“Apa hal?”
“Datang lah,
mustahak ni!” cemas saja suara Aida. Ofis kami hanya bersebelahan. Bukan jauh pun,
tetapi inilah kali pertama dia menjejakan kaki ke ofis suaminya.
“Liya masuk
terus ke bilik Encik Rayyan yer!” suruh
Aida sebaik saja melihat wajah Aleeya yang sedikit kehairanan.
Pintu ditolak.
Kelihatan suaminya yang sedang menyandarkan badannya di kerusi. Muka sedikit
pucat. Semalam selepas waktu berbuka, suaminya muntah kerana tak biasa menahan
lapar sepanjang hari. Hari ini kenapa lah pulak jadinya?
“Abang!” panggil
Aleeya sambil menghampiri suaminya yang terbaring lesu.
“Liya, jom
balik. Rasa macam nak demam lah!” perlahan saja suara Rayyan. Dahi tak panas
pun.
“Kejap. Liya
ambil barang!” ucap Aleeya. Ah, baru
masuk kerja hari ini, dah kena cuti lagi. Mesti Datuk Hamid melenting, sebab
kerap sangat bercuti. Apa nak buat sebab hari ini suami tersayang jatuh sakit
pula.
“Cepat sikit,
sayang!” gesa Rayyan.
Terpaksa dia yang memandu kereta kepunyaan suaminya hari
ini untuk pulang ke rumah. Baru pukul 10.00, Rayyan sudah tidak mampu untuk
berpuasa hari ini.
“Bukalah, Liya tengok
teruk dah abang hari ni..,”
“Liya ajar abang
buat benda salah hari ini yer? Puasa apa macam tu? Abang paling tak suka isteri
abang ajar abang buat benda tak elok,” tegur Rayyan. Tidak kelihatan pun kata
tak sihat. Aleeya menoleh ke sebelah
melihat Rayyan sedang menjeling ke arahnya. Aik, pura-pura ke tadi.
“Tapi abang
kan..,”
“Nak balik tidur
kat rumah lah, tak kan nak tidur kat ofis. Nanti apa pula kata staf abang. Liya
lain lah pegawai biasa saja abang ni majikan lah!” jelas Rayyan membuatkan Aleeya menjadi
bengang. Pandainya berlakon. Patutlah
rasa dahi tak panas pun.
“Kalau gitu Liya
hantar abang balik rumah, Liya nak balik kat ofis. Bos Liya dah bising tadi..,”
balas Aleeya. Malas lah nak layan perangai abang hari ni, Liya ada banyak kerja
di ofis setelah seminggu tak masuk ke ofis.
“Liya, siapa
lebih penting? Bos Liya atau suami Liya?”
soal Rayyan berang. Tak sukanya Aleeya lawan cakap aku hari ini. Mood puasa sebelah pagi, hendak tunggu petang
terasa lambat teramat. Dia rasa seperti mahu marah semua orang saja sebab letih
berpuasa.
“Kalau macam ni,
Liya kena cuti sebulan lah yer, sebab nak jaga abang kat rumah. Liya hantar
abang balik ofis lah, senang sikit..,”
“Kenapa? Nak
lepas tanggungjawab seorang isteri ke? Liya balik buka puasa lah hari ini,
sebab Liya sudah berdosa kepada abang. Lawan cakap suami, dosa besar Liya tahu
tak?” tegur Rayyan. Muka Aleeya sudah mula masam dengan teguran itu.
“Tarik muka
masam dengan suami lagilah berdosa..,” tambah Rayyan. Aleeya mengalih ke arah
lain sambil beristirafarg di dalam hati. Habis lah cuti aku kalau sebulan tak
pergi kerja. Macam mana nak cuti raya nanti? Cuti yang tinggal tak sampai
sepuluh hari lagi.
“Cuti Liya dah
tak banyak yang tinggal tau tak? Nanti nak kena ikut abang pergi luar negara
lagi. Nak cuti balik kampung sebelum raya..,”
beritahu Aleeya apa yang berlegar di dalam kepalanya.
“Ambil saja cuti
tanpa gaji, apa masalah..,”
“Kalau gitu Liya
berhenti lah, lagi senang!”
“Kerja lah.
Abang lagi tak suka liya tinggal di rumah. Pergi kerja dan kejar cita-cita dan
impian Liya. Nak duduk rumah buat apa? Nak jaga abang pun Liya dah banyak
merungut hari ini,” leter Rayyan semakin menjadi-jadi. Subhanallah, penangan
berpuasa dua hari agaknya, itu yang perangai semakin mengada-ngada. Hendak
kerja, dia suruh aku cuti. Hendak berhenti, dia suruh aku kerja lah pula.
“Kenapa abang
tak suka Liya berhenti. Duit gaji abang boleh sara hidup kita lah!” ujar Aleeya
sambil tersenyum. Manis senyuman Aleeya
kali ini. Hendak masak apa petang nanti
untuk juadah berbuka. Teringin nak makan nasi kerabu macam mak buat di kampung.
“Abang tak suka
isteri abang jadi suri rumah tangga sepenuh masa, abang suka isteri abang ada
kerjaya dan berjaya. Macam Liya..,”
“Abang ni memang
pelik!” ujar Aleeya dan berhenti kereta dengan tiba-tiba.
“Liya..,”
panggil Rayyan tertanya-tanya akan tindakan Aleeya yang berhenti kereta secara
mengejut.
“Abang drive
kereta abang, apa kes isteri bawa kereta, mana best!” beritahu Liya sambil
menolak pintu kereta. Rayyan mengelengkan kepalanya.
“Abang tak kisah
pun!” kata Rayyan terpaksa turun dari kereta untuk menukar tempat duduk dengan
isterinya sudah berada di sebelah.
“Tapi Liya kisah
lah!” ujar Aleeya. Perjalanan mula diteruskan sehinggalah sampai di
persimpangan jalan.
“Nak singgah
pasar lah, beli apa yang patut untuk masak petang nanti. Abang ikut Liya boleh?” kata Aleeya apabila sampai di pasar
berhampiran dengan jalan masuk ke taman tempat mereka berdua menetap.
“Okey, tak ada
masalah!” memang nak singgah pun sebab teringin nak makan macam-macam hari ini.
Banyaknya Rayyan
membeli hari ini. Ketam mahu masak lemak cili padi. Ada ayam dan kepah. Itu pun
untuk makan waktu berbuka juga. Ikan keli lagi. Hish, abang ni biar berbetul.
“Nak masak semua
ni?” aju Aleeya melihat barang-barang yang dibeli oleh Rayyan.
“Kalau Liya tak
masak, abang tak mahu teman Liya berpuasa dah lepas ni!”
“Abang puasa
untuk makan ke atau apa ni?”
“Nak melantak
lah sayang. Boleh? Puas hati?” Puasa kelmarin belum mengajar apa-apa pada
Rayyan barangkali. Bukan makin insaf tetapi makin menjadi.
“Liya nak masak
nasi kerabu petang ni!”
“Tak best. Abang
nak Liya masak untuk abang petang nanti. Nasi kerabu tu bila-bila pun boleh
makan!”
Liya nak
pura-pura sakit lah petang nanti, biar abang yang masak sendiri. Geram! Orang
makan ala kadar saja, kerana tujuan berpuasa bukan untuk makan pun. Ini sudah
lari dari rentak lah cik abang sayang.
Bersambung...
6 ulasan:
alololo..Rayyan ni makin mengada-ngada la..Hehe..
Yang bestnya,Rayyan dah pandai puasa.Bagus,permulaan yang baik.
Lepas ni kena belajar smbahyang.Kot2 boleh teman Liya pergi terawih lagi hehe.
Macam budak2 pun ada.Kena sogok dengan makanan baru nak puasa..Haih Rayyan..Nasib dah makin sweet.Si kepala hangin yg sweet!Heheh..
Thanks kak untuk n3 hari ni..
~Gurangak aja~
nak ajar rayyan puasa pun sudah terseksa dah si liya.. pujuk akhirnya berjaya, tetapi hari kedua lain pula ceritanya.. nak makan macam-macam, nak suruh liya masak lagi.. yang best boleh dia tipu liya gara-gara nak ajak liya balik rumah saja...
lawak2.
lawak sungguh perangai rayyan.
haha nampak xmatang sungguh!
hahahaha...
Hahaha..rayyan ni kelakarla pulak..
~zahidah abd wahid~
hahahaha
Catat Ulasan