Sabtu, 23 Julai 2016

MY LOVELY TENGKU 2 (BAB 1)





"Ampunkan Akif, bonda!" Ucap Tengku Akif sambil bersalaman dengan Tengku Cempaka. Tengku Cempaka mengangguk. Di Tubir matanya ada titisan air jernih yg mengalir. Rindu untuk beraya dengan Tengku Akif sekeluarga tercapai tahun ini. Dan raya kali ini amat bermakna dalam dirinya.
Tengku Akif sekeluarga pulang beraya ke sini setelah bertahun-tahun membawa diri. Dia tidak pernah pulang ke sini biarpun menyambut hari yang amat bermakna buat seluruh umat islam. Dia lebih suka memendam rindu dari pulang ke tempat dia dibesarkan.
"Ampunkan Zara, bonda!" Ucap Zara Irdina pula.  Dia sedar ,kerana dia dan cintanya, Tengku Akif tinggalkan darjat dan pangkat dan disebabkan mahu menjaga dirinya dan keselamatan akan  dia dan anak-anak,  Tengku Akif pulang ke daerah sendiri, tempat dia mana dia dilahirkan. Tempat kelahiran ayahandanya sendiri. Daerah yang paling selamat untuk mereka dan anak-anak diami.
Itu tidak bererti dia sudah melupakan tempat ini. Tempat dia dibesarkan dan bermanja,  tempat di mana dia mengenali erti sebuah cinta dan mengenali isterinya sekarang. Tempat ini menyimpan sejuta kenangan manis dan pahit.  Manis untuk dikenang. Kenangan pahit pula banyak mengajar kita erti kehidupan.
Kata orang tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat dia bermanja. Tempat berkasih sayang.
Tengku Cempaka mencium dahi Zara Irdina dan terus mengambil Puteri Adriana yg berada di atas ribaan Zara Irdina.
"Sayang cucu Nenda," ucapnya bahagia. Cucunya ini dilahirkan di dalam istananya.  Anak dara impian Zara Irdina selepas dia mendapat tiga orang hero yang berlainan watak dan perangai.  Tengku Shah perangainya hampir serupa dengan Tengku Akif. Tengku Izuddin yang suka mengusik si abang dan adiknya, manakala Tengku Afiq lebih bersifat manja dari abang-abangnya yang lain.
Memang Zara Irdina  mengharapkan seorang puteri dalam keluarganya. Sebab itu dia sanggup berubat dan sanggup berurut dengan bidan istana untuk mengandung kali ini. Tengku Akif lebih sukakan Zara Irdina berubat di istana Tengku Cempaka dari berubat di tempat lain. Jadi, segala  pantang larang Tengku Cempaka dan bidan istana, Zara Irdian sanggup menghadapinya asalkan dia mengandungkan seorang puteri. Malah petua-petua untuk mendapatkan seorang puteri turut diamalkan. Dia sudah lama kepingin untuk mendapatkan seorang puteri yang comel.
Ah, syaratnya pun pelik juga, perlu mengandungkan puteri di istana kerana perkahwinan mereka tidak diiktiraf oleh pihak istana dulu sebab dia dan Tengku Akif sudah melanggar pantang larang istana. Pertama kerana kahwin lari dan tanpa pengetahuan Tengku Cempaka dan pihak istana. Kedua Zara Irdina dan Tengku Akif sudah melanggar adat. Malam pertama yang sepatutnya bermula di istana telah mereka berdua engkarinya.
Lebih teruk lagi Zara Irdina hamil pula. Dia  mengandungkan Tengku Shah ketika berada di luar istana.  Dan ketika majlis kahwin mereka berlangsung, dia sudah pun mengandungkan Tengku Shah. Dia naik pelamin dengan keadaan berbadan dua dan perkara ini tidak menyenangkan pihak istana.
Jadi, untuk kali ini terpaksa Zara Irdina dan Tengku Akif berada di istana untuk mendapatkan anak yang keempat ini.  Perlu mengikut adat seperti mula-mula berkahwin pula. Walaupun Nampak janggal, Zara Irdina yang mahukan anak perempuan mahu pula menurut arahan. Malah turut memaksa suaminya yang degil itu untuk bersetuju bermalam di sini. Alhamdulillah dia disahkan hamil lagi.
Apabila sudah hamil, Tengku Cempaka memaksa Zara Irdina bersalin di istana juga. Itu pun Zara Irdina penuhi. Tiga minggu Zara Irdina terpisah dgn Tengku Akif dan anak-anak yg lain kerana berpantang di dalam istana. Adat istana yg membuatkan Zara Irdina rimas kerana dia tidak boleh berpantang di rumah Wan Aisyah, ibu angkatnya itu.
Itu lah pengalaman yang membuatkan Zara Irdina dan Tengku Akif rapat semula dengan Tengku Cempaka. Hubungan yang sedikit renggang kembali terjalin erat kerana Zara Irdina terpaksa tinggal di sini di awal kehamilan dan sepanjang tempoh berpantang Puteri Adriana. Nama si puteri turut diberikan oleh Tengku Cempaka.
"Berapa lama kau balik beraya di sini, Akif? Bonda cadang nak buat rumah terbuka malam besok?" Soal Tengku Cempaka membuatkan Zara Irdina terhenti dari lamunannya.  Tengku Akif melihat ke arah Zara Irdina. Sebenarnya mereka pulang untuk dua hari saja. Tengku Akif mana boleh lama-lama di tempat orang. Siapa yang mahu menjaga istananya di sana. Lagipun dia ada banyak urusan dan tanggungjawab sekarang. Tanggungjawab sebagai ketua kepada penduduk di tempatnya yang paling penting.
"Tinggalkan Zara dan anak-anak kat sini, boleh ler bonda!" Jawabnya. Zara Irdina tentu mahu kerana rumah mamanya, Wan Aisyah bersebelah dengan istana. Tengku Akif tahu Zara Irdina mahu meluangkan banyak masa dengan ahli keluarganya. Tengku Cempaka terus tarik muka seolah Tengku Akif lebih sayangkan tanah kelahirannya dari tempat ini. Dia terasa hati dengan sikap Tengku Akif.
"Tak boleh ke kau tinggal lama sikit di sini, Akif. Masa Zara bersalin pun kau tak ada dengan Zara," ungkit Tengku Cempaka.  Memang betul pun, Tengku Akif tidak datang sewaktu Zara Irdina bersalin. Seminggu sebelum tarikh Zara Irdina bersalin dia datang menghantar Zara Irdina ke sini dan pulang keesokkan harinya.  Tetapi Zara Irdina tidak ambil pusing pun sebab dia tahu suaminya itu sibuk menguruskan hal orang-orang kampungnya.
"Waktu dia bersalin dia orang bertiga dulu, saya dah tengok dia bersalin bonda. Jemu dah tengok dia lahirkan baby," kata Tengku Akif sambil tersenyum. Kalau boleh dia mahu di sisi Zara Irdina ketika itu, malangnya anak jiran kemalangan dan terpaksa di bawa ke hospital kerana mengalami kemalangan yg teruk. Maka terpaksa lah Tengku Akif tinggalkan Zara Irdina bersama Tengku Cempaka. Lagi pun ramai orang yang boleh menjaga Zara Irdina di sini.  Tengku Cempaka gelengkan kepalanya. Ada saja alasan yang Tengku Akif berikan.
"Anak-anak kau mana? Tak Nampak pun dia orang?" Tanya Tengku Cempaka mengubah cerita. Rindu dengan keletah cucudanya yang tiga orang itu.
" Ada di luar tu!" Jawab Tengku Akif.  Budak-budak itu seperti mamanya juga. bukannya suka tinggal di dalam istana ini. Tidak bebas kata mereka bertiga. Tambah lagi dengan Tengku Shah yang banyak akal itu.
Kerana mahu menjaga hati Tengku Cempaka terpaksa lah mereka tinggal lama sikit di istana. Petang baru boleh ke rumah Wan Yusuf. Tetapi Wan Aisyah pula kecil hati kerana Zara Irdina tidak berpantang di rumahnya dulu. Terkilan sangat sebab tak boleh menjaga Zara Irdina sewaktu berpantang. Dia pun mahu juga menjaga Zara Irdina dan cucunya yang keempat itu. Sudah lah yang tiga orang Zara Irdina bersalin tanpa pengetahuan mereka. Tengku Akif hanya beritahu kepada mereka selepas Zara Irdina habis tempoh berpantang, kononya tidak mahu menyusahkan mereka.
Kali ini balik beraya pun, terus ke istana Tengku Cempaka pula. Lagi lah kecil hati. Walaupun istana itu hanya bersebelahan dengan rumahnya, tetapi di istana ada pantang larang dan bukannya boleh keluar masuk sesuka hati.
"Bermalam di sini, Akif, Zara!" Pinta Wan Aisyah bersungguh. Zara Irdina tahu Wan Aisyah terasa hampa sewaktu dia bersalin Puteri Adriana dulu dan rasa hampa itu masih ada sehingga sekarang. Dia sendiri kalau boleh mahu berpantang di rumah ini. Di mana tempat dia yang dibesarkan, sepatutnya dia bersalin dan berpantang di rumah Wan Aisyah, bukan di rumah ibu mentuanya. Ini tidak, asyik sebelahkan Tengku Cempaka saja.
"Zara memang bercadang nak bermalam di sini, mama!" beritahu Zara Irdina sambil memandang wajah Tengku Akif yang  sudah  tidak tenang duduk. Dia sudah berjanji dengan Tengku Cempaka tadi.
Tengku Akif jadi gelisah tiba-tiba. Sebelah sana ibu yang membesarkan dia dengan sepenuh kasih sayang. Dia sudah banyak terhutang budi dan jasa. Di sini pula ibu kesayangan isterinya itu. Apa perasaannya terhadap Tengku Cempaka, begitu juga Zara Irdina.

Tiada ulasan: