Ahad, 23 November 2014

MY LOVELY TENGKU (BAB 4)



Dia ni lah tergamaknya dia nak buat macam tu kat aku??? Orang tengah sedih, dia boleh cakap sembarangan pula. Macam mana ni? Tak kan nak tidur atas tangga pula. Hendak tidur dengan Syazana, nanti apa pula kata Syazana. Anak raja tu dah balik ke belum? Kalau belum macam mana? Ah, kunci kereta tertinggal di dalam bilik pula.  Dua puluh minit berlalu, dia masuk semula ke dalam bilik, terkejut melihat Tengku Izraf Akif sedang tidur di atas katil kepunyaanya.
“Akif!” kejut Zara Irdina. Tidur betul atau tipu ni.
“Sedap juga katil kau ni,” kata Tengku Izraf Akif terus bangun dan pergi dari situ. Aik, senang pula balik.
“Dina, I Miss you!” ucap Tengku Izraf Akif sambil membuka tingkap bilik Zara Irdina.
“Miss you tengkorak kau!”
“Ha.. ha.. ha.” Ketawa itu yang membuatkan aku sakit jiwa sekarang ini.  Macam mana hendak lari dari Tengku Izraf Akif. Memang sudah lama kami berkawan, dan rasanya sudah kenal hati budi masing-masing. Sebab kenal hati budi masing-masing ini lah yang susahnya. Aku tahu siapa dia anak raja nan seorang itu.

Tak boleh hendak tidur sehingga sampai subuh. Selepas solat subuh, baru boleh tidur sekejap. Mujurlah masih bercuti, kita kan cuti kahwin selama tiga minggu. Walaupun sudah bercerai, cuti tetap cuti. Lagi pun hendak pergi kerja rasa malah teramat sangat. Mood tiada. Semangat pun tiada. Sekarang hendak berehat-rehat di atas katil saja sambil lelapkan mata. Kalau boleh tidak mahu diganggu sesiapa pun.

Mujurlah boleh terlelap, sekurang-kurangnya boleh ganti juga yang semalam punya. Semalam tidak boleh lelapkan mata kerana hati terlalu risau dan sedih. Orang yang alami saja yang akan mengertinya.
“Kak!” panggil Syazana sambil menepuk bahu kanannya sebab dia tidur mengiring.
“Kenapa?”
“Akmal dan keluarganya datang serang akak, “ beritahu Syazana tanpa berselindung.
“Okey, nanti akak turun, nak basuh muka dulu!” balasnya terus bangun dan menuju ke bilik air.
“Jangan lama-lama, kak!” pesan Syazana sebelum melangkah keluar.

Cari aku buat apa pagi-pagi buta nih agaknya? Ada apa lagi yang tak kena.
“Dina,” panggil Tengku Izraf Akif ketika Zara Irdina keluar dari bilik air. Dia ni bila pula masuk kat bilik aku?
“Kau nie, aku tak pakai tudung lagi  ni,”
“Pakai ke tak pakai ke, aku dah nampak luar dan dalam kau,”
“Cuih, kau nak buat apa ni?” terus cari tudung dan disarungkan di kepala.
“Tengok isteri aku ler, dah jaga ke belum? Pagi tadi aku sampai kau tu tengah tidur,”
“Kau masuk bilik aku ke tadi?” soal Zara Irdina. Aku macam nak menangis mendengar jawapan yang dia berikan kepada aku sekarang. Nampak gayanya dia sudah melihat aku pagi tadi. Hu hu hu...
“Mujurlah aku tak buat benda pelik kat kau tadi, tidur sampai tak sedar diri,” kata Tengku Izraf Akif sambil menarik tangannya.
“Aku bukan isteri kau, Akif. Jadi jangan sentuh tangan aku, boleh tak?” tegur Zara Irdina dengan suara yang garang.
“Kau memang nak kena dengan aku agaknya. Jangan dicabar kesabaran aku, Dina. Takut kau menyesal nanti,” marah Tengku Izraf Akif.
“Kau nak apa dari aku? Rasa-rasanya aku tak berhutang apa-apa dengan kau?”
“Mulut tu jaga sikit boleh tak?” Tengok kalau lawan cakap dia, dia mesti jadi bengang macam ini. Menyampah betul lah. Kalau tidak kerana dia anak raja, sudah lama aku saman dia, tak pun panggil polis suruh sumbat dia dalam lokap.

Mereka sama-sama turun ke bawah. Siap berpegangan tangan lagi. Itu yang buat hati tidak tertahan hendak marah kepadanya. Tetapi orang yang jenis tidak faham bahasa ini, marah pun buat kering air liur saja. Buat sakit jiwa raga saja.
“Aku nak minta duit ganti rugi dengan kau, Zara!” beritahu Akmal sebaik saja Zara Irdina dan Tengku Izraf Akif duduk di atas sofa.
“Ganti rugi apa pulak ni? Yang kau siap nak tendang aku, maki hamun aku tu, aku tak minta pun ganti rugi dekat kau,” balas Zara Irdina.  
“Kau tu sudah malu kan aku. Malah berlaku curang pula dengan Tengku Akif,” terang Akmal. Akmal datang dengan adik beradiknya, bukan dengan Haji Osman dan isterinya. Zara Irdina menarik nafas yang panjang. Ini balasan yang perlu aku menanggung atas perbuatan ku.
“Okey, aku sanggup bayar sebab Zara sudah menjadi kepunyaan ku,” celah Tengku Izraf Akif di sebelah Zara Irdina. Zara Irdina mengelengkan kepalanya tanda tidak setuju dengan tindakan Tengku Izraf Akif.
“Kita tak bersalah, buat apa nak ikut telunjuk dia,” marah Zara Irdina.
“Bukan banyak pun aku nak tu, setakat 50 ribu saja. Memang patut pun kau bayar sebab kau yang merampas Zara dari aku,”balas Akmal.
“50 ribu??? Kau jangan main-main, Akmal.” Kata Zara Irdina. Ini soal maruah dan harga diri.
“Sikit saja aku minta, kalau aku nak berjuta pun, Tengku Akif mampu bayar,” sindir Akmal.
“Masalah nak bayar untuk kau, atas tujuan apa? Sebab aku malu kan kau? Sebab aku tidur dengan Akif?” soal Zara Irdina. Geram sangat. Kesalahan dia buat dia tidak nampak, tetapi kesalahan aku nampak pulak. Sehinggakan datang minta ganti rugi.
“Kau tu isteri aku, perempuan..,” jerit Akmal.
“Isteri atas kertas? Gitu?” balas Zara Irdina kembali.
“Dina, kawal perasaan tu, bawa bertenang boleh tak?” tegur Tengku Izraf Akif.  Buat apa lah kita bergaduh? Buang masa saja.
“Akmal, ikut aku sekarang, kita selesaikan perkara ini hari ini jugak!” arah Tengku Izraf Akif.
“Akif..,”
“Serah perkara ini kat aku, nanti aku uruskan. Kau pergi berehat!” suruh Tengku Izraf Akif. Ditariknya tangan Tengku Izraf Akif yang sedang berdiri.
“Tak nak bayar duit tu, nampak sangat kita buat benda salah!” bisik Zara Irdina.
“Duit aku boleh cari tetapi kau tu satu saja dalam hidup aku!” tegas Tengku Izraf Akif.
“Aku yang salah, biar aku yang bayar duit tu!” ucap Zara Irdina. Ini aku yang punya kerja kan? Aku yang tergedik nak buat macam ini, jadi biarlah aku yang menanggungnya.
“Boleh tak kita bincang selepas ini, aku balik nanti kita jumpa!” kata Tengku Izraf Akif sambil melepaskan pegangan tangan Zara Irdina.

Mereka telah pergi tinggal dia dengan keluarganya saja.
“Papa..,”
“Nanti kita bayar duit kepada Akif, papa boleh bayar duit sebanyak tu!”
“Tetapi papa...”
“Kasih sayang tak boleh dibeli dengan wang ringgit. Sekarang kita dah kenal siapa Akmal yang sebenar. Elok juga, dari kita kenal dia selepas Zara mengandung ke, ada anak ke, lagi teruk waktu tu,” tenang saja jawapan dari papa. Papa fikir macam Akif juga ke?

Elok ikut Tengku Izraf Akif hari ini. Mungkin dia pergi ke bank untuk keluarkan duit.  Diambilnya kunci kereta dan terus keluar. Tetapi alangkah terkejut apabila melihat tayar keretanya sudah dipancit orang.  Empat-empat biji tiada angin. Dan di pintu kereta tertulis perkataan anak haram dengan jelas sekali. Siapa punya kerja agaknya. Kalau dapat, memang aku tumbuk muka orang yang buat kianat padaku hari ini. Cermin kereta pula  turut dipecah orang.

Dia kembali masuk ke dalam rumah dengan muka yang masam.  Hendak senyum dengan papa dan mama pun tidak boleh. Tidak pandai berpura-pura dengan ahli keluarga sendiri.

Hmm... salah aku ke semua ini?

Jumaat, 21 November 2014

MY LOVELY TENGKU (BAB 3)



Aduhai sedihnya hari ini, sepatutnya hari ini adalah hari bahagia untuk aku dengan Akmal yang aku puja, yang aku cinta selama tiga tahun ini. Alih-alih kerana status yang tidak diduga sama sekali itu, telah meranapkan semua harapan dan impianku. Aku anak luar nikah? Ingatkan anak angkat biasa saja, rupanya anak angkat luar biasa.

Patutlah namaku tiada nama Wan, Puteri, Atau Nik, seperti dua orang adik ku, kerana aku bukan berdarah satu keturunan dengan mereka. Nama ku hanya Zara Irdina binti pun tiada. Nama ayah tiada tercatat di dalam sijil kelahiran ku, tetapi nama ibu ada lah pulak. Nama itu adalah nama Wan Aisyah, iaitu nama ibu angkat ku sekarang.  Selama ini aku ingatkan Wan Yusuf dan Wan Aisyah adalah ayah dan ibuku, rupanya silap. Aku tiada ikatan darah dengan mereka berdua.

Selepas ini apa yang akan terjadi kepada ku? Boleh agak tak? Selepas jadi janda dalam masa sehari, dan cerita karut yang aku dan Tengku izraf Akif ciptakan tadi, apa pula yer selepas ini?

Siapa nak anak luar nikah? Siapa nak? Tentu ibu kandung aku tak nak kan aku kerana aku anak haram, sebab itu ibu ku meninggalkan aku kepada orang lain. Kalau lah orang yang menglahirkan aku pun tak nak kat aku, apa tah lagi orang luar.

Jadi tak boleh salahkan Akmal, Cuma bila Akmal nak balas dendam kerana aku telah memalukan dia dan keluarganya itu, itu yang tidak wajar. Aku pun baru saja tahu dari Wan Raziah, nenek sebelah papa yang terpaksa beritahu semua itu, kerana aku bukan anak papa. Kalau aku tahu, aku pun tak nak lah semua ini.
Hari ini kahwin, hari ini bercerai mana ada orang buat macam aku. Aku terpaksa buat sebab melihat cinta Akmal dalam hati sudah hilang dek kerana status ku sebentar tadi. Akmal macam nak telan aku saja, nak mamah aku saja. Lebih baik berpisah, dari hidup menderita. Malah Akmal dan keluarganya dah siap caci dan maki aku lagi. Aku kah yang bersalah??
“Zara!” panggil Wan Aisyah membuatkan Zara Irdina tersentak. Mujur lah kenduri buat di dewan saja. Akmal sendiri bersetuju untuk buat serentak di dewan. Akad nikah di dewan sebelah pagi, selepas itu terus majlis bersanding. Sekarang, sanding ke mana, apa ke mana?
“Mama tak cakap awal-awal...,” ucap Zara Irdina perlahan. Tiba-tiba lidah menjadi kelu bila berhadapan dengan mama. Rasa macam nak menangis saja. Tadi boleh simpan semua dalam hati tetapi sekarang tidak lagi. Hibanya rasa hati. Kenapa mama simpan rahsia ini begitu lama sekali? Kalau tidak kerana Zara nak berkahwin hari ini, tentu mama masih simpan lagi rahsia tersebut.
“Maafkan, mama....,” kata Wan Aisyah sambil memeluk erat bahu Zara Irdina.  Dibelainya rambut Zara Irdina. Apa dah berlaku dalam hidup anak sulongnya ini? Kahwin dan bercerai dalam masa sehari saja. Atau kerana Zara Irdina tidak sabar dalam membuat keputusan. Sabar itu kan tiang kepada iman.
“Elok lah Kak Zara bercerai dengan Akmal tu, sampai hati dia hina akak di depan orang ramai.. siap nak tendang muka akak lagi, mujur ada abang akif..,” setuju Syazana yang berdiri di belakang papanya. Itu juga kenyataan, sebaik saja Akmal tahu Zara Irdina anak tidak sah taraf, terus Akmal mahu menendangnya. Ingat lagi kemarahan Akmal tadi.
“Orang tengah marah, memang macam itu..,” bela Wan Aisyah pula. Entah lah, dia sendiri masih lagi terkejut dengan semua ini. Seperti sebuah mimpi saja.
“Papa tak suka Akmal buat macam tu kat anak papa... jadi papa sokong Zara berpisah dengan Akmal. Banyak lagi lah lelaki yang nak kat anak papa ni,” sokong Wan Yusuf pula. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik saja. Jadi Akmal yang bertindak kasar kepada anak sulongnya bukan lah lelaki yang baik. Sebab membuat tindakan terburu-buru setelah mengetahui latar belakang Zara Irdina.

Bukankah tujuan berkahwin adalah untuk berkongsi suka dan duka. Sanggup menghadapi segala rintangan dan ujian yang melanda. Gunung sama di daki, dan lautan dalam sama direnangi. Ini, alih-alih, macam nak bunuh Zara Irdina saja. Mujur ada Tengku Akif, kalau tidak memang aku yang pelangkup Akmal tadi.
“Mama, kenapa mama rahsiakan semua ini dari Zara?” soal Zara Irdina. Bukankah senang kalau Zara tahu perkara ini dari awal lagi. Tentu Zara tak akan berkahwin dengan Akmal yang teruk perangainya itu.
“Hmmm, mama anggap Zara seperti anak kandung mama sendiri, sebab itu mama rahsiakan semua ini dari Zara..,” luah Wan Aisyah.
“Siapa mak kandung Zara yang sebenarnya, mama?”
“Sharifah Kamariah,”
“Dia pelacur ke mama?”
“Jangan cakap macam itu lah, Zara. Dia seorang perempuan yang baik orangnya,  Cuma kita tidak tahu cerita yang sebenarnya saja,” sampuk Wan Yusuf pula.
“Cerita lah kat Zara, mama, papa asal usul Zara ni,” pujuk Zara Irdina. Terpaksalah Wan Yusuf dan Wan Aisyah menceritakan hal sebenar kepada Zara Irdina.
“Kami sendiri tidak tahu Sharifah Kamariah mengandung anak siapa, tiba-tiba dia mengandung dan dia sendiri tidak pernah bercerita dengan siapa dia mengandung,” jelas Wan Aisyah.
“Jadi dia bukan pelacur lah?”
“Siapa cakap dia pelacur? Dia wanita yang berkerjaya dan ada ilmu pendidikan yang tinggi. Orang cakap tidak serupa bikin saja, Zara!” bela Wan Yusuff. Dia kenal sangat dengan Sharifah Kamariah tetapi takdir Sharifah Kamariah yang tidak baik barangkali. Tidak tahu apa yang berlaku kepada Sharifah Kamariah, tiba-tiba mengandung anak sebelum berkahwin. Dan sikap mendiam diri Sharifah Kamariah yang membuat semua orang berteka-teki, sejak dari dulu sehingga lah sekarang.
“Takdir Sharifah Kamariah yang tidak baik sebenarnya, “ kata Wan Aisyah pula. Takdir aku juga tidak sebaik perempuan-perempuan lain sekarang.
“Lupa kan semua itu, yang penting Zara tetap anak papa dan mama. Kami tak pernah menganggap Zara anak angkat kami pun. Mungkin sebab ini lah yang membuatkan mama dan papa terlupa tentang status Zara, maafkan kami yer,” sambung Wan Yusuf sambil menepuk bahu Zara Irdina.
“Betul tu Kak Zara, Zana dan Ayuni tetap anggap Kak Zara seperti kakak kandung kami juga!”ujar Syazana sambil memeluk erat kakak angkatnya itu.
“Terima kasih sebab sayangkan saya, papa, mama!”  ucap Zara Irdina terharu.
“Pergi lah berehat, jangan fikir yang bukan-bukan lagi. Apa pun terjadi selepas ini kita hadapi bersama-sama,” balas Wan Yusuf.

Lega rasa hati, sekurang-kurangnya selesai satu cerita. Hilang satu beban. Walaupun masih sedih dengan kejadian hari ini tetapi apabila tahu cerita sebenarnya dia pasrah menerimanya. Ini dinamakan nasib dan takdir untuk dirinya sendiri.

Pejam mata nampak macam-macam dalam mata. Nampak Akmal, nampak Haji Yusuf dan ramai lagi. Nampak macam mana dia dimaki hamun, tetapi yang paling berkesan di dalam hati adalah perbuatannya dengan Tengku Izraf Akif tadi. Terpaksa bukan dia tidak tahu dosa dan pahala, halal dan haram perbuatannya tadi, tetapi dia terpaksa kerana mahu Akmal menceraikan dia secepat mungkin. Itu niat dia yang sebenar.

Pejam mata sekali lagi, dia tidak berjaya juga. Semuanya bermain di dalam matanya bila di buka saja mata, dia pandang seseorang sudah berada di dalam biliknya.
“Kau pergi balik sekarang, aku menjerit nanti baru kau tau,” arah Zara Irdina sambil bangun dan menolak badan Tengku Izraf Akif keluar dari biliknya.
“Jerit lah, aku tak kisah pun!” balas Tengku Izraf Akif dengan berani.
“Tolong lah balik, dah lewat malam ni, nanti apa pula orang kata,” suruh Zara Irdina. Perasaan malu akibat perbuatan tadi pun belum habis lagi, sekarang hendak tambah masalah lain pula ke?
“Biar lah apa orang nak kata, aku dah tak kisah,” jawab Tengku Izraf Akif.
“Kau kena ingat kau tu tunang orang, aku ni janda.  Tak malu ke?” Andai Tengku Azlin tahu, teruk nanti.
“Dulu aku nak kat kau, kau mengada-ngada yer nak kahwin sangat dengan Akmal tu..,” perli Tengku Izraf Akif. Ini masalahnya, sebab rumah kami hanya dipisahkan dengan pagar dawai itu saja. Istana Tengku Cempaka itu bersebelahan dengan rumah kami.  Dan dia hanya perlu panjat poko besar yang menjadi titi untk sampai ke jendela bilik Zara Irdina. Dulu, tidak lah seberani hari ini, tetapi hari ini sudah terlebih berani sampaikan sudah berani masuk ke dalam bilik kepunyaan Zara Irdina.Tak sukanya dia buat perangai macam sekarang ini.
“Kau kan dah ada Tengku Azlin, jadi aku pilih Akmal. Salah ke aku kahwin dengan Akmal?” geramnya kerana dia tidak pernah berhenti menganggu hidup aku. Selama ini aku tak kisah pun dia kawan dengan siapa atau bercinta dengan mana-mana gadis pun, tetapi dia mengamuk sebaik saja aku bertunang. Malam ini aku bertunang, malam esok dia buat majlis pertunangan antara dia dan Tengku Azlin. Tujuannya sengaja hendak menyakiti hati aku.
“Siapa tunang dulu? Kau atau aku? Aku ajak kau kahwin, kau tak nak, kononnya sebab cintakan Akmal, cinta lah sangat dengan mamat sewel macam tu.. meluat aku!”
“Kau sendiri cakap kau ada Azlin...,” pintas Zara Irdina. Dua-dua penyimpan perasaan, sebenarnya suka sama suka sejak dari kecil lagi, tetapi yang si gadis ini asyik jual mahal saja. Tengku Akif pun satu, asyik main-main. Macam mana lah Zara Irdina nak percaya kepada Tengku Akif, kalau begitu caranya.
“Aku dah putuskan pertunangan aku dengan Azlin sekejap tadi, sekarang kau jangan banyak songgeh, kita kahwin...” terang Tengku Akif. Tak nak terlambat lagi. Dia tidak pernah cintakan Tengku Azlin, tetapi dia hanya menyintai Zara Irdina sejak dia mengenali apa itu erti cinta. Zara Irdina sudah lama bertahkta di dalam hatinya. Tengku Azlin tu kerana nak sakitkan hati Zara Irdina saja.
“Hah???” terkejut Zara Irdina. Apa Tengku Akif dah buat nie? Batal kan pertunangannya dengan Tengku Azlin sebaik saja tahu aku sudah bercerai dengan Akmal???
“Aku akan bertanggungjawab ke atas kau lah!”
“Aku tak pernah cintakan kau, Akif,” jawab Zara Irdina.
“Aku tak kisah kau cinta kan aku atau tidak, yang penting kau kena kahwin juga dengan aku,” tegas Tengku Izraf Akif. Masalah baru pula yang datang. Aku sudah banyak masalah, sekarang tambah lagi satu masalah. Akif nie, dia bukan kira kalau sudah membuat keputusan.
“Kau tak faham ke aku cakap tak nak kahwin dengan kau,” jerkah Zara Irdina, biar istana boleh mendengar suaranya. Geram tahap kepala dewa sekarang ini.
“Irdina, aku boleh buat lagi teruk dari tadi. Kau nak?” ugut Tengku Izraf Akif.
“Aku rogol kau, kau nak?
“Kenapa teruk sangat perangai kau ni?” Takutnya dengar perkataan rogol buat dia kelabu mata dan rogol aku, tak pasal mengandung anak haram pula nanti.
“Kalau kau berdegil, aku buat benda tak senonoh tu kat kau. Biar kau mengandung anak haram macam kau juga,” ugut Tengku Izraf Akif lagi. Dia ni memang gila aku rasa.
“Kau kahwin dengan Azlin tu, aku tak kisah lah!” Keluarga Tengku Akif belum tentu akan setuju dengan perkahwinan kami setelah tahu status aku sekarang. Lagipun Aku tak nak maruah keluarga Tengku Cempaka tercemar kerana aku.
“Lepas tu biarkan anak aku membesar dalam perut kau macam tu?” kata Tengku Akif. Suara yang kuat itu mengejutkan Wan Yusuf dan Wan Aisyah yang berada di bilik bawah.
“Zara, siapa tu?” soal Wan Yusuf dari tingkat bawah.
“Pergi balik sebelum papa masuk ke dalam bilik aku!” pinta Zara Irdina. Tengku Akif buat tidak peduli saja.
“Zara,” panggil Wan Aisyah pula.
“Akif call papa, kita orang tengah bertengkar,” tak pasal aku kena cakap bohong dengan keluarga aku malam ini. Tengku Izraf Akif tersenyum. Takut juga kau dengan aku.
“Bila pula aku mengandung anak kau. Jaga sikit mulut kau tu!” marah Zara Irdina. Tak reti malu langsung kau ni.
“Aku boleh buat sampai kau mengandung kau nak? Kalau nak sekarang pun boleh,” kata Tengku Izraf Akif sambil menarik Zara Irdina ke dalam pelukannya.
“Akif, kau jangan jadi gila, boleh tak” ronta Zara Irdina, ditumbuknya dada Tengku Izraf Akif dengan kuat dan Tengku Izraf Akif terpaksa melepaskan pelukannya.

Terus Zara Irdina berlari keluar dari biliknya sendiri.