Aleeya menempah
tiket online untuk ke Sabah hari ini. Memang dia mahu berjumpa dengan suaminya
hari ini biar pun dia tahu Rayyan akan pulang keesokan harinya. Memandangkan dia sedang bercuti apa salahnya
dia pergi ke Sabah hari ini. Cutinya
sampai 1 Ramadhan. Tinggal dua hari saja lagi kita akan menyambut bulan yang
mulia itu. Tradisi hari pertama berpuasa
pun sudah berubah sejak menjadi isteri Rayyan. Azlan??? Ah, sejak aku
berkahwin, seperti sudah berkurun aku lupakan Azlan yang telah melukakan hati
aku. Cepatnya!
“Assalamualaikum!”
ada orang memberi salam dari luar rumah. Siapalah agaknya datang ketika dia
tengah kalut untuk berangkat ke lapangan terbang ketika ini.
“Waalaikummussalam!”
jawab Aleeya pantas sambil menuju ke muka pintu dan menariknya. Terpandang
wajah Akma dan seorang perempuan hampir sebaya kakak sulongnya. Siapa?
“Ada orang nak
jumpa Liya. Dia datang cari Liya di ofis tadi!” beritahu Akma kerana melihat
Aleeya seperti sedang tertanya-tanya akan gerangan perempuan tersebut.
“Ooo, jemputlah
masuk!” pelawa Aleeya sambil tersenyum senang. Perempuan itu juga membalas senyuman.
“Liya, aku ada
kerja. Puan, inilah Aleeya, isteri Rayyan yang Puan cari tu!” kenal Akma kepada Puan Rahimah, Pemilik Rumah
anak-anak yatim yang terpaksa datang mencari Aleeya kerana ada hal penting.
“Masuk lah Puan!”
pelawa Aleeya sekali lagi. Akma hanya melihat Aleeya dengan satu pandangan yang
cukup bermakna sebelum memberi tanda isyarat dia ingin beredar terlebih dahulu.
“Terima kasih
Puan Aleeya. Panggil saja saya Kak Rahimah!” beritahu Puan Rahimah.
“Saya Liya!”
kata Aleeya membawa Puan Rahimah ke ruang tamu.
“Tengok Liya
macam ada kerja saja, maaflah kalau kedatangan saya ini menganggu Liya..,” kata
Puan Rahimah ketika dia sedang duduk di atas sofa berwarna merah yang empuk
itu.
“Ada hal pukul 11.
00 nanti..,” jam bertolak pukul dua belas lebih, sekarang pukul 9.00 pagi.
Masih ada waktu yang panjang.
“Yer ker? Tak
mengapa akak datang pun sekejap saja!” beritahu Puan Rahimah.
Cerita itu
walaupun mengambil masa sepuluh minit tapi telah mengubah pendirian Aleeya dan
telah berjaya mengoncang hati Aleeya. Lebur. Rindu terhadap suami tersayang
telah menjadi debu yang berterbangan kala ini. Dia tidak mampu, sudah hilang
kewarasan diri. Maka sudah datang yang bermacam-macam di dalam kepala otaknya.
Malah air mata jernih mahu gugur saja tetapi dia menahannya di dalam jiwa.
Sakit dan pedih.
“Maaf, saya tahu
Liya mesti tidak menyangkanya tetapi sudah menjadi tanggungjawab saya untuk
memberitahu hal sebenar kepada Liya yang menjadi isterinya..,” sambung Puan
Rahimah membawa duka lagi. Wajarkah aku percayakan dia ataupun bertanya kepada
suamiku akan kesahihan cerita ini terlebih dahulu? Kalau bertanya, mahukah dia
mengaku?
“Tak mengapa,
saya faham situasi, Puan!” ujar Aleeya sudah hilang suara.
“Berbincanglah
elok-elok dengan suami Puan, cari jalan penyelesaian yang terbaik!” cadang Puan
Rahimah lagi sambil bangun dan mohon mengundurkan diri.
Puan Rahimah
telah pergi tetapi duka yang dibawa tetap berada di sini. Saat ini dia kehilangan punca, dan kehilangan
arah. Hendak cari siapa untuk mengadu? Sedangkan aku rapat dengan abah tetapi
tega kah abah untuk menghadapi keperitan ini bersamaku? Tetapi aku mana ada
sesiapa lagi selain abah? Ah, tak nak lah menanggung derita ini seorang diri.
Lalu dia pantas menghubungi abah di kampung. Itu saja jalan yang dia miliki.
Lalu tanpa
rahsia, dia bercerita kepada abah. Satu persatu dan tiada pun yang tertinggal.
Abah ada lah teman terbaiknya selama ini.
“Liya, itu masa
silam Rayyan lah, nak. Beri Rayyan peluang untuk menebuskan kesilapan dan
kesalahannya. Jangan benci Rayyan kerana masa silam Rayyan!” tegur abah
membuatkan hati Aleeya kembali tenang. Rupanya abah menerimanya dengan redha
sekali bukan seperti aku yang gelabah sakan tadi. Seperti mahu meronta-ronta
saja.
“Hah?” terkejut
Aleeya mendengar.
“Kenapa terkejut
pula? Liya ingat baik dan buruknya, dosa dan pahalanya, kita ke yang tentukan?
Siapa tahu suatu hari nanti Rayyan berubah dan dia menjadi lelaki yang lebih
baik dari diri kita sendiri? Liya ingat syurga dan neraka tu hak kita ke? ALLAH
saja yang berhak ke atas hambanya. Bukan Liya pun. Liya perlu jadi isteri dan
beri tauladan yang baik kepada Rayyan. Barulah boleh pikat hati Rayyan dengan
islam dan iman..,” panjang lebar abah berceramah. Alhamdulillah kerana aku
mendapat seorang abah yang terlalu baik.
“Abah tak
marahkan Rayyan?”
“Abah marahkan
Liya. Macam ini pun nak mengalah dan mengeluh. Abah tak ajar anak abah untuk
jadi seperti sekarang,”
“Liya sayang
abah!”
“Liya sayang
abah atau abang rayyan ni?”
“Abah nih..,”
Abah memang
sporting pun. Liya mengambil beg sandang dan beg pakaiannya. Jangan leburkan
kasih sayang kepada Rayyan yang baru hendak tumbuh itu kerana sesuatu perkara
yang belum kita pasti akan kebenarannya tetapi hendak tahu juga jawapan yang
sepatutnya. Betul ke?
Tapi aku memang
tak boleh bencikan Rayyan pun.
Perjalanan KL –
Sabah mengambil masa hampir dua jam. Dia sudah dapatkan nombor bilik hotel dari
PA suaminya kerana ingin memberi kejutan kepada Rayyan. Baru sedang mencari
teksi, telefonnya berdering mohon diangkat.
“Liya dah sampai
ke?” soal Rayyan girang sekali suaranya. Aik dia tahu ke aku ke sini?
“Sampai mana?”
soal Liya pura-pura tidak faham.
“Sabah!” jawab
Rayyan
“Hah?” Aleeya pura-pura
terkejut.
“PA abang dah
beritahu tadi, kat mana sekarang? Abang nak jemput Liya ni!” balas Rayyan
mematikan kekejutan di hati Aleeya. Cekapnya dia. Geramnya!
“Ler.. Liya nak
buat kejutan kat abang sebenarnya!”
“Hahahaha...,”
Sejambak bunga
mawar merah tanda sambutan Rayyan menerima kehadirannya di bumi Sabah. Dan tentunya sebuah ciuman di dahinya tanda
dia memang disayangi pun. Bahagianya
boleh menatap wajah Aleeya yang dirindui itu. Dan kasih sayang Aleeya telah
membawa Aleeya ke sini. Agak-agak lah kalau aku pergi kerja di Afrika, Aleeya
sanggup ke datang kepadaku?
“Abang, Liya
marah abang sebenarnya!” beritahu Aleeya tidak berpuas hati dengan berita yang
datang dari Puan Rahimah.
“Kita bincang
kat hotel nanti. Kat sini abang tak sanggup tengok isteri abang mengamuk depan
orang ramai. Malu!”
“Abang tahu malu
ek?” pintas Aleeya memberi beg pakaiannya kepada Rayyan.
Bersambung...,
9 ulasan:
nak tahu ape.. yang puan rahimah cakap dekat aleya tu...
sweet la rayyan tu....
hope aleya dapat kuat kn diri dia..
ada kat siri 16 nanti..
Apelah kisah silam rayyan tu ek..
~zahidah abd wahid~
aik.. saya ada tetamu baru hari ni.. zahidah terima kasih kerana membaca blog saya.. hehehe...nantilah saya beritahu...
Dari akak letak kat fb sy da baca..tapi x penah komen kat sini..hehe
yer ker... terima kasih.. terima kasih.. terima kasih..
wah..
apakah?Konflik sudah bermula?
Wuaa...apa pula kisah silam yg menganggu sampai Puan Rahimah kena jumpa Rayyan bagai?Adakah Rayyan ada sembunyikan sesuaut dri Aleeya?
Jeng..jeng..jeng!Takutlah nak baca n3 seterusnya hehe..
gud job kak..suspen hehe..
~Gurangak aja~
suspen pun sudah ada jawapan.. hehehe
apa your fb???
Catat Ulasan