Aduhai sedihnya hari ini, sepatutnya hari ini adalah hari
bahagia untuk aku dengan Akmal yang aku puja, yang aku cinta selama tiga tahun
ini. Alih-alih kerana status yang tidak diduga sama sekali itu, telah meranapkan
semua harapan dan impianku. Aku anak luar nikah? Ingatkan anak angkat biasa
saja, rupanya anak angkat luar biasa.
Patutlah namaku tiada nama Wan, Puteri, Atau Nik, seperti
dua orang adik ku, kerana aku bukan berdarah satu keturunan dengan mereka. Nama
ku hanya Zara Irdina binti pun tiada. Nama ayah tiada tercatat di dalam sijil
kelahiran ku, tetapi nama ibu ada lah pulak. Nama itu adalah nama Wan Aisyah,
iaitu nama ibu angkat ku sekarang.
Selama ini aku ingatkan Wan Yusuf dan Wan Aisyah adalah ayah dan ibuku,
rupanya silap. Aku tiada ikatan darah dengan mereka berdua.
Selepas ini apa yang akan terjadi kepada ku? Boleh agak
tak? Selepas jadi janda dalam masa sehari, dan cerita karut yang aku dan Tengku
izraf Akif ciptakan tadi, apa pula yer selepas ini?
Siapa nak anak luar nikah? Siapa nak? Tentu ibu kandung
aku tak nak kan aku kerana aku anak haram, sebab itu ibu ku meninggalkan aku
kepada orang lain. Kalau lah orang yang menglahirkan aku pun tak nak kat aku,
apa tah lagi orang luar.
Jadi tak boleh salahkan Akmal, Cuma bila Akmal nak balas
dendam kerana aku telah memalukan dia dan keluarganya itu, itu yang tidak
wajar. Aku pun baru saja tahu dari Wan Raziah, nenek sebelah papa yang terpaksa
beritahu semua itu, kerana aku bukan anak papa. Kalau aku tahu, aku pun tak nak
lah semua ini.
Hari ini kahwin, hari ini bercerai mana ada orang buat
macam aku. Aku terpaksa buat sebab melihat cinta Akmal dalam hati sudah hilang
dek kerana status ku sebentar tadi. Akmal macam nak telan aku saja, nak mamah
aku saja. Lebih baik berpisah, dari hidup menderita. Malah Akmal dan
keluarganya dah siap caci dan maki aku lagi. Aku kah yang bersalah??
“Zara!” panggil Wan Aisyah membuatkan Zara Irdina
tersentak. Mujur lah kenduri buat di dewan saja. Akmal sendiri bersetuju untuk
buat serentak di dewan. Akad nikah di dewan sebelah pagi, selepas itu terus
majlis bersanding. Sekarang, sanding ke mana, apa ke mana?
“Mama tak cakap awal-awal...,” ucap Zara Irdina perlahan.
Tiba-tiba lidah menjadi kelu bila berhadapan dengan mama. Rasa macam nak
menangis saja. Tadi boleh simpan semua dalam hati tetapi sekarang tidak lagi.
Hibanya rasa hati. Kenapa mama simpan rahsia ini begitu lama sekali? Kalau
tidak kerana Zara nak berkahwin hari ini, tentu mama masih simpan lagi rahsia
tersebut.
“Maafkan, mama....,” kata Wan Aisyah sambil memeluk erat
bahu Zara Irdina. Dibelainya rambut Zara
Irdina. Apa dah berlaku dalam hidup anak sulongnya ini? Kahwin dan bercerai
dalam masa sehari saja. Atau kerana Zara Irdina tidak sabar dalam membuat
keputusan. Sabar itu kan tiang kepada iman.
“Elok lah Kak Zara bercerai dengan Akmal tu, sampai hati
dia hina akak di depan orang ramai.. siap nak tendang muka akak lagi, mujur ada
abang akif..,” setuju Syazana yang berdiri di belakang papanya. Itu juga
kenyataan, sebaik saja Akmal tahu Zara Irdina anak tidak sah taraf, terus Akmal
mahu menendangnya. Ingat lagi kemarahan Akmal tadi.
“Orang tengah marah, memang macam itu..,” bela Wan Aisyah
pula. Entah lah, dia sendiri masih lagi terkejut dengan semua ini. Seperti
sebuah mimpi saja.
“Papa tak suka Akmal buat macam tu kat anak papa... jadi
papa sokong Zara berpisah dengan Akmal. Banyak lagi lah lelaki yang nak kat
anak papa ni,” sokong Wan Yusuf pula. Lelaki yang baik untuk perempuan yang
baik saja. Jadi Akmal yang bertindak kasar kepada anak sulongnya bukan lah
lelaki yang baik. Sebab membuat tindakan terburu-buru setelah mengetahui latar
belakang Zara Irdina.
Bukankah tujuan berkahwin adalah untuk berkongsi suka dan
duka. Sanggup menghadapi segala rintangan dan ujian yang melanda. Gunung sama
di daki, dan lautan dalam sama direnangi. Ini, alih-alih, macam nak bunuh Zara
Irdina saja. Mujur ada Tengku Akif, kalau tidak memang aku yang pelangkup Akmal
tadi.
“Mama, kenapa mama rahsiakan semua ini dari Zara?” soal
Zara Irdina. Bukankah senang kalau Zara tahu perkara ini dari awal lagi. Tentu
Zara tak akan berkahwin dengan Akmal yang teruk perangainya itu.
“Hmmm, mama anggap Zara seperti anak kandung mama
sendiri, sebab itu mama rahsiakan semua ini dari Zara..,” luah Wan Aisyah.
“Siapa mak kandung Zara yang sebenarnya, mama?”
“Sharifah Kamariah,”
“Dia pelacur ke mama?”
“Jangan cakap macam itu lah, Zara. Dia seorang perempuan
yang baik orangnya, Cuma kita tidak tahu
cerita yang sebenarnya saja,” sampuk Wan Yusuf pula.
“Cerita lah kat Zara, mama, papa asal usul Zara ni,”
pujuk Zara Irdina. Terpaksalah Wan Yusuf dan Wan Aisyah menceritakan hal
sebenar kepada Zara Irdina.
“Kami sendiri tidak tahu Sharifah Kamariah mengandung
anak siapa, tiba-tiba dia mengandung dan dia sendiri tidak pernah bercerita
dengan siapa dia mengandung,” jelas Wan Aisyah.
“Jadi dia bukan pelacur lah?”
“Siapa cakap dia pelacur? Dia wanita yang berkerjaya dan
ada ilmu pendidikan yang tinggi. Orang cakap tidak serupa bikin saja, Zara!”
bela Wan Yusuff. Dia kenal sangat dengan Sharifah Kamariah tetapi takdir
Sharifah Kamariah yang tidak baik barangkali. Tidak tahu apa yang berlaku
kepada Sharifah Kamariah, tiba-tiba mengandung anak sebelum berkahwin. Dan
sikap mendiam diri Sharifah Kamariah yang membuat semua orang berteka-teki,
sejak dari dulu sehingga lah sekarang.
“Takdir Sharifah Kamariah yang tidak baik sebenarnya, “
kata Wan Aisyah pula. Takdir aku juga tidak sebaik perempuan-perempuan lain
sekarang.
“Lupa kan semua itu, yang penting Zara tetap anak papa
dan mama. Kami tak pernah menganggap Zara anak angkat kami pun. Mungkin sebab
ini lah yang membuatkan mama dan papa terlupa tentang status Zara, maafkan kami
yer,” sambung Wan Yusuf sambil menepuk bahu Zara Irdina.
“Betul tu Kak Zara, Zana dan Ayuni tetap anggap Kak Zara
seperti kakak kandung kami juga!”ujar Syazana sambil memeluk erat kakak
angkatnya itu.
“Terima kasih sebab sayangkan saya, papa, mama!” ucap Zara Irdina terharu.
“Pergi lah berehat, jangan fikir yang bukan-bukan lagi.
Apa pun terjadi selepas ini kita hadapi bersama-sama,” balas Wan Yusuf.
Lega rasa hati, sekurang-kurangnya selesai satu cerita.
Hilang satu beban. Walaupun masih sedih dengan kejadian hari ini tetapi apabila
tahu cerita sebenarnya dia pasrah menerimanya. Ini dinamakan nasib dan takdir
untuk dirinya sendiri.
Pejam mata nampak macam-macam dalam mata. Nampak Akmal,
nampak Haji Yusuf dan ramai lagi. Nampak macam mana dia dimaki hamun, tetapi
yang paling berkesan di dalam hati adalah perbuatannya dengan Tengku Izraf Akif
tadi. Terpaksa bukan dia tidak tahu dosa dan pahala, halal dan haram
perbuatannya tadi, tetapi dia terpaksa kerana mahu Akmal menceraikan dia
secepat mungkin. Itu niat dia yang sebenar.
Pejam mata sekali lagi, dia tidak berjaya juga. Semuanya
bermain di dalam matanya bila di buka saja mata, dia pandang seseorang sudah
berada di dalam biliknya.
“Kau pergi balik sekarang, aku menjerit nanti baru kau
tau,” arah Zara Irdina sambil bangun dan menolak badan Tengku Izraf Akif keluar
dari biliknya.
“Jerit lah, aku tak kisah pun!” balas Tengku Izraf Akif
dengan berani.
“Tolong lah balik, dah lewat malam ni, nanti apa pula
orang kata,” suruh Zara Irdina. Perasaan malu akibat perbuatan tadi pun belum
habis lagi, sekarang hendak tambah masalah lain pula ke?
“Biar lah apa orang nak kata, aku dah tak kisah,” jawab
Tengku Izraf Akif.
“Kau kena ingat kau tu tunang orang, aku ni janda. Tak malu ke?” Andai Tengku Azlin tahu, teruk
nanti.
“Dulu aku nak kat kau, kau mengada-ngada yer nak kahwin
sangat dengan Akmal tu..,” perli Tengku Izraf Akif. Ini masalahnya, sebab rumah
kami hanya dipisahkan dengan pagar dawai itu saja. Istana Tengku Cempaka itu
bersebelahan dengan rumah kami. Dan dia
hanya perlu panjat poko besar yang menjadi titi untk sampai ke jendela bilik
Zara Irdina. Dulu, tidak lah seberani hari ini, tetapi hari ini sudah terlebih
berani sampaikan sudah berani masuk ke dalam bilik kepunyaan Zara Irdina.Tak
sukanya dia buat perangai macam sekarang ini.
“Kau kan dah ada Tengku Azlin, jadi aku pilih Akmal.
Salah ke aku kahwin dengan Akmal?” geramnya kerana dia tidak pernah berhenti
menganggu hidup aku. Selama ini aku tak kisah pun dia kawan dengan siapa atau
bercinta dengan mana-mana gadis pun, tetapi dia mengamuk sebaik saja aku
bertunang. Malam ini aku bertunang, malam esok dia buat majlis pertunangan
antara dia dan Tengku Azlin. Tujuannya sengaja hendak menyakiti hati aku.
“Siapa tunang dulu? Kau atau aku? Aku ajak kau kahwin,
kau tak nak, kononnya sebab cintakan Akmal, cinta lah sangat dengan mamat sewel
macam tu.. meluat aku!”
“Kau sendiri cakap kau ada Azlin...,” pintas Zara Irdina.
Dua-dua penyimpan perasaan, sebenarnya suka sama suka sejak dari kecil lagi,
tetapi yang si gadis ini asyik jual mahal saja. Tengku Akif pun satu, asyik
main-main. Macam mana lah Zara Irdina nak percaya kepada Tengku Akif, kalau begitu
caranya.
“Aku dah putuskan pertunangan aku dengan Azlin sekejap
tadi, sekarang kau jangan banyak songgeh, kita kahwin...” terang Tengku Akif.
Tak nak terlambat lagi. Dia tidak pernah cintakan Tengku Azlin, tetapi dia
hanya menyintai Zara Irdina sejak dia mengenali apa itu erti cinta. Zara Irdina
sudah lama bertahkta di dalam hatinya. Tengku Azlin tu kerana nak sakitkan hati
Zara Irdina saja.
“Hah???” terkejut Zara Irdina. Apa Tengku Akif dah buat
nie? Batal kan pertunangannya dengan Tengku Azlin sebaik saja tahu aku sudah
bercerai dengan Akmal???
“Aku akan bertanggungjawab ke atas kau lah!”
“Aku tak pernah cintakan kau, Akif,” jawab Zara Irdina.
“Aku tak kisah kau cinta kan aku atau tidak, yang penting
kau kena kahwin juga dengan aku,” tegas Tengku Izraf Akif. Masalah baru pula
yang datang. Aku sudah banyak masalah, sekarang tambah lagi satu masalah. Akif
nie, dia bukan kira kalau sudah membuat keputusan.
“Kau tak faham ke aku cakap tak nak kahwin dengan kau,”
jerkah Zara Irdina, biar istana boleh mendengar suaranya. Geram tahap kepala
dewa sekarang ini.
“Irdina, aku boleh buat lagi teruk dari tadi. Kau nak?” ugut
Tengku Izraf Akif.
“Aku rogol kau, kau nak?
“Kenapa teruk sangat perangai kau ni?” Takutnya dengar
perkataan rogol buat dia kelabu mata dan rogol aku, tak pasal mengandung anak
haram pula nanti.
“Kalau kau berdegil, aku buat benda tak senonoh tu kat
kau. Biar kau mengandung anak haram macam kau juga,” ugut Tengku Izraf Akif
lagi. Dia ni memang gila aku rasa.
“Kau kahwin dengan Azlin tu, aku tak kisah lah!” Keluarga
Tengku Akif belum tentu akan setuju dengan perkahwinan kami setelah tahu status
aku sekarang. Lagipun Aku tak nak maruah keluarga Tengku Cempaka tercemar kerana
aku.
“Lepas tu biarkan anak aku membesar dalam perut kau macam
tu?” kata Tengku Akif. Suara yang kuat itu mengejutkan Wan Yusuf dan Wan Aisyah
yang berada di bilik bawah.
“Zara, siapa tu?” soal Wan Yusuf dari tingkat bawah.
“Pergi balik sebelum papa masuk ke dalam bilik aku!”
pinta Zara Irdina. Tengku Akif buat tidak peduli saja.
“Zara,” panggil Wan Aisyah pula.
“Akif call papa, kita orang tengah bertengkar,” tak pasal
aku kena cakap bohong dengan keluarga aku malam ini. Tengku Izraf Akif
tersenyum. Takut juga kau dengan aku.
“Bila pula aku mengandung anak kau. Jaga sikit mulut kau tu!”
marah Zara Irdina. Tak reti malu langsung kau ni.
“Aku boleh buat sampai kau mengandung kau nak? Kalau nak
sekarang pun boleh,” kata Tengku Izraf Akif sambil menarik Zara Irdina ke dalam
pelukannya.
“Akif, kau jangan jadi gila, boleh tak” ronta Zara Irdina,
ditumbuknya dada Tengku Izraf Akif dengan kuat dan Tengku Izraf Akif terpaksa
melepaskan pelukannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan