Isnin, 16 Mac 2015

MY LOVELY TENGKU (BAB 17)






“Tetapi mengapa Akif tipu Dina? Mengapa tak beritahu semua ini kepada Dina? Macam mana kita nak kongsi suka duka bersama kalau Akif tak nak berbincang dengan Dina sedangkan Dina patut tahu tentang ini,” suara Zara Irdina yang tadi marah yang amat sangat sekarang sudah kendur berkali-kali. Betul lah kata suaminya itu. Kita harus buktikan kita akan berjaya dan bahagia biarkan status kita berbeza.
“Memang nak cerita tapi tak sempat...,” luah Tengku Izraf Akif. Sudah lembut hati.
“Jadi ini sebabnya Akif ajak Dina kahwin lari sebab kaum kerabat dah tak restui hubungan kita kan?” sudah banyak kali dia menyoal tentang ini tetapi tak ada pun jawapan yang memuaskan hati.
“Dina, Akif nak tanya ni? Jawab dengan jujur?”
“Soalan Dina, Akif tak jawab pun!” perang dingin sudah berakhir rupanya. Lama mana lah nak merajuk, nak marah, kalau dengan Tengku Izraf Akif itu, Zara Irdina memang selalu tewas.
“Dina nak ke kita terlanjur? Dina nak ke Akif buat benda tak elok kat Dina? Nak??” soal Tengku Izraf Akif. Zara Irdina mengelengkan kepalanya.  Perempuan mungkin boleh menahan perasaan tetapi bukan lelaki seperti aku.
“Kau nie lah bengong..,”
“Cakap elok-elok sikit yer...,”
“Dah betul bengong? Aku rogol kau baru tahu, kau nak?” Muka Zara Irdina pucat lesi dengan pertanyaan itu.

Tak boleh berfikir dengan sikap dan tindakan Tengku Izraf Akif. Lama dia berfikir. Tengku Izraf Akif menguntum senyuman.
“Suka ke hidup tak ada lelaki yang jaga Dina? Harap rupa saja ada, tetapi suami tak ada? Nak hidup macam tu? Nak orang kutuk Dina, hina Dina sebab jadi anak dara tak laku?” sambung Tengku Izraf Akif lagi.
“Nie dah melampau nie, ingat orang tak laku ke?”
“Dah orang ambik jadi isteri pun suka fikir yang bukan-bukan, suka tanya soalan bodoh, soalan merepek? Patutnya bersyukur sebab dapat kahwin dengan lelaki macam aku ni?” kata Tengku Izraf Akif sambil memicit hidung isterinya dengan manja.

Zara Irdina tersenyum senang hati. Biarlah Tengku Izraf Akif tak cakap apa pun dia rela saja. He he he...
“Malam ini ikut aku tidur di bilik aku...,” ajak Tengku Izraf Akif. Lantak lah apa nak jadi pun
“buat apa?” soal Zara Irdina.
“Tanya pula nak buat apa?” kata Tengku Izraf Akif membuatkan Zara Irdina menjeling tajam. Sah lah, lepas ini memang aku bunting pelamin.
 Orang nak cari mak kandung orang dulu sebelum nak besarkan keluarga Zara Irdina dan Tengku Izraf Akif nih. Tak pasal-pasal nanti jumpa mak tengah mengandung pula.
“Mengandung macam mana?”
“Sebab nak bagi mengandung yang buat kerap ni,” Dina nih, kenapa lah sempit sangat fikiran tu, orang nak bawa balik tidur di istana pun tak mahu. Tak sudi!.
“Jadi apa-apa kau tanggung!”
“Nak jadi apa? Habis kuat kau tu mengandung saja!”

Atas permintaan Tengku Izraf Akif, dia turuti juga kemahuan suaminya untuk bermalam di istana. Kali pertama masuk ke bilik anak raja ini, buatkan hatinya berdebar saja. Bilik suaminya ini lebih besar dari rumahnya di tingkat atas itu. Terpegun dengan kecantikan bilik suaminya.

Sampaikan termimpi yang indah sangat.

“Boleh bangun ke tak nie?” kejut Tengku Izraf Akif apabila waktu subuh menjelma.
“Kenapa pula tak boleh bangun?” balasnya biasa saja. Dia bukan buat apa-apa pun pada aku.
“Mana lah tau... tolong jaga iskandar shah kat dalam tu..,” pesan Tengku Izraf Akif sambil mempimpin tangan isteri kesayangannya.
“Iskandar Shah?” Siapa?” tanya Zara Irdina. Ingin tahu.
“Anak sulong aku lah. Sempena nama pahlawan islam yang terkenal Iskandar Zulkarnain. Semuga Tengku Iskandar Shah jadi seorang abang yang berani dan bertanggungjawab kepada adik-adiknya nanti..,” tu dia, siap ada nama anak
 dah. Yakin sangat pun ada tu.

Selesai solat subuh, hari masih lagi gelap. Baru pukul 6.00 pagi.
“Jom, abang hantar sayang abang nie balik rumah!” katanya.
“Hantar saja??? Mana mau macam tu..,” terus didukungnya Zara Irdina dan di hantar sampai ke bilik Zara Irdina. Berjalan dengan perlahan-lahan supaya tidak ada orang yang sedar tentang kepulangan mereka berdua.
“Iskandar tinggal dengan mama yer, pukul 8.00 nanti papa datang jemput yer!” katanya sambil memegang perut Zara Irdina.
“Belum tentu adalah Iskandar tu?” tepis Zara Irdina. Anak itu pemberian dari ALLAH. Kadang mudah dapat anak, kadang tu bertahun-tahun berkahwin pun tak ada anak. Tapi tengok Tengku Izraf Akif yakin sangat kali ini.
“Tak ada aku buat lagi!” jawapan itu membuatkan Zara Irdina menumbuk bahu suaminya.
“Ha ha ha...,”
“Kau tumbuk aku yer”katanya sambil membalas tumbukan Zara Irdina.
“Sakit lah!”
“Tu perlahan saja tu, kalau kuat macam tumbukan kau tadi, entah-entah pelanting kat bawah tu!”

Pergi ke pejabat bersama-sama, balik pun bersama-sama sampaikan orang sudah mula syak sesuatu. Telinga Tengku Cempaka mula tebal dengan umpatan orang tentang anak terunanya. Sebelum mereka pulang, dia sengaja datang ke pejabat untuk menangkap anak dara dan anak teruna kesayangannya itu. Tak boleh nak biarkan perkara ini lama-lama. Semalam pun dia rasa Tengku Akif membawa Zara Irdina pulang ke rumahnya. Harap-harap semua itu hanya mimpi.
“Bonda nak cepatkan perkahwinan kau orang lah, telinga bonda nie dah rasa macam nak tanggal..,” kata Tengku Cempaka sambil memandang wajah zara Irdina. Kenapa ek nampak wajah Zara Irdina berbeza sangat. Dari firasat orang tua dia sudah dapat menangkap sesuatu. Apakah betul Zara Irdina sudah menyerahkan mahkotanya kepada Tengku Akif??? Resahnya semakin menjadi-jadi sekarang.
“Tunggu Dina balik dari Johor dulu, bonda!” jawab Tengku Izraf Akif. Aku sudah meniduri Zara Irdina dan kalau ada rezeki aku bakal menerima anak nanti. Dan perut Zara Irdina akan membesar. Takut juga akan hal ini. Aku akan umumkan pernikahan kami secepat yang mungkin. Dua bulan itu satu tempoh yang terlalu lama bagi ku sekarang.
“Nak pergi Johor buat apa?”
“Dina nak jumpa mak kandung Dina di sana..,” jawabnya. Penyiasat persendiriannya sudah memberi alamat penuh rumah Sharifah Marziah, adik kepada Sharifah Kamariah. Memang sudah ada rancangan ke arah itu tetapi terhalang kerana majlis perkahwinannya tempoh hari.
“Hmm...,” keluhnya perlahan. Anak-anak, aku bagi restu pun kau buat juga benda tak elok. Tak boleh ke bersabar?
“Nikah gantung dulu lah. Kita buat akad nikah esok, nak?” cadang Tengku Cempaka. Budak-budak ni dah terlanjur aku rasa. Apa aku nak jawab kepada masyarakat nanti? Yang paling penting apa aku nak jawab dengan ALLAH kerana membiarkan anak-anak ku melakukan zina.
“Bonda nie kalut lah!” tepis Tengku Izraf Akif. Buat apa aku nak akad nikah sampai dua kali. Sekali cukup.
“Akif, kau dah sentuh Zara kan?” tekan Tengku Cempaka. Tengku Izraf Akif tersenyum saja. Pandai lah bonda meneka.
“Mana bonda tahu benda macam ni..,” tanya Tengku Izraf Akif, tidak mahu mengaku.
“Bonda orang tua!” jawab Tengku Cempaka.
“Rasanya dia orang nie dah kahwin di tempat lain, bonda!” celah Tengku Mawar yang berada di samping mereka.
“Kalau kahwin tu bonda tak kisah, sebab rasanya kau dah minta hak Zara Irdina.. bonda nak kau bertanggungjawab, Akif!” sakit hati dengan anak teruna ini. Semakin hati hati melihat Tengku Izraf Akif tersenyum kepadanya.
“Tak payah bonda risau, saya tahu apa yang saya lakukan!” katanya bersahaja saja membiarkan hati Tengku Cempaka semakin keresahan.
“Kau tak takut Zara mengandung ke? Zara, sayang sangat dengan Akif sampaikan Akif minta kesucian kau pun kau beri?” marah Tengku Cempaka lagi.
“Takut kat ALLAH lah, bonda. Itu yang kena jaga...,” balas Tengku Izraf Akif lagi. Aku pun kenal dosa dan pahala lah. Ingat aku buta agama ke apa nie?
“Berapa lama di Johor?” soal Tengku Cempaka lagi. Budak panjang akal nie kalau lawan bahas, sampai bila-bila pun tak menang, desis hati Tengku Cempaka.
“Tak tahu lagi, mak engku!” jawab Zara Irdina. Dia tidak pasti berapa lagi di Johor.
“Akif ikut?” tanya Tengku Cempaka lagi.
“Tak, buat apa nak ikut minah senget nie pulak, bonda!” jawabnya lantang sekali. Tengku Izraf Akif tidak pergi kerana permintaan Zara Irdina. Wal hal dia memang mahu mengekori isterinya itu ke mana saja isterinya pergi.
“Bonda risau dengan kau orang berdua. Dosa tahu tak apa yang kalian lakukan nie. Berzina tu tak cium bau syurga nanti..,” kebimbangan datang semula.
“Kita orang pun tahu dosa dan pahala, bonda. Percaya lah, apa yang Akif lakukan ini tidak salah di sisi agama, bonda jangan lah risau!” yakin Tengku Izraf Akif.

Bonda pening lah dengan kau orang berdua  hari ini.
“Zara, belajar panggil bonda macam Akif, Zara tu jadi milik Akif dah pun,” pesan Tengku Cempaka sebelum melangkah pergi.  Mukanya masam mencuka, tidak lagi ceria. Mesti bonda dah syak tentang kami berdua. Atau pun bonda dah tahu aku bermalam di istananya semalam. Akif lah nie....
“Kita kena cakap kat bonda benda ni, kesian dia!” kata Zara Irdina sebaik saja bonda telah menghilang dari pandangan matanya.Perkahwinan ini perlu dihebohkan bukan lagi satu rahsia. Semua orang perlu tahu akan perkahwinan ini, sebab takut perkahwinan ini  makan diri sendiri pula nanti.
“He he he.. dah takut ke?” usik Tengku Izraf Akif sambil tersenggih saja.
“Aku tumbuk kau sekali lagi nak?” aju Zara Irdina pula.
“Ha ha ha..,”

Memang nak umum pun, tunggu masa yang sesuai saja.

Tiada ulasan: