Selasa, 17 Julai 2012

PENGANTIN EKSPRES (15)



Aleeya menempah tiket online untuk ke Sabah hari ini. Memang dia mahu berjumpa dengan suaminya hari ini biar pun dia tahu Rayyan akan pulang keesokan harinya.  Memandangkan dia sedang bercuti apa salahnya dia pergi ke  Sabah hari ini. Cutinya sampai 1 Ramadhan. Tinggal dua hari saja lagi kita akan menyambut bulan yang mulia itu.  Tradisi hari pertama berpuasa pun sudah berubah sejak menjadi isteri Rayyan. Azlan??? Ah, sejak aku berkahwin, seperti sudah berkurun aku lupakan Azlan yang telah melukakan hati aku. Cepatnya!
“Assalamualaikum!” ada orang memberi salam dari luar rumah. Siapalah agaknya datang ketika dia tengah kalut untuk berangkat ke lapangan terbang ketika ini.
“Waalaikummussalam!” jawab Aleeya pantas sambil menuju ke muka pintu dan menariknya. Terpandang wajah Akma dan seorang perempuan hampir sebaya kakak sulongnya. Siapa?
“Ada orang nak jumpa Liya. Dia datang cari Liya di ofis tadi!” beritahu Akma kerana melihat Aleeya seperti sedang tertanya-tanya akan gerangan perempuan tersebut.
“Ooo, jemputlah masuk!” pelawa Aleeya sambil tersenyum senang.  Perempuan itu juga membalas senyuman.
“Liya, aku ada kerja. Puan, inilah Aleeya, isteri Rayyan yang Puan cari tu!”  kenal Akma kepada Puan Rahimah, Pemilik Rumah anak-anak yatim yang terpaksa datang mencari Aleeya kerana ada hal penting.
“Masuk lah Puan!” pelawa Aleeya sekali lagi. Akma hanya melihat Aleeya dengan satu pandangan yang cukup bermakna sebelum memberi tanda isyarat dia ingin beredar terlebih dahulu.
“Terima kasih Puan Aleeya. Panggil saja saya Kak Rahimah!” beritahu Puan Rahimah.
“Saya Liya!” kata Aleeya membawa Puan Rahimah ke ruang tamu.
“Tengok Liya macam ada kerja saja, maaflah kalau kedatangan saya ini menganggu Liya..,” kata Puan Rahimah ketika dia sedang duduk di atas sofa berwarna merah yang empuk itu.
“Ada hal pukul 11. 00 nanti..,” jam bertolak pukul dua belas lebih, sekarang pukul 9.00 pagi. Masih ada waktu yang panjang.
“Yer ker? Tak mengapa akak datang pun sekejap saja!” beritahu Puan Rahimah.

Cerita itu walaupun mengambil masa sepuluh minit tapi telah mengubah pendirian Aleeya dan telah berjaya mengoncang hati Aleeya. Lebur. Rindu terhadap suami tersayang telah menjadi debu yang berterbangan kala ini. Dia tidak mampu, sudah hilang kewarasan diri. Maka sudah datang yang bermacam-macam di dalam kepala otaknya. Malah air mata jernih mahu gugur saja tetapi dia menahannya di dalam jiwa. Sakit dan pedih.
“Maaf, saya tahu Liya mesti tidak menyangkanya tetapi sudah menjadi tanggungjawab saya untuk memberitahu hal sebenar kepada Liya yang menjadi isterinya..,” sambung Puan Rahimah membawa duka lagi. Wajarkah aku percayakan dia ataupun bertanya kepada suamiku akan kesahihan cerita ini terlebih dahulu? Kalau bertanya, mahukah dia mengaku?
“Tak mengapa, saya faham situasi, Puan!” ujar Aleeya sudah hilang suara.
“Berbincanglah elok-elok dengan suami Puan, cari jalan penyelesaian yang terbaik!” cadang Puan Rahimah lagi sambil bangun dan mohon mengundurkan diri.

Puan Rahimah telah pergi tetapi duka yang dibawa tetap berada di sini.  Saat ini dia kehilangan punca, dan kehilangan arah. Hendak cari siapa untuk mengadu? Sedangkan aku rapat dengan abah tetapi tega kah abah untuk menghadapi keperitan ini bersamaku? Tetapi aku mana ada sesiapa lagi selain abah? Ah, tak nak lah menanggung derita ini seorang diri. Lalu dia pantas menghubungi abah di kampung. Itu saja jalan yang dia miliki.

Lalu tanpa rahsia, dia bercerita kepada abah. Satu persatu dan tiada pun yang tertinggal. Abah ada lah teman terbaiknya selama ini.
“Liya, itu masa silam Rayyan lah, nak. Beri Rayyan peluang untuk menebuskan kesilapan dan kesalahannya. Jangan benci Rayyan kerana masa silam Rayyan!” tegur abah membuatkan hati Aleeya kembali tenang. Rupanya abah menerimanya dengan redha sekali bukan seperti aku yang gelabah sakan tadi. Seperti mahu meronta-ronta saja.
“Hah?” terkejut Aleeya mendengar.
“Kenapa terkejut pula? Liya ingat baik dan buruknya, dosa dan pahalanya, kita ke yang tentukan? Siapa tahu suatu hari nanti Rayyan berubah dan dia menjadi lelaki yang lebih baik dari diri kita sendiri? Liya ingat syurga dan neraka tu hak kita ke? ALLAH saja yang berhak ke atas hambanya. Bukan Liya pun. Liya perlu jadi isteri dan beri tauladan yang baik kepada Rayyan. Barulah boleh pikat hati Rayyan dengan islam dan iman..,” panjang lebar abah berceramah. Alhamdulillah kerana aku mendapat seorang abah yang terlalu baik.
“Abah tak marahkan Rayyan?”
“Abah marahkan Liya. Macam ini pun nak mengalah dan mengeluh. Abah tak ajar anak abah untuk jadi seperti sekarang,”
“Liya sayang abah!”
“Liya sayang abah atau abang rayyan ni?”
“Abah nih..,”

Abah memang sporting pun. Liya mengambil beg sandang dan beg pakaiannya. Jangan leburkan kasih sayang kepada Rayyan yang baru hendak tumbuh itu kerana sesuatu perkara yang belum kita pasti akan kebenarannya tetapi hendak tahu juga jawapan yang sepatutnya. Betul ke?

Tapi aku memang tak boleh bencikan Rayyan pun.

Perjalanan KL – Sabah mengambil masa hampir dua jam. Dia sudah dapatkan nombor bilik hotel dari PA suaminya kerana ingin memberi kejutan kepada Rayyan. Baru sedang mencari teksi, telefonnya berdering mohon diangkat.
“Liya dah sampai ke?” soal Rayyan girang sekali suaranya. Aik dia tahu ke aku ke sini?
“Sampai mana?” soal Liya pura-pura tidak faham.
“Sabah!” jawab Rayyan
“Hah?” Aleeya pura-pura terkejut.
“PA abang dah beritahu tadi, kat mana sekarang? Abang nak jemput Liya ni!” balas Rayyan mematikan kekejutan di hati Aleeya. Cekapnya dia. Geramnya!
“Ler.. Liya nak buat kejutan kat abang sebenarnya!”
“Hahahaha...,”

Sejambak bunga mawar merah tanda sambutan Rayyan menerima kehadirannya di bumi Sabah.  Dan tentunya sebuah ciuman di dahinya tanda dia memang disayangi pun.  Bahagianya boleh menatap wajah Aleeya yang dirindui itu. Dan kasih sayang Aleeya telah membawa Aleeya ke sini. Agak-agak lah kalau aku pergi kerja di Afrika, Aleeya sanggup ke datang kepadaku?
“Abang, Liya marah abang sebenarnya!” beritahu Aleeya tidak berpuas hati dengan berita yang datang dari Puan Rahimah.
“Kita bincang kat hotel nanti. Kat sini abang tak sanggup tengok isteri abang mengamuk depan orang ramai. Malu!”
“Abang tahu malu ek?” pintas Aleeya memberi beg pakaiannya kepada Rayyan.

Bersambung...,

9 ulasan:

arin raina berkata...

nak tahu ape.. yang puan rahimah cakap dekat aleya tu...

sweet la rayyan tu....
hope aleya dapat kuat kn diri dia..

Unknown berkata...

ada kat siri 16 nanti..

ceriasokmo berkata...

Apelah kisah silam rayyan tu ek..

~zahidah abd wahid~

Unknown berkata...

aik.. saya ada tetamu baru hari ni.. zahidah terima kasih kerana membaca blog saya.. hehehe...nantilah saya beritahu...

ceriasokmo berkata...

Dari akak letak kat fb sy da baca..tapi x penah komen kat sini..hehe

Unknown berkata...

yer ker... terima kasih.. terima kasih.. terima kasih..

Unknown berkata...

wah..
apakah?Konflik sudah bermula?
Wuaa...apa pula kisah silam yg menganggu sampai Puan Rahimah kena jumpa Rayyan bagai?Adakah Rayyan ada sembunyikan sesuaut dri Aleeya?
Jeng..jeng..jeng!Takutlah nak baca n3 seterusnya hehe..
gud job kak..suspen hehe..

~Gurangak aja~

Unknown berkata...

suspen pun sudah ada jawapan.. hehehe

hk berkata...

apa your fb???