CARA pendidikan
yang berbeza ini memberi perubahan besar kepada gaya kehidupan masing-masing.
Teringat abah dan mak di kampung dan Aleeya merasa betapa bersyukurnya dia
menjadi anak kepada abah dan mak yang memberikan didikan agama kepadanya dengan
cukup baik sekali. Alhamdulillah. Sehingga ke saat ini dia tidak pernah
meninggalkan kewajipannya kepada ALLAH walaupun sesibuk mana sekali pun.
Terbayang wajah
abah sekarang. Betapa abah akan merotan mereka adik beradik kalau tidak bersolat.
Malah setiap petang mereka belajar mengaji al quran dengan abah. Abah memang
cukup tegas dalam hal seperti ini. Dia
pernah kena rotan dengan abah kerana ponteng kelas yang abah ajar setiap hari.
Ponteng pun bersebab, kerana hari itu dia perlu ke sekolah, kerana ada latihan
membaca puisi untuk pertandingan peringkat sekolah. Cikgu kelas meminta mereka
berkumpul tepat pukul lapan malam di sekolah dan kerana hendak cepat, dia
ponteng belajar mengaji al quran. Sebaik saja pulang malam itu, abah memang
sudang menunggunya dengan rotan.
Alhamdulillah,
kerana ketegasan abah lah yang membuatkan dia jadi seperti sekarang. Dunia
Aleeya dan Rayyan memang jauh berbeza. Tadi, dia sempat berbual panjang dengan
Julia. Kata Julia, mama dan papa memang tidak kisah tentang kehidupan mereka
adik beradik. Mereka bebas untuk melakukan apa saja termasuk tidur dengan
pasangan masing-masing. Mama tidak pernah membantah atau menyekat hak peribadi
mereka adik beradik. Hebat kan? Begitu juga dengan papa yang kehidupannya
terlalu sosial.
“Liya kat mana?”
soal Rayyan. Ini baru pertama kali Rayyan menghubunginya setelah seharian
berada di Sabah. Sekarang pun sudah
masuk pukul sembilan malam. Aleeya sedang berehat di dalam bilik kepunyaan adik
iparnya, Julia. Dan ketika ini Julia sedang asyik benar menonton tv.
Julia memandang
ke arah Aleeya apabila telefon kepunyaan Aleeya berbunyi. Siapa?
“Abang kat mana?”
soal Aleeya balik. Tidak mahu menjawab pertanyaan suaminya. Takut kena marah.
“Dengan papa kat
bilik hotel. Jangan fikir yang bukan-bukan tentang abang, okey?” Hahaha,
mestikah kau cari perempuan lain malam ini? Kata Julia.. ah.. sikit-sikit kata
Julia. Kau kena yakin kepada diri sendiri lah.
“Kenapa?”
“jawab
pertanyaan abang, Liya kat mana. Kata Ju, Liya kat rumah mama, betul ke?” sudah
bertukar nada suara Rayyan saat ini. Panas telinga! Mesti dia marah sebab aku
telah mengengkari arahan suami sendiri.
“Liya kat rumah
mama..,”
“Apa?? Gila ke??
Sekarang abang nak Liya balik ke rumah kita!” jerkah Rayyan berdesing di
telinga. Perit kedengaran kerana dijerkah oleh Rayyan. Terkejut dan tergaman di
buatnya.
“Tapi...,”
“Liya balik
sekarang. Itu arahan abang. Faham???”
jerit Rayyan sambil mematikan talian telefon. Aleeya cuba menghubungi suaminya semula tetapi
Rayyan sengaja tidak mengangkat telefon tersebut. Berkali-kali tetapi hampa.
“Abang angkat
lah telefon!” mesej Aleeya yang ke lima kali. Tetapi masih tidak dibalas.
Beginikah caranya Rayyan melepaskan amarahnya terhadap Aleeya?
Baju dan
barang-barangnya sudah dikemas semula. Dia harus segera pulang ke rumah ketika
ini.
“Nak ke mana
kak?” soal Julia. Tadi mama marah dan maki, malah mama usir pun tak berganjak.
Sekarang, Abang Rayyan cakap sekali, terus ikut.
“Nak balik!”
“Tak jadi
bermalam di sini?”
“Takk..,”
“Ju temankan
akak, boleh?”
“Tak usah lah.
Akak boleh balik sendiri,”
Sepanjang
perjalanan dia menghubungi Rayyan tetapi suaminya tidak mengangkat. Malah smsm
dari Aleeya pun tidak di balas. Macam manalah nak berkomunikasi, nak jelaskan
keadaan yang sebenar kalau abang buat perangai macam ini?
Sikap Rayyan
benar-benar membuatkan Aleeya keresahan. Bingung dan sedih kerana layanan
Rayyan malam ini. Serba tidak kena Aleeya rasakan. Malah dia tidak boleh lelapkan
matanya. Aku telah berdosa kerana tidak patuh kepada suami walaupun aku sudah
menghantar sms memberitahunya sebelum melangkah pergi ke rumah mama tadi. Tetapi
sebelum sempat dia memberi jawapan, aku sudah pun membuat keputusan. Macam mana
yer?
“Beri Liya
peluang untuk jelaskan keadaan!” mesej Aleeya lagi. Entah mesej keberapa puluh,
dia sendiri tidak pasti. Tetapi sekarang sudah pukul 4.00 pagi, matanya masih
segar kerana rasa bersalah dan kebimbangan yang teramat sangat. Kalau lah
sesuatu berlaku antara kami malam ini, aku sudah derhaka pada suami
sendiri. Malah tidak aku mencium bau
syurga kerana kekhilafan aku siang tadi. Bagaimana? Andainya abah tahu tentu
abah akan memihak kepada Rayyan bukan kepada aku yang menjadi anaknya.
“Liya minta
ampun dan maaf tetapi janganlah layan Liya macam ni..,” sekali lagi Aleeya
menghantar mesej. Pun tidak dibalas oleh Rayyan walaupun sudah sepuluh minit
Aleeya menunggu.
Hampa dan
kecewa. Malah malam yang sepi ini semakin membuatkan hatinya sayu dan
beku. Jangan menangis, Liya. Pujuk
hatinya sendiri.
“Ok lah, kalau
abang tak nak balas sms Liya juga, Liya nak balik kampung, nak mengadu kat abah
bahawa suami Liya abaikan Liya..,” ugut Liya. Bersungguhkah mahu pulang ke
kampung? Balik kampung nak bagi abah marah lagi ada lah.
“Balik lah, Liya
kan suka buat perangai macam tu,” balas Rayyan tak sampai pun sepuluh saat.
Cepatnya. Aduhai cek abang sayang kenapalah uji sayang awak nih sampai begitu
sekali.
“Abang, call
Liya sekarang jugak!”
“Tak nak. Abang
nak tidur. Bukan macam Liya sejak dari tadi asyik hantar sms dan buat miss call
saja. Liya memang tak ada kerja ke malam ini?”
“Liya minta
maaf, okey?”
“Kenapa Liya buat
perkara yang paling abang tak suka? Kan abang dah cakap jangan jumpa mama,
ataupun pergi ke rumah mama..,”
“Nak berkenalan
dengan ibu mentua..,”
“Tak usah. Kalau
abang suruh Liya datang sini besok, tentu Liya tak buat kan...,”
Mesej dari
Rayyan benar-benar mencabar minda Aleeya. Jangan cabar Liya lah, Sabah bukan
jauh sangat pun...
Bersambung...
9 ulasan:
NAPE rayyan tak suka leya pergi rumah mak mertua dia?hati saya tertnye... :)
nanti akak jawab dalam cerita tu...
Uik..Rayyan dah naik angin.Kepala hangin sungguh hehe..
Tapi Liya pun salah gak.Dah Rayyan dah pesan awal2 jgn pergi rumah mama dia.Kan Rayyan dah marah..
Memang tertanya-tanya juga,kenapa Rayyan tak suka liya pergi sana?
Mungkin Mama Rayyan dah pesan awal2,dia tak nak Liya jejak kaki kat rumah tu..hehe
Tak pun Rayyan mmg sembunyikan sesuatu?hehe..
Oit Rayyan..Main cabar2 pula.Kang si Aleeya tu terus terbang pergi sabah,jangan terkejut beruk nnti sudah.
kak,best hehe..
~Gurangak aja~
hahaha.. penyebabnya akak akan jelaskan di dalam cerita ni nanti kenapa dan mengapa, rayyan tak suka aleeya ke rumahnya.. memang rayyan marah benar kerana kedegilan liya yang ke rumah mamanya tanpa kebenaran darinya.. tapi marah mcm mana pun dia tetap sayangkan liya
lagi,,lagi...
hahahahaha... idea tak mau keluar hari nie...
Tertanya-tanya sy dibuatnye..
~zahidah abd wahid~
kekekeke...
kita tahu kenapa rayyan x suka liya pegi rumah family dia.. dia x nak liya terpengaruh dgn kehidupan family dia??? sbb deep inside his heart dia x nak liya berubah kan??
Catat Ulasan