zara pada dia? Zara nak keluarkan
duit pun tak boleh, papa!”
“Dia pesan
apa-apa hal telefon dia!”
“Papa nie
pun satu yang beri pada Akif tu kenapa, Akif tu bukannya boleh harap pun,”
marah Zara Irdina.
“Ooo, yang
kamu nak lari dari kami tu tak mengapa pulak. Ingat masalah boleh selesai
dengan melarikan diri ke?” marah papa kembali.
“Siapa
cakap? Akif ke?”
“Bukan
Akif, tetapi mama dan adik-adik kamu,” ooo, jadi semua orang dalam rumah nie
sudah tahu lah aku nak lari dari rumah.
“Mana
ada,” nafi Zara Irdina.
“Kalau
macam ini caranya, baik juga kamu kahwin dengan Akif tu, supaya Akif boleh
kawal hidup kamu. Papa tak ajar anak papa melarikan diri dari masalah,” tegas
suara Wan Yusuff. Nampak marah sangat dengan tindakan Zara Irdina.
“Papa,
Zara nak keluarkan semua duit, nak bayar balik duit Akif semalam,” beritahu
Zara Irdina. Dia tiada apa-apa ikatan dengan Tengku Akif. Lima puluh ribu tu
banyak jumlahnya tetapi sekarang kad semua ada kepada Tengku Izraf Akif. Macam
mana ni?
“Papa dan
mama dah masukkan duit dalam akaun Zara sebanyak 30 ribu, elok keluarkan semua
duit itu dan bayar kepada Akif,” beritahu Wan Yusuff.
“Terima kasih
papa, sayang papa!” kata Zara Irdina sambil tersenyum.
“Cek ini
dari saya dan Shahir,” celah Syazana pula yang baru muncul di ruang tamu. Cek
sebanyak 10 ribu dilihatnya, Terharu pula dengan sikap adiknya yan seorang ini.
“Ambil
balik cek ni, Zana dengan Shahir kan nak guna untuk majlis kahwin nanti,” kata
Zara Irdina menghulurkan kembali cek tersebut kepada Syazana.
“Tak apa,
kita orang ada duit lagi untuk kahwin nanti,” tolak Syazana.
“Akak ada
duit, Zana ambil balik duit ni, nanti kalau akak nak, akak minta yer,” kata Zara Irdina sambil menepuk bahu adiknya.
Perlu
selesaikan terlebih dahulu bab duit ini dengan Tengku Izraf Akif tetapi tahu
saja lah, sudah banyak kali dia menghubungi Tengku Izraf Akif, satu pun tidak
dijawab oleh Tengku Izraf Akif. Keluar dari rumah, tengok kereta anak raja itu
tersadai di hadapan istana. Mesti ada sebab kereta kesayangannya ada
disitu. Zara Irdina menyandarkan
badannya di kereta kepunyaannya sambil menelefon telefon bimbit Tengku Cempaka.
“Mak
Engku, Akif ada tak?”
“Ada!”
“Zara nak
bercakap dengan Akif, mak engku!”
“Kejap
yer!” terpaksa menelefon Tengku Cempaka gara-gara mahu berbual dengannya. Teruk
lah perangai.
“Apa?”
“Cik abang
sayang, cik adik sedang tunggu di kereta yer, boleh tak keluar sekarang..”
“Ooo, kau
sayang jugak kat aku!”
“Cepat
sikit!”jerkah Zara Irdina.
Sepuluh
minit tak datang pun. Lambatnya anak raja ini. Lama Zara Irdina berdiri di
keretanya menunggu kedatangan Tengku Izraf Akif. Dekat 15 minit baru muncul.
“Buat
apa?”
“Mandi,
bersiap lagi, itu yang lambat!”
“Hmmm...,”
“Kereta
kau nie kena hantar ke bengkel ni, kena baiki mana yang perlu!” ujar Tengku
Izraf Akif sambil membelek kereta Zara Irdina
“Mana kad
bank aku, kad pengenalan aku mana?” kata Zara Irdina sambil menghulurkan
tangannya kepada Tengku Izraf Akif.
“Kahwin
dengan aku baru boleh kad tu,”
“Aku nak
guna duit, nak bayar duit kereta, nak bayar dekat kau lagi,”
“Bayar kat
aku? Kau hutang duit aku ke?”
“Aku nak
bayar balik duit 50 ribu tu,”
“Jadi kau
ingat aku tolong kau sebab duit? Aku tak sangka kau anggap nilai cinta aku
serendah itu, Dina!” marah Tengku Izraf
Akif sambil pergi dari situ.
“Akif!”
“Sudah
Dina, cukup sampai di sini, nie kau ambil balik kad bank kau tu,” kata Tengku
Izraf Akif sambil melemparkan kad bank Zara Irdina ke dalam longkang di tepi
rumah Zara Irdina.
“Perangai
macam hantuuu,” jerit Zara Irdina. Mujurlah air cetek dan jernih saja. Ini
memudahkan Zara Irdina untuk mengambil kad banknya.
Kad
pengenalan tak beri pun. Susah betul anak raja ini. Dia pentingkan diri sendiri,
tidak pernah hendak fikir tentang perasaan orang lain. Asyik fikir dia
saja. Tetapi rasa lega juga
sekurang-kurang Akif tidak menganggu aku lagi selepas ini.
Zara
Irdina masuk semula ke dalam rumahnya. Hasrat mahu pergi ke bank dan perbaiki
keretanya yang rosak itu terbantut tengah hari ini. Malas pula nak pergi.
“Bergaduh
lagi dengan Akif?”
“Mana mama
tahu?”
“Kamu
kalau bergaduh dengan Akif riuh satu taman. Tak malu ke?”
“Akif yang
cari pasal!”
“Kamu pun
sama!”
Mama dan
papa pun satu, suka sangat dengan anak raja gondang itu. Tengok lah apa yang
mama dan papa buat pada Zara hari ini. Zara nak buat apa pun susah.
Akif ini
bijak rupanya, semua akaun bank kepunyaan Akif sudah ditamatkan. Jadi tidak
boleh lah Zara Irdina membayar wang tersebut secara online. Sebenarnya Tengku
Izraf Akif telah membuka akaun bersama dengan Zara Irdina tanpa pengetahuan
Zara Irdina. Biar kan dia, malas aku
hendak layan.
Tetapi
kalau tidak berjumpa dengan Tengku Izraf Akif, kalau tidak bergaduh dengan dia,
rasa lemah semua badan. Rasa seperti mahu demam saja. Pula???
Petang ini
rasa teruk sangat. Badan pun sudah mula panas. Kering tekak semuanya ada. Eh,
pagi tadi okey saja. Sekarang siap dengan sakit kepala bagai. Atau kerana
terlalu stress dengan segala masalah yang menimpanya. Mulut sudah mula pahit
dan rasa meloya.
Kena
banyak berehat, baru normal semula. Atau pun jangan banyak berfikir tentang
segala masalah. Itu yang sepatutnya dia lakukan. Selepas telan panadol dan
berehat, keadaan Zara Irdina kembali stabil. Syukur alhamdulillah.
Cuti
panjang di rumah dan asyik makan dan tidur saja membuatkan badan Zara Irdina
berisi. Orang satu taman asyik bercakap dia sudah mengandung kerana badannya
itu. Mengandung apanya, tidur sekali pun tidak. Orang suka bercakap perkara
yang mereka lihat dan dengar saja, wal hal perkara itu tidak betul pun.
“Dah tiga
minggu kut, kalau tengok badan tu!” itu cakap jiran-jiran sebelah rumah dan
istana. Pedih telinga Wan Aisyah dan Tengku Cempaka mendengarnya.
“Kahwin
pun tak. Ikut perangai Sharifah Kamariah juga rupanya!” sambung yang lain pula.
Zara
Irdina turut tahu perkara itu. Tengku Izraf Akif pula sudah lama tahu. Tetapi
mereka berdua kan bergaduh, sudah banyak minggu tidak bertegur sapa,
masing-masing tidak bertanya khabar. Musim yang lama mereka bergaduh sejak 20
tahun berkawan dan saling mengenali. Selalunya paling lama bermasam muka sehari
dua saja. Tetapi kali ini marah sungguh anak raja tersebut kepada Zara Irdina.
Hari ini
Zara Irdina masuk kerja kembali setelah tiga minggu bercuti. Kawan-kawan ramai
yang terkejut melihat perubahan diri Zara Irdina yang sedikit berisi.
“Kau ni
biar berbetul.” Tegur Mastura rakan sekerjanya.
“Kenapa?”
“Orang
cakap kau mengandung betul ke?Tengok badan berisi, perut pun lain sangat!”
“Gila ke,
aku kahwin hari tu, cerai hari tu juga ler. Tak sempat nak buat anak pun!”
“Tapi..
dengan Tengku Akif tu macam mana?” tanya
Mastura, baru sebut nama, terus Tengku Izraf Akif muncul. Masing-masing
memandang ke arah lain.
“Tak ada
apa-apa pun,” tepis Zara Irdina terus masuk ke biliknya yang bertentangan
dengan bilik Tengku Izraf Akif.
Aku tak
kisah pun dengan cakap-cakap orang ini, sebab yang penting aku boleh lepaskan
diri dari Akmal. Jadi, biarlah orang hendak kata apa pun, aku sudah tidak
peduli.
“Zara, kau
patut kahwin dengan Akif demi anak ini,” kata Mastura yang muncul semula di
hadapan biliknya.
“Tak ada
sebab aku nak berkahwin dengan anak raja tu,” balas Zara Irdina pula.
“Tak ada
sebab apanya, tu dalam perut tu siapa nak jawab,” ujar Mastura.
“Aku tak
mengandung pun, badan aku saja berisi,” kena turun kan berat badan nie, ramai
yang menegur aku sekarang. Nampak perut buncit sangat ke?
Inilah
padahnya, sebab asyik makan tidur saja di rumah selama tiga minggu. Badan pula
cepat naik.
“Zara, kau
buka fb kau, nanti kau tahu jawapannya,”
“Aku dah
lama tak online. Malas!” ramai sangat asyik kutuk dan buat pelbagai andaian
dalam FB dia sekarang ini.
“Buka
sekarang!” Baru duduk di atas kerusi. Suis komputer pun tak buka lagi. Oleh
kerana mahu menunjukkan sesuatu, Mastura datang membuka suis komputer di tempat
Zara Irdina. Digesanya Zara Irdina membuka FB, bila dibuka, terkejutnya Zara
Irdina apabila melihat gambar scan pembentukan bayi dalam wall FB kepunyaan.
Siap tulis anak Zara Irdina lagi.
“Siapa
punya kerja ni?” soal Zara Irdina. Hendak tergelak pun ada. Siapa punya
angkara. Sudah tidak ada kerja lain ke?
“Kau baca
sendiri, bukan tertulis nama Tengku Azlin dengan Akmal ke, siap tulis anak kau
dengan Tengku Akif, tapi Encik Abang kau, mengaku pula!” suruh Mastura sambil
menunjukkan ke arah nama Tengku Izraf Akif yang turut memberi komen.
“Semua ini
fitnah, Mastura!”
“Siapa nak
percaya cakap kau? Orang lebih percaya dengan apa yang mereka lihat di majlis
kenduri kau dengan Akmal tempoh hari dari penafian kau, Zara,”
“Ehm, biar
lah, malas nak fikir!”
Orang tak
nak percaya, jadi biarkan saja.
Kerja-kerja
yang ditinggalkan di atas meja diuruskan satu persatu. Cadang hendak keluar
makan dengan Mastura tengah hari nanti, tetapi Tengku Mawar dan Tengku Cempaka
pula yang muncul di dalam biliknya. Ini syarikat kepunyaan Tengku Cempaka yang
diuruskan oleh Tengku Mawar dan Tengku Izraf Akif. Dia ditawarkan kerja di sini selepas habis
tamat belajar.
“Betul ke
Zara mengandung?” soal Tengku Cempaka. Bimbang, anak terunanya terlanjur dengan
anak dara jiran sebelah.
“Tak ada
lah Mak Engku. Hendak mengandung macam mana, kita mana ada tidur sekali pun!”
nafi Zara Irdina.
“Akif,
masuk bilik Zara sekejap, bonda ada benda nak cakap!” kata Tengku Mawar di
telefonnya.
Tidak
sampai seminit, Tengku Izraf Akif muncul di dalam bilik Zara Irdina sambil
tersenyum saja. Tersenyum memanjang dia,
“Akif,
Zara cakap dia tak mengandung pun!” kata Tengku Cempaka.
“Nak
mengandung apanya, kita orang tak buat benda jahat tu,” yakin Tengku Izraf
Akif.
“Tak kan
dengan bercium, berpeluk macam tu boleh mengandung, mak engku,” yakin Zara
Irdina pula.
“Bonda
pening dengan kau orang berdua. Suruh kahwin tak nak. Kalau kahwin kan senang
hati bonda,” terus Tengku Cempaka keluar ditemani oleh Zara Irdina dan
Tengku Izraf Akif.
Teruknya
dia orang ini, suka bercakap perkara yang tidak sepatutnya tentang aku dan
Tengku Izraf Akif. Sebut nama Tengku Akif itu di dalam hati saja, tetapi
sekarang sudah muncul orangnya di hadapan Zara Irdina. Hampir tiga minggu tidak
berjumpa tetapi hari ini, dia mendekati Zara Irdina semula.
“Aku nak
kau kahwin dengan aku dalam masa terdekat ini,”
“Kau nie
tak faham ke, aku tak nak!”
“Baik,
kalau kau tak nak, kau jangan menyesal nanti,” ugut Tengku Izraf Akif sebelum
keluar dari bilik Zara Irdina.
Hishh,
kepala mereng ini hendak buat apa lagi kat aku hah?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan