Selasa, 17 Julai 2012

PENGANTIN EKSPRES (14)


CARA pendidikan yang berbeza ini memberi perubahan besar kepada gaya kehidupan masing-masing. Teringat abah dan mak di kampung dan Aleeya merasa betapa bersyukurnya dia menjadi anak kepada abah dan mak yang memberikan didikan agama kepadanya dengan cukup baik sekali. Alhamdulillah. Sehingga ke saat ini dia tidak pernah meninggalkan kewajipannya kepada ALLAH walaupun sesibuk mana sekali pun.

Terbayang wajah abah sekarang. Betapa abah akan merotan mereka adik beradik kalau tidak bersolat. Malah setiap petang mereka belajar mengaji al quran dengan abah. Abah memang cukup tegas dalam hal seperti ini.  Dia pernah kena rotan dengan abah kerana ponteng kelas yang abah ajar setiap hari. Ponteng pun bersebab, kerana hari itu dia perlu ke sekolah, kerana ada latihan membaca puisi untuk pertandingan peringkat sekolah. Cikgu kelas meminta mereka berkumpul tepat pukul lapan malam di sekolah dan kerana hendak cepat, dia ponteng belajar mengaji al quran. Sebaik saja pulang malam itu, abah memang sudang menunggunya dengan rotan.
Alhamdulillah, kerana ketegasan abah lah yang membuatkan dia jadi seperti sekarang. Dunia Aleeya dan Rayyan memang jauh berbeza. Tadi, dia sempat berbual panjang dengan Julia. Kata Julia, mama dan papa memang tidak kisah tentang kehidupan mereka adik beradik. Mereka bebas untuk melakukan apa saja termasuk tidur dengan pasangan masing-masing. Mama tidak pernah membantah atau menyekat hak peribadi mereka adik beradik. Hebat kan? Begitu juga dengan papa yang kehidupannya terlalu sosial.
“Liya kat mana?” soal Rayyan. Ini baru pertama kali Rayyan menghubunginya setelah seharian berada di Sabah.  Sekarang pun sudah masuk pukul sembilan malam. Aleeya sedang berehat di dalam bilik kepunyaan adik iparnya, Julia. Dan ketika ini Julia sedang asyik benar menonton tv.
Julia memandang ke arah Aleeya apabila telefon kepunyaan Aleeya berbunyi. Siapa?
“Abang kat mana?” soal Aleeya balik. Tidak mahu menjawab pertanyaan suaminya. Takut kena marah.
“Dengan papa kat bilik hotel. Jangan fikir yang bukan-bukan tentang abang, okey?” Hahaha, mestikah kau cari perempuan lain malam ini? Kata Julia.. ah.. sikit-sikit kata Julia. Kau kena yakin kepada diri sendiri lah.
“Kenapa?”
“jawab pertanyaan abang, Liya kat mana. Kata Ju, Liya kat rumah mama, betul ke?” sudah bertukar nada suara Rayyan saat ini. Panas telinga! Mesti dia marah sebab aku telah mengengkari arahan suami sendiri.
“Liya kat rumah mama..,”
“Apa?? Gila ke?? Sekarang abang nak Liya balik ke rumah kita!” jerkah Rayyan berdesing di telinga. Perit kedengaran kerana dijerkah oleh Rayyan. Terkejut dan tergaman di buatnya.
“Tapi...,”
“Liya balik sekarang. Itu arahan abang. Faham???”  jerit Rayyan sambil mematikan talian telefon.  Aleeya cuba menghubungi suaminya semula tetapi Rayyan sengaja tidak mengangkat telefon tersebut. Berkali-kali tetapi hampa.
“Abang angkat lah telefon!” mesej Aleeya yang ke lima kali. Tetapi masih tidak dibalas. Beginikah caranya Rayyan melepaskan amarahnya terhadap Aleeya?

Baju dan barang-barangnya sudah dikemas semula. Dia harus segera pulang ke rumah ketika ini.
“Nak ke mana kak?” soal Julia. Tadi mama marah dan maki, malah mama usir pun tak berganjak. Sekarang, Abang Rayyan cakap sekali, terus ikut.
“Nak balik!”
“Tak jadi bermalam di sini?”
“Takk..,”
“Ju temankan akak, boleh?”
“Tak usah lah. Akak boleh balik sendiri,”

Sepanjang perjalanan dia menghubungi Rayyan tetapi suaminya tidak mengangkat. Malah smsm dari Aleeya pun tidak di balas. Macam manalah nak berkomunikasi, nak jelaskan keadaan yang sebenar kalau abang buat perangai macam ini?

Sikap Rayyan benar-benar membuatkan Aleeya keresahan. Bingung dan sedih kerana layanan Rayyan malam ini. Serba tidak kena Aleeya rasakan. Malah dia tidak boleh lelapkan matanya. Aku telah berdosa kerana tidak patuh kepada suami walaupun aku sudah menghantar sms memberitahunya sebelum melangkah pergi ke rumah mama tadi. Tetapi sebelum sempat dia memberi jawapan, aku sudah pun membuat keputusan. Macam mana yer?
“Beri Liya peluang untuk jelaskan keadaan!” mesej Aleeya lagi. Entah mesej keberapa puluh, dia sendiri tidak pasti. Tetapi sekarang sudah pukul 4.00 pagi, matanya masih segar kerana rasa bersalah dan kebimbangan yang teramat sangat. Kalau lah sesuatu berlaku antara kami malam ini, aku sudah derhaka pada suami sendiri.  Malah tidak aku mencium bau syurga kerana kekhilafan aku siang tadi. Bagaimana? Andainya abah tahu tentu abah akan memihak kepada Rayyan bukan kepada aku yang menjadi anaknya.
“Liya minta ampun dan maaf tetapi janganlah layan Liya macam ni..,” sekali lagi Aleeya menghantar mesej. Pun tidak dibalas oleh Rayyan walaupun sudah sepuluh minit Aleeya menunggu.

Hampa dan kecewa. Malah malam yang sepi ini semakin membuatkan hatinya sayu dan beku.  Jangan menangis, Liya. Pujuk hatinya sendiri.
“Ok lah, kalau abang tak nak balas sms Liya juga, Liya nak balik kampung, nak mengadu kat abah bahawa suami Liya abaikan Liya..,” ugut Liya. Bersungguhkah mahu pulang ke kampung? Balik kampung nak bagi abah marah lagi ada lah.
“Balik lah, Liya kan suka buat perangai macam tu,” balas Rayyan tak sampai pun sepuluh saat. Cepatnya. Aduhai cek abang sayang kenapalah uji sayang awak nih sampai begitu sekali.
“Abang, call Liya sekarang jugak!”
“Tak nak. Abang nak tidur. Bukan macam Liya sejak dari tadi asyik hantar sms dan buat miss call saja. Liya memang tak ada kerja ke malam ini?”
“Liya minta maaf, okey?”
“Kenapa Liya buat perkara yang paling abang tak suka? Kan abang dah cakap jangan jumpa mama, ataupun pergi ke rumah mama..,”
“Nak berkenalan dengan ibu mentua..,”
“Tak usah. Kalau abang suruh Liya datang sini besok, tentu Liya tak buat kan...,”

Mesej dari Rayyan benar-benar mencabar minda Aleeya. Jangan cabar Liya lah, Sabah bukan jauh sangat pun...

Bersambung...

9 ulasan:

arin raina berkata...

NAPE rayyan tak suka leya pergi rumah mak mertua dia?hati saya tertnye... :)

Unknown berkata...

nanti akak jawab dalam cerita tu...

Unknown berkata...

Uik..Rayyan dah naik angin.Kepala hangin sungguh hehe..
Tapi Liya pun salah gak.Dah Rayyan dah pesan awal2 jgn pergi rumah mama dia.Kan Rayyan dah marah..
Memang tertanya-tanya juga,kenapa Rayyan tak suka liya pergi sana?
Mungkin Mama Rayyan dah pesan awal2,dia tak nak Liya jejak kaki kat rumah tu..hehe
Tak pun Rayyan mmg sembunyikan sesuatu?hehe..
Oit Rayyan..Main cabar2 pula.Kang si Aleeya tu terus terbang pergi sabah,jangan terkejut beruk nnti sudah.
kak,best hehe..

~Gurangak aja~

Unknown berkata...

hahaha.. penyebabnya akak akan jelaskan di dalam cerita ni nanti kenapa dan mengapa, rayyan tak suka aleeya ke rumahnya.. memang rayyan marah benar kerana kedegilan liya yang ke rumah mamanya tanpa kebenaran darinya.. tapi marah mcm mana pun dia tetap sayangkan liya

Unknown berkata...

lagi,,lagi...

Unknown berkata...

hahahahaha... idea tak mau keluar hari nie...

ceriasokmo berkata...

Tertanya-tanya sy dibuatnye..

~zahidah abd wahid~

Unknown berkata...

kekekeke...

hk berkata...

kita tahu kenapa rayyan x suka liya pegi rumah family dia.. dia x nak liya terpengaruh dgn kehidupan family dia??? sbb deep inside his heart dia x nak liya berubah kan??