Ahad, 23 November 2014

MY LOVELY TENGKU (BAB 4)



Dia ni lah tergamaknya dia nak buat macam tu kat aku??? Orang tengah sedih, dia boleh cakap sembarangan pula. Macam mana ni? Tak kan nak tidur atas tangga pula. Hendak tidur dengan Syazana, nanti apa pula kata Syazana. Anak raja tu dah balik ke belum? Kalau belum macam mana? Ah, kunci kereta tertinggal di dalam bilik pula.  Dua puluh minit berlalu, dia masuk semula ke dalam bilik, terkejut melihat Tengku Izraf Akif sedang tidur di atas katil kepunyaanya.
“Akif!” kejut Zara Irdina. Tidur betul atau tipu ni.
“Sedap juga katil kau ni,” kata Tengku Izraf Akif terus bangun dan pergi dari situ. Aik, senang pula balik.
“Dina, I Miss you!” ucap Tengku Izraf Akif sambil membuka tingkap bilik Zara Irdina.
“Miss you tengkorak kau!”
“Ha.. ha.. ha.” Ketawa itu yang membuatkan aku sakit jiwa sekarang ini.  Macam mana hendak lari dari Tengku Izraf Akif. Memang sudah lama kami berkawan, dan rasanya sudah kenal hati budi masing-masing. Sebab kenal hati budi masing-masing ini lah yang susahnya. Aku tahu siapa dia anak raja nan seorang itu.

Tak boleh hendak tidur sehingga sampai subuh. Selepas solat subuh, baru boleh tidur sekejap. Mujurlah masih bercuti, kita kan cuti kahwin selama tiga minggu. Walaupun sudah bercerai, cuti tetap cuti. Lagi pun hendak pergi kerja rasa malah teramat sangat. Mood tiada. Semangat pun tiada. Sekarang hendak berehat-rehat di atas katil saja sambil lelapkan mata. Kalau boleh tidak mahu diganggu sesiapa pun.

Mujurlah boleh terlelap, sekurang-kurangnya boleh ganti juga yang semalam punya. Semalam tidak boleh lelapkan mata kerana hati terlalu risau dan sedih. Orang yang alami saja yang akan mengertinya.
“Kak!” panggil Syazana sambil menepuk bahu kanannya sebab dia tidur mengiring.
“Kenapa?”
“Akmal dan keluarganya datang serang akak, “ beritahu Syazana tanpa berselindung.
“Okey, nanti akak turun, nak basuh muka dulu!” balasnya terus bangun dan menuju ke bilik air.
“Jangan lama-lama, kak!” pesan Syazana sebelum melangkah keluar.

Cari aku buat apa pagi-pagi buta nih agaknya? Ada apa lagi yang tak kena.
“Dina,” panggil Tengku Izraf Akif ketika Zara Irdina keluar dari bilik air. Dia ni bila pula masuk kat bilik aku?
“Kau nie, aku tak pakai tudung lagi  ni,”
“Pakai ke tak pakai ke, aku dah nampak luar dan dalam kau,”
“Cuih, kau nak buat apa ni?” terus cari tudung dan disarungkan di kepala.
“Tengok isteri aku ler, dah jaga ke belum? Pagi tadi aku sampai kau tu tengah tidur,”
“Kau masuk bilik aku ke tadi?” soal Zara Irdina. Aku macam nak menangis mendengar jawapan yang dia berikan kepada aku sekarang. Nampak gayanya dia sudah melihat aku pagi tadi. Hu hu hu...
“Mujurlah aku tak buat benda pelik kat kau tadi, tidur sampai tak sedar diri,” kata Tengku Izraf Akif sambil menarik tangannya.
“Aku bukan isteri kau, Akif. Jadi jangan sentuh tangan aku, boleh tak?” tegur Zara Irdina dengan suara yang garang.
“Kau memang nak kena dengan aku agaknya. Jangan dicabar kesabaran aku, Dina. Takut kau menyesal nanti,” marah Tengku Izraf Akif.
“Kau nak apa dari aku? Rasa-rasanya aku tak berhutang apa-apa dengan kau?”
“Mulut tu jaga sikit boleh tak?” Tengok kalau lawan cakap dia, dia mesti jadi bengang macam ini. Menyampah betul lah. Kalau tidak kerana dia anak raja, sudah lama aku saman dia, tak pun panggil polis suruh sumbat dia dalam lokap.

Mereka sama-sama turun ke bawah. Siap berpegangan tangan lagi. Itu yang buat hati tidak tertahan hendak marah kepadanya. Tetapi orang yang jenis tidak faham bahasa ini, marah pun buat kering air liur saja. Buat sakit jiwa raga saja.
“Aku nak minta duit ganti rugi dengan kau, Zara!” beritahu Akmal sebaik saja Zara Irdina dan Tengku Izraf Akif duduk di atas sofa.
“Ganti rugi apa pulak ni? Yang kau siap nak tendang aku, maki hamun aku tu, aku tak minta pun ganti rugi dekat kau,” balas Zara Irdina.  
“Kau tu sudah malu kan aku. Malah berlaku curang pula dengan Tengku Akif,” terang Akmal. Akmal datang dengan adik beradiknya, bukan dengan Haji Osman dan isterinya. Zara Irdina menarik nafas yang panjang. Ini balasan yang perlu aku menanggung atas perbuatan ku.
“Okey, aku sanggup bayar sebab Zara sudah menjadi kepunyaan ku,” celah Tengku Izraf Akif di sebelah Zara Irdina. Zara Irdina mengelengkan kepalanya tanda tidak setuju dengan tindakan Tengku Izraf Akif.
“Kita tak bersalah, buat apa nak ikut telunjuk dia,” marah Zara Irdina.
“Bukan banyak pun aku nak tu, setakat 50 ribu saja. Memang patut pun kau bayar sebab kau yang merampas Zara dari aku,”balas Akmal.
“50 ribu??? Kau jangan main-main, Akmal.” Kata Zara Irdina. Ini soal maruah dan harga diri.
“Sikit saja aku minta, kalau aku nak berjuta pun, Tengku Akif mampu bayar,” sindir Akmal.
“Masalah nak bayar untuk kau, atas tujuan apa? Sebab aku malu kan kau? Sebab aku tidur dengan Akif?” soal Zara Irdina. Geram sangat. Kesalahan dia buat dia tidak nampak, tetapi kesalahan aku nampak pulak. Sehinggakan datang minta ganti rugi.
“Kau tu isteri aku, perempuan..,” jerit Akmal.
“Isteri atas kertas? Gitu?” balas Zara Irdina kembali.
“Dina, kawal perasaan tu, bawa bertenang boleh tak?” tegur Tengku Izraf Akif.  Buat apa lah kita bergaduh? Buang masa saja.
“Akmal, ikut aku sekarang, kita selesaikan perkara ini hari ini jugak!” arah Tengku Izraf Akif.
“Akif..,”
“Serah perkara ini kat aku, nanti aku uruskan. Kau pergi berehat!” suruh Tengku Izraf Akif. Ditariknya tangan Tengku Izraf Akif yang sedang berdiri.
“Tak nak bayar duit tu, nampak sangat kita buat benda salah!” bisik Zara Irdina.
“Duit aku boleh cari tetapi kau tu satu saja dalam hidup aku!” tegas Tengku Izraf Akif.
“Aku yang salah, biar aku yang bayar duit tu!” ucap Zara Irdina. Ini aku yang punya kerja kan? Aku yang tergedik nak buat macam ini, jadi biarlah aku yang menanggungnya.
“Boleh tak kita bincang selepas ini, aku balik nanti kita jumpa!” kata Tengku Izraf Akif sambil melepaskan pegangan tangan Zara Irdina.

Mereka telah pergi tinggal dia dengan keluarganya saja.
“Papa..,”
“Nanti kita bayar duit kepada Akif, papa boleh bayar duit sebanyak tu!”
“Tetapi papa...”
“Kasih sayang tak boleh dibeli dengan wang ringgit. Sekarang kita dah kenal siapa Akmal yang sebenar. Elok juga, dari kita kenal dia selepas Zara mengandung ke, ada anak ke, lagi teruk waktu tu,” tenang saja jawapan dari papa. Papa fikir macam Akif juga ke?

Elok ikut Tengku Izraf Akif hari ini. Mungkin dia pergi ke bank untuk keluarkan duit.  Diambilnya kunci kereta dan terus keluar. Tetapi alangkah terkejut apabila melihat tayar keretanya sudah dipancit orang.  Empat-empat biji tiada angin. Dan di pintu kereta tertulis perkataan anak haram dengan jelas sekali. Siapa punya kerja agaknya. Kalau dapat, memang aku tumbuk muka orang yang buat kianat padaku hari ini. Cermin kereta pula  turut dipecah orang.

Dia kembali masuk ke dalam rumah dengan muka yang masam.  Hendak senyum dengan papa dan mama pun tidak boleh. Tidak pandai berpura-pura dengan ahli keluarga sendiri.

Hmm... salah aku ke semua ini?

Tiada ulasan: