Dia bukan
datang sembahyang subuh berjemaah. Tetapi siap bawa baju untuk ke pejabat.
Mandi pun mandi di bilik air rumah Zara Irdina. Kali pertama mandi di rumah
isteri tercinta. Malah guna kain tuala Zara Irdina juga.
“Sikat
rambut mana?” soal Tengku Izraf Akif setelah siap berpakaian.
“Nak turun
kat bawah macam mana?” soal Zara Irdina kembali. Hari dah cerah, orang akan
nampak kelibat anak raja ini nanti. Jam sudah menunjukkan angka 7.30 pagi.
Selepas solat tadi, mereka bersarapan bersama. Anak raja ini membawa bekalan
dari istana. Puding di raja bersama roti jala air tangan Tengku Cempaka. Malah
siap berpesan kepada Zara Irdina supaya sediakan air masak siapisiap di dalam
biliknya ini. Semakin menjadi-jadi apabila Zara Irdina sudah menjadi isterinya.
“Turun
sekali lah, apa masalah??”
“Masalahnya..,”
“Aku nak
mengaku lah, nak cakap dengan mama dan papa tentang kita berdua...,”
“Sebabnya?
Tak takut kena marah ke? Mula-mula ajak kahwin lari, selepas tak sampai seminggu,
nak cakap pula kita dah kahwin?” balas Zara Irdina. Dia nie lah, aku yang takut
terlebih, dia tenang saja. Tak ada masalah langsung tentang hal kami.
“Kita buat
benda baik lah..,”
“Aku rasa
ada sebab kau buat macam nie, tak mungkin tertiba saja kau ajak aku kahwin?”
sudah ada rasa curiga di dalam hati, sebab tindakan Tengku Akif mencurigakan
hatinya. Kahwin dengan terburu-buru sedangkan dia kenal hati budi Tengku Izraf
Akif selama ini.
“Tak ada
apa lah!”tepis Tengku Izraf Akif.
Bila
difikirkan tentu ada sebab kenapa dan mengapa Tengku Izraf Akif lalukan semua
ini. Sedangkan pertunangan sudah dilangsungkan. Mama dan bonda sudah beri
restu, habis apa yang tak kena. Papa pun suka juga dengan pertunangan ini.
Lagipun tunggu dua lagi kan, nak buat majlis kahwin. Habis kenapa gertak dan
ugut suruh aku kahwin secepat yang mungkin.
Papa dan
mama sudah pun keluar rupanya. Ada Syazana dan Ayuni saja sedang bersarapan.
Terkejut apabila melihat Tengku Izraf Akif turun bersama kakaknya. Apa dah
jadi? Syazana memandang ke arah Ayuni dan mereka saling berpandangan.
“Abang
buat apa di bilik kakak?” aju Syazana. Sah lah khabar angin yang hangat
diperkatakan orang. Mereka berdua ini telah berkahwin tanpa pengetahuan
keluarga masing-masing. Tetapi ramai sudah mula bercakap tentang perkara ini.
“Nak buat
lah semalam tetapi akak kau nie yang tak bagi..,” kata Tengku izraf Akif.
Syazana tersenyum saja. Asalkan dia orang berkahwin, buat lah apa pun, aku tak
kisah. Tetapi jangan lah tak kahwin, berdosa tu.
“Huish..,”
tepis Zara Irdina.
“Abang
kahwin dulu dengan Kak Zara, baru boleh sentuh akak..,” ujar Ayuni yang masih
belajar di UITM.
“He he
he..,” ketawa Zara Irdina seakan memberi jawapan. Risaunya kat akak yer...
“Jangan
lah risau, abang akan bertanggungjawab dengan apa yang berlaku nanti..,”
lafaznya sambil memandang wajah isterinya.
“Nie yang
kita suka kat abang nih!” balas Syazana terus tidak menyoal lagi.
Harap-harap
tiada orang lain yang melihat kami bersama pagi ini. Kalau tidak mesti orang
syak yang bukan-bukan, walaupun kami pergi kerja berasingan. Masuk ke pejabat
pun, Zara Irdina yang masuk terlebih dahulu dari Tengku Izraf Akif.
Kelihatan
kereta bonda di garaj utama. Apa lah mimpi bonda datang ke ofis hari ini,
selalunya bonda jarang datang ke ofis di waktu pagi. Habis kuat pun sebelah
petang, itu pun dua minggu sekali. Atau pun sebulan sekali saja. Pagi ini,
bonda sudah berada di sini. Mungkinkah bonda sudah menghidu hubungan aku dengan
anaknya?
“Puan
Zara, Tengku Cempaka nak jumpa kat bilik sekarang!” beritahu Aida, Panya sebaik
saja dia sampai di tempat duduknya.
“Okey..
terima kasih yer!” jawabnya. Dibukanya komputernya terlebih dahulu. Terus duduk
di kerusi dan membawa al fatihah doa seribu dinar. Ini rutin yang dia lakukan
setiap pagi. Setelah keadaan diri tenang, baru lah dia melangkah berjalan
menuju ke bilik Tengku Cempaka.
Selangkah
di depan pintu yang sedang terbuka, dia dapat menangkap suara Tengku Cempaka
dan seorang lelaki. Suara itu bukan milik suaminya tetapi, entah lah.
“Bakar,
kakak tak boleh tunaikan permintaan kau lah. Lagipun apa salah Zara Irdina
kepada keluarga kita?” kata Tengku Cempaka.
“Dia anak
luar nikah. Jangan bagi malu kaum kerabat kita lah, kakak. Lagipun banyak lagi
perempuan yang sedarjat dengan kita yang sesuai dengan Tengku Akif tu. Saya tak
kira, apa pun terjadi saya tak setuju, Tengku Akif bertunang dengan anak haram
itu..,” tegas Tengku Bakar menghiris hati Zara Irdina yang sedang mendengar.
Rupanya kaum kerabat tidak setuju dengan pertunangan kami berdua.
“Amboi..
amboi.. kau jangan hina dia, Bakar!” marah Tengku Cempaka. Tengku Bakar
merupakan adik nombor dua kepada Tengku Cempaka.
“Kebenaran
kakak, tak ada seorang pun keturunan kita yang sukakan pertunangan anak di raja
ini. Tengku Akif, anak orang terhormat, jangan kerana cinta murahan ini,
membuatkan Tengku Akif rabun mata untuk menilai cinta seorang perempuan. Suruh
Tengku Akif cari perempuan lain yang layak dengan darah keturunannya, kakak!”
suara Tengku Bakar semakin meninggi membuatkan Zara Irdina diluar sedikit
ketakutan.
“Aku tak
peduli, ini antara cinta dan kebahagiaan Tengku Akif, asalkan Tengku Akif
bahagia, aku merestuinya. Itu keputusan aku!”
“Kakak
kena ingat kakak itu ketua masyarakat di sini, masyakarat sudah mencela Tengku
Akif sekarang akibat perbuatannya dahulu. Apa tah lagi dengan berita pertunangan
ini. Kami akan menghalang hubungan Zara dan Tengku Akif. Perempuan tu patut
sedar dia tidak layak berdamping dengan anak raja..,” sambung Tengku Bakar
lagi.
Zara
Irdina mengesot ke belakang. Melangkah longlai masuk ke dalam biliknya. Ini kah
penyebabnya yang membuatkan Tengku Izraf Akif mengajak aku kahwin lari? Kerana
hubungan kami tidak direstui oleh kaum kerabat yang lain rupanya. Patutlah dia
mendesak aku supaya cepat-cepat berkahwin dengannya?
Akif, Akif
apa yang telah kita lakukan ini adalah satu perbuatan yang salah. Zara Irdina
menarik nafas panjang lalu menglepaskan perlahan-lahan. Dia mengawal sebak di
dalam dada sambil mengucapnya di dalam hati.
“Puan
Zara, Tengku Cempaka sedang menunggu!” jerit suara Aida setelah menerima
panggilan telefon dari Tengku Cempaka yang menyuruh Zara Irdina berjumpa
dengannya sekarang juga.
“Saya ada
hal, kejap nanti saya pergi jumpa Mak Engku!” dalih Zara Irdina. Aku tidak ada
kekuatan untuk berhadapan dengan Tengku Cempaka saat ini. Kalau berjumpa mesti
aku menangis.
Kalau
boleh lari, aku nak lari sampai ke hujung dunia sebab sedih sangat ketika ini.
Orang tak suka aku tetapi aku yang terlebih-lebih nie. Apa cerita? Aduhai,
kenapa terburu-buru ikut ajakan Tengku Izraf Akif. Sepatutnya aku sedar, siapa aku di sisi dia? Tetapi aku lupa diri dengan
kebaikan dan kasih sayangnya selama ini.
Siapa lah
aku kan, Zara Irdina bukan puteri di raja. Anak luar nikah pulak tu. Itu yang
patut aku pegang di dalam hatiku sewaktu dia mengajak aku berkahwin.
Dia tidak
pergi berjumpa dengan Tengku Cempaka, tetapi dia membawa diri pulang ke rumah.
Sedih ini tidak tahu untuk dikongsikan dengan sesiapa pun. Malah Tengku Izraf
akif mengekorinya dari belakang. Sampai di rumah, semua orang sudah keluar
pergi ke pejabat. Mama yang menjadi suri rumah sepenuh masa juga turut keluar
entah ke mana.
“Hey, kau
ni kenapa? Aku tengok pelik sangat nih?” soal Tengku Izraf Akif ketika turut
masuk ke dalam rumahnya.
“Aku nak
tanya kau, kenapa kau ajak aku kahwin tergesa-gesa, ada apa yang tak kena
dengan hubungan kita?” soal Zara Irdina. Sakit hati dengan perbuatan Tengku
Izraf Akif yang telah menipu dirinya.
“Kan aku
dah cakap, aku tak sabar nak sahkan hubungan kita!” jawab Tengku Izraf Akif
sambil mahu memegang tangan isterinya tetapi Zara Irdina menjauhkan dirinya.
Pelik, apa pula yang tak kena nih?
“Kau tipu
aku. Sebenarnya kerabat kau tak suka kan aku, sebab aku anak luar nikah, malah
mereka nak putuskan hubungan pertunangan kita, kenapa tak cakap semua ini?”
jelas Zara Irdina membuatkan Tengku Izraf Akif terkejut mendengarnya.
“Tahu
mana?”
“Orang
dengar sendiri tadi...,”
“Aku akan
selesaikan perkara ini nanti, tak payah risau..,”
“Kau cakap
apa ni? Kita tak boleh bersama lah. Aku ni tak setaraf dengan keturunan kau!”
air mata sudah mahu mengalir ketika ini. Sakit dan pedih sudah sampai di
kerongkong. Pedih sangat!
“Semua itu
tak penting lah. Aku cinta kan kau, Dina!” yakin Tengku Izraf Akif.
“Itu kata
kau, tapi penting bagi orang yang tak ada maruah macam aku!”
“Irdina!”
Marah Tengku Izraf Akif dengan kata-kata itu.
“Aku tak
nak jumpa kau lagi. Hubungan kita berakhir di sini saja..,” kata Zara Irdina
sambil menolak tubuh suaminya keluar dari rumah. Terus ditutupnya pintu dengan
kuat dan dikunci dengan rapat sekali.
Tengku
Izraf Akif menolak pintu dengan kasar tetapi tidak berjaya. Diketuknya pintu
sambil memangil-manggil nama Zara Irdina tetapi Zara Irdina buat tidak peduli
saja.
“Kenapa ni
Akif?” soal Papa yang baru balik dengan mama dari pasar. Rupanya papa tak pergi
kerja hari ini.
“Tak ada
apa, papa!” jawab Tengku Izraf Akif.
Zara
irdina mengesat air matanya yang sedang mengalir, kerana dia tidak mahu papa
melihat air matanya. Terus dia melarikan diri ke dalam biliknya sendiri.
Dia pura-pura
tidak ada apa yang berlaku antara mereka berdua. Apabila mama menyoal, dia
hanya diam saja. Begitu juga dengan papa. Perang dingin ini berlarutan sehingga
ke malam. Semua pintu tingkap sudah ditutup dengan kemas. Dikunci supaya Tengku
Izraf Akif tidak dapat menyelinap masuk ke dalam biliknya malam ini seperti
selalu.
“Dina buka
pintu ni sekarang jugak!” jerit Tengku Izraf Akif setelah tidak berjaya menolak
pintu itu dengan tangannya. Zara Irdina bungkam saja. Biarlah. Sakit hati
dengan sikap terburu-buru Tengku Akif kali ini.
“Aku tak
nak jumpa kau lagi... pergi balik. Jangan kacau aku lagi..,”
“Aku cakap
bukak, faham tak?” marah Tengku Izraf Akif. Zara buat tidak kisah.
“Tak
nakkkkk...,”
Terkejut
mendengar tendangan yang kuat dari lelaki itu membuatkan Zara Irdina terkejut
apabila melihat wajah suaminya sudah berada di hadapannya.
“Sengaja
nak cari pasal ke apa ni?” kata Tengku Izraf Akif sambil memegang bahu Zara
Irdina.
“Sapa yang
cari pasal? Kau atau aku. Perkahwinan bukan benda main-main. Bukan kerana kasih
sayang dan cinta saja, tetapi kerana keturunan. Aku bakal menglahirkan zuriat
kau nanti. Kau nak orang cakap pasal keturunan kita?” marah Zara Irdina
kembali.
“Habis apa
masalah kau sebenarnya? Sebab kau anak luar nikah?” Kau ke yang minta kau jadi
anak luar nikah? Otak kau memang senget aku rasa, benda mudah macam ini pun tak
boleh nak fikir!” lenting Tengku Izraf Akif.
“Ahli
keluarga kau tak suka aku..,”
“Bonda dah
restu hubungan kita, yang lain jangan ambil peduli. Yang nak hidup bahagia atau
tidak adalah kita berdua. Orang lain tu hanya pandai bercakap saja..,”
Zara
Irdina hilang kata-kata.
“Orang
yang nak berjaya dalam hidup, adalah orang yang tidak akan memandang kisah
silamnya yang pahit. Aku nak kita bina kehidupan kita sendiri. Bina keluarga
kita sendiri, dan kita buktikan, yang kita boleh berjaya dan bahagia,” ucap
Tengku Izraf Akif sambil memandang tepat ke anak mata isterinya.