Kecewa. Malah air matanya turut mengalir juga
di belakang suaminya. Hampa bila suaminya menceritakan kisah duka itu.
Kenapalah mama buat tindakan terburu-buru. Kasihan Fawwaz, dia kehilangan kasih
sayang dari keluarganya sendiri. Patutlah Rayyan kesedihan kerana selama ini,
dia yang rapat dengan Rayyan.
“Liya, abang nak rehat. Tak nak terima call
apa-apa pun termasuk dari mama dan papa. Ini handset abang, Liya tolong ambil
pesanan yer..,” pesan Rayyan sambil terus masuk ke bilik. Rasanya dia mahu
bersendiri dan Aleeya mengerti perasaan Rayyan itu.
Maka terbakar juga lah telinganya kerana
makan sumpah dan seranah mama dan papa akibat menjadi setiausaha suaminya
petang ini. Banyak call yang masuk yang datang dari ofis suaminya, begitu juga
dari teman-teman rapat suaminya yang mengajak suaminya keluar malam ini. Malam
awal ramadhan nak keluar pergi mana lagi agaknya?
Lepas makan malam, suaminya terus keluar.
Mahu ke rumah mama dan papa.
“Nak tegur juga mama tu, pandai-pandai saja
tampar isteri abang,” beritahu Rayyan ketika Aleeya menghantarnya di muka
pintu.
“Abang ni macam tu pun nak gaduh. Biarlah kat
mama..,” jawab Aleeya perlahan.
“Mana boleh. Liya isteri abang lah. Lain lah
kalau abang yang tampar Liya sebab Liya tu hak abang...,”
“Ek. Abang ingat abang boleh buat sesuka hati
kat Liya ke?”
“Ai, kata pandai agama, cuba pergi semak kat
buku agama, betul tak apa yang abang
cakap tadi..,” ucap Rayyan sambil tersenyum. Aleeya tersipu malu.
Malam pertama awal ramadhan. Sembahyang sunat
tarawih seorang diri. Tanpa abah dan mak di kampung. Begitu juga dengan adik
beradik yang lain. Selalunya setiap tahun dia mengambil cuti untuk sambut
ramadhan dengan ahli keluarganya tetapi berbeza kali ini. Kalau di kampung
mesti sudah ramai-ramai sembahyang sunat ini di masjid yang berdekatan dengan
rumahnya. Tetapi malam ini dia buat sendirian saja di rumah, kalaulah Rayyan
seperti dirinya, bolehlah pergi ke masjid berdekatan dengan kawasan taman
mereka.
Selesai solat sunat, dia bertadarus al quran
seorang diri. Saat ini lagilah teringat kat abah, abah yang akan menjadi ketua
untuk bertadarus al quran. Air mata Aleeya menitis juga kerana terbayangkan
saat-saat indah itu dengan keluarganya.
“Selamat datang ramadhan.Semuga ramadhan ini
adalah yang terbaik dari ramadhan-ramadhan yang sebelumnya. Tuhan, berikanlah
suamiku hidayahMU, berkat ramadhan ini. Amin!” doa Aleeya.
Pukul empat pagi, dia bangun masak untuk
sahur. Masakan yang terlalu ringkas.
Goreng kacang panjang dengan daging dan telur masin. Siap dihidang dia terus
kejutkan Rayyan.
“Abang, bangunlah!”
“Awal lagilah nak masuk ofis!”
“Bangunlah, bersahur!” ujar Aleeya sambil
menepuk bahu Rayyan.
“Liya pergilah makan, abang tak mampu nak
puasa!” terang Rayyan tanpa silu.
“Tak kira, abang nak puasa atau tak, abang
kena temankan Liya bersahur juga,” tekan
Aleeya sambil menarik tangan Rayyan agar bangun.
“Hahaha..,”
‘Cepat lah, tak payah dok gelak lagi. Nanti habis
pula waktu sahur!”
“Okey sayang, kejap abang basuh muka dan
berus gigi dulu ek!”
“Ok, Liya tunggu kat meja makan!”
Pertama kali kena bangun sahur demi Aleeya,
isteri kesayangannya itu. Tak kan nak
biarkan Liya bersahur seorang diri pula. Sudahlah tadi muka tu asyik monyok
saja kerana terkenangkan kampung halamannya. Macam lah aku tak tahu. Liya sudah
berkorban untuk aku, aku pun kena berkorban untuk Aleeya juga. Baru adilkan?
“Abang niat puasa sama lah, temankan Liya
berpuasa!” ucap Aleeya sambil mencedok nasi ke dalam pinggan milik suaminya.
“Tapi abang tak pernah puasa lah sayang,
takut abang pengsan nanti!”
“Cuba lah dulu, nanti kalau betul abang
pengsan, abang bukalah puasa tu!” Betul
lah kan, bila sudah pengsan, maka puasa pun terbatal, boleh lah berbuka dan
makan.
“Liya memang banyak songgeh!”
“Hehehe..,” Abang sudah mengucap dua kalimah
syahadah, rukun pertama sudah tertunai. Tetapi solat, rukun kedua tertinggal
pula. Tak mengapa lah kita langkau, buat rukun ketiga dulu, iaitu berpuasa di
bulan ramadhan. Semuga dengan itu akan tergerak hati abang untuk bersolat pula
selepas ini. Siapa tahukan, kerana hidayah itu milik ALLAH saja, ALLAH yang
berhak memberi hidayah kepada insan-insan yang terpilih saja. Selebihnya biarlah aku yang berusaha demi
rumah tangga kami berdua.
Tetapi bagi orang yang tidak pernah berpuasa
tentu rasa terlalu sukar dan tidak tertanggung. Lainlah seperti kita yang sudah
diajar berpuasa sejak dari kecil lagi. Jadi kita sudah biasa berpuasa, sudah
menjadi satu kebiasaan kepada kita, berbeza dengan Rayyan, yang pertama kali
berpuasa hari ini.
‘Abang okey ke tak ni?” soal Aleeya sambil
duduk di sebelah suaminya yang terbaring di atas sofa. Tadi dalam pukul 11
pagi, tengok Rayyan ok lagi tetapi sekarang sudah terlantar di atas sofa. Baru pukul
2.00 petang.
“Pening kepala lah, Liya!” beritahu Rayyan.
Sahih angin sudah masuk perut dan singgah di kepala kerana perut kosong. Aleeya
memegang dahi suaminya lalu dipicit perlahan.
“Kalau tak mampu, abang bukalah!” ujar
Aleeya. Kasihan dan tidak sampai hati.
“Pukul berapa dah sekarang?”
“Pukul dua!”
“Sayang pula nak berbuka!” jawab Rayyan
membuatkan Aleeya tersenyum kecil. Tahu pun sayang!
“Pergilah mandi, nanti kuat lah badan abang!” cadang Aleeya.
“Okey. Tolong papah abang, abang dah tak
larat nak berjalan nih!” ujar Rayyan menghulurkan tangannya kepada Aleeya. Terpaksalah
Aleeya memapahnya masuk ke bilik air.
“Abang ni manjalah!”
“Manja dengan tak larat, sama ke sayang?”
usik Rayyan. Dalam tak larat boleh pula kau bergurau dengan aku yer? Aleeya mengelengkan kepalanya sambil
tersenyum.
“Pergilah mandi, Liya ambilkan tuala untuk
abang!”
“Okey!”
Kasih sayang itu membawa Rayyan erti berpuasa
hari ini. Dapat juga sehari walaupun asyik terbaring saja di sofa.
“Waw, Liya masak macam-macam hari ini untuk
abang ke?” soal Rayyan sambil menarik kerusi.
Ada hidangan yang best-best belaka termasuk dengan pencuci mulut lagi.
“Memang untuk abang pun!”
“Kenapa?”
“Nikmat orang yang berpuasa adalah ketika
berbuka, tak percaya, abang tengoklah nanti!”
“Abang belajar banyak perkara dari Liya hari
ini. Thank sebab sudi jadi isteri abang yang jahil ini..,”
“Liya adalah tulang rusuk abang, jadi abang
adalah jodoh liya yang ALLAH berikan untuk Liya. Jadi, abang adalah yang terbaik
untuk Liya!”
Memang pun nikmat orang yang berpuasa adalah
ketika berbuka kerana itu adalah hadiah yang ALLAH berikan kepada semua
hambanya yang menjalani ibadah berpuasa dengan sabar dan redha.
BERSAMBUNG..,
4 ulasan:
Wah..Satu permulaan yang bagus.Tahniah untuk Aleeya sebab berjaya pujuk Rayyan.
Tahniah juga kepada Rayyan walaupun dalam berathati dan dlam sakit peningnya,tapi demi Aleeya dia sanggup berpuasa huhu..
Nak berubah,tak semestinya demi orang tersayang,tapi kadang2 kita perlu berubah dan perubahan ini adalah kerana orang tersayang.
Hidayah itu turun dgn bermacam2 cara,mungkin bagi Rayyan..Caranya adalah melalui Liya..
Best kak..
Selamat menjalani ibadah puasa..
~Gurangak aja~
hati rayyan sebenar lembut, tetapi kena ada caranya.. dan liya menggunakan pendekatan ini untuk memujuk rayyan berpuasa.. jangan berkeras dengan rayyan kerana rayyan memang tidak suka isterinya mengajar dirinya.. lelaki ni sebenarnya ada ego yang cukup tinggi tambahan lagi untuk lelaki bernama rayyan.. tetapi kena pandai memujuk...
selamat berpuasa..
jujur katakan sy suka cara akak berdakwah melalui penulisan ni.
=)
nak mengajar sesuatu perkara bukan berdasar kan kekerasa, tetapi secara berlembut.. itu yang akak terapkan untuk liya dan rayyan..
Catat Ulasan