Kecohnya hal kahwin cerai dan keterlanjurannya dengan
Tengku Izraf Akif. Heboh satu taman. Heboh juga di Facebook, twitter dan alat
komunikasi yang lain. Itu semua kerja
Tengku Azlin yang tidak puas hati dengan keputusan Tengku Izraf Akif untuk
memutuskan pertunangannya. Lagi satu masalah. Aku semalam tidak boleh tidur,
makan pun tak berapa lalu. Dan kalau berterusan macam ni, nanti boleh sakit
kepala sebab terlampau stress. Ini pun
rasa macam tak berapa nak sihat. Rasa macam nak demam. Tekanan kuat sangat ni,
rasa macam nak lari saja dari sini. Lari jauh-jauh.
Lari dari Tengku Izraf Akif dan semua orang di sini.
Tidak tertanggung rasanya sekarang sebab banyak sangat masalah. Aduhai, pening
kepala sekarang ini. Sekarang Tengku Izraf Akif belum pulang lagi, tetapi
penyampai berita tidak sahih ini pula yang muncul di hadapannya.
Tengku Azlin datang ditemani oleh ahli keluarganya dan
juga Tengku Cempaka.
“Kerana perempuan kotor ini lah, Akif tinggalkan saya
bonda, mesti perempuan nie ada buat sesuatu pada Akif...” serang Tengku Azlin
membuatkan Zara Irdina terus memandang wajah Tengku Cempaka.
“Salah faham saja nie..,” ujar Zara Irdina. Gara-gara
Tengku Izraf Akif putuskan pertunangannya jadi aku lah sasarannya sekarang.
“Akif cakap kau mengandung anak dia, dia nak
bertanggungjawab. Kalau macam nie lah kau gunakan cara untuk mendapatkan Akif,
aku pun boleh buat lah, Zara!” tambah Tengku Azlin lagi membuatkan hati Zara
Irdina seperti disimbah cuka saja. Hendak mengandung macam mana, kami bukan
buat apa-apa pun.
“Dia tipu kau pun kau percaya ke? Cinta apa namanya kalau
ada perasaan curiga. Akif nie mana berani lah nak buat macam tu kat aku?”
pertahankan Zara Irdina. Kena pertahankan Tengku Akif dulu, sebab dia dari
golongan bangsawan dan orang yang baik-baik.
Bukan seperti aku. Tambahan lagi bonda turut ada bersama kami.
“Aku tak percaya..,” tekan Tengku Azlin.
“Aku ambil sungguh baru kau tahu. Sudah lah tu, pergilah
selesai masalah kau orang baik-baik, aku tak nak masuk campur!” pinta Zara
Irdina. Muncul pula Tengku Izraf Akif ketika sedang berbincang. Dia datang
nanti lagi serabut. Aku kalau nampak muka dia, rasa serabut sangat. Rasa macam
nak pengsan pun ada.
“Azlin, jodoh kita dah tak ada lah. Aku tak boleh
tinggalkan Irdina dan anak aku kerana cinta kau. Maaf sangat-sangat!” jelas
Tengku Akif. Bersungguh! Mata Zara Irdina menculang melihat sikap Tengku Akif.
“Jangan percaya dia, Tengku Azlin!” pertahankan Zara
Irdina.
“Sikit lagi perut tu dan bonyot ke depan, tak boleh lagi
nak simpan rahsia kita, Dina!” ucap Tengku Izraf Akif membuatkan Tengku Azlin
dan semakin terkejut.
“Lelaki seperti ini tak layak jadi suami Lin, Kalau
sebelum kahwin pun sudah buat perangai, sudah berani berlaku curang, kahwin
esok lagi teruk kelakunya.” balas Tengku Badariah. Bengang bercampur dengan
sakit hati. Tidak sangka Tengku Izraf Akif bersikap buruk seperti ini. Ingatkan
dia orang baik-baik sebab keturunannya dari orang yang baik-baik.
“Betul tu, bonda. Saya tak layak untuk puteri bonda!”
yakin Tengku Izraf Akif. Aku nak kahwin dengan Zara Irdina. Bukan dengan
perempuan lain lagi. Zara Irdina memang diciptakan untukku.
“Jom kita balik, ramai lagi yang layak jadi menantu
papa,” ajak Tengku Adnan sambil menarik tangan puteri dan isterinya.
“Yang mana satu betul nih, Akif, Dina?” persoal Tengku
Cempaka.
“Dia merapu saja!” balas Zara Irdina sambil berlalu
pergi. Tengku Akif hanya tersenyum tanda dia berjaya untuk menyakinkan Tengku
Azlin, bahawa dia ada hubungan sulit dengan Zara Irdina sehingga mengandung.
Aku tak pernah ada hati pun kat Tengku Azlin. Apabila
Zara Irdina memilih Akmal untuk dijadikan suami, aku sengaja memilih Tengku
Azlin untuk menjadi tunangku. Apabila takdir tidak menyebelahi Akmal,
jawapannya Zara Irdina adalah hak aku. Jadi buat apa lah diteruskan pertunangan
dengan Tengku Azlin lagi sedangkan dalam hati ku sejak dari aku kecil lagi,
memang sudah tertulis nama Zara Irdina.
Selepas menunaikan solat isyak, Zara irdina mengemaskan
beg pakaiannya. Dia akan pergi dari sini buat sementara waktu. Itu saja jalan
yang terbaik dalam hidupnya. Dia perlu kumpulkan kekuatan dirinya untuk
menghadapi segala ujian kehidupan.
Sekarang ini banyak perkara yang berlaku.
1.
Baru jadi janda.
2.
Akif tu tengah buat onar yang bukan-bukan (jadi kena larikan diri dari Akif
terlebih dahulu)
3.
Perlukan kekuatan diri dan mencari ketenangan apabila sudah kuat barulah
pulang semula ke sini.
Angin dari
jendela menyapa rambutnya. Hairan, bukankah jendela itu sudah tertutup kemas.
Dia menuju ke sana, dan terkejut melihat tubuh sasa itu sudah berdiri di
hadapannya.
“Weiii...,”
pertama kali anak raja ini buat perangai yang tidak disangka-sangkakan. Rumah
aku dan istana hanya terpisah dengan pagar saja tetapi ada pohon yang rendang
yang menghubung antara rumah aku dan istana indah di sebelah sana. Kalau panjat
pokok tu memang boleh sampai ke jendela rumah aku. Dan mesti anak raja ini buat
macam tu malam ini.
“Beri aku
masuk, kalau tidak satu istana tahu aku datang ke sini!” bisik Tengku Akif.
“kau nak
buat apa lagi?” kata Zara Irdina sambil menarik zip beg pakaiannya.
“Kau nak
pergi mana? Nak lari? Jangan buat kerja bodoh. Kalau kau lari sampai ke hujung
dunia pun masalah kau tak akan selesai,” Marah Tengku Akif apabila melihat beg
pakaian Zara Irdina di atas katil.
“Oo, kau
buat kerja bodoh tak apa pulak. Aku nie janda, yang kau buat cerita macam-macam
tentang aku tu kenapa?” marah Zara Irdina kembali. Geram sangat!
“Padan
muka Akmal!”
“Hah?”
“Tak payah
buat terkejut macam tu, sepatutnya kau ucap terima kasih kat aku sebab dah
tolong hasrat kau nak bercerai dengan Akmal tu..,”
“Tak nak
dengar lagi nama jantan tu,” ucap Zara Irdina.
“Ha ha
ha..,” kes nie yang aku suka kau, Zara Irdina.
“Dah, aku
nak cari ketenangan, aku rasa rimas sangat dengan semua masalah...,”
“Ketenangan
tu ada dalam hati. Bukan cara begini cari ketenangan. Ingat ALLAH, istifarg
banyak-banyak, zikir. Itu caranya orang cari ketenangan!” kata Tengku Akif.
Zara
Irdina terduduk di atas katilnya, matanya merenung wajah Tengku Izraf Akif.
Banyak kenangan antara kami, dia juga selalu ada ketika aku berduka sejak dari
aku masih remaja lagi. Tetapi jurang
antara kami terlalu ketara. Dia langit, aku ini bumi. Dia air laut, aku ini air
sungai saja. Terlalu jauh perbezaan antara kami. Andai ada perasaan pun, aku
kena buang perasaan itu jauh-jauh. Tambahan dengan status aku sekarang, andai
diteruskan hubungan kami, lagi lah tercemar nama dia. Aku kena jaga nama dia,
bukannya buat sikap pentingkan diri sendiri.
“Akuuuu...,”
kata-kata Zara Irdina terhenti di situ. Tuhan, berikan aku kekuatan untuk
menghadapi dia, untuk menghadapi mama dan papa, untuk menghadapi Tengku Cempaka
dan juga masyarakat sekeliling esok hari dan hari-hari mendatang doa Zara
Irdina di dalam hati. Aku perlukan kekuatan yang tinggi. Aku tidak boleh lemah
lagi.
“Kita
hadapi semua ini bersama-sama, janji kau tak lari dari aku!” ucap Tengku Izraf
Akif membuatkan hati Zara Irdina di buai rasa sayu. Dia memang ikut kepala dia
saja tetapi dia sebenarnya baik dan memahami.
“Hmm...,”
tak tahu nak cakap apa lagi.
“Aku luku kepala
baru tau..,”
“Aku tak
nak kahwin dengan kau..”
“Aku ajak
ke kau kahwin dengan aku sekarang? Aku cakap kita hadapi semua nie bersama, ada
aku sebut perkataan kahwin!” tapi aku akan buat sampai kau kahwin juga dengan
aku lah. Itu janji aku dalam hati aku nih, Dina!
“Stress
aku ada kawan macam kau..,”
“he he
he..,”
“Kak Zara,
bercakap dengan siapa tu?” soal Syazana di bilik sebelah. Dengar ke suara kami
nih? Alamak pintu bilik tak tutup dengan rapat, patut boleh dengar suara kami
berdua.
Tengku
Akif menuju ke pintu dan terus menutup dan mengunci pintu bilik. Sekarang kami
berdua terkurung di dalam bilik ini. Lagi gawat. Orang tahu macam mana?
“Kau
balik, nanti tak pasal kena tangkap khalwat pula!” gesa Zara Irdina. Bilik
terkunci macam nie, kalau Tengku Izraf Akif buat perangai macam mana? Hu hu
hu... jantung macam dah jatuh atas tangga.
“Aku akan
balik, tapi selagi kau tak jadi isteri aku, aku akan datang ke sini mulai hari
ini..,” ucapnya sambil berlalu keluar. Zara Irdina terus menutup pintu yang mengadap
ke arah istana lalu dikuncinya dengan rapat.
“Dina,
buat solat taubat, jangan lupa kita pernah terlanjur. Walaupun niat baik, tapi
tetap berdosa!” pesan Tengku Akif. Betul lah tu. Aku dengan dia sudah berdosa
atas kelakuan kami.
Aku datang
sebab nak sampaikan yang ini saja lah, Zara Irdina. Dan untuk lepaskan perasaan
rindu aku dekat kau, yang aku puja sejak dari dulu lagi.
Selamat
malam sayang, mimpi kan abang yer malam ni....
Kah..
kah.. kah...
3 ulasan:
Sweet si tengku akif tu..
Sweet la si tengku akif tu..
Jenguk tingkap lu mana tahu ada akif p masuk kat bilik sy....
Catat Ulasan