“Macam mana
abang boleh tahu Liya tak beli baju raya?” soalnya Aleeya. Rayyan menyuapkan
nasi goreng ke mulut Aleeya. Kalau makan selalunya begitu lah. Suaminya ini
sesekali akan menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Tak kira tempat pula tu.
Buat apa hendak dimalukan, kita pasangan suami isteri yang sah kan? Mungkinkah
dia buat perkara yang sama dengan perempuan-perempuan lain? Kenapa aku selalu
fikir yang negitif saja? Selalu buruk sangka dengan suami sendiri? Aku tak rela
andainya dia buat begitu dengan perempuan lain.
“Walaupun tak
sampai sebulan kita kahwin, tapi abang faham benar dengan perangai Liya. Liya
kalau marah, habis lah cerita. Abang saja yang boleh tahan dengan sikap panas
baran Liya nih. Mujur Liya tak lempar barang kat rumah, tidak tak larat lah
abang nak beli ganti yang baru,” usik Rayyan sambil membelai rambut Aleeya
dengan manja. Aleeya menjeling sayang.
“Liya ni
penyabar lah!” balas Aleeya membela diri sendiri. Penyabar ke aku? Mak suruh
aku menjadi perempuan yang sabar seperti Siti Aisyah, isteri Raja Firaun,
tetapi mampukah aku? Sekarang pun sudah tidak tertahan dengan sikap suami
sendiri.
“Penyabar apa
macam ini? Jahat-jahat abang pun tak lah macam Liya, perangai Liya tu teruk
sangat!” tuduh Rayyan menghabiskan
nasinya yang terakhir. Liya memang pandai memasak. Sedap masakan Liya. Liya
sudah ada pakej lengkap untuk menjadi isterinya. Pandai masak, rajin dan taat
kepada suami. Yang penting Liya tak pernah tinggal solat.
“Abang kemas
meja yer, Liya nak pergi solat dan bersiap. Nanti nak keluar shoping!” dalih
Aleeya tak sudi mendengar rungutan suaminya yang berkata macam-macam tentang
dirinya. Aku teruk atau dia yang teruk? Bilalah dia mahu berubah menjadi suami
yang baik. Bukan saja baik kepada ibu dan bapanya, bukan saja baik kepada
isterinya tetapi baik juga kepada maha penciptanya. Bilalah agaknya semua itu
akan terjadi?
“Yer sayang!”
balas Rayyan sambil mengambil pinggan Aleeya dan pinggannya. Hanya kemas meja
saja tau, yang lain Liya uruskan sendiri lah.
Liya apa
maknanya beli baju raya kalau suami awak tak berpuasa dan bersolat? Ada makna
ke Liya? Lagi satu awak tak beraya di kampung halaman awak tetapi terpaksa
beraya di luar negara? Mahu ke Liya?
“Beli lah, abang
belanja!” suruh Rayyan apabila Aleeya hanya membelek saja baju-baju kurung dan
kebaya yang sedang tergantung indah di dalam butik. Satu pun tak beli. Tak
berkenan!
“Andainya beli
satu kedai pun abang mampu kan? Tapi Liya tak berkenan lah!”
“Apa lagi yang
tak kena ni? Abang ada janji temu pukul 11 malam nanti!” beritahu Rayyan.
Sekarang pun sudah bertalu-talu rakan-rakan suaminya itu menghubunginya
mengajak dia ke tempat biasa. Kelab malam lah jawabnya.
“Tahu. Kalau
abang nak pergi, pergilah. Liya boleh balik sendiri!”
“Ikut abang lah
malam ni, nak?”
“Bagi sejuta pun
Liya tak nak pergi!”
“Hahaha.. abang
bagi dua juta, mahu?”
Aleeya sudah
mengigit bibirnya. Melampau..,
Aleeya di hantar pulang ke rumah manakala Rayyan terus ke tempat biasa. Entah pukul berapa Rayyan pulang ke rumah, Aleeya memang tidak sedar. Mungkin dua pagi, kerana Aleeya membaca al quran sampai pukul satu lebih. Mata tidak boleh terpejam, selepas berbual panjang dengan abah di kampung, dia sembahyang sunat dan terus membaca al quran mengikuti saranan abah apabila dia memberitahu abah, hatinya tidak tenang malam ini.
Bangun pagi ini, Rayyan sudah tiada, hanya ada sekeping nota di sebelahnya. Nota yang ditinggalkan oleh Rayyan. Ini kali pertama Rayyan bertolak tanpa sempat memberitahu kepadanya terlebih dahulu.
"Abang ke rumah papa dan akan terus bertolak ke Sabah kerana mahu menguruskan projek syarikat papa di sana. Apa-apa hal abang akan call Liya nanti," Aleeya membaca nota yang ditulis kemas oleh suaminya. Aleeya segera mencapai telefon bimbitnya di sebelah lalu terus menghubungi suaminya.
"Abang kat mana?" soal Aleeya cemas selepas memberi salam.
"Kat rumah papa lah. Kenapa nih?" soal Rayyan di hujung talian. Tiba-tiba ada rasa rindu bermain di hati Aleeya.
"Abang tak beritahu Liya pun nak ke Sabah. Berapa hari abang kat sana?"
"Tiga hari saja lah. Kenapa Liya? Rindukan abang ke?"
"Tak...,"
"Pergilah solat subuh dulu, Liya tak solat lagi kan?" balas Rayyan. Setiap kali aku tak bersolat, dia akan menegurku, tetapi kenapa dia tidak menunaikan kewajipan ini? Di mana silapnya?
"Ok. Tapi pukul berapa abang bertolak?"
"Lapan setengah...,"
"Sekarang baru nak pukul enam lah.. awal nya abang tinggalkan Liya ek?"
"Kena ambik papa di rumah papa, nak singgah ofis lagi, nak ambil fail dan sebagainya...,"
"Ok. Jaga diri abang dan ingat sama abang dah ada isteri di sini..,"
"Ler, abang pergi kerja lah, sayang!"
Tiga hari Rayyan tiada, bolehlah aku ke rumah mama. Teringin sangat nak ke rumah mama walaupun Rayyan tidak membenarkan dia ke rumah mama. Tetapi sebagai menantu perempuan dia perlu menunaikan tanggungjawab dan kewajipannya kepada ibu suaminya. Lagipun dia teringin benar ke rumah mama. Malah hatinya begitu teruja untuk ke rumah keluarga suaminya itu.
Pukul sepuluh pagi dia sampai ke rumah mama. Papa tiada kerana pergi ke Sabah bersama Rayyan. Mama pula mungkin baru saja keluar. Aleeya disambut mesra oleh Julia yang baru bangun dari tidur agaknya kerana masih berpakaian tidur.
"Masuk lah kak!" ajak Julia sambil menarik tangan Aleeya masuk ke dalam rumah. Kali pertama menjijakkan kaki, matanya naik pening kerana melihat sebuah almari berkaca yang dihiasi dengan botol-botol wain yang tersusun rapi di dalam almari. Subhanallah!. Ucap Aleeya di dalam hati.
Kakinya sudah tidak mampu bergerak. Rasa mengetar, rasa takut dan sebagainya lagi. Inikah cara kehidupan Rayyan? Di kelilingi oleh wanita-wanita dan botol-botol arak. Inikah didikan yang diberikan oleh mama dan papa kepadanya? Patutlah Rayyan jadi begitu. Aduhai kenapa lah tidak hidup cara islam yang sempurna itu?
"Kenapa kak? Terkejut ke? Inilah kehidupan kami kak. Jadi akak tak usah terkejut, sepatutnya saya yang patut terkejut kerana abang kahwin dengan akak. Kenapa lah dia pilih akak yang jauh berbeza cara kehidupannya dengan kami?" kata Julia seolah mengerti akan kekacauan yang melanda hati kakak iparnya.
"Akak adalah jodoh yang ALLAH titipkan untuk Abang Rayyan!" balas Aleeya dengan yakin dan berani sekali.
"Akak duduk dulu, Ju siapkan minuman!"
"Tak perlu Ju, akak dah minum kat rumah tadi!"
"Akak tentu perempuan hebat kerana berjaya mencuri hati abang saya. Abang saya tu memang ramai perempuan tetapi main perempuan saja, tak pernah pun serius!"
"Boleh percaya ke ni? Ke saja nak otai akak nih?"
"Betul!"
Hari ini dia sengaja berada di sini. Mahu kenal-kenal dengan keluarga suami sendiri. Dan dengan mudah, dia menjadi rapat dengan Julia. Julia yang tidak sombong walaupun liar dan terlalu bersosial. Dia juga kenal siapa Julia kerana Julia bekerja satu pejabat dengan suaminya.
"Pandai akak masak!" puji Julia selesai makan tengah hari bersama Aleeya.
"Biasa saja nih!"
"Nanti nak belajar memasak dengan akak lah!"
"Boleh tak ada masalah!"
Kerana ajakan Julia agar dia tinggal di sini sepanjang ketiadaan Rayyan diterima dengan senang hati. Memang itu niatnya. Mahu tinggal bersama dengan keluarga Rayyan sepanjang ketiadaan Rayyan tetapi berbeza pula dengan penerimaan ibu mentuanya yang pulang selepas waktu asar. Terbeliak mata mama sebaik saja memandang wajah Aleeya.
"Aku tak suka kau, bukan kerana kau orang kampung tetapi kerana cara kehidupan kita yang berbeza. Aku memang tak suka dengan perempuan yang tidak pandai bersosial seperti kau, Aleeya. Pakai tudung, bersopan santun, semua itu hanya lakonan semata-mata. Aku rasa kau sebenarnya berpura-pura saja sayangkan Rayyan tetapi dalam hati kau,kau tipu diri sendiri. Aku tahulah kau sebenarnya bekas tunang orang, malangnya bekas tunang kau tu tinggalkan kau dan berkahwin dengan perempuan lain!" syarah mama panjang lebar. Aleeya merenung pakaian yang dipakai oleh ibu mentuanya berbanding dengan pakaian Aleeya yang menutup aurat, memang jauh berbeza pun.
"Tak benar semua itu, puan!" balas Aleeya perlahan. Memang aku anak orang kampung tetapi abah aku pun orang berharta juga lah, bisik hati Aleeya.
"Ah, semua perempuan yang hadir dalam hidup Rayyan cakap sama seperti kau, Aleeya. Aku sudah lali, sudah naik muak dengan perempuan mata duitan seperti kau!" tempelak mama terang-terangan.
"Tapi saya tak sama dengan perempuan-perempuan tu..," jelas Aleeya.
"Ah, cakap tak serupa bikin. Tetapi aku boleh terima kau, dengan syarat kau buka tudung dan ubah cara hidup kau, hidup seperti kami, mahu?"
Buka tudung dan tinggalkan agama, biar berbetul nih?
bersambung...

9 ulasan:
best la cerita nie.. nice story...harap akk boleh buat pnjng skit boleh?hehe..
ape2 chaiyok2...
Adoihh..Dah sweet2,masih nak lepuk saja kepala si Rayyan tu.Macam mana dia boleh tak faham maksud si Aleeya ni?Hhehehe..
Kak Pitt..Kasih kaw2 lagi.Macam nak tolong si Aleeya nak 'basuh ' si Rayyan ni dgn varnish.erk..
Hoi Rayyan,nak buat apa beli baju raya kalau tak pergi beraya?
Aduhai..Sekali-sekala duduk rumah tak boleh ke?
Ni yang nak tolong ikat kaki ni juga.Hahahha...
Taspi saya suka jalan cerita ni,walau pun Aleeya sentiasa teruji dgn sikap Rayyan,tapi dalam masa yang sama pandai Rayyan mainkan peranan juga.
Tapi tu la..Sampai bila Aleeya tahan makan hati kan..
Kak Pitt,thansk untuk n3 ni..senyum petang2 ni.Hehehe..
~Gurangak aja~
memang sepatutnya panjang dik entry ni.. tapi akak tak sempat..insya allah malam nanti akak sambung ek..
yes.. yes.. yes...nanti lah, pandai lah aleeya ajar rayyan nanti.. hehehehe
best... thanks akak.. :)
best ke? akak rasa mcm biasa saja, sebab ramai penulis dah tulis cerita seperti ini.. betul tak?
kak pitt hari jng lupa sambung part 14 yerkk
tak ape.. yang penting saya dapat baca karya akk....pnjng atau tak saya tak kisah.. harap akk boleh iklan kn nnti bila ade bab baru... :)
siap
Catat Ulasan