Mahu menangis saja kerana hati ini terasa begitu hiba
teramat sangat. Sangkanya Akmal adalah kekasih di kala senang, di kala suka,
dan apa tah lagi ketika hati ditimpa musibah sebegini. Aku tak salahkan takdir
ku kerana dilahirkan sebagai anak luar nikah, tetapi aku rasa terkilan kerana
kekasih hati ku melemparkan aku ke dasar lautan gara-gara status ku tadi.
“Yusuf, kau tidak boleh walikan Zara Irdina, sebab dia
hanya anak angkat kau, dia bukan anak kau, kalau kau teruskan niat kau tu,
perkahwinan ini tidak sah, Yusuf,” halang Wan Raziah, ibu kepada Wan
Yusuf. Saat itu aku sedang duduk di
bahagian belakang, manakala Akmal baru berjabat tangan dengan tuk kadi untuk
diakadnikahkan. Semua hadirin yang ada di bilik itu memandang ke arah Wan
Raziah.
“Apa nie mak cik?” tanya Haji Osman terkejut dengan
kenyataan itu. Di dalam hati sudah datang seribu pertanyaan.
“Lupakah kau, Yusuf. Zara Irdina hanya anak yang dibuang
oleh keluarganya kerana dia dilahirkan bukan dari ikatan yang perkahwinan yang
sah. Dia anak luar nikah, Yusuf. Dan kau tak berhak untuk mewalikan dia,”
sambung Wan Raziah. Zara Irdina tergaman mendengarnya. Betul ke semua ini? Atau
ini hanya satu fitnah ke atas dirinya.
“Apa??? Yusuf kau jangan main-main. Kau jawab sekarang
juga, betul ke apa yang mak kau cakap kan ni?” suara Haji Osman bergema di
dalam bilik. Matanya merah seperti biji saja dan mukanya seperti harimau yang
mahu menerkam mangsanya saja.
“Maafkan aku Osman. Maafkan aku!” suara Wan Yusuf
perlahan. Kasih sayang seorang ayah yang membuatkan aku terlupa bahawa
sesungguhnya Zara Irdina hanya lah anak angkat ku saja. Dan aku hampir-hampir
mahu melakukan kesilapan dengan mewalikan pernikahannya. Kasih sayang yang
membuatkan aku buta, sehinggakan mahu melanggar hukum ALLAH. Zara, papa minta
maaf yer.
“Pak cik, betul kah Zara tu anak haram?” tanya Akmal yang
turut kesal dengan semua ini. Bakal isteri ku anak luar nikah? Orang yang aku
puja selama ini rupanya bukan lah perempuan yang suci. Aku sudah tertipu dengan
keayuannya barangkali.
“Betul, Akmal!” jawab Wan Yusuf sambil memandang wajah
isterinya dan sekarang memandang wajah Zara Irdina yang menunduk memandang ke
arah lantai.
“Anak siapa, Yusuf? Anak pelacur mana yang kau kutip?”
tengking Haji Osman pula. Dia rasa teramat malu. Dia rasa tertipu. Selama ini
dia sangkakan Zara Irdina adalah anak kepada sahabat baiknya ini. Rupanya anak
luar nikah. Dan anak luar nikah memang tidak layak untuk dijadikan isteri kepada
Akmal, dan tidak layak juga menjadi ahli keluarganya. Aku tidak mahu perempuan
hina seperti ini menjadi ahli keluarga ku.
“Osman, tergamaknya kau tuduh Zara itu anak pelacur? Dia
bukan anak pelacur seperti apa yang kau fikirkan,” tengking Wan Yusuf sudah
mula berdiri. Telinganya panas, hatinya sudah tercalar mendengar penghinaan
itu.
“Habis kalau bukan pelacur, anak penzina mana hah? Aku
jijik dengan kau Zara Irdina, kau tak layak jadi isteri aku, malah jadi
perempuan simpanan aku pun kau tak layak, Zara Irdina,” ucap Akmal sambil
mendapatkan Zara Irdina.
“Kau jangan cakap sembarangan, Akmal!” tepis Zara Irdina.
Akmal menarik badan Zara Irdina supaya berdiri dan mahu ditamparnya muka Zara
Irdina tetapi Zara Irdina sempat mengelak. Zara Irdina terduduk.
“Penipu, perempuan seperti kau terlalu kotor Zara, busuk
dan hanyir,” hina Akmal dan mahu menendang muka Zara Irdina yang sedang
terduduk. Tetapi Wan Yusuf sempat
menolak tubuh Akmal sehingga terpelanting jauh ke pintu.
“Kalau sudah emak menjadi pelacur, penzina, anak pun sama
saja. Aku tetap akan kau kahwin dengan kau, Zara. Supaya aku boleh seksa hidup kau sampai mati.
Sebab kau permainkan cinta ku, dan kau permainkan maruah keluarga ku” pekik
Akmal.
Itulah yang berlaku tadi, aku masih ingat kata-kata Akmal
dan Haji Osman ke atas diriku, dan semuanya masih segar di dalam ingatan. Air
mata Zara Irdina mengalir perlahan.
“Dah, menangis sampai banjir pun tak ada maknanya. Nanti
semua orang hairan pula, hujan pun tak, tertiba banjir rumah kau,” kata Tengku
Izraf Akif sudah berdiri di dalam biliknya. Kau nie suka masuk rumah aku buat
sesuka hati kau saja.
“Pergi lah balik, aku tak nak jumpa kau, Akif!” kata Zara
irdina. Air mata dikesat dengan hujung baju.
“Aih, ayat macam dah jadi isteri aku saja ni,” usik
Tengku Izraf Akif sambil menghampiri
Zara Irdina.
“Hu hu hu..,”
“Kau tengok muka kau kat cermin, cantik tak kalau kau
menangis?” kata Tengku Izraf Akif sambil meletakkan cermin kecil di hadapan
muka Zara Irdina. Zara Irdina memandang wajahnya di dalam cermin. Air mata, air
hingus semuanya ada. Muka pun sembam saja. Mata sudah menjadi merah.
“Kalau dalam keadaan macam nie, muka kau cantik tak
mengapa jugak, nie muka macam kera kena belacan, buruk aku tengok, nak
termuntah tau tak?” sambung Tengku Izraf Akif lagi. Zara Irdina tersenyum mendengarnya.
“Buat apa kau datang?” tanya Zara Irdina. Diambilnya tisu
dan dilap air mata dan air hingusnya. Tak reti malu langsung dengan aku.
“Kena mengadap Tengku Cempaka sekarang. Dah hampir sejam
bonda aku tunggu kau,” beritahu Tengku Izraf Akif. Semua ahli keluarga sedang berkumpul di
istana, menunggu kedatangan Zara Irdina.
“Untuk apa?”
“Mana lah aku tau, nak suruh kita kahwin sekarang kut!”
“Aku lebih rela kahwin dengan orang lain dari kahwin
dengan kau, Akif,”
“Siapa nak kat kau lagi, semua orang dah tahu kau tu dah
terlanjur dengan aku? Siapa nak bekas aku lagi, kau cakap?”
“Ada ler,”
“Aku dah hisap madu kau, kau tu dah kena tebuk dengan aku
tadi, siapa nak buah yang dah kena tebuk macam tu? Orang gila saja yang nak
kut!”
“Akif, kita tak buat apa-apa pun tadi,”
“Kita dua saja yang tau tentang itu, orang lain semua dah
anggap kau dah hilang dara tadi,”
“Aku tumbuk muka kau, serabai gigi kat lantai,”
“Dengan aku nak tumbuk bagai, dengan Akmal tadi kenapa
tak lempang saja muka dia, menyampah aku tengok kau, asyik menangis saja. Pergi
pakai tudung, aku tunggu kat luar,” kata Tengku Izraf Akif terus berlalu
keluar.
Kata hendak tunggu, tetapi tak tunggu pun. Tipu
hidup-hidup. Zara Irdina berjalan ke arah istana yang berhampiran dengan
rumahnya. Berjalan tidak sampai pun lima langkah, terus sampai ke istana.
Tengku Izraf Akif sedang menunggu di hadapannya.
“Bersiap apa lambat sangat ni?”
“Aku datang pun sudah besar tuah, anak raja ooi,”
“Jom lah masuk,”
Keluarga Zara Irdina dan keluarga Tengku Izraf Akif
sedang menanti kedatangan mereka berdua. Hanya sempat berdiri apabila Wan
Aisyah menampar pipi Tengku izraf Akif, manakala Tengku Cempaka pula menampar
pipi Zara Irdina.
Di hadapan semua orang, Tengku Akif dipukul oleh Wan
Aisyah atas sikapnya tadi. Manakala Zara Irdina pula ditampar oleh Tengku
Cempaka. Dua-dua menerima hukuman atas perbuatan mereka sebentar tadi.
Mata Tengku Izraf Akif dan Zara Irdina saling
berpandangan. Ini habuan yang mereka dapat atas kelakuan mereka di dewan tadi.
Habuan kerana mementingkan perasaan diri sendiri dari maruah keluarga. Nama
keluarga tercemar atas pelakuan mereka berdua.
“Berzina itu berdosa besar lah, Tengku Izraf Akif. Malah
kau berzina dengan isteri orang, hukumannya adalah rejam sampai mati untuk
menebus dosa kau sebentar tadi..,” marah Tengku Cempaka. Tidak sangka Tengku
Akif seberani ini mengambil tindakan ke atas Zara Irdina.
“Mak engku salah faham lah, kita orang tak buat benda
terkutuk tu. Waktu Akif masuk, Zara nak salin pakaian lah, pastu yang
selebihnya kita orang berlakon saja lah. Kita orang tak ada apa-apa pun!” jujur
pengakuan Zara Irdina. Aku kena bersihkan nama Tengku Izraf Akif dan ahli
keluarganya. Jadi aku perlua berani untuk membuat pengakuan.
“Zara???” panggil Wan Aisyah. Sudah lah dihina dan
dikeji, ditambah dengan sikap Zara Irdina tadi, semakin tercemarlah nama
keluarganya kini.
“Akif nak tolong Zara saja kerana Akmal menghina Zara
tadi, itu saja. Zara sendiri setuju dengan lakonan Akif, sebab Zara tak sanggup
jadi isteri kepada lelaki yang telah menghina Zara dan ibu kandung Zara. Kita
orang tak buat benda terkutuk itu lah, mak engku!” pujuk Zara Irdina sambil
memegang tangan kanan Tengku Cempaka yang menampar pipinya tadi. Sakit tetap sakit,
tetapi dia yang bersalah dan memang patut menerima hukuman.
“Akif??” soal Tengku Cempaka pula. Cakap apa yang berlaku
sebentar tadi.
“Bonda lihat sendiri kan, memang Akif dan buat benda tu
dengan Dina. Dah sentuh luar dalam Dina tu..,” jelas Tengku Akif sambil
tersenyum kemenangan. Selepas ini aku akan pikat Zara Irdina menjadi milik ku.
“Gila..,” pintas Zara Irdina. Tengku Akif memanjangkan
tangan kanannya, memegang bahu Zara Irdina tetapi Zara Irdina menepisnya.
“Jangan sentuh anak dara orang ikut suka hati, Akif!”
tegur Wan Yusuf. Keluarga Akmal sudah banyak menghina aku dan Zara Irdina tadi,
dan aku rasa Zara Irdina layak mendapat lelaki lain, contohnya seperti Tengku
Akif di hadapan mata aku sekarang.
“Tadi pun dah buat macam-macam lah dengan budak ni!” ujar
Tengku Akif sambil menunjuk ke arah Zara Irdina.
“Kau jangan main-main, Akif. ALLAH tahu segala perbuatan
kau!” jerit Tengku Cempaka. Betul tu bonda, ALLAH tahu semuanya tadi. Kita
orang tak buat dosa besar, tetapi telah melakukan dosa-dosa kecil. Akif akan buat solat taubat nasuha malam ini,
bonda!
“He he he..,” ketawa Tengku Akif.
“Selepas dua bulan, bonda nak kau menikah dengan Zara
Irdina, Akif!” putus Tengku Cempaka. Zara Irdina tidak perlu menunggu iddah
kerana dia bercerai sebelum sempat disentuh oleh Akmal. Jadi sesiapa pun boleh
berkahwin dengan Zara Irdina sekarang.
“Sekarang pun tak mengapa, bonda. Dia nie bukan ada
iddah, lagi pun Akif takut perut dia buncit sebelum kita orang bernikah!” kata
Tengku Izraf Akif tersenyum tanda senang hati. Tengku Cempaka menjeling tajam
dan Zara Irdina pula menarik muka masam. Sakit jiwa tiba-tiba dengan sikap
Tengku Izraf Akif.
“Mak Engku ni, jangan lah buat keputusan terburu-buru,
Akif akan berkahwin dengan Tengku Azlin lah, bukan dengan saya. Saya tak layak
untuk Akif!” bantah Zara Irdina. Aku mana boleh kahwin dengan anak raja,
keturunan orang besar-besar pula. Aku tak nak maruah keluarga Tengku Cempaka
tercemar kerana aku. Lagipun Tengku Izraf Akif sudah ada tunang pun.
“Ini bukan soal layak tak layak, soal sekarang,
keterlanjuran Akif dan Zara tadi akan ada musibah nanti. Macam mana kalau apa
yang Akif cakapkan menjadi kenyataan?” pertikai Tengku Cempaka.
“Biar Zara tanggung seorang diri, mak engku. Zara tak nak
babitkan Akif dalam hal ini. Zara tak layak jadi isteri Akif..,” ucap Zara
Irdina perlahan. Kesakitan tadi belum pun hilang, sekarang datang pula ujian
sebegini.
“Zara Irdina...,” pujuk Wan Aisyah. Tahu hati Zara Irdina
begitu terluka tadi tetapi dia menyembunyikan segala kelukaan di dalam hati.
Tetapi kalau terluka pun jangan lah buat perkara terkutuk ini.
“Mama, Zara tetap anak luar nikah lah, mama. Kalau Akmal
tak layak untuk Zara, Akif lagi lah tak layak untuk Zara..,” lembut suara Zara
Irdina. Aku sedar siapa diri aku sekarang.
“Dina, aku akan bertanggungjawab!”
“Kau patut bahagia dengan Tengku Azlin, perempuan yang
kau cintai, bukannya degan aku. Apa pun terima kasih atas pertolongan tadi..,”
ucap Zara Irdina terus pergi dari situ. Tidak sanggup terus berdiri dan
mendengar cadangan yang bukan-bukan dari Tengku Cempaka dan Tengku Izraf Akif.
Dia tidak mahu nama baik insan yang disayanginya tercalar. Dia sayangkan Tengku
Cempaka kerana Tengku Cempaka baik dan rapat dengannya. Dia sayangkan Tengku
Izraf Akif kerana lelaki itu adalah temannya sejak dari kecil lagi. Oleh itu, dia tidak sanggup melukai hati-hati
orang yang menyayanginya selama ini.
Tengku Cempaka memanggil namanya, Wan Aisyah menjerit
namanya. Begitu juga dengan Tengku Akif, tetapi Zara Irdina tidak peduli pun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan